Monday, May 12, 2008

Happy Birthday Rahmah....

p/s:Sebenarnya macam-macam entry bermain difikiran untuk dimasukkan diblog ni harini,tapi I dulukan yang ini,memandangkan today is the day,Yes 12 May..Rahmah's Birthday..My best friend in school way back in late 8o's...agak pjg dan melankolik sikit ya....

Sahabatku Rahmah,
Bila tiba tanggal ini,aku tidak pernah melupakanmu,
mendoakan kesejahteraanmu,
mengharapkan yang terbaik hadir dalam hidupmu,
dan moga dirimu dibawah lindunganNYA selalu,
walau dimana kau berada tika ini...

Kalian pernah dengar kah nama RAHMAH ARIFFIN?jika kalian mengenali insan ini kabarkan padanya,aku rindu padanya...dan aku tidak akan pernah melupakannya...terutama pada tanggal 12 May ini,hari ulangtahunnya...

Rahmah,teman baikku sejak tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5,kadang-kadang kami sekelas dan juga se dorm,kadang-kadang tidak..tapi kami selalu menghabiskan masa bersama...Masih terbayang lagi wajahnya yang putih mulus,bulat,berhidung mancung,tidak tinggi sangat juga tidak terlalu kecil,wajahnya kemerah-merahan terutama ketika tertawa,fizikal kami amat berbeza,mungkin itulah yang menjadikan aku dan dia serasi bersama.Selain mempunyai raut wajah yang manis,Rahmah juga baik dan berbudi bahasa serta manja,oleh itu tak hairan jika dia menjadi igauan pelajar2 lelaki disekolah,namun Rahmah sedikit pun tidak hanyut dengan surat-surat secret admirenya itu,memang sukar mencari insan setenangnya tika itu.

Rahmah dipelihara oleh nenek dan makciknya sejak kecil,kerana Rahmah dilahirkan kembar,dalam adik beradik seramai 11 orang,tapi adik kembarnya meninggal dunia ketika berusia 6 tahun kalau tak silap,jadi Rahmah ni memang manja dengan nenek dan makciknya,yang kami semua gelar Uteh,sedari kecil juga Rahmah telah berkali-kali menunaikan Haji dan Umrah bersama nenek dan Uteh.Begitulah aku,mengingati salasilah Rahmah ini.Paling aku tak lupa,sahabatku yang berketurunan Mandaling ini sangat meminati pelakon Michael J.Fox,jadi jika terpandang MJF ini dikaca TV pasti aku terbayang wajah mungil Rahmah ini.

Depan rumah nenek Rahmah ni,ada macam-macam pokok buah-buahan,kesukaan kami adalah buah dokong yang manis tu...jika cuti sekolah kami yang tinggal di pekan ni,suka menghabiskan masa di rumah Rahmah,sambil panjat pokok dan mandi sungai depan rumah Rahmah,suasananya sungguh nyaman.

Lepas SPM kami berpisah dia mengambil STPM seterusnya melanjutkan pelajaran ke UUM,sesekali kami berjumpa jika ada majlis perkahwinan teman-teman,sementelah pula jodohku hadir begitu cepat,maka semakin renggang lah kami...dia kurasa semakin jauh...tiada lagi berita kudengar darinya...

Tetapi,pada 12 May yang tahunnya telah kulupa,kukira hampir 11 atau 12 tahun yang lalu,memandangkan aku belum lagi punya cahayamata tika itu,aku cuba menghubungi rumah Uteh,cuba-cuba nasib,manalah tahu jika dia ada dirumah...tapi Uteh jawab."Rahmah takdo,dia sibuk,kau jangan tak datang lak hari minggu ni"....napa Teh?tanyaku...Rahmah kawin la...apo dio tak jomput kau ko?"laluku berdalih..."ada..tu yang nak cakap dengan dia ni"....Demi temanku itu,kugagahi jua ke rumahnya dihari persandingannya..Dia agak gugup tapi tidak terkejut...katanya,dia ada mengantar kan kad melalui pos ke alamat temanku M,dan disana dititipkan pesan supaya menjemput teman lain...Wallahu'alam...itulah kali terakhir aku menemuinya..Sahabat lama,yang terlalu baik....tapi entah mengapa cuba mengasingkan diri dari kami teman-temannya...Segalanya sungguh misteri bagi kami...tapi kami tidak berkecil hati...kerana kami tahu,pasti ada sebab atas tindakannya itu,lagipun dia terlalu baik untuk kami hukum....

Rahmah,andai suatu hari nanti,kau terbaca catatan ini...
Ketahuilah olehmu,aku tidak pernah melupakanmu,
jasa baikmu,tidak pernah kulupa,
terlalu banyak.....
Moga sebelum antara kita pergi dulu,
akan ada pertemuan antara kita,
dan maafkan aku,
andai ada bicara luka
yang tercetus antara kita
walau puas ku cari puncanya...
Namun dihatiku,
Namamu akan terus terpahat jitu...

Aku,
sahabatmu...

6 comments:

Aziah said...

Happy birthday Rahmah.

Tak pe la Nda, Aku kan ada. tak yah la sedih sgt. lagipun beday aku ngan si Rahmah tak jauh. selang 2 ari aje.

Ingat Rahmah ingat Aziah.

**** aku tak kenal dia.

rerama salju said...

ooo birthday kau 14 May kan aziah?
aku ingat bulan 5 lah kita mendaftar belajar dulu...kita celebrate b'day kau dlm bilik kan?

Rahmah lain aziah,

kau lain,kau member gila2 remaja aku.....hahahahaha

Aziah said...

InsyaAllah pasti akan ada pertemuan ko dgn Rahmah. Pertemuan yang tak terduga dan tak di sangka sangka. Mungkin perantaraannya adalah anak anak.

Who knows...

kak ja said...

Salam Nda,

Kja nak tumpang wish hepi bday kat Rahmah ni..Kja pun ada kawan2 yg meminggirkan diri drp yg lain2, tanpa diketahui sebabnya..Cuma kita boleh berharap they are doing it for a right reason...

rerama salju said...

Ya aziah,who knows kan?InsyaAllah

Kakja,
Yes!!That's the exact word,meminggir dengan right reoson...

bz bee said...

Kak rerama! Ive reply ur email ;)Harap dapat jumpa rahmah suatu hari nanti... Amin!

berkongsi rasa ....