Today,3rd June 2008 is Mak's 56th Birthday.
pgi-pagi lagi aku dah jumpa mak,untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mencium insan yang melahirkan aku kedunia ini.I bought her a watch.I hope she likes it.(Alhamdulillah she did,because I just received a sms from her saying-'Terima Kasih belikan mak jam,mak suka sangat").
InsyaAllah malam ni we will have a family dinner,tapi tak cukup korum,because my bro and sis are away.My sis W,dah pun bagi hadiah since last Sunday.It was a micwowave oven, punyalah mak happy,tapi.....belum pun sempat guna,tetiba pinggan dalam microwave tu pecah pulak dibuat dek our aid yang ganas tu...kesian mak,baru nak happy dapat microwave canggih sikit....Nak marah maid tu,tak sampai hati lak,pasal dia memang rajin,so we all angap takde rezeki lah,and kenalah beli pinggan baru nampaknya.....
Buat Bonda Fatimah Said...
This entry is for you...(walaupun mak tak membaca blog ini)
Mak,
Terima Kasih atas segalanya mak,
atas ketegasan mak dalam mendidikku,
atas batas-batas standard yang mak gariskan,
atas segala pantang larang mak,
atas jelingan tajam mak kala aku tersasar,
Ampuni daku mak,
atas segala keterlanjuran kata dan sikapku,
kerana terkadang tidak mengendahkan nasihatmu,
kerana terlalu mengikut kata hatiku...
kerana sering tak sehaluan denganmu...
namun mak tau kan mak,
nama mak selalu dihatiku...
justeru aku tidak boleh berpisah dengan mak...
kerana aura mak selalu bersamaku
biar aku tinggal berhampiran mak
sepanjang usiaku...
biar dapat kuintai kesejahteraanmu mak,
Mak,
hubungan kita hanya kita yang tahu
seolah ada jurang pemisah
yang menyukarkan aku meluahkan segalanya,
terlalu sukar rasanya untuk aku ekspresi
kisah suka dukaku denganmu...
tapi mak taukan mak,
nama mak lah yang teratas dalam hidupku....
Akhirkata,
Semoga mak sihat sejahtera diusia ini
berbahagia dan dibawah RedhaNya selalu
aku takkan pernah lupa mendoakanmu,
Doa yang kau ajar sedari usia kecilku...
Mak....
Terima kasih untuk kesekian kalinya....
Along
030608
10.00am
Terlalu banyak kenangan kulalui bersama ibuku ini.Dia sangat tegas,dan berkebolehan dalam banyak bidang,apa saja ditanganya semua menjadi,menjahit,memasak,mengubah hantaran,berzanji,jika ada pertandingan masakan rendang atau puding didaerahku,mak lah juaranya...namun anak-anaknya tiada seorang pun mengikut jejaknya.Too bad!!
Justeru kerana ketagasannya itu,aku menjadi tidak rapat dengannya,kami kurang berkomunikasi,tetapi kami terlalu menyayangi,Alhamdulillah as time goes by,mak mula berubah,dia lebih terbuka sekarang,mungkin kerana anak-anak telah dewasa dan telah punya pemikiran sendiri.Barulah mak memberi ruang kebebasan pada kami.
Namun setelah aku sendiri bergelar ibu,barulah kuhargai ketegasan dan segala pantang larang mak itu,Aku bersyukur punya mak yang memantau setiap pergerakkanku,maklum hidup dipinggir ibu kota ini,maha dasyat dugaannya,lebih-lebih lagi soal solat yang paling mak titikberatkan sejak kami kecil,justeru tika menginjak remaja,tika kemalasan terkadang datang bertandang....aku cuba melewat-lewatkan solat..pasti migrinku datang menyerang,sehingga aku takut sekali untuk meninggalkan solat bermula detik itu....Mak jualah yang memaksa kami menghafal doa-doa harian setiap kali lepas solat maghrib,aku memang selalu protes tika itu,tapi kerana paksaan mak lah,doa-doa itu mekar dibenakku hingga ke hari ini.
Mak,sesungguhnya aku tidak berdaya menjadi sepertimu mak,aku tidak sekuatmu dalam mendidik anakku yang seorang itu,aku selalu leka melayan kehendak materialnya saja mak,tapi rohaninya kosong!!kerana aku tidak segigih mak dalam melaksanakan tugas itu mak.Namun,aku akan berusaha menjadi sepertimu mak....tidak ada kata jemu dan letih dalam kamus hidupmu.
Mak,
mak ingat tak mak pernah tulis dalam autograf along masa along darjah 5 ,ayat mak begini"Anakku,hadapi asam garam hidup ini dengan penuh ketabahn....................someting2"mak ingat tak mak,mesti mak terkejut,sebab along ingat lagi bait-bait kata syahdu mak itu.....(OH!tika ini airmata along dah mula mengalir,mak...)
Along ingat,sebab along bangga punya mak yang mampu berbahasa puitis yang mengusik jiwa muda along tika itu.Along tunjuk pada semua kawan dan cikgu along masa tu mak...walaupun autograf tu dah hilang semasa along diasrama,namun kata-kata mak tu akan along bawa selagi ada hayat ini.
Mak,
Sampai sini saja,coretan kenangan ini,InsyaAllah bila tarikh ini tiba lagi,along janji along akan mencoretkan sesuatu untuk mak lagi....eh lupa lah mak,nak cakap Terima Kasih,sebab selalu belikan kami baju cantik-cantik,and selalu ask us to dress well,hasilnya kami semua suka dress to kill sampai sekarang,ahaks!!Oh..Mak,this make me smile!!
Along sayang mak!!
Monday, June 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
Thursday, January 11 - Where do one begin when one wants to write about the dearest thing in one's life? There may be so many ways to do so but when is wrought in emotional turmo...6 years ago
-
Kembali Bertemu - Mencari Pokemon atau Pokemon Go bukanlah sebab saya lama menyepi daripada dunia maya yang amat saya senangi ini. Salam mesra. Lebih 3 tahun saya menyepi d...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
6 comments:
Selamat ulangtahun untuk Bonda Fatimah Said.Panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup.
Nda, I pun sebak gak bila baca entry ni. Lebih lebih lagi diari seorang ibu.
ye aziah...
aku bukan anak yang baik....tapi aku berusaha menjadi lebih baik hari demi hari..apatah lagi,aku juga seorang ibu skrg nikan...
before its too late,aku nak bahagiakan mak aku....
takper aziah,
you are welcome to share my mak...
I know how do you feel about mom..Tapi Allah itu lebih mengetahui kan aziah?...
I pernah jumpa your mom sekali aje. About 14 years ago. Dia ramahkan Nda. I still remembered, berkali kali dia ajak I makan, jgn malu malu..
And as usual, malu ku bertandang. Pas tu, nyesal tak makan banyak banyak..!
Aziah,
tak sangka kau masih ingat kan mak aku lagi...dia memang peramah dan sangat generous....dia cuma tegas dengan kami anak-anaknya saja!!hahahaha..but one thing for sure,sapa buat salah,mesti kena tegur,no kompromi!!!
pstpst..memula menantu pun takut dgn dia la oi...lelama baru tau hati budi dia dan menantu sayang dia ngalahkan kami...!!
Nda,
Kau buat airmata ku bergenang. Masuk je kerja tak sabar2 nk baca blog kau... Punya le sayu dan puitis sungguh... Mak aku dan mak kau punya persamaan ...
Cah,
sesungguhnya ibu zaman dulu punya pendekatan berbeza dlm mendidik anak,mereka tidak pandai mempamerkan kaseh sayang macam generasi era kita jadi mak ni...
kini aku faham....tapi terkadang buat tak faham...
sekali lagi cah,
aku menulis terus dari lubuk hatiku.....
Post a Comment