Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, October 28, 2011

after four months break...




My niece ,Yin has her own blog ,peewit.!! That's motivate me to update my long silence boring blog.But,where to start?whats is ON now,everything seems really new to me.


Well,well,well,My life now is only surrounded with my family especially my petite Shaheem,the bundle of joy in the family,and hope that I am not neglecting his big brother Shaheez.Can't imagine I have a baby now,and surprisingly enough,its not as bad as I might think,No complaint at all,and all I feel is only LOVE and I always feel blessed,Syukur ALLAH.


Shaheem is going to be 9 months next week,while Shaheez will be 14 next month,How time flies,and they always an apples of my eyes.Like Shaheez,to raise Shaheem I have no problem at all,they both were never getting into my nerve,no challenge at all,but hey..I started to worry about Shaheez well being,Is he need attention?All I can do now is Doa and more Doa...and the words Give Up shouldn't exist in my life.huh!May Allah give me a strenght to face all this,and My sons will be a better Muslim,InsyaALLAH.





Shaheem @ 8 months

Wednesday, December 1, 2010

Hari ini 1 Dec 2010

Aku suka Disember...tak tau mengapa...tapi ada rasa teruja bila tiba bulan ini.Syukur sangat bila impianku untuk melahirkan Shahe*z dibulan 12 itu jua tercapai,walau jadual asalnya di bulan Januari.

Kandunganku sudah memasuki usia trimester 3,bulan yang ke 7,bulan yang penuh kepayahan,bila pergerakkan sudah mula terbatas,kepenatan berganda dari biasa dan inhaler jua jadi peneman setia.Pun aku tetap positif dan gembira melalui semua ini,belum wujud rasa jemu atau istilah tidak sabar melahirkan bayi ini ke dunia,biarlah...biar ia lahir bila tiba waktunya,biar sempurna segalanya kerana Dialah yang Maha mengetahui semuanya.Lagi pula,peluang ini entah kapan lagi hadirnya....mungkin ini yang terakhir kali,justeru aku ingin menikmati setiap detik indah ini sepuasnya.Serasa baru semalam aku disahkan hamil...kini aku cuma menghitung hari untuk melahirkan bayi ini kedunia.Terima Kasih Tuhan atas kurniaMu yang Maha Hebat ini.

Semalam Doktor di KK menghubungiku,memaklumi aku akan paras gula yang naik mendadak,justeru aku diminta datang lagi untuk menjalani ujian MGTT(minum air gula) itu.Tiba-tiba aku jadi seriau,jika sebelum ini BP tinggi bisa kutelan,tapi kalau gula tinggi ini...sungguh merisaukan aku,tak tahu mengapa...mungkin kerana aku sedar akan kelemahanku yg suka benar dgn benda-benda manis dan akibat dari penyakit kencing manis itu sendiri.Pun aku berdoa,agar penyakit ini sementara cuma,dan aku punya masa mengubah gaya hidupku.Tuhanku,lindungi aku dari segala kemudharatan.

Malam ini aku bakal bertemu lagi dengan Gyneaku di Salam,semoga dia sihat dan selamat pulang dari menunaikan haji tempohari,aku sayang dia,namun aku khuatir,malam ini merupakan malam terakhir aku bertemu dengannya.Kerana masaalah kesihatanku yang pelbagai ini aku dinasihatkan agar tidak bersalin di Hospital Swasta,pertama mungkin kerana peralatannya yang kurang lengkap kedua mungkin kadar caj yang bakal dikenakan padaku bakal membebankan aku jika banyak perkara kecemasan yang perlu dilakukan.Ya,ada benarnya kata pakar di KK itu,lagi pula ,bukan senang mencari rezki tika ini,setiap sen harus dibelanjakan dengan penuh hemah...seperti nasihatku pada anak bujangku..U NEED IT OR U WANT IT?...hmmmm....

Oleh kerana my previous visit Gynea dah bagitau "Scrotum" baby dah nampak,maka jika ada masa terluang kini,berdikit-dikitlah kami membeli barangan baby,especially baju baby yang menjadi kegilaan yours truly.Rasa tak sabar nak menyarungkan baju-baju comel tu kebadan baby.Pada Shahe*z ku kabarkan that tika mengandungkan dia dulu,aku lebih OVER dari segi persiapan berbanding adiknya ini,bilamana aku mula membeli dan memakai baju mengandung pada hari pertama kudisahkan hamil,dan membeli peralatan bayi seawal kandungan lima bulan:) siap dengan bakul bayi juga stroller...semuanya ku beli sebelum kelahiran.Malah jika punya waktu terluang akan ku buka dan kucup baju-baju itu satu persatu....:)

Kini,mungkin kerana kematangan usia,tidak pula aku bersikap begitu....cuma sesekali kubelek jua baju-baju comel mungil itu,dan sehelai daripadanya ku gantung dibilikku,dan akan dicium oleh Shahe*z setiap malam sebelum tidur.Moga kekal kasih itu keakhirnya,sepertimana aku terlalu kasihkan adik-adikku...:)

Baju yang menjadi ciuman si abang saban malam.Moga terjawab segala persoalan kalian....InsyaALLAH....

Thursday, October 21, 2010

Kullihat dia....

Aku tahu,Mr.Hubs benci Hospital,malah fobia dengan procedure-procedure di Hospital,malah jika dia sendiri sakit pun,tidak pernah dia mengambil ubat-ubatan klinik,begitulah renggangnya dia dengan Hospital,sangat bertentangan dengan diriku yang suak benar keluar masuk Hospital,sedari kecil..serius!!!

Sukar untuk aku jelaskan keadaan ini,tapi aku amat maklum tengan sikap Mr.Hubs yang satu itu,lama kelamaaan ,Ianya bagai sudah menjadi sebati dalam hidupku,bila kala aku terpaksa melalui hari2 pemeriksaan kandungan,menemani anak berkhatan seorang diri tanpanya...Dia fobia darah,dengar perkataan darah saja,sudah bikin dia pitam,So,What do I expect?redho sajalah....

Malam tadi,selepas menurunkan aku di pusat rawatan itu,Mr.Hubs terus pergi,mengambil document dari temannya di kawasan berhampiran,tapi mungkin dapat dia membaca kesebalan dihatiku....lalu berSMS,memohon maaf dengan alasan tiada parking di kawasan berhampiran,tidak apa2 bagiku yang sudah biasa ini.Namun takdir Allah,ramai pula patient malam tadi,justeru agak lewat namaku dipanggil,sehingga urusan Mr.Hubs selesai,sejurus aku masuk ke bilik pemeriksaan,Mr.Hubs juga baru  tiba didepan pintu bilik Doktor,lantas dipelawa masuk oleh jururawat bertugas yang mengenalinya....mungkin kerna serba salah dia masuk juga akhirnya....hehehe..

Alhamdulillah kandungan nampak OK semuanya...dan kami dah tahu jantinanya!!!Apa jua kurnianMu Ya Allah,kami sambut dengan penuh rasa Syukur.....Selamatkan lah semuanya Ya ALLAH

Wednesday, October 20, 2010

hari ini, 20102010

Tiada yang istimewa pada tanggal istimewa yang cantik ini.Cuma malam ini aku punya temujanji dgn gynea kesayanganku.Doaku,agar si baby dalam kandunganku sudi menampakkan jantinanya,tidak malu-malu lagi bagai kunjungan yg lepas.Tak sabar rasanya nak tahu insan yang menghuni rahimku ini,agar dapat kusediakan kelengkapanya seawal mungkin,Oh...tidak sabarnya aku menanti detik indah itu.

Kuakui ada rasa bahagia dihatiku tika ini,ada bunga-bunga kegembiraan bila si baby ini mula bergerak-gerak lembut dalam rahimku,suatu yang telah lama aku rindukan.Terima Kasih Tuhan atas peluang kedua ini.Kusyukuri nikmatmu,moga bayi ini selamat kulahirkan,sempurna sahsiahnya dan bakal menjadi insan bertaqwa.

Friday, January 29, 2010

sayang anak kusayang

Jarang aku ON chat di FB ku,tak tau mengapa,aku tak minat berchatting,tapi bila bersua sahabat lama baru-baru ini,rasanya terlalu banyak ingin dikongsikan,untuk catch up balik apa yang tertinggal,lalu dimasa2 terluang aku ON kan jua....bukan aku sombong tidak mahu chatting,tapi masaalahnya aku takut ,aku tidak tahu bagaimana harus mohon permisi dan aku bimbang aku mula merapu...:)

Paling bahagia bila aku disapa oleh anakku sendiri ,sibujang yang baru melangkah ke alam menengah itu,dia memang memahamiku,dan apa jua gejolak jiwa yang bermain di benakku,dapat ditangkap jelas oleh hatinya,di tanya masaalahku,nyata dia amat memahamiku,lantas terus membutirkan kata-kata indah buatku yang menyenangkan hatiku sebagai ibu,rasa bertuah rasanya melahirkan dia ke dunia ini.Rahmati dia tuhanku,Bantulah dia dalam menempuh hidup ini.Aku sayang dia,satu-satunya zuriatku,tempat aku mencurah semuanya.Tempat aku berkongsi suka duka,yang aku tau ikhlas jiwanya,kerana aku ibunya.Dia anak yang soleh,itu doaku....


Malam tadi,mungkin melihat ada tanda gelisah diwajahku, sebelum tidur,dia ke kamarku,mendakap aku seeratnya...mencium-cium seluruh tubuhku lalu segera pergi,tanpa mengucup pipiku.Aku tersedar dari lena,lalu mengucap selamat padanya....

Pagi tadi kami chat di FB,antara isi ceritanya adalah akan mimpinya malam tadi,tapi dia gusar untuk memberitahuku,bimbang mimpinya tidak menjadi kenyataan katanya,setelah kupujuk,dia bersetuju memberitahuku,katanya....dia mimpi nak dapat adik lagi!whoa!!really(how I wish that's true,son!)....Alhamdulillah ,InsyaALLAH....kataku.Tapi takut tak dapat lah sebab shah**z dah bagitau mama,org kata tak boleh bagitau kalau mimpi best tambahnya lagi....ah karut semua tu,kataku...Kalau ALLAH mengkehendaki ia berlaku,maka ia pasti berlaku...OK,katanya...

Aku senyum bahagia,namun kasihankan dia,kerana diusia itu dia masih sendiri tanpa teman....


The son,tika sessi tahfiz pada cuti sekolah yang lalu.....The son swimming in Penang last week.The all rounders him.Just like his mom! ahaks!


Pada teman-teman di utara sana,Mintak maaflah naa..cheq tak sempat nak singgah jumpa u all semua,masa tak mengizinkan,as cheq datang satu batalion,and cheq pulak,ketua rombongan,so tak bulih nak tinggal2kan depa semua....InsyaALLAH panjang umur,murah rezeki cheq mai lagi na??

Tuesday, January 5, 2010

1st day school (2010)

Diam tak diam,The son dah masuk sek menengah...dia pun baru jer celebrate b'day dia yg ke 12 ,30th Dec lalu,Semoga tahun ini,dia semakin fokus dan komited dengan apa jua yang dilakukannya..
tulah,ada sekolah belakang umah,gatal nak sekolah jauh....so,terima ajerlah.....Redha....

Thursday, November 19, 2009

UPSR RESULT

Usaha lagi sayang....Mama still proud of you....
(him,with his self taken photo...facing the mirrror...just like his arwah Pakwan yang suka bereksperiment dengan kamera)
tarikh : 19 Nov 2009
keputusan UPSR 2009 diumumkan...
legaaaaaaaaaaaa....Alhamdulillah.........

harini dah last day manja mama bersekolah rendah...How time flies.....

*Untuk yang bertanya...The son cuma dapat 4A 1B.Syukur Alhamdulillah,sbb dia bukan a type of student yg melekat b*ntotnya pada kerusi....he is kinda an active boy,esp in his shuffle dance world,he even teach his schoolmate to dance that he only learnt from internet and even formed a group...tak terhalang minat dia...cuma nasihat dan doa jer dapat dipanjatkan agar dia tidak tersasar dan terikut2 dengan unsur2 negative.Nauzubillahiminzaalik...

I'm planning to send him to Mini tahfiz class this coming Dec.Morning to 12pm.He refused,but I feel a need....I'm confiused,now!!

Friday, June 19, 2009

T-shirt idamannya...

Yang warna oren tu kononnya 'GLOW IN THE DARK"
Anda semua pernah tau logo T-shirt ni?kalau anda semua tahu,saya tabik spring,toink-toink..sebab saya sendiri pun tak tahu..:)Dah lama anak merengek nak beli,saya tak bagi,sebab bagi saya satu pembaziran....dah la takde brand,ahaks!gambar ntah hapa-hapa pula,tapi dia dok lah meng"usha" kan baju tu kat e-bay pulak kot2 ada jual murah,tetap tak ada..,
Sudahnya minggu lepas,papanya(well macam biasa!) yang belikan.Its kinda shuffle group (ala-tarian menggesek lantai budak zaman sekarang)T-shirt.RM90 untuk benda yang saya tak minat,memang rasa satu pembaziran yang besar. Nak beli pulak bukan ada di semua kedai,cuma ada dijual di pejabat/kedai kumpulan ini di Sbg Jaya,masa membeli pula diminta nama dan no talifon,hebat!!!

But the good thing is,Dia sangat sayang dengan baju ni,lepas pakai mesti gantung elok-elok,dan sesiapa pun tidak dibenarkan mencuci baju ini,selain dia......sebab dia takut kami semua ni,tak pandai care kan baju tu,nanti boleh menyebabkan Glow In the dark tu terpadam,heheh..elok gak!

Nampaknya lepas ni,tak merasa lah saya beli baju untuk anak bujang saya ini lagi,(read:mama beli time sales atau ikut taste dan brand yang mama suka!)memandangkan dia sudah punya taste tersendiri.Dan taste saya mungkin dikira old fashion olehnya....sabarjerlah!

Friday, June 12, 2009

bila lah nak dpt baby lagi ye?

Hari tu,gi tengok baby Izyan ni,cucu jiran depan umah mak,cucu orang pun jadilah,asalkan baby...ermm..bestnya bau baby...
Kalau boleh nak pinjam jer baby ni bawak balik umah,tapi takkanlah kan?baby ni pun anak sulung gak,mesti mak dia tengah sayang sangat...

Baby I yang sorang ni dah tua...dah nak masuk 12 tahun.........tapi masih takde rezeki nak dapat baby lagi,mintak2 sebelum tempoh "matang",dapatlah at least sorang lagi ye?kalau tak,tumpang baby orang jer lar nampaknya....:(
Bukan apa,nak sangat bagi adik kat budak ni,sebab geram...apa kehendak dia semua papa dia tunaikan,less than 24 hours pulak tu,dan sebab senang sangat dapat barang2 tu,dia macam tak appriciate,selalu hilangkan barang2 tu...terbaru ,baru kejap ni dia hilangkan his new hp (yg berusia less than 24 hours !)kat KLCC masa gi Petrosains dengan makcik dan cousins dia tadi.Waaaaaaaaaaaaaaaa!!!!Insiden ilang HP kali ketiga..........sakit hati dan geram,hingga tak pasal2 I shouted my heart out kat dia tru my sister phone tadi....sakit tekak aku!
phewww...now dah OK,tapi rasa nyesal lak marah dia tadi....anak..oh anak....

Wednesday, April 22, 2009

Eiii..tak bestnya..

Semalam,balik rumah mak ingat tak nak makan apa-apa,konon sebab dietlah kan? sebab lunch dah makan nasi,tapi bila tipah (pembantu mak) dah siapkan goreng pisang tanduk yang manis dan bubur pulut hitam yng menyelerakan tu,terus aku ngap!bukan sekadar rasa-rasa,tapi sampai kenyang,hambik kau!Lepas tu,bila Mr.Hubs makan nasi,sekali lagi aku terliur bila nampak dia makan ikan bakar dan pajeri terung masakan mak...ahhhhhh...mana boleh jadi ni,nak rasa jugak!so malam tadi,balik umah terus sapu minyak angin kat perut sebab perut dah sebu....tak senon... kan?buruk lant*k macam budak kecik.....hahaha,kasi chance,makan sebelum operation.Itu citer pasal makan...

Semalam son bagi borang,untuk Islamic Camp kat sekolah dia,bermula jumaat ni sampai ahad...Arghhhhhh...tak bestnya,saat I nak masuk wad besok,dia pulak nak pergi,I rinduuuuuuuu....Tapi katanya,takperlah ma,besok,balik sekolah I'll visit you half an hour before I head to bla,bla,bla...Ala....tak best la shahe*z tak ada tidur dengan mama!

Bukan apa,selama ini,kalau salah seorang antara kami yang masuk ward,kami mesti berkampung kat dalam ward,mintak extra bed,makan minum solat semua dalam bilik,macam check in hotel gayanya kami menghabiskan masa bersama kat dalam bilik tu,happy sokmo,selain son suka sangat main katil hospital yang boleh adjust turun naiknya tu.Kalau boring dia akan ke cafe kegemarannya di ground floor.And I choose for weekend operation pun sebab nak habiskan masa dengan dia,tapi nampaknya,tidak untuk kali ini.Sayu pulak rasa hati ni.

Semakin lama,aku rasa makin akan kehilangannya...sedikit demi sedikit dia akan meninggalkan aku,Hakikat yang terpaksa aku terima,saat anak membesar,membujang,dewasa....oohhh..pantasnya masa berlari.....itu,baru beberapa hari dia pohon bepergian,dan perginya pula untuk jalan Allah,agar menjadi anak soleh,membina diri agar lebih tertib ibadahnya...Aku perlu berkorban saat ini,kerana dia bukan anak kecil lagi...Ada teman-temannya sudah punya adik bersusun paku,tapi dia masih sendiri!

Arghhh...kusamnya hidup aku untuk beberapa hari ini.Intan payungku,bantal pelukku,mainanku,teman manjaku akan meninggalkan aku,walau seketika cuma,eii tak bestnya!!!

Friday, March 27, 2009

Sakit Kepala

Sebenarnya dah dekat seminggu I sakit kepala aka lite migrin atau pra migrin,iaitu nampak segaris cahaya dari mata kiri...almost 24 hours ,pastu kaki sejuk sangat,dan kepala and tengkuk belah kiri sakit,tapi tidak diikuti denagn muntah-muntah macam dulu.Kenapa ya?Tak taulah,macam-macam penyakit sejak dah tua ni...(tuanya!)

Thus,membataskan activity mengadap komputer kegemaran I ni,so mohon bercuti semuaaaa.See ya when I see yaa...

Wassalam,Ilalliqok..Baiii........

p/s:Dah lama migrin ni tak datang,Dulu migrin sebab susah hati ,sebab tak suka dengan bos,tapi kali ni rasanya takde tak suka dengan sesapa,pk punya pk apalah yang menyebabkan I susah hati, adalah sebab The Son....Susah nak cakap pasal perangai dia ni.Hanya Doa saja yang mampu I lakukan.Memang he looks OK,he can talk globally,he is into politic,he thinks BIG,and he loves music and entertainment too!tapi benda2 kecik esp bab pelajaran dia,dia belum menghalusi lagi,begitu juga soal tanggungjawab...Arghhhhhhhhh...Moga kau cepat berubah nak!

Moga ini jua bukan keluhan,sekadar luahan perasan agar terlepas sikit bebanan didadaku ini,inilah jua tujuan asalku berblog dulu,thats why, I want it remain an0nymous, and hey this is is my 200 entry too!

His tension face.When I fetch him @ Sunway Pyramid last week/sem break,while he's having an outing with his classmates(boys and girls mind u!).Atok sent him to SP about 10.30 am,12,pm mama dah terpacul ambik dia,dan ajak lunch bersama,mana member tak hangin,sempat main ice scating jer sejam,while his friend having lunch then headed to watch movie together.(until 5pm)

He's complaining that I did'nt give him much freedom,as his friends did!But hey,he is still std 6!What do you expect?who want to monitor his solat,kalau dia balik jam 5?As most of his friends are chinese and yang malay pulak,belum rasa sembahyang itu WAJIB.....Ahhh..over sangat kah aku ini?

Tuesday, February 3, 2009

sedih lah pulak...

Off late,sejak usia mencecah 3-5 ini,tahap kesihatan I is not in tip top condition,Kalau dah BP tinggi,Off Course sakit kepala tengkuk,dan belakang tu dah jadi teman biasa kan?Dan kalau silap sikit mulalah semput pun menyerang,Inhaler pun cepat je surut sekarang ni..(pstpst...tapi I tau semuanya disebabkan salah I sendiri,sebab tak jaga makan and lack of exercise,tak salah kan sapa2 pung!)

Dan malam semalam bila nampak muka I berkerut menahan sakit,The son mulalah menegur "Mama ni selalu sakit skrg ni..."katanya..Takperlah kalau mama mati nanti shah**z blh dpt mak baru.I berseloroh.Tak moh,nanti shah**z sepak dia(read :terajang!)....Eh,tak baik buat macam tu,mama tak pernah ajarkan?lagipun masatu mama dah mati...Tiba-tiba The son terus hugged me and cried....

la,sayang jugak anak bujang I ni kat I rupanya ya?Takut nak gurau macam tu kat dia lagi,takut hatinya terluka lagi,walau puas kunasihatinya,hidup ini hanya sementara nak,akhirat jua yang kekal dan sayangilah makhluk didunia ini sekadarnya saja.......Terbayang macam manalah Mr.Hubs kehilangan ibu waktu berusia 7 tahun dulu ya?pasti sukar melalui hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ibu kandung,namun segalanya sudah tersurat....

ntah apa-apalah n3 ini,namun yang pasti emosi ibu beranak seorang ini,sering terusik sejak akhir-akhir ini.....macam-macam terbayang difikiran....


My growing up boy at our annivessary hi-tea last week....May Allah bless You nak


citer apasal bonding mak dan anak...ni yrs truly with mum during last syawal....

Friday, January 23, 2009

3 weeks 3 bags


Apa yang 3 weeks,3 bags?Itu adalah jumlah minggu dan jumlah beg my son tahun ni.All brand new bags,(actually more kalau nak campur bag for other extra class).The son ni bukanlah very demanding sangat,apa beg yang ada, dia bawak,happen to be tahun ni dia banyak sangat beg extra,ada yg free gift,hadiah b'day dia dan yang kami beli.Ingatkan kalau banyak tu,bolehlah simpan untuk tahun-taahun akan datang ke,tidak pun bagi kat sesapa yang memerlukan,Ini tidak,mentang banyak,tau-tau jer beg ni bikin putar alam...


Lately ni,bila dia balik sekolah jer,beg sekolah dia ,kalau tak koyak rabak kat tepi tu,tali dia putus!memang tak boleh tolong buat apa lagi,memang harus ditongsampahkan....!akibat beg sekolah dia yang TOOOOOOOOOOOO HEAVY!Bak kata Mr.Hubs bawak beg besi pon boleh tercabut macam ni,,kami ada menyewa locker kat kelas dia,tapi dari tahun lepas,tak dapat kunci,payment dah settle.Kami ni pulak,parents yang tak suka menyalak jumpa cikgu,cuma kalau jumpa masa bayar yuran tu ada jugak tanya,tapi cikgu tu kata,nanti dia bagi....aduiii......Nanti bila cikgu?sampai tamat darjah 6 kah?Tahun ni pula beg tambah berat,dengan extra books untuk kelas tambahan lepas waktu sekolah.Duh!


I told son to keep some book dalam kelas (sekolah dia satu sesi)tapi dia kata cikgu tak bagi and takut buku ilang,sudahnya,dia yang setiap pagi terpaksa membongkok bawak beg berat tu,and I harap tiada beg keempat lepas ni,lari lah budget mak cenggini nak oi!,tetiap minggu beli beg baru.
Tak kira,lepan CNY ni kalau tak dapat locker gak,akak terpaksa lah jadi mak tukang kepo,jumpa cikgu..(eii,tak suka,and I tau,cikgu pun tak suka,kita jumpa dia sebenarnya..hehehe)


ha,ni contoh beg dia yg terkoyak tu:-
2 bags biru tu,dah koyak rabak kiri kanan dia,and tali kat blkg pon dah putus(tak bisa disambung ,macam kata lagu ekamatra tu)Yang merah tu,baru pakai semalam,kita tengok berapa lama bertahan...

p/S:teringat masa sek rendah dulu,ayah kata,beli beg baru 2 tahun sekali,so kita ni macam faham,selagi tak 2 tahun,walau koyak macam mana pon beg tu,pakai jerlah,pandai2 lah carik alternative nak buat cemana dengan beg yang koyak tu,nama nak mintak baru,TIDAKK sama sekali,bukan mak ayah marah sangat pun,kalau mintak,tapi....kita sendiri fakam,hakikat sebuah kehidupan suatu tika dulu.....

berkongsi rasa ....