Wednesday, April 29, 2009

monolog sepi buat dikwan...

Salam buat semua teman-teman tersayang...yang sudi meninggalkan komen,mendoakan dan memberi kata2 perangsang buat diri ini.Pohon maaf kerana saya tidak bisa membalas komen2 itu sepantas kilat seperti biasa,kerana saya kini terlalu lemah.....Ujian terbesar Tuhan buat saya,untuk menguji keimanan saya,maka ditariknya nikmat adik manja ini dari saya,agar dapat saya pertingkatkan keimanan yang menipis dijiwa saya,Ya,saya maklum itu....cuma sebagai insan biasa,beginilah saya,yang entah mengapa tetap bermurung durja,yang sememangnya bukan saya,saya dah tak segirang dulu lagi,hidup saya kosong....sepi....sunyi...tak tergambar oleh kata2...tiba2 saja airmata ini akan deras mengalir,terutamanya jika saya bersendirian...Astagfirullahh...

Jadi,untuk mengubat jiwa ini,entry saya yang berikutnya ini semuanya mengenai Dikwan,hinggalah saya berjaya melepaskan semua perasaan yang berbuku dihati ini...saya tak mampu bercerita,apatah lagi dengan keluarga,kerana mereka jua sedang berlara tika ini,tidak mahu menambah luka didada...

Salam Dikwan,
semalam kami menziarah pusaramu,
berempat,along,kaklang,mak dan ayah,
selepas hantar aisyah ke dewan peperiksaan,
aisyah menangis,tika kami turunkan dia dari
kereta wan...
dia nampak lemah...
wan,takkan jumpa lagi aisyah yang ceria tertawa
macam dulu,
dia semakin kurus wan...
senyum pun dia tak mampu...
kami sedih melihatnya..
hanya doa dan kata2 semangat yang mampu kami berikan,

Wan,
Tiba dipusara wan,
kami tenang,
kami disambut oleh kicapan burung
dan angin sepoi-sepoi bahasa,
lembut sekali...
pusara wan,masih merah...
semerah bunga ros yang kami taburkan dulu,
dan dalam masa tiga hari,
wan dah punya 3 teman baru...
begitulah rapuhnya nyawa kita kan dik?
bila2 boleh diambil oleh Al-khaliq...

Sebelum melangkah pulang kan wan,
wan dengar tak pesanan mak semalam?
wan...mak balik ya..duduk sini baik2..
tenang sekali bicara mak..
tapi mana dapat along sembunyikan airmata along ni wan?

beruntung wan punya mak setabah mak kita,
yang tidak putus-putus mendoakan kita
siang dan malam
tak semua insan punya peluang,didoakan ibu
ketika dalam kuburan wan...
ini saja yang mampu melegakan hati along,

wan,
sejak pemergian wan,
kasih sayang keluarga kita
kian padu wan...kami tak mahu
membazirkan setiap minit yang kami ada
tanpa perhatian...

wan,semalam along ke laptop wan,
laptop yang wan dah edit beberapa jam sebelum wan pergi,
rupanya wan tau ya wan nak tinggalkan kami?
banyaknya peninggalan dan pesanan wan,
kami terharu...
paling menyayat hati tentulah
my space wan...bila wan tinggalkan lagu
say good bye-rest in peace....
sebelum wan privatekan myspace itu
untuk selamanya...

along menjerit panggil mak,bila
along bukak my document wan,akan
surah2 yang wan savekan
surah pertama adalah surah Al-muLK
Tabarakallazi......
Wan tau ya?tu doa untuk kurangkan azab kubur?
bagaimana mungkin mata ini tidak berair lagi...
dan memang ayat itulah yang mak suruh
kami sedekahkan pada wan sejak hari pertama wan pergi,

Wan,jangan risau ya sayang,
semua insan yang pernah wan kasihi
kini,semua jadi adik along,
along akan sayang mereka macamana
along sayang wan,
sebab along tau mereka pernah membahagiakan wan,
along tau,itu...

Wan,
terlalu banyak along nak bicara lagi,
tapi ,biarlah along berhenti sketika disini dulu
buat kali ini...
nanti along bicara lagi,
along janji..

wan taukan along sayang wan?
sebab tu along selalu ngaji dan doa untuk wan...
along tau,along kena kuat,
terutama untuk aisyah yg trauma,
namun,mak,ayah,kaklang dan bangah
cukup tabah dengan dugaan ini,
tapi remuk dihati mereka siapa yang tahu?

Maaf wan,along dah melalut,
wan tenanglah disana,
jangan risau,
kami tak pernah meninggalkanmu,
doa kami akan terus mengiringimu
keakhir hayat kami...

Moga kau tenang disana adikku
dan ditempatkan bersama
orang-orang yang Dikasihi
NYa..
Amin

Rest in peace seperti kata2 akhirmu...
Umar Syazwan Mohd Mansor
17th JUNE 90- 26 th APRIL 09

Along
29th April 09
no:4,lorong 14C,

4 comments:

kak ja said...

Nda...

La tahzan, dik..

ummisara said...

Nda...

Sabar ya. Allah lebih menyayangi Dik Wan. Insyallah arwah akan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai Allah.

rerama salju said...

tq kakja and edelweiss...

will visit u later ya...

Anonymous said...

Dear friend,

1.My company supply various of wholesale watches,such as Bregue WatchesBaume Mercier Watches. all my company sale products to many country in the world,received the customer appreciation.
2.It's keep faith and truth as principle & supply the best service for customer.Not only the quality which all we wholesale watch have lodged zero complaint,but also give the best price.
3.My company have strongly customer servicer for our customer.we will deal with the problem if customer encounter, which also guarantee the customer interest. Provide various of elegant and good looking watch,such as Chopard Watches which is real charming style watch.
4.We have perfect Logistics system, which guarantees all the ordered replica watches are delivered to you in good shape as fast as possible.Communicate with us.You will be very satisfied! Hope we can do long-term business in near future.

Welcome to our website for more details.
Classique Watches,
Heritage Watches,
La Tradition Breguet Watches,
Marine Watches,
Reine de Naples Watches,
Type XX Watches,
Type XXI WatchesBaume and Mercier Riviera Watches,
capeland Watches,
capeland s Watches,
catwalk Watches,
classima Watches,
diamant Watches,
hampton city Watches,
hampton classic Watches,
hampton milleis Watches,
hampton spirit Watches,
Linea Watches,
Happy Sport Watches,
Happy Sport Good Luck Clover Watches,
Imperiale Watches,
L.U.C Watches,
Mille Miglia Watches,

Best regards! Thank you !

berkongsi rasa ....