Friday, May 30, 2008

Be careful everyone!!

Banyak betul kejadian yang tak di ingini berlaku pada insan yang kukenali sejak akhir-akhir ini.Manusia kian terdesak,apabila nafsu beraja dihati dan kerakusan kian menjadi-jadi...



Pagi ini aku akan menemani O San ke Putrajaya,pejabat KPDN untuk meneruskan lapuran kejadian tempohari.Harap-harap lapuran kami diterima,sesudah our PD#M seolah acuh tak acuh dengan kes ini.Malunya pada O San akan sistem kepolisan dinegara kita.



Ujung minggu yang lalu teman sepejabatku S,keciciran hp Nokia N95nya kala,terkejar-kejar menguruskan suami sakit di Hospital,seperti biasa tiada istilah pulangkan semula jika sudah keciciran hp ini.Kesian...mati punca temanku kala itu.Susah sangat kah untuk memulangkan hp itu,jika benar-benar ikhlas untuk membantu.....



Semalam pula,aku dikejutkan dengan dua kejadian yang tak diingini,pertama suami temanku disamun,kala baru lepas mengeluarkan wang ATM,tanpa disedari gerak gerinya diperhatikan juga di ekori,sehinggalah dia keluar dari kereta,tiba-tiba dia dirempuh oleh 2 motosikal mereka 4 orang kesemuanya.Seorang menghunus pisau sambil mengugut,seorang memeriksa keseluruhan poket,manakala lagi 2 orang memerhati keadaan sekeliling...Habis wang 2.5K sekelip mata,tapi kesan trauma yang tak dapat dilupakan.Alhamdulillah teman ini tidak diapa-apakan.

Hari yang sama juga,ibu mertua temanku seorang bergelar telah di samun begnya,kala itu,dia baru masuk dalam kereta,setelah mengeluarkan wang dari bank berhampiran,belum sempat mengunci pintu,beg yang diletakkan disebelah tempat duduk hadapan telah pun disamun,cekap sungguh sipenyamun,membuka pintu kereta dalam keadaan pemandu belum bersedia apa-apa...

Begitulah dunia hari ini....rasa tak selamat dimana-mana,Terbaru,aku baru menghubungi Pegawai P#lis bertugas akan penemuan penyamun yang menipu O San,tapi dijawab acuh tak acuh oleh P.P tu...apa nak kata....kita tak punya kuasakan?.....

berhati-hati semua....selamat bercuti.............

3 comments:

Anonymous said...

Nowadays, terlalu banyak kes jenayah sampai polis tak larat nak handle or erti kata lain, acuh tak acuh bila kita follow up.

Unless we are SOMEBODY and have a good kabel with ranking atasan.

No money, nobody. Got money, somebody. That's life.

rerama salju said...

anak polis,

Tapi I know,yr father sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya...luar waktu pejabat pun masih punya tanggungjawab yang tinggi kan?I still remember those "keratan akhbar" about your father tu.....

Anonymous said...

Sadly, all keratan akhbar lost masa I pindah. Polis dulu dan polis sekarang jauh beza.

Polis dulu memang berdedikasi dlm menjalankan tugas. Polis sekarang kebanyakan memilih pekerjaan ini kerana susah untuk mendapat pekerjaaan lain.They have no choice.

Tak heran, kalau dengar polis sekarang pun ada yg terlibat kes samun, peras ugut dan rogol.

berkongsi rasa ....