Thursday, May 22, 2008

Tribute to Lynn Manaf

Al-fatihah buat temanku A*lyn Manaf-1974 -2008.

Temanku Lyn,
Tika ini,hanya airmataku
yang mengiringimu dipusara,
tika aku tidak mampu berkata apa,
kerna kekesalan yang bersarang dijiwa,

akukah terlewat lyn,
atau keegoan kah yang memisah?
lantaran sikap keakuan ini,

Maafkan aku lyn
kerana kealpaan ini,
kejamnya seorang aku kan lyn,
terus membisu walau kutahu deritamu,
bukan aku lari lyn,
tapi aku malu...
namun jauh disudut hati
aku tidak henti mendoakanmu,
mengintai-ngintai keadaanmu,
cuma aku tidak berpeluang
bercakap denganmu,
walau kutahu jejakmu...

lyn.....
hati ini bagai menjerit,
diselubungi rasa pahit yang menggigit,
kala M memaklumi aku,kau telah pergi...
tambah menyakitkan,
kala aku bagai disalahkan kerana
tidak menghubungimu...
kita dikata terlalu rapat,dulu...
Ya..Allah mengapa setelah kau tiada
baru kudengar kata-kata ini lyn...

lyn,
damai lah kau disana...
aku yakin kau akan tenang
bertemankan para syuhadak...
untung lah dirimu lyn,
kerana pemergianmu kala
dirimu telah bersedia....
pemergianmu,
dalam redha keluarga...
juga dalam doa sahabat tercinta...

lyn,
aku masih menangisi hati,
bukan kerana pemergianmu,
tapi kerana sikapku!!!
kau tahu lyn,
pemergianmu,adalah cuma selangkah kehadapan,
sebelum aku menziarahimu,
kerana aku hampir berjaya mendapatkan alamatmu,
namun dalam pencarian akhir itu,
kau pergi dulu..
nyata...
Dia lebih menyayangimu...
Telah kukabarkan pada teman-teman
akan pemergianmu lyn
tentu sejuk pusaramu
dengan Fatihah dari mereka,
itulah doaku...

Kau tau lyn,
walaupun agak terlewat,
namun aku mahu kau tahu,
lagu "The power of love" itu
akan menjadi satu memory padu
dalam hidupku,
kala aku merindumu....

Aku sahabatmu,
220508

Untuk tatapan semua ku paparkan semula cerita lyn yang telah ku simpan minggu lalu,bertahjuk Get Well Soon Lynn.Aku berjajnji pada diriku,akan menjejaki teman atau saudaraku yang sakit,sebelum tiba tarikh itu........

6 comments:

riken said...

Al-fatihah buat Lynn Manaf...

Damak Ilham said...

Linda ,
Bukan kealpaan sebenarnya , namun hakikat hati tak mampu mengawal kehibaan... Sudah menjadi lumrah , kita pasti kembali kepada pencipta kita. Walau diri tak mampu mengawal emosi, hakikat hidup harus ditempuhi. Apa pun Linda, semoga sahabat kita ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.

rerama salju said...

Terima Kasih riken....

Tq for coming.....

norish,
tq for your kind and beautiful words!

Aziah said...

Alfatehah untuk aruah Lynn.

Allah sayangkan dia.

rerama salju said...

Aziah,
kita jua bakal menyusulkan?....

Aziah said...

No doubt.

Dah cukupkah 'paperwork' yang nak dibawa bersama?

berkongsi rasa ....