Selamat Hari Guru.....!!As for me,from last week lagi,my son dah keep remind me untuk siapkan hadiah untuk guru kelas kesayanganya dari tahun lepas Puan Fadzilah.Kalau I jadi murid,I pun akan sayang pada Cikgu Fadzilah yang lemah lembut serta penyayang ini.
Cerita pasal hari guru ni,terkenang zaman sekolah-sekolah rendah dulu,ketika kewangan sangat menghimpit,jadi bila tiba hari guru,aku yang memang baik dengan cikgu ni,mesti nak kasi apa-apa jugak dengan cikgu...rasa malu kalau tak bagi apa-apa,so antara yang aku bagi adalah,tisu kotak...hahaha asalkan cantik kalau dibalut...selain tu,aku jugak pernah bagi frame crosstich yang mak jahit,sebab takde duit nak beli hadiah lain,lantas kuambil frame tu,walaupun berat hati mak nak izinkan sebenarnya..sian mak....pernah juga kuberi hasil kerjatangan sulaman mak,teruja cikgu-cikgu tu,kala dapat hadiah begitu.
Terlalu ramai cikgu-cikgu yang masih kuingati dan sayangi hingga saat ini,Bila tiba bab ini kusyukuri dengan daya ingatan yang masih kukuh ini,Alahmdulillah.Paling kuingat adalah guruku ketika Darjah 1 hingga Darjah 2.Puan Huriyah Othman.Comel lote serta sangat cantik orangnya,selalu pakai kasut tinggi,paling kuingat gaun biru yang dipakainya,masih segar diingatanku gaunnya itu.
Setiap pagi kunanti kehadiran Mitsubishi Gallant suami Cikgu H yang menghantarnya kesekolah,mereka orang Kedah,sungguh peramah,suaminya seorang jurutera tika itu,justeru Cikgu H lah antara guru yang bergaya disekolah waktu itu.Aku pula,suka pada cikgu-cikgu yang cantik bergaya ini...hehehe
Selain mengajar,cikgu H juga berniaga,seperti bunga,kain baju dan songket.Oleh kerana perwatakanku yang agak matang dan fizikalku yang seperti budak darjah 6 tika itu,Aku lah satu-satunya murid yang diberi kepercayaan untuk membawa balik semua barangan jualannya ke rumah,untuk dijual semula kepada jiran-jiran dan juga rakan-rakan mak tika dikilang(masa tu mak kerja kilang selama 1-2 tahun).Bayaran pula sebanyak 3 atau 10 kali bayar,setiap bulan,seperti ceti aku mengutip bayaran dari pelanggan-pelangganku itu.Aku tak pasti akan upah yang kuperolehi tika itu,tapi yang pasti aku IKHLAS dan GEMBIRA melakukannya.Aku benar-benat teruja dapat membantu guruku itu.
Kala dia mengandung sulung dan teringin makan jambu batu,aku jualah yang mencarinya di pasar malam,untuk kuberikan padanya,sudahnya dia makan sikit,selebihnya aku yang ngap.hahaha.
Agaknya sebab dah terlalu rapat dengan Cikgu H,keinginan ku untuk belajar juga meluap-luap,aku sentiasa mendapat tempat pertama di sekolah.Sehinggalah aku naik darjah 3,dia tidak lagi menjadi guru darjahku,markahku agak merosot sedikit demi sedikit.Apabila aku tahu dia dipindahkan mengajar disekolah lain,aku sedih sekali.Aku menangis sepuasnya!!Sedih!
Pada guru sekolah rendahku,Cikgu Huriah,Cikgu DL Ding,(cikgu bujang yang sangat garang,dan ditakuti semua murid,tapi cukupla sayang dan berlembut dengan aku,adoi...rimas lah pulak,sampai tak boleh aku cuti,keakar umbi ditanyanya mengapa?!!)Cikgu Laila Latiff(cikgu anak dara,yang selalu aku temankan kemana-mana ketika habis waktu persekolahan),Cikgu Mohamed Mustaffa(yang ku sayang dan hormati,kerana aku tahu dia juga mengasihani aku),Puan Nurliza(yang laser lagi fun,best!)Banyak lagi cikgu matapelajaran yang masih kuingat.Nantilah jika ada masa terluang kulakar nama kalian juga.Doaku agar cikgu semua dirahmati Allah selalu ,jika kalian sudah pergi,ALFATIHAH buat kalian,tanpa kalian,mungkin aku tidak menjadi manusia seperti hari ini,Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.
Wassalam..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
Thursday, January 11 - Where do one begin when one wants to write about the dearest thing in one's life? There may be so many ways to do so but when is wrought in emotional turmo...6 years ago
-
Kembali Bertemu - Mencari Pokemon atau Pokemon Go bukanlah sebab saya lama menyepi daripada dunia maya yang amat saya senangi ini. Salam mesra. Lebih 3 tahun saya menyepi d...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
3 comments:
Linda... cikgu yang mengajar kita dulu kau tak sebut pun namanye.. especially Ustaz Jaafar Komari he he he... Memang seronok sekali baca nostalgia kau. Terasa seperti zaman kanak2 ku juga turut berputar mengimbas semula kenangan lama. Semoga anak2 kita juga di didik seperti guru2 kita dahulu
eh ecah...welkam2!!
tu baru aku citer zaman sekolah rendah,sekolah menengah dan seterusnya belum lagi,mungkin dalam episod akan datang kot..hahaha..lagi pun kita kan selalu kena rotan dgn UStaz Jaafar dulu,mana bisa kulupa kenangan itu...kenangan yang tidak boleh dijual beli...
Cah,kau buatla blog sendiri...kau pandai menulis...
Aku pun ingat jgak la 3 4 orang cikgu2 aku tu.
Rindu la kat depa tapi tak tau nak cari kat mana..
Post a Comment