Tuesday, April 21, 2009

Nak kena zassssss

Kesan dari hujung mata kanan yang bersilau tempohari,telah membawaku berjumpa Pakar ENT,tak sanggup rasanya,kehilangan sebuah pancaindera.So seperti diduga,after CT scan tu,sah....kat kawasan mata tu paling penuh itu membrane-menbrane,apatah lagi sebelum tu,apabila diperiksa,Dr.kata dalam hidungku ada something yang he has to remove blablablabla...

Doktor hanya tersenyum,kala aku menyerahkan laporan x-ray hidungku 10 tahun yang lampau,dah tak valid ,kata Doktor,maka itu,hari khamis ini,aku harus masud Wad.Sebab hari Jumaat ni,hidungku bakal dibedah....How,sweet kalau dapat mancungkan lagi kan?hahahaha

Buat lah apa saja doktor,kataku,kerna aku sudah lemas dengan kesesakkan ini,aku ingin bernafas lepas seperti insan lain.Apatah lagi Tuan Doktor telah memberikan janji-janji manisnya padaku,yang pembedahan ini,adalah yang terbaru ,tercanggih dan menjanjikan harapan 90% kesembuhannya,dan sinus tidak akan kembali lagi.Moga aku tidak tergolong dalam yang 10 % itu.Pun aku tahu,semua ini datang dariNYA,Dia lah yang maha berkuasa atas segalanya.Kita cuma berusaha....Amin
Aku,dikamar Doktor,sementara menanti giliran,sambil mengira-ngira pendapatan bersih Doktor ini sepanjang hari,memandangkan waktu menantinya saja,hampir menyamai hospital kerajaan.Ahaks!
Sementara menanti hidungku di zasss,aku menggunakan steroid ini sehari sekali,seperti nasihat Doktor,adalah kurangnya...tapi sampai bila harus bergantung dengan ini?Arghhh!!
Doakan segalanya selamat bagiku....dan moga aku punya waktu bersiaran dari pusat perubatan itu...

11 comments:

kak ja said...

apa? harus dioperasi? ayoyo!!! (ni versi org India yg dah lama menetap di Indon.. hehehe)

InsyaAllah akan semakin mancunglah hidung tu nanti.. Waaaahhh.. lps ni bolehla eksen kat kja n Josh sbb dah xde sinus..

Kja doakan ev thg berjln dgn baik.. Lps ni kita pekena ais kacang Tesco tanpa rasa bersalah lagi, k?

:: NbC :: said...

Linda,

minor ops je kan..? insyallah selamat semuanya

Leyla Shuri said...

salam yuki cho-cho,

salam kenalan dan TQ sudi menziarah.

rerama salju said...

kakja,

Ni tengah berangan nak soh Dr.tu mancungkan idong ni,sambil bawak gambar kakja dan bagitau kat Dr. tu,ha,Dr. buat macam idong ni,boley?hahaha

And Yes,boleh makan ABC kat Tesco tanpa perlu sapu vicks kakja dan pancut inhaler...Amin..hehehe

Yes Pinky,
Minor jer,sajer nak buat gempak...hahaha..lainlah operation nak tinggikan batang idong...hahaha
Tq...

rerama salju said...

Salam Kak Jah,

Domoe Arigatou,sebab sudi datang blog saya...nanti tolong ajar niphon go ya?

mr_ako said...

moga cepat disembuhkan dan menjadi hamba Allah yg lebih sihat dan baik....InsyaAllah

rerama salju said...

Tq Mr.Ako,

But I know you are not Mr.Ako,You still want to play hide and seek with me ait?

just go ahead...have fun dude!

Aziah said...

wahhh sakit sakit pun ada peminat misteri ( MR AKO )yg take care secara tiba tiba..

alangkah bertuahnya ko Nda menjadi orang kesayangan ramai.

Get well soon yeah..

rerama salju said...

Aku rasa Mr.Ako ni tensen,pasal tak lama lagi nak masuk jail 3 bulan,rasain!hahahaha..

Tapi aku harap,org macam Mr.AKo ni tak haadir lagi dalam blog aku,sebab dia taak kenalkan diri dia pada aku,tiada keikhlasan disitu....

Aziah said...

jiwa kacau la..

rerama salju said...

takper aziah...
sabar banyaak2...peace sis!

berkongsi rasa ....