Wednesday, December 1, 2010

Hari ini 1 Dec 2010

Aku suka Disember...tak tau mengapa...tapi ada rasa teruja bila tiba bulan ini.Syukur sangat bila impianku untuk melahirkan Shahe*z dibulan 12 itu jua tercapai,walau jadual asalnya di bulan Januari.

Kandunganku sudah memasuki usia trimester 3,bulan yang ke 7,bulan yang penuh kepayahan,bila pergerakkan sudah mula terbatas,kepenatan berganda dari biasa dan inhaler jua jadi peneman setia.Pun aku tetap positif dan gembira melalui semua ini,belum wujud rasa jemu atau istilah tidak sabar melahirkan bayi ini ke dunia,biarlah...biar ia lahir bila tiba waktunya,biar sempurna segalanya kerana Dialah yang Maha mengetahui semuanya.Lagi pula,peluang ini entah kapan lagi hadirnya....mungkin ini yang terakhir kali,justeru aku ingin menikmati setiap detik indah ini sepuasnya.Serasa baru semalam aku disahkan hamil...kini aku cuma menghitung hari untuk melahirkan bayi ini kedunia.Terima Kasih Tuhan atas kurniaMu yang Maha Hebat ini.

Semalam Doktor di KK menghubungiku,memaklumi aku akan paras gula yang naik mendadak,justeru aku diminta datang lagi untuk menjalani ujian MGTT(minum air gula) itu.Tiba-tiba aku jadi seriau,jika sebelum ini BP tinggi bisa kutelan,tapi kalau gula tinggi ini...sungguh merisaukan aku,tak tahu mengapa...mungkin kerana aku sedar akan kelemahanku yg suka benar dgn benda-benda manis dan akibat dari penyakit kencing manis itu sendiri.Pun aku berdoa,agar penyakit ini sementara cuma,dan aku punya masa mengubah gaya hidupku.Tuhanku,lindungi aku dari segala kemudharatan.

Malam ini aku bakal bertemu lagi dengan Gyneaku di Salam,semoga dia sihat dan selamat pulang dari menunaikan haji tempohari,aku sayang dia,namun aku khuatir,malam ini merupakan malam terakhir aku bertemu dengannya.Kerana masaalah kesihatanku yang pelbagai ini aku dinasihatkan agar tidak bersalin di Hospital Swasta,pertama mungkin kerana peralatannya yang kurang lengkap kedua mungkin kadar caj yang bakal dikenakan padaku bakal membebankan aku jika banyak perkara kecemasan yang perlu dilakukan.Ya,ada benarnya kata pakar di KK itu,lagi pula ,bukan senang mencari rezki tika ini,setiap sen harus dibelanjakan dengan penuh hemah...seperti nasihatku pada anak bujangku..U NEED IT OR U WANT IT?...hmmmm....

Oleh kerana my previous visit Gynea dah bagitau "Scrotum" baby dah nampak,maka jika ada masa terluang kini,berdikit-dikitlah kami membeli barangan baby,especially baju baby yang menjadi kegilaan yours truly.Rasa tak sabar nak menyarungkan baju-baju comel tu kebadan baby.Pada Shahe*z ku kabarkan that tika mengandungkan dia dulu,aku lebih OVER dari segi persiapan berbanding adiknya ini,bilamana aku mula membeli dan memakai baju mengandung pada hari pertama kudisahkan hamil,dan membeli peralatan bayi seawal kandungan lima bulan:) siap dengan bakul bayi juga stroller...semuanya ku beli sebelum kelahiran.Malah jika punya waktu terluang akan ku buka dan kucup baju-baju itu satu persatu....:)

Kini,mungkin kerana kematangan usia,tidak pula aku bersikap begitu....cuma sesekali kubelek jua baju-baju comel mungil itu,dan sehelai daripadanya ku gantung dibilikku,dan akan dicium oleh Shahe*z setiap malam sebelum tidur.Moga kekal kasih itu keakhirnya,sepertimana aku terlalu kasihkan adik-adikku...:)

Baju yang menjadi ciuman si abang saban malam.Moga terjawab segala persoalan kalian....InsyaALLAH....

No comments:

berkongsi rasa ....