Manalah kusangka,entry terakhirku diblog ini sebelum dikwan ditimpa kemalangan,merupakan tanda yang dikwan akan meninggalkan aku selamanya di dunia ini.Padanlah ada perasaan halus yang kalau boleh ingin kujeritkan padanya...Waaaaaaaaaaaannnnnnnnnn,ALong sayang Waaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnn..............tika aku menukilkan entry itu.Itu yang terakhir rupanya.TErakhir....
Bila malam tu Wan terlibat dalam kemalangan sejurus menemui aku disini(hospital),(POhon maaf,aku tidak dapat bercerita tentang kronology kemalangan itu,kerana bisa buat aku jadi lemah dan tiba-tiba aku gelap mata.)Sampai saat ini,jika aku mendengar ada yang bercerita,aku pasti tumbang,Aku tahu aku mesti kuat,namun aku jua insan biasa,insan lemah yang terlalu banyak kekurangan...dan aku menyayanginya...AMAT!
Dia bagaikan anakku,beza umur kami sangat besar,tika aku melangkah kegerbang perkahwinan dalam usia yang muda dulu,dia masih dalam buaian, dia kujaga bagai anak sendiri,lantaran aku lewat dikurniakan cahayamata.Ohhh Dik Wan...
Ketika kecil dikwan sangat baik dan tak banyak ragam,Tapi satu yang kami pasti,dia selalu terantuk,justeru hingga kini,dia sering mengalami sakit kepala yang teruk,rupanya hingga diakhir hayatnya,kepala jualah menyadi penyebab nafas terakhirnya.
Benar,orang baik selalu meninggalkan kita dalam waktu yang singkat,Dikwan disenangi ramai kerana sifat lemah lembut dan menyenangkan itu,dia manja,sehingga menjadi kesayangan semua,Kata-kata manisnya telah membuatkan dirinya digelar choco oleh teman-temanya.JIka menghubungi mak,tak pernah dia lupa mengucapkan kata sayang pada mak..seperti,mak,wan saaaayaaaaaannnnnggggggggg mak,dalam nada yang penuh syahdu,bagaimana mungkin mak nak melupakan semua itu Wan?
tbc-aku nak menjengah ke mysapcenya,kerana aku diberitakan banyak tanda ditinggalkan disana..
Teman,Doakan aku kuat...
DIsini jua ingin kurakamkan,setinggi penghargaan,dan ucapan terima kasih pada semua teman-teman yang sudi mendoakan,bersms,menghubungi jua hadir menziarahi bagi memberi semangat pada diri ini.Jasa kalian hanya Allah yang membalasnya.Bertuahnya mengenali kalian.JUsteru Mr.Hubs semakin terbuka dalam arena pemblogan kita ini.Syukur,tiada lagi rahsia...
Buat kakja:INsan pertama yang I hubungi lepas dikwan accident,T.Kasih kak,atas kata2 semangat dan sudi menjadi telinga saat I hadapi kesedihan itu,..Terima Kasih jua atas pengumuman diblog kakja tu.I amat menghargainya.
Buat Su:Terima kasih kerana sudi hadir dik,kita bagaikan telah lama bersaudara...Jangan serik datang lagi ye su.
Aziah:yang sering menghubugi
PInky:Yang mendoakan dari Chrictchurch.T.Kasih banyak
Bro Cakap AJe:Yang sempat bercakap dengannya,walau seketika,namun besar ertinya.
semua teman-teman blogger yang namanya tak sempat I sebut disini,I tahu kalian mendoakan I,namun disaat ini,ingatan I jadi bercelaru,tak tersebut nama kalian,namun ketahuilah I cherish this friendship,may its remain forever.Moga kita kekal bersahabat kerana Allah,saat suka dan duka...Amin..
Buat teman2 lain yang mungkin membaca dan tidak membaca blog ini,ingin jua kulakarkan jutaan terima kasih kerana bersusah payah keranaku.
Pada snif sahabat dunia akhiratku:Thanks for the flower,visit,phonecalls,dan mengambil alih tugasku,menjaga kebajikan keluargaku,tika aku dihospital kerana,aku tidak mampu berbuat apa-apa disini,melainkan Doa buat adikku dan jua keluarga.TQ for offering some cash,untuk buat spare majlis pengkebumian dan sebagainya tu,kerana kau memahami keadaanku dan kelyaga yang kelanmkabut tika itu.Kau memang memahami aku.Hanya Allah yang bisa membalas jasamu.INsyaAllah perkara sama jua,kan kulakukan pada keluarga,bila sampai detik itu.
lindaK N iELA:TQ for cheering me up in d hospital.Your visit definetly brings joy to me then.Really appriciate it.
Ogie n kids:T.Kasih kerana sudi hdir G,T.kasih atas kata2 semangat itu,diatas masamu,dan despite of your preggy condition,sangat terharu.
pada Aju :Yang dapat kutemui di lobi hospital .T.kasih,atas kesungguhanmu menemuiku.Datang lah lagi bila2 punya waktu.
pada cipah :yang sudi berzirah,despite of her husband also being warded adn her sons fever.
Pasa sela,wan,faizah,zurai,ruzilah,ila ,ecah dan ramai lagi yang sudi bersms memberi kata perangsang.Terima Kasih banyak2.Disaat I mamai tempohari mungkin ada sms dan panggilan takberjawab.Mohon pengertian.Lagipula tika ini,sukar untuk I bercakap,memandangkan bandage masih diabawah hidung,makan jua terlalu sukar,memandangkan I hanya bernafas melalui mulut.
P
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
A Quickie - The new cabinet listing is being viraled through many groups in whatsapp and what-ever. I had a glimpse and the best thing I like about the line-up: apart ...6 years ago
-
Kenangan di Mina - Hari ini, hari ke-4 Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, terima berita daripada adinda saya dan suaminya yang telah selesai mengerjakan rukun haji mereka. ...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
13 comments:
Sama2, Nda.. Ini masa Nda, suatu hari nnt akan tiba masa kja memerlukan sokongan moral dan emosi teman2 bloggers yg lain..
Stay strong, Nda!! Semangat kena kuat mcm Dikwan.. dlm keadaan parah mcm tu, dia tetap berjuang hingga ke akhir hayat, kan?
Luv u, Nda!!
Salam buat Nda. Semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Nda, seluruh kaum keluarga kja turut mengirim takziah buat keluarga Nda..
Salam rs,
Semoga ruh DikWan ditenpatkan bersama mereka yang beriman. Bersabar ye. Bawa istighfar dan selawat bebanyak.
salam kak nda,
semoga akak sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini....
Salam,
hi, i kawan Umar since darjah 2, but then we kinda lost contact after i moved to Bangi.
i just got the news from my sis and nenek dkt PJ.. tabahkan diri okay? Wish you and the rest of your family all the strength you will need.
though i dah lama sgt tak jmpe umar, the last time i jmpe dia was when kitorank darjah 3, but i always hope that one day we could meet and catch up with each other :( i miss him so so much.
just know that im sorry for your loss...
Umar is a great person...byk kenangan manis dgn dia mase i sekolah dkt tmn dato harun dlu.
i wish and pray that he may rest in peace and may his soul find a happy place and i am sure where ever he is he would always be with you and watching over you and your family.
al fatihah.
p/s: may i have your yahoo massenger? or anything.
kalau boleh, i nk tgk wajah umar after so long tak jmpe.
thnks a lot sis.
do take care of yourself too yea.
Linda, u stay strong yea - kita redha ni sbb ketentuanNya.
*tried to call u several times - reached ur voice mail
takziah. he's in a good hands now
nda,
sy sungguh terkejut.
satu perkara yg paling tak disangka.
tp, ada perkara yg kita mungkin takkan dapat singkap rahsia Dia.
Insya' Allah, roh Dikwan aman di sana.
Saya juga mendoakan agar semuanya selamat. Takziah dari saya. Kuatkan semangat nda utk semua.
Kita tak pernah bersua, jauh dari mengenali, namun ukhwah antara kita tetap ada.
al-fatihah utk dikwan.
Tabah, Nda. Maaf tak dpt ziarah sbb berada di Ipoh.
Alfatehah untuk aruah Dik Wan.
salam takziah..semoga arwah mendapat al Jannah
salamm takziah - “Innalillah wa-inna ilaihi raji’un - Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”
Salam takziah to you and your family and may you be strong in the face of this tragedy. Al Faatihah.
Post a Comment