Tuesday, May 13, 2008

Get well soon Lyn...

Kak ja,this entry is my promise...Sebenarnya tak sanggup nak teruskan kata-kata dan melihat gambar ini.... Lyn,sabar ye lyn,kau harus kuat demi anak-anak serta keluargamu......



Minggu lepas,tika aku sendiri baru menjalani operation kaki,aku menerima email bergambar dari teman lama,M,kalau tidak disertakan nama empunya gambar itu,sungguh,agak sukar untuk aku meneka siapakah gerangannya.... Terlalu berbeza dengan Lyn yang kukenal dulu,begitulah kita,kalau di timpa ujian begini....


Ya,itulah Lyn...AZL*N M*NAF nama penuhnya,atau kami gelar LYN SLANG,waktu bersekolah dahulu,mengapa Lyn Slang?Ini kerana gaya dia bertutur bahasa melayu penuh dengan slang Inggeris,kerana memang itulah pertuturannya dirumah...dan rasanya dia juga pernah di besarkan diluar negara...Dia juga datang dari keluarga elit....justeru setiap langkahnya menjadi perhatian kami waktu itu.Sementelah pula dia masuk lewat di sekolah kami.Lyn ni sangat lincah,peramah,happy go lucky,rupanya juga boleh tahan,mancung hidungnya,comel parasnya.


Waktu prep diasrama,selain mengulangkaji pelajaran,kami juga suka menyanyi...hehehe...tapi bila si Lyn ni dah masuk group kami,genre lagu kami pun turut berubah....dah tak main lagu melayu lagi dah...dah tukar lagu Omputeh...paling kuingat tika kami terlalak-lalak nyanyi lagu sapa ntah tak ingat....tapi chorus dia lbh krg cenggini..."Cause I am your lady.....and...You are my man....."uih,..terasa asyik masyuk betul rasanya masa tu...lucu betul kalau dikenang semula....



Tapi Lyn hanya sempat bersama kami,cuma seketika,sebelum berpindah entah kemana,tapi yang kutahu,rumah keluarganya di Damansara tika itu.Sejak itu kami terputus hubungan,namun sesekali selepas SPM ada juga aku terserempak dengannya di Central Market (tempat lepak paling hot tahun 90an,sebab dekat dengan semua bus stop!)dia masih peramah dan ranggi seperti dulu,tapi aku pula yang malu-malu...kerana aku tahu,dunia kami berbeza...Terasa diri ini kolot sangat berbanding dengan dirinya yang trendy dan stylo itu. Bagai langit dengan bumi,aku dengan tudong labuh tika itu dan dia dengan rambut gaya Demi Moore yang agak popular kala itu...


Selepas beberapa tahun,kuterima berita dari temanku M,bahawa dia berkerja satu pejabat denagn Lyn.dan di kabarkan jua yang Lyn mengidap kanser ...aku simpati...tapi agak segan untuk menghubunginya...bimbang jika dia sudah melupakan aku....Tapi hatiku bagai dijentik-jentik untuk menghubunginya....kerana kami pernah rapat,tentu tergelak besar,jika cerita lama itu diungkai semula...Namun tembok malu yang terlalu kuat itu, memusnahkan impianku yang satu itu.


Sehinggalah minggu lepas,bila kuterima gambar ini...,ketika dia sudah pun terlantar melawan cancernya yang sudah berada pada tahap 3,Hatiku meraung...Ingin saja aku menghubunginya,tapi mana mungkin dia bisa bicara tika ini...tika suaranya sudah di tengkorokan...Aku berjanji pada diriku,akan menjejaki dimanakah Lyn kini,untik kuziarahi...


Aku berdoa,agar Lyn kembali sihat dan cergas,dan Ya,Tuhanku....berilah temanku ini,peluang kedua,peluang agar dapat mempertingkatkan ketaqwaanya......Hanya kau yang maha Pemurah lagi maha mengasihani...Amin....

3 comments:

~~ casper~~ said...

sedihnya kak...su doakan kak lyn ni kuat n tabah hadapi dugaan.......

rerama salju said...

akak pun sedih su,tak sanggup nak tengok gambar ni selalu...cuba bayangkan kita ditempatnya...lemah...tak berdaya melakukan apa saja...bernafas pun menggunakan oxigen...badan yang segar bugar dah jadi kering dan gelap...
Semoga kita tak diuji begini oleh yang maha Esa....

kak ja said...

Nda,

I'm SPEECHLESS!!!!

Ayuh kita berdoa agar Allah swt menunjukkan kekuasaanNya yg tak pernah ada had batasnya itu, semoga Lyn akan diberikan kesembuhan dan dpt meneruskan hidup bersama mereka yg tersayang..

berkongsi rasa ....