Friday, May 16, 2008

Happy Birthday Aziah....14 May 08

Selamat Ulang tahun yang ke 19 aziah.....(as masa gambar ni diambil).
Maafkan aku atas keterlawatan entry ini,
Bukan aku melupakanmu,
apatah lagi mensia-siakanmu,
namun kerana usahaku,
mencari potret solo terbaikmu dalam koleksiku.

Semoga kau kian matang dalam meniti usia ini,
Ya,kerana pengalaman lalu
tentu banyak mendewasakanmu kan aziah?
Kau insan terpilih,
Justeru, diuji dengan pelbagai ujian yang beribu,
Kerana tentulah Dia tahu,
kau bisa menangani semua itu...

Sukarnya mencari insan setenangmu aziah,
Sedikit pun tidak terpancar sayu diwajahmu,
bicara sendu yang menikam kalbu,
dari bibir mungilmu itu,
Keceriaan dan kemanisan wajahmu,
menjadi penawar seorang aku
yang sering merindu tika itu...

Denganmu,
Kukenal erti gembira yang tiada tara,
dan tiada duka sepanjang masa,
Masihkah kau ingat aziah,
Setiap pagi muka kita lah wajib
beratur di Public Phone depan asrama,
untuk menghubungi yang tersayang,
tika itu handphone merupakan
suatu yang tak mungkin kita miliki
lantas,kita selalu berangan
alangkah indah jika kita mampu memilikinya kan?
justeru kita selalu berlakon seolah2 kita
bercakap menggunakan handphone
menggunakan sebuah SIKAT!!
KIta tertawa semahunya...
dan kadankala kita menyanyi bersama,KUAT!
Sehingga mengundang jelingan tajam
dari kakak-kakak sebikik kita...

Seronoknya aziah,
dapat mengenalimu,
walaupun musim bunga kita
hadir tidak lama....
namun kenangan indah itu
akan sentiasa mekar dalam hidupku,
akan kubawa...sehingga akhir hayatku.
Doaku,
Agar kau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup ini,
Kerana kau disayangi....maka itu kau diuji.
Aku temanmu,
akan terus mengasihi dan berjanji,
akan terus bersamaamu,
hingga akhir nanti...


Wassalam
janji seorang teman,
18-05-08
2.30 pm

p/s:Paling aku tidak lupa tentang dirimu aziah,selain dari remos tinggimu,adalah koleksi pacarmu!!!adoi aziah,puas aku nak menjawab kalau pakwe yg ni dtg mencarimu,tika kau berdating dengan pakwe lagi satu...bukan 2-3..tapi tak terkira jumlahnya...hahaha..hailah kenangan mengusik jiwa...
Dan paling aku tidak lupa subject kegemaranmu "Business Statistic"kau memang terror!!
Kau jualah yang mengajar aku erti bersosial...yang mengajar aku dari kayu menjadi penyapu(hahaha)aku tidak pernah menari seumur hidupku,tapi keranamu...semuanya kumahu...malunya aziah,tika aku berpasangan dgn S dalam tarian 'SEAL WITH THE KISS" yang kau kaerografikan,jika tidak dengan galakanmu,tentu tidak berwarna sejarah hidupku...pasti kelam dan suram....

MasyaAllah aziah,
jangan biarkan aku menulis keranamu,
kerana aku tidak bisa menemui kata henti,
justeru,izinkan aku bernoktahi disini,
maafkan aku jika ada kata yang mengguris hati.....

3 comments:

Aziah said...

NDAAAAAAA,,,,,,,,,,

I LUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUVVVV
YOU!!

Tq so much. Tak terkata aku sekejap dengan entry nie. Terharu. Lebih tak terkata, ada pulak gambar comel aku zaman anak2 dara. alahai...( eh! cam mana gambar ni ada dalam simpanan ko yek..?)

Mmg banyak kenangan..unforgetable colection boyfren2. Dorang nak kat aku..aku ok aje!

At least, lepas aku ajar all PNB student dancing, ada la nampak sikit perubahan bila masing2 dah pandai goyang goyang kaki.

*** jadi ke reunion kat PD?

rerama salju said...

I dah lama luv u aziah,
u yang tak tau....hahaha,U know lah,I kan ego mana pernah I tunjuk2 sayang pada orang ni..huhuhu...

aziah,
ko tak ingat ke,aku kan selalu bawak kamera kat kolej dulu,so mestilah aku yg paling banyak koleksi gambar2 kita mode-mode dulu..

Reunion kat PD tu,anggaplah batal...paham2 jer lah org kalau dah berkeluarga ni...banyak sgt hal..

Aziah said...

laaa...tak jadik ke?

hmm..selamat duit aku!!

berkongsi rasa ....