Paling bahagia bila aku disapa oleh anakku sendiri ,sibujang yang baru melangkah ke alam menengah itu,dia memang memahamiku,dan apa jua gejolak jiwa yang bermain di benakku,dapat ditangkap jelas oleh hatinya,di tanya masaalahku,nyata dia amat memahamiku,lantas terus membutirkan kata-kata indah buatku yang menyenangkan hatiku sebagai ibu,rasa bertuah rasanya melahirkan dia ke dunia ini.Rahmati dia tuhanku,Bantulah dia dalam menempuh hidup ini.Aku sayang dia,satu-satunya zuriatku,tempat aku mencurah semuanya.Tempat aku berkongsi suka duka,yang aku tau ikhlas jiwanya,kerana aku ibunya.Dia anak yang soleh,itu doaku....
Malam tadi,mungkin melihat ada tanda gelisah diwajahku, sebelum tidur,dia ke kamarku,mendakap aku seeratnya...mencium-cium seluruh tubuhku lalu segera pergi,tanpa mengucup pipiku.Aku tersedar dari lena,lalu mengucap selamat padanya....
Pagi tadi kami chat di FB,antara isi ceritanya adalah akan mimpinya malam tadi,tapi dia gusar untuk memberitahuku,bimbang mimpinya tidak menjadi kenyataan katanya,setelah kupujuk,dia bersetuju memberitahuku,katanya....dia mimpi nak dapat adik lagi!whoa!!really(how I wish that's true,son!)....Alhamdulillah ,InsyaALLAH....kataku.Tapi takut tak dapat lah sebab shah**z dah bagitau mama,org kata tak boleh bagitau kalau mimpi best tambahnya lagi....ah karut semua tu,kataku...Kalau ALLAH mengkehendaki ia berlaku,maka ia pasti berlaku...OK,katanya...
Aku senyum bahagia,namun kasihankan dia,kerana diusia itu dia masih sendiri tanpa teman....


Pada teman-teman di utara sana,Mintak maaflah naa..cheq tak sempat nak singgah jumpa u all semua,masa tak mengizinkan,as cheq datang satu batalion,and cheq pulak,ketua rombongan,so tak bulih nak tinggal2kan depa semua....InsyaALLAH panjang umur,murah rezeki cheq mai lagi na??
4 comments:
salam,
kalau macam tu situasinya.........
kita serupa.........sekarang ni hepi sangat dia sedang bercuti mid sem....... besok dia akan pulang semula untuk meneruskan perjuangan di uia gombak......tapi sedikit dpt diubati dgn ribuan anak didik
salam ibu guru,
I.G pun ada seorang anak je ya?ermm..senasib lah kita,moga anak yang satu ini bisa menjadi kebanggan agama ,nusa dan bangsa kita,AMIN....
semoga impian si anak menjadi kenyataan. semoga harpan si ibu diperkenan.
SC,
Terima Kasih atas doa ikhlas itu....kami akan terus menanti...
Post a Comment