Wednesday, May 28, 2008

a friend story....

I received a text message from my best friend P,she said she is getting bored talking to our friend K,who keep calling her lately.Its not a matter of hate...but just a plain boring,you know its kinda running out of idea,when talking to someone we lost contact quite sometimes,tak tau nak borak apa...hehehe...

Talk about this K,suka aku nak bercerita about her.She was my schoolmate since primary to secondary school,she is very kind and very good in Agama subject.Oleh kerana kami sekampung,selalu jugak aku balik dari asrama dengan dia ni.Dia juga peramah.

K ni datang dari keluarga yang sederhana,bapanya seorang pemandu lori,adiknya I yang setahun lebih muda dariku juga sama sekolah denganku,I lagi baik,lembut tuturkatanya.Tapi entah apa badai yang melanda,tiba-tiba K berubah menjadi seorang rockers,trasher kata mat rock zaman 80an dulu,balik dari asrama,tak sah tak singgah CM,dimana ramai mat-mat rock melepak,rocknya bukan calang-calang rock,ni maut punya rock,keatas kebawah orang pandang kami,kala kami berjalan seiringan...sebab sampai di CM,K selalu dah tukar uniform asrama ke pakaian hippiesnya itu,manakala aku masih dalam pakaian asrama...

Lepas SPM,kami membawa haluan masing-masing,sehinggalah kebetulan aku lalu dihadapan rumahnya,tika itu aku dipelawa masuk kerumahnya,dan disana aku ditunjukkan gambarnya sedang berpelukan mesra dengan lelaki Jepun sambil memegang segelas besar arak,tebal sungguh mekapnya kala itu...dia dan I bekerja sebagai GRO sekarang,katanya tenang,aku terkedu,namun aku cuba bertenang,tika itu ibunya marah betul sebab K memberitahu aku akan pekerjaannya,namun tegas K,takperk mak **nda OK.Maklumlah kami sekampung,tentu ibunya bimbang aku akan bawa mulut kesana kemari.Namun sehingga hari ini rahsia K itu kusimpan kemas,hatta ibuku sendiri juga tidak tahu...

Tidak berapa lama selepas itu aku bertemu K sekali lagi,Alhamdulillah kali ini,K telah bertukar kerjaya,dia bekerja di pejabat pelanggan yang selalu datang kekelabnya.K dan I satu pejabat.Akhirnya K mengahwini ketua dipejabatnya sebagai isteri ketiga,manakala I pula menikahi jurutera di syarikat sama sebagai isteri kedua.

K hidup mewah sekarang ini,dipinggir ibukota,anaknya pula telah 3 orang,namun sehingga hari ini,aku belum berkesempatan menemui suaminya,setiap kali terjumpa...jarang suaminya turut bersama,K juga tetap bergaya seperti dulu,cuma kini gayanya lebih feminin,tiada lagi seluar jeans koyak,dan rambut panjang lurus itu....sekarang rambutnya dah berbagai warna,...K...K....Namun kala bertemu aku,dia masih mesra seperti selalu,cuma kesibukan kami,membataskan kami berhubung...

Itulah secebis kisah,untuk aku kongsikan hari ini,sesungguhnya aku punya teman yang pelbagai,kerana aku tidak memilih sahabat,namun aku tetap berpegang dengan prinsipku,dan akan kutapis segala yang kuterima dari teman-temanku itu,justeru pengalaman itulah yang mendewasakan aku...aku punya rona kenangan yang berbeda...meriah sekali warnanya!!mungkin atas Doa mak,sedikit pun aku tidak terpengaruh dengan cara mereka.Justeru teman,teruskan berdoa untuk anak-anak kita,jangan biarkan wang ringgit bertahta dalam hati mereka...terapkan iman sedari kecil,bimbinglah mereka,jangan sekali dilepaskan tali pembimbing itu,selagi mereka masih belum pasti....sayang anak tangan-tangankan.....

4 comments:

Anonymous said...

hmmmm...tak nak komen lebih lebih. Cuma rasa bersyukur lebih kurang coz dia dah tinggalkan pekerjaan di kelab tu.

rerama salju said...

memang no komen....
lagipun perjalanan kita pun masih jauh...cuma jadikan pengajaran untuk kita tidak leka dalam mendidik anak kita...Doa-doa-doa..itulah ajerlah senjata yang kita ada...

kitt said...

duuh..td lunch pun ade akak2 area opis yg slalu lepak sama dok citer kisah2 zaman muda,bebas2 camtu..tp sekurang2nya skrg dah brubah..

tp itulah.. seboleh2 jgn terjebak/start..gatal2 nk try ke arah tu or tryin to be 'cool' (is it??)

:) hi, i'm stil singah2..saje bace kisah2 hidup org ni..
but i'm not stalking,rite...rite..

rerama salju said...

a8jnme,
hi apakabar?lama tak nampak?ada masa tu singgah la selalu,but one thing for sure,kat sini cuma ada bahan catatan peribadi...buat kenangan sepanjang hayat...

I pun suka,baca catatan kenangan orang lain,at least I tau hidup ni bermacam ragam,dan disaat I rasa down,I tau ada insan yang lebih kuat dugaannya.....

and yaeh...you are not stalking off course!!

berkongsi rasa ....