Wednesday, April 29, 2009

monolog sepi buat dikwan...

Salam buat semua teman-teman tersayang...yang sudi meninggalkan komen,mendoakan dan memberi kata2 perangsang buat diri ini.Pohon maaf kerana saya tidak bisa membalas komen2 itu sepantas kilat seperti biasa,kerana saya kini terlalu lemah.....Ujian terbesar Tuhan buat saya,untuk menguji keimanan saya,maka ditariknya nikmat adik manja ini dari saya,agar dapat saya pertingkatkan keimanan yang menipis dijiwa saya,Ya,saya maklum itu....cuma sebagai insan biasa,beginilah saya,yang entah mengapa tetap bermurung durja,yang sememangnya bukan saya,saya dah tak segirang dulu lagi,hidup saya kosong....sepi....sunyi...tak tergambar oleh kata2...tiba2 saja airmata ini akan deras mengalir,terutamanya jika saya bersendirian...Astagfirullahh...

Jadi,untuk mengubat jiwa ini,entry saya yang berikutnya ini semuanya mengenai Dikwan,hinggalah saya berjaya melepaskan semua perasaan yang berbuku dihati ini...saya tak mampu bercerita,apatah lagi dengan keluarga,kerana mereka jua sedang berlara tika ini,tidak mahu menambah luka didada...

Salam Dikwan,
semalam kami menziarah pusaramu,
berempat,along,kaklang,mak dan ayah,
selepas hantar aisyah ke dewan peperiksaan,
aisyah menangis,tika kami turunkan dia dari
kereta wan...
dia nampak lemah...
wan,takkan jumpa lagi aisyah yang ceria tertawa
macam dulu,
dia semakin kurus wan...
senyum pun dia tak mampu...
kami sedih melihatnya..
hanya doa dan kata2 semangat yang mampu kami berikan,

Wan,
Tiba dipusara wan,
kami tenang,
kami disambut oleh kicapan burung
dan angin sepoi-sepoi bahasa,
lembut sekali...
pusara wan,masih merah...
semerah bunga ros yang kami taburkan dulu,
dan dalam masa tiga hari,
wan dah punya 3 teman baru...
begitulah rapuhnya nyawa kita kan dik?
bila2 boleh diambil oleh Al-khaliq...

Sebelum melangkah pulang kan wan,
wan dengar tak pesanan mak semalam?
wan...mak balik ya..duduk sini baik2..
tenang sekali bicara mak..
tapi mana dapat along sembunyikan airmata along ni wan?

beruntung wan punya mak setabah mak kita,
yang tidak putus-putus mendoakan kita
siang dan malam
tak semua insan punya peluang,didoakan ibu
ketika dalam kuburan wan...
ini saja yang mampu melegakan hati along,

wan,
sejak pemergian wan,
kasih sayang keluarga kita
kian padu wan...kami tak mahu
membazirkan setiap minit yang kami ada
tanpa perhatian...

wan,semalam along ke laptop wan,
laptop yang wan dah edit beberapa jam sebelum wan pergi,
rupanya wan tau ya wan nak tinggalkan kami?
banyaknya peninggalan dan pesanan wan,
kami terharu...
paling menyayat hati tentulah
my space wan...bila wan tinggalkan lagu
say good bye-rest in peace....
sebelum wan privatekan myspace itu
untuk selamanya...

along menjerit panggil mak,bila
along bukak my document wan,akan
surah2 yang wan savekan
surah pertama adalah surah Al-muLK
Tabarakallazi......
Wan tau ya?tu doa untuk kurangkan azab kubur?
bagaimana mungkin mata ini tidak berair lagi...
dan memang ayat itulah yang mak suruh
kami sedekahkan pada wan sejak hari pertama wan pergi,

Wan,jangan risau ya sayang,
semua insan yang pernah wan kasihi
kini,semua jadi adik along,
along akan sayang mereka macamana
along sayang wan,
sebab along tau mereka pernah membahagiakan wan,
along tau,itu...

Wan,
terlalu banyak along nak bicara lagi,
tapi ,biarlah along berhenti sketika disini dulu
buat kali ini...
nanti along bicara lagi,
along janji..

wan taukan along sayang wan?
sebab tu along selalu ngaji dan doa untuk wan...
along tau,along kena kuat,
terutama untuk aisyah yg trauma,
namun,mak,ayah,kaklang dan bangah
cukup tabah dengan dugaan ini,
tapi remuk dihati mereka siapa yang tahu?

Maaf wan,along dah melalut,
wan tenanglah disana,
jangan risau,
kami tak pernah meninggalkanmu,
doa kami akan terus mengiringimu
keakhir hayat kami...

Moga kau tenang disana adikku
dan ditempatkan bersama
orang-orang yang Dikasihi
NYa..
Amin

Rest in peace seperti kata2 akhirmu...
Umar Syazwan Mohd Mansor
17th JUNE 90- 26 th APRIL 09

Along
29th April 09
no:4,lorong 14C,

Sunday, April 26, 2009

DikWan dalam kenangan 1

Manalah kusangka,entry terakhirku diblog ini sebelum dikwan ditimpa kemalangan,merupakan tanda yang dikwan akan meninggalkan aku selamanya di dunia ini.Padanlah ada perasaan halus yang kalau boleh ingin kujeritkan padanya...Waaaaaaaaaaaannnnnnnnnn,ALong sayang Waaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnn..............tika aku menukilkan entry itu.Itu yang terakhir rupanya.TErakhir....

Bila malam tu Wan terlibat dalam kemalangan sejurus menemui aku disini(hospital),(POhon maaf,aku tidak dapat bercerita tentang kronology kemalangan itu,kerana bisa buat aku jadi lemah dan tiba-tiba aku gelap mata.)Sampai saat ini,jika aku mendengar ada yang bercerita,aku pasti tumbang,Aku tahu aku mesti kuat,namun aku jua insan biasa,insan lemah yang terlalu banyak kekurangan...dan aku menyayanginya...AMAT!

Dia bagaikan anakku,beza umur kami sangat besar,tika aku melangkah kegerbang perkahwinan dalam usia yang muda dulu,dia masih dalam buaian, dia kujaga bagai anak sendiri,lantaran aku lewat dikurniakan cahayamata.Ohhh Dik Wan...

Ketika kecil dikwan sangat baik dan tak banyak ragam,Tapi satu yang kami pasti,dia selalu terantuk,justeru hingga kini,dia sering mengalami sakit kepala yang teruk,rupanya hingga diakhir hayatnya,kepala jualah menyadi penyebab nafas terakhirnya.

Benar,orang baik selalu meninggalkan kita dalam waktu yang singkat,Dikwan disenangi ramai kerana sifat lemah lembut dan menyenangkan itu,dia manja,sehingga menjadi kesayangan semua,Kata-kata manisnya telah membuatkan dirinya digelar choco oleh teman-temanya.JIka menghubungi mak,tak pernah dia lupa mengucapkan kata sayang pada mak..seperti,mak,wan saaaayaaaaaannnnnggggggggg mak,dalam nada yang penuh syahdu,bagaimana mungkin mak nak melupakan semua itu Wan?

tbc-aku nak menjengah ke mysapcenya,kerana aku diberitakan banyak tanda ditinggalkan disana..

Teman,Doakan aku kuat...

DIsini jua ingin kurakamkan,setinggi penghargaan,dan ucapan terima kasih pada semua teman-teman yang sudi mendoakan,bersms,menghubungi jua hadir menziarahi bagi memberi semangat pada diri ini.Jasa kalian hanya Allah yang membalasnya.Bertuahnya mengenali kalian.JUsteru Mr.Hubs semakin terbuka dalam arena pemblogan kita ini.Syukur,tiada lagi rahsia...

Buat kakja:INsan pertama yang I hubungi lepas dikwan accident,T.Kasih kak,atas kata2 semangat dan sudi menjadi telinga saat I hadapi kesedihan itu,..Terima Kasih jua atas pengumuman diblog kakja tu.I amat menghargainya.

Buat Su:Terima kasih kerana sudi hadir dik,kita bagaikan telah lama bersaudara...Jangan serik datang lagi ye su.

Aziah:yang sering menghubugi

PInky:Yang mendoakan dari Chrictchurch.T.Kasih banyak

Bro Cakap AJe:Yang sempat bercakap dengannya,walau seketika,namun besar ertinya.

semua teman-teman blogger yang namanya tak sempat I sebut disini,I tahu kalian mendoakan I,namun disaat ini,ingatan I jadi bercelaru,tak tersebut nama kalian,namun ketahuilah I cherish this friendship,may its remain forever.Moga kita kekal bersahabat kerana Allah,saat suka dan duka...Amin..

Buat teman2 lain yang mungkin membaca dan tidak membaca blog ini,ingin jua kulakarkan jutaan terima kasih kerana bersusah payah keranaku.

Pada snif sahabat dunia akhiratku:Thanks for the flower,visit,phonecalls,dan mengambil alih tugasku,menjaga kebajikan keluargaku,tika aku dihospital kerana,aku tidak mampu berbuat apa-apa disini,melainkan Doa buat adikku dan jua keluarga.TQ for offering some cash,untuk buat spare majlis pengkebumian dan sebagainya tu,kerana kau memahami keadaanku dan kelyaga yang kelanmkabut tika itu.Kau memang memahami aku.Hanya Allah yang bisa membalas jasamu.INsyaAllah perkara sama jua,kan kulakukan pada keluarga,bila sampai detik itu.

lindaK N iELA:TQ for cheering me up in d hospital.Your visit definetly brings joy to me then.Really appriciate it.

Ogie n kids:T.Kasih kerana sudi hdir G,T.kasih atas kata2 semangat itu,diatas masamu,dan despite of your preggy condition,sangat terharu.

pada Aju :Yang dapat kutemui di lobi hospital .T.kasih,atas kesungguhanmu menemuiku.Datang lah lagi bila2 punya waktu.

pada cipah :yang sudi berzirah,despite of her husband also being warded adn her sons fever.

Pasa sela,wan,faizah,zurai,ruzilah,ila ,ecah dan ramai lagi yang sudi bersms memberi kata perangsang.Terima Kasih banyak2.Disaat I mamai tempohari mungkin ada sms dan panggilan takberjawab.Mohon pengertian.Lagipula tika ini,sukar untuk I bercakap,memandangkan bandage masih diabawah hidung,makan jua terlalu sukar,memandangkan I hanya bernafas melalui mulut.

P

dikwan telah pergi..

Al-Fatihah buat adikku Umar Syazwan yang telah kembali kerahmatullah semalam...

hari ini entah mengapa,aku tidak tahu bagaimana untuk muakan bicara,walau di benakku bermacam yang berlegar,apatah lagi aku masih di wad hospital ini,sambil memandang sepi diluar kamar yang mengahadap lagoon dan kolej ini.

Hati,usahlah bersedih lagi,
relakan dia pergi,
menemui kekasih sejati
yang lebih mengasihi...

Aku bukan tidak rela
namun keterkejutan ini
belum masih kurawati
dia bagaikan ada disisi
senyuman lembutnya
bagai tidak mahu pergi
dari ruangan mata ini

Tuhan,
beriku kekuatan,
aku tahu,
aku jua bakal pergi,
dan banyak ikhtibar
dari kehilangan ini,
aku lebih menghargai
semua insan yang kukenali
apatah lagi yang kusayangi

DikWan,
damailahmu di sana,
InsyaAllah syurga buatmu Dik,
Muda usiamu menemui pencipta,
Tanda Dia lebih menyayangi

Pusaramu akan terus kami kunjungi,
Al-fatihah itu apatah lagi,
Yang penting,doa mak ayah kita Dik,
beruntung dirimu,
pergi disaat kau punya mereka
yang tentu ikhlas mendoakan
Bertuah dirimu dik...

Salam Sayang
along
Sunway Mdc Ctr
26 Apr 09
7.45am

Thursday, April 23, 2009

Welcome Home Dikwan..





Minggu lepas,pergi Kuantan sebab ambik my youngest brother yang tamat pengajian Matriknya diKuantan.Walaupun keadaan tak sihat,kugagahi jua,demi kasihku padanya,sebab sepanjang setahun dia disana sekali pun aku tidak pernah menziarahinya.Jadi,yang penghabisan ini,biarlah aku pergi,tanda aku selalu menyokongnya dan amat mengambil berat tentangnya.Aku mahu dia tahu itu.Aku,amat menyayanginya....



Dik Wan,di hari terakhir diKolejnya...Marah betul mak tengok rambut dia style cenggini sampai cucuk bijik mata..mak kata..Pensyarah kau tak marah ke Wan?dia jawab,alah...gi kelas Wan minyak lah rambut Wan...(10 tahun lagi,or maybe kalau dia dah jadi somebody (InsyaAllah) one day,sure dia malu tengok gambar/style yang dia banggakan sekarang ni...)ahai!hahaha...




Disuruh belajar,tapi dia gi belajar goreng gitar karan dengan lecturer kat sana,siap buat show lagi masa last day gathering...Sabar jerlah....Mudah-mudahan result akhir dia OKlah,risau kalau tengok last sem punya result,takut dapat course bukan2 nanti..Nauzubillah...




Sementara menanti dinner kat Rest Satay Zul(promosi ni,kalau pi Kuantan jangan lupa singgah ye,Rest ni,popular kat Kuantan,near Teluk Cempedak,belakang Vistana)InsyaAllah tak mengecewakan,selain sajian sate istimewa,nasi dagang,nasi lemak dan semua aneka meenya juga superb!Rest my uncle's inlaws.Kami singgah di East Coast Mall,Paling canggih dalam kelasnya,ahaks!That was my second visit,dan macam biasa,tak pernah pulang tangan kosong,suka!


While we were browsing arround,tetiba The son teruja tengok kasut Crocs yang giant ni,lantas membandingkan dengan sizenya,Nasib tak mintak yang baru,kalau mintak pun tak kan dapat,hahaha..dah la my mom cakap kasut ni macam kasut motong getah,masa I beli kasut ni di HK 4-5 tahun lalu,masa tu kasut ni lom popular kat sini,mak asik cakap jer membazir beli kasut ni,tapi sekarang,mak dah tak bising lagi,sebab mak tau,selesa pakainya and Now,it comes with fancy style ,tak macam dulu,gedobos ni jer ade...hehehe..

Ni gambar tepat 2 tahun yang lalu,masa My sis Aisyah tamat belajar dari Matrix jugak and other sis pun tamat pengajian ! I organised Welcome Home party for them at my home,and with homecook lagik!(masa tu baru pindah lah pulakkan?so rajin lah ke dapur...hehehe)!Happy kalau dapat buat orang lain happy!

And,Sorrylah Wan,Along tak buat 'Welcome Home Dinner"macam along buat kat kaklang and Acah aritu,tak berkesempatan lah Wan,nanti ya,bila along free?InsyaAllah..

Wednesday, April 22, 2009

Eiii..tak bestnya..

Semalam,balik rumah mak ingat tak nak makan apa-apa,konon sebab dietlah kan? sebab lunch dah makan nasi,tapi bila tipah (pembantu mak) dah siapkan goreng pisang tanduk yang manis dan bubur pulut hitam yng menyelerakan tu,terus aku ngap!bukan sekadar rasa-rasa,tapi sampai kenyang,hambik kau!Lepas tu,bila Mr.Hubs makan nasi,sekali lagi aku terliur bila nampak dia makan ikan bakar dan pajeri terung masakan mak...ahhhhhh...mana boleh jadi ni,nak rasa jugak!so malam tadi,balik umah terus sapu minyak angin kat perut sebab perut dah sebu....tak senon... kan?buruk lant*k macam budak kecik.....hahaha,kasi chance,makan sebelum operation.Itu citer pasal makan...

Semalam son bagi borang,untuk Islamic Camp kat sekolah dia,bermula jumaat ni sampai ahad...Arghhhhhh...tak bestnya,saat I nak masuk wad besok,dia pulak nak pergi,I rinduuuuuuuu....Tapi katanya,takperlah ma,besok,balik sekolah I'll visit you half an hour before I head to bla,bla,bla...Ala....tak best la shahe*z tak ada tidur dengan mama!

Bukan apa,selama ini,kalau salah seorang antara kami yang masuk ward,kami mesti berkampung kat dalam ward,mintak extra bed,makan minum solat semua dalam bilik,macam check in hotel gayanya kami menghabiskan masa bersama kat dalam bilik tu,happy sokmo,selain son suka sangat main katil hospital yang boleh adjust turun naiknya tu.Kalau boring dia akan ke cafe kegemarannya di ground floor.And I choose for weekend operation pun sebab nak habiskan masa dengan dia,tapi nampaknya,tidak untuk kali ini.Sayu pulak rasa hati ni.

Semakin lama,aku rasa makin akan kehilangannya...sedikit demi sedikit dia akan meninggalkan aku,Hakikat yang terpaksa aku terima,saat anak membesar,membujang,dewasa....oohhh..pantasnya masa berlari.....itu,baru beberapa hari dia pohon bepergian,dan perginya pula untuk jalan Allah,agar menjadi anak soleh,membina diri agar lebih tertib ibadahnya...Aku perlu berkorban saat ini,kerana dia bukan anak kecil lagi...Ada teman-temannya sudah punya adik bersusun paku,tapi dia masih sendiri!

Arghhh...kusamnya hidup aku untuk beberapa hari ini.Intan payungku,bantal pelukku,mainanku,teman manjaku akan meninggalkan aku,walau seketika cuma,eii tak bestnya!!!

Tuesday, April 21, 2009

Nak kena zassssss

Kesan dari hujung mata kanan yang bersilau tempohari,telah membawaku berjumpa Pakar ENT,tak sanggup rasanya,kehilangan sebuah pancaindera.So seperti diduga,after CT scan tu,sah....kat kawasan mata tu paling penuh itu membrane-menbrane,apatah lagi sebelum tu,apabila diperiksa,Dr.kata dalam hidungku ada something yang he has to remove blablablabla...

Doktor hanya tersenyum,kala aku menyerahkan laporan x-ray hidungku 10 tahun yang lampau,dah tak valid ,kata Doktor,maka itu,hari khamis ini,aku harus masud Wad.Sebab hari Jumaat ni,hidungku bakal dibedah....How,sweet kalau dapat mancungkan lagi kan?hahahaha

Buat lah apa saja doktor,kataku,kerna aku sudah lemas dengan kesesakkan ini,aku ingin bernafas lepas seperti insan lain.Apatah lagi Tuan Doktor telah memberikan janji-janji manisnya padaku,yang pembedahan ini,adalah yang terbaru ,tercanggih dan menjanjikan harapan 90% kesembuhannya,dan sinus tidak akan kembali lagi.Moga aku tidak tergolong dalam yang 10 % itu.Pun aku tahu,semua ini datang dariNYA,Dia lah yang maha berkuasa atas segalanya.Kita cuma berusaha....Amin
Aku,dikamar Doktor,sementara menanti giliran,sambil mengira-ngira pendapatan bersih Doktor ini sepanjang hari,memandangkan waktu menantinya saja,hampir menyamai hospital kerajaan.Ahaks!
Sementara menanti hidungku di zasss,aku menggunakan steroid ini sehari sekali,seperti nasihat Doktor,adalah kurangnya...tapi sampai bila harus bergantung dengan ini?Arghhh!!
Doakan segalanya selamat bagiku....dan moga aku punya waktu bersiaran dari pusat perubatan itu...

Friday, April 17, 2009

Demam

Status:Fever
Caused :Severe Sinusitis..
but I need to go to Kuantan shortly!Arghhh!!!

Wednesday, April 15, 2009

Tunggu sekejap....

Cotto Matte Kudasai.....

Monday, April 13, 2009

Bila 1st lady nak dtg

Hari Sabtu yang lalu,The SOn kena sekolah,sekolah ganti...Tapi tak belajar apa-apa pun,sebab hari Isnin ni (today,actually!) 1st lady nak datang sekolah,jadi semua warga sekolah semua tengah bertungkus lumus mencantikkan kawasan sekolah!wOOOPS!~

Tengok lah gambar-gambar yang sempat I ambik,hari Sabtu yang lalu.Wah,kalaulah selalu Pak Menteri datang sekolah ni...apa lah jadi agaknya ya?

Dari pagar sampai tempat menunggu kat luar tu pun,di cat baru...yeehaa!!
masa PIBG meeting aritu,sakit betul mata I tengok sawang2 kat atas tu,tapi hari ni dah dibersihkan..ha..boleh pun!ahaks!

Settee untuk para VVIP dah siap dah...hehehe


murid-murid sekalian,hari ni kita tak payah belajar...kita gotong royong ok?yeaayyy!!



My son incharge bahagian surau....heheheh..Kalau lah dia serajin ini bila kat rumah!Amin....




siap crane tuuuuuuuu....huhuhhu


Ini,kelas The son,yang tiba-tiba jadi HIDUP dan berwarna-warni...
(Kami dapat masuk sekolah,sebab,cikgu mintak Mr.Hubs tolong ambikkan gambar dalam kelas The Son....)

P/s;I dah advise The Son,supaya jaga tingkah laku,jangan cakap benda bukan-bukan,walaupun about HER hair!..*enough said!*

Wednesday, April 8, 2009

FI-Sepang Circuit 09

I am not a big fan of this FI thingy albeit I do know a few name of the FI drivers.Sekadar ambik tahu mengenai sukan paling berprestige didunia ini.Tapi,nama nak pergi circuit untuk menyaksikan sukan ni,Terima Kasih jerlah(sorry Pinky no offend).Apalagi kalau nak beli tiket yang beratus-ratus ringgit tu.Tak sanggup,baik akkak tambah koleksi handbag akkak atau bling-bling akkak deq non oi!(oh!sungguh kg aku ini!)But,errrr kalau nak bagi ticket free kat paddock ok gak ler...ahaks!

Oooo...eveythings began,bila the son balik sekolah last Friday called me,asking whether kami ada plan tak that weekend(tau maknya yg bz 24jam dgn ntah hapa2 xtivity).Rupanya he has a complimentary FI ticket,nak suruh kami hantar kan dia.I was a bit....errr and errrr,ermm...

After deep disscusion,both me and Mr.Hubs agreed to send him off,thinking of the oportunity that he had,and the chances is not always come.Or might be once in a life time.

So,here we were!Sepang F1 Circuit 2009.(jadi chauffer jer...)hahaha


The RM750 worth of ticket.Too lovely to ignore!
The heavy traffic..


but because of this....alive with adrenaline
Son and his multi racial friend(classmate yg berbagai size)I just drop them off,pastu pandai2lah depa nak masuk dalam tu,memandangkan kami tak boleh berenti lama kat tepi tu.
F1 Paddock Club pastry

about 8 pm,baru dapat jumpa budak2 ni balik,tak pasal2 I yang tak tengok F1 ni pun terjebak jalan kaki jauh,nak pick up budak2 ni,sebab kereta dan manusia punyalah pack.Son dah lost masa nak keluar dari circuit menuju ketempat kami tunggu,nasib dia ringan mulut tanya Pak Polisi.Masa dia kata dia lost tu,mama dan papa dah pucat2 dah,esp papa,tapi mama tau dia OK..orang kan ramai...lagipun Hp ada...Alhamdulillah

Ni pulak adalah part of parking fees yang I had to pay masa waiting kat LCCT.Nak balik PJ,mungkin TIDAK...keaadaan traffic yang bergerak macam siput tak memungkinkan I berpatah balik,so we strended kat LCCT.Dari satu cafe ke satu cafe kami pindah ,sampai dah naik sendat perut,makan dan minum while waiting the son tu.Habis semua bahan bacaan yg kami bawak,khatam dek sebab lama sangat menunggu.Tu tak termasuk sebelum LCCT tu kami singgah buang masa (dan duit) kat FOS near LCCT.
Lepas hantar The son friends kat USJ (dlm keta tu I pasang telinga gak,nak dengar apa yg budak2 ni bualkan...masuk jer keta terus on bluetooth memasing,sambil tukar2 lagu,dan sementara dengar lagu Britney Spears,I terdengar Giresh sponteneously asked son,Is she married?The son dengan selamba menjawab :Yes,3 times!(kahkahkah betul ke tu?)Mak ai!anak aku dah start berbicara hal2 sebegini ke?So scarry!!Ya..Allah pelihara anakku dari melakukan perkara yang keji dan mungkar Ya..Allah..Amin.....

Monday, April 6, 2009

Dental check up

Last Friday,back from work 3 of us headed to S.Pyramid to have a dental check.Its FREE...lagipun memang nak pi SP beli brg and having a dinner.






That was a second time we had a FREE dental check the last one was about 2-3 years ago at One Utama.Suka,sebab selain FREE,its fun,kalau pi jumpa Dentist kat clinic tu macam stress jer.Alhamdulillah,gigi The Son yang kami risau bergoyang tu,adalah gigi susu,bukan gigi kekal,dan DR.kata his teeth semua in good condition,takde lubang and nothing to worry and good that his gigi kekal lambat tumbuh,so that lambat la rosak,paling lewat, gigi kekal akan tumbuh at the age of 15.oOOOOO,baru kutahu.Kalau gigi dia rosak that day,orang yang paling frust tentulah his father.Sebab his fatherlah yang dok jaga sesangat gigi anak dia tu,walau penat macamana pun,dah terlelap dalam keta,sampai rumah WAJIB gosok gigi,pastu baru boleh tidur balik.(den tak mcm tu,tahap disiplin kureng!)




First free dental check-up 3 years ago at OU.(ala...kenitnya my son then!)


Gigi mak pulak,lobang sana sini,Ops!apa tidaknya...makan tak renti2,Abis,ORANG asik ajak makan jer,kang kalau tak makan,orang kecik ati lak,kata sombong,adus!


Best of all,masa nak keluar ketat tu,Parking ticket ilang..puas kombah beg,kelebet bawah keta,tetap tak jumpa,Memang sungguh misteri mimpi syakila,sampai harini tak jumpa...padahal kami belum pergi mana2 lagi tu,baru beberapa langkah jer menapak dari kereta.Hasilnya.Kena denda sebab ilang parking ticket tu!Mr.Hubs was a bit annoyed then,But I calmed him down by saying,ok lah yg...kita cek GG ni kan FREE,kira contra lah tu...heheheh...*sigh*


lepas cek gigi,rosakkaan gigi lak!kalau bab comic,sambil mkn pun blh baca(he reads UNDER 18 comic,anda tahu kewujudan comic itu?)





DENTAL CHECK UP : FREE



LOSING PARKING TICKET : RM20



MORAL OF THE STORY : PRICELESS

Thursday, April 2, 2009

Guess What?

Saja nak tanya you all semua,you all tau tak apa jenis minuman-minuman yang I tunjukkan ni?Kalau tau,maknanya I sorang lah yang ketinggalan zaman atau out dated...hahahaha
Yang pertama ni....Everytime kami ke Hypermarket lately,The Son mesti ambik air ni,lepas I tengok ada tanda Halal,I OK jerlah,tapi yang buat I jadi heran,setiap kali dia minum air tu,dia mesti kecoh,pastu gelak-gelak.....pastu cakap..ha,nasib baik,yang ni,sedap!!!
Bila I tanya kenapa?Dia kata ,memang la ma,nama air ni kan 'anything".Its surprise you,it can be anything,any taste!La!macam tu pulak?macam-macam lah korang ni!(kira drink for fun!)
Ini dia air tu...taraaa.........nasib lar dapat perisa apapun,namapun ANYTHING...

2)Mesti dulu2,you all biasa tengok botol ni kan?Tapi tau tak apa fungsinya sekarang?tengok betul2 kat labelnya!
ni nama pengantin dan map....dll
Ya...betul,sebotol air oren ini,telah menggantikan tempat kad undangan perkahwinan...
macam-macam...........ahai!

berkongsi rasa ....