Sunday, May 18, 2008

Helping the Boss -part 1

On friday,about 7pm,Boss di pejabatku menghubungiku,aku berdebar...sebab si Jepun pemalu ini jarang menghubungiku,jika tiada apa yang perlu atau Urgent!Seperti biasa,dia tenang bercerita tentang keadaannya di perdaya oleh sindikit "gores dan menang" petang itu ,kad kreditnya telahh dicharge sebanyak 13,ribu ringgit,dia diugut untuk dipukul oleh genster jika tidak menandatangani perjanjian itu.Handphonenya turut diambil.Aku menggigil!Kutanya perlukah aku datang kepejabat sekarang?Katanya,boleh ke?Dari bunyi suaranya itu,aku tahu dia perlukan aku tika itu.

Selepas Maghrib,Mr.Hubs menghantarku kepejabat,kutahu berat hatinya melepaskan aku malam-malam begitu,namun olehkerana dia juga punya appoinment lain,dia relakan dalam paksa,kutahu hatinya.Sampai dipejabat,kulihat ada wajah malu ketuaku itu(O San),selama ini,kami jarang berbicara,dia terlalu pemalu,aku pula lebih senior darinya,bicara kami jika,ada perkara penting saja,tapi rupanya,dalam keadaan terdesak ini,hanya no hp ku yang dihafalnya,setelah semua no hanya ada dalam simpanan hpnya yang telah di samun itu.

Berkali-kali dia memohon maaf,aku hanya berkata tidak mengapa,Setelah selesai urusan pembatalan kad kreditnya.Aku mengajaknya ke balai polis,walaupun dia enggan pada mulanya,bimbang jika dirinya diekori.

Kami menghabiskan masa lebih kurang sejam di balai polis,Kesudahannya polis mengarahkan kami,mengenalpasti lokasi tempat Mr.O dibawa oleh sindikit itu,malam itu juga!!Maka bermulalah episod aku ronda tempat-tempat yang disyaki,lebih kurang jam 11.30 malam,kuhungi pegawai polis bertugas,padanya kukabarkan,aku tidak dapat menjejaki lokasi kejadian,namun p.polis itu seboleh mungkin menyuruh kami mencari lokasi itu semula,sebelum beliau tamat tugas jam 12 malam....

O San,nampak serba salah,kerana hari sudah lewat malam,namun kutemaninya juga buat pusingan terakhir,masih gagal!!Justeru aku mohon diri,untuk pulang.Tiba dirumah lebih dari jam 12.Aku tahu Mr.Hubs pasti marah,kerana 2-3 sms kuhantar,tapi tiada balasan....Tapi oarang bersalah macam aku ni kan pandai memujuk...Macam biasa,aku berjaya memujuknya,dengan kata-kata keramatku...hahaha Syukur..............

PERINGATAN BUAT DIRIKU JUGA SEMUA;JIKA DIDATANGI OLEH SESIAPA JUA YANG TIDAK KITA KENALI,TOLONGLAH TAK PAYAH LAYAN EVEN BUKAK MULUT DENGAN MEREKA.ESPECIALLY PADA MEREKA YANG MENJANJIKAN PEKBAGAI HADIAH.MEREKA SEMUA PENIPU!!Maaflah kita terpaksa menyelamatkan nyawa kita dahulu,walaupun mungkin mereka berniat baik....WALLAHU'ALAM...

To be continue in part 2

5 comments:

Aziah said...

Pity!

O San tak pernah dengar pasal gores tipu menipu ni ke? 13K bukannya sikit. Walaupun aku tak kenal dia, tapi aku dapat rasa kesedihan dan ketakutan dia tu.

** dia baru dtg Malaysia ke?

rerama salju said...

O SAN Ni selalu jalan berdua dgn his engineer,tapi hari tu mamat ni cuti lak blk kg,tu yg kena tipu tu,dia memang mudah terpedaya...Takperlah pengajaran pada dia...AKu tak kira,kalau dia dapat balik 13K tu,aku nak suruh dia belikan aku beg COACH satu...hahaha
errr...dia dah ada kat Msia 4 tahun,boley?

Aziah said...

Belikan aku sekali beg coach tu.

Aziah said...

Tapi ada harapan dapat balik ke 13k tu? aku rasa payah. So, tak yah la berangan beg coach tu. okeh!

rerama salju said...

kau dengki kan?hahahahaha

ala,nanti aku kasik la kau pinjam...nak?nak?

berkongsi rasa ....