Monday, January 18, 2010

sehari dikedai mak

Tahun ni,aku dah berazam nak kurangkan aktiviti "jalang-jalang"....anak pun dah besar,most places pun dah pergi rasanya,so tibalah masa dok umah,tapi dok umah pun,bukan ada benda nak buat kan?baju semua dah siap basuh dan gosok,so I decided to spend my time kat gerai mak,walaupun mak ada pembantu,tapi kalau aku datang,mesti hati mak kian berbunga-bunga kan?lagipun mak berniaga pagi jer.

So,sekarang jika tidak kemana-mana ,masaku banyak dihabiskan digerai mak,macam-macam orang yang datang antara yang kerap datang adalah,orang ni!ala.......Aci nak apa?nasi dah kami bungkuskan.....tengok tu gaya aci tu bercerita nak luahkan perasaan,mintak duit bagai....asal kita terpandang jer muka dia,mulalah dia bercakap meluahkan isi hati...atoi!bukan tak nak layan,tapi kami sendiri sebok,di waktu2 puncak tu!

Wani my sis jokingly told me,eh long,entah2 ada kamera kat sini,(like caandid camera kind of thing!) apa pulak,kataku,kita kan dah bagi dia makan....mana sempat nak layan borak....hehehehe.....lepas kedai sebelah buatkan teh tarik baru dia balik,sambil tu sapa yg lalu depan dia,semua dia mintak duit.....

Harap-harap,kita tak sampai berkeadaan begini nanti...Nauzubillahiminzaalik!!

Lagi sorang yang kerap datang kedai mak adalah Mualaf ni:-Nama dia Yau.Tokei Bengkel motor kat kedai mak,Indian,tapi dah dibela cina sejak lahir,so he speaks cantoniese lah,bila dah selalu bercampur gaul dengan masyarakat melayu kat area kami,tergerak hati dia nak masuk Islam baru-baru ni agaknya.Alhamdulillah.

Namapun kerja bengkel kan?so Yau ni selalu datang dengan pakaian comot,berbau minyak hitam dan sebagainya,hingga menjadi kemarahan pembantu lama kami Tipah,sebab Yau ni kalau datang kedai tak nak balik-balik,suka dapat berbual dengan kami...*heheh

Yang paling selalu layan dia,adalah the humble Mr.hubs,sebab Mr.Hubs kata walaupun Yau begitu,dia jujur,he is business minded,kata-katanya penuh isi.Alhamdulillah tak sia-sia layanan baik kami pada Yau,bila terbukak hati dia memeluk agama Islam hujung tahun lalu.

Gambar ni,semalam,kala Yau baru pulang dari solat Subuh dari masjid berhampiran,dia pakai baju melayu tanpa butang,mak ai...parah betul gayanya,dengan samping yang senget sebelah,Again the humble Mr.Hubs berkejar balik umah ambik his butang baju melayu to be given to this saudara baru,lalu menyematkan di bajunya.Tergambar wajah gembira Yau dilayan begitu.Pada Yau,Mr.Hubs berpesan,teruskan berbuat baik pada ibu angkatnya yang menjaganya selama ini,jangan lupakan dia,pulanglah pada CNY nanti,cuma berhati-hati dengan makanan dan jangan sesekali menyakiti hati ibu.Yau kata,OK lah bang...hehee.

Pagi tadi,masa singgah di gerai mak,Yau datang lagi,kali ni bersama Ustaz berbeza,Mak kata,bagus Yau ni,dia suka nak berkawan dengan sesiapa yang boleh membimbingnya...dan butang baju melayu semalam,masih dipakainya,kali ini dengan baju berbeza....Tahniah Yau!!!

4 comments:

xplorer said...

kedai mak dekat mana ? mana tahu kalau kebetulan lalu kat kawasan tu , boleh singgah

rerama salju said...

xplorer,
jangan lah kebetulan lalu baru nak singgah,datang lah,bila2 free,I belanja!

hentian said...

besarnya bunga kat hati mak. Wangi bila RS datang hinggap...

rerama salju said...

IM,

Memang...mak senyum lebar kalau saya datang....bukan apa,awal dulu saya tak berapa support mak berniaga ,kesian dia penat,tapi dia bosan dok umah dgn ayah tak tau buat apa...lagipun dapat gak extra money....tapi bila lama2 tengok mak suka jer berniaga,customer tetap pun dah ada...saya pulak yg selalu menempel...huhuhuhu

berkongsi rasa ....