Wednesday, June 18, 2008

Dealing with good samaritans...

Alhamdulillah these couple of days Allah temukan aku untuk berurusan degan kakitangan awam yang sangat baik dan berperibadi mulia.Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membantu orang awam sepertiku.

Pagi semalam aku ke PutraJ#ya,ke Tribunal KHEP untuk membantu O san meneruskan kesnya.Sampai di kawasan yang kami biasa parking tempoh hari,kami tidak dibenarkan masuk oleh Pengawal bertugas,dengan alasan ini parking untuk kakitangan sahaja,memandangkan kami telah terlewat,O San dengan tenang meletakkan kereta dipinggir jalan,setelah melihat deretan kereta lain juga melakukan yang sama....well macam biasa,bila kami turun dari pejabat,abang misai ngam-ngam tengah tulis surat cinta...hehehe...ambik jerlah,dah salah....balik dari PJ,O San sekali lagi disaman kerana speed trap...your bad day lah O San....Gambatte ne!!ini Mareisha ok?Niphon jya nai yo!!

Tapi tujuan aku menulis ni,adalah untuk menyatakan Terima Kasihku pada Tuan hakim Mr.Ranjit Singh dan pembantunya Cik F#thihaya yang beria-ria cuba membantuku,ketika kesku mula dibacakan,memandangkan kami kekurangan bahan bukti yang belum tiba dari Penang,Tuan Hakim sudi menangguhkan kes kami,kewaktu yang kami fikir sesuai atau ketika bahan bukti telah tiba ditangan kami.Kata Tuan Hakim,kami diberi keutamaan kerana O San bangsa asing,dan dia rasa perlu menolong O San yang teraniaya.Terima Kasih Tuan Hakim.Sebelum pulang,aku juga telah diberi direct line no pembantunya yang juga sangan berperibadi mulia itu untuk membuat temujanji lain mengikut kelapanganku,Kata Tuan Hakim kesku special,dia tak pernah buat begini pada kes lain...Syukur,Allah permudahkan urusanku.

Sampai dioffice aku mula menghubungi Pejabat Pos Butterworth,aku dilayan baik oleh Puan Sabariah,En.Yusof Ahmad dan Encik Mansor.Jasa baik mereka hanya Allah saja yang dapat membalasnya.Disaat semua sistem pejabat pos down semalam,mereka sedaya upaya buat manual tracking dimanakah kedudukan surat berdaftarku tika ini.Alhamdulillah,pagi tadi,document misteri yang hilang entah kemana itu berjaya ditemui dengan bantuan mereka ini.Aku terharu atas kesungguhan mereka menghubungi telefon bimbitku untuk update dari masa kesemasa,akan status keduduka surat berdaftar itummereka juga turut menjejaki P.P di Subang Jaya ini.

Kepada semua,Terima Kasih kerana membantu seorang aku yang tiada siapa ini,Aku doakan urusan kalian juga akan Allah permudahkan dimasa-masa akan datang..Sesungguhnya aku yakin,Allah akan membantu mereka-mereka yang ikhlas ini...Jazakaullahukhairan kathiraaa...

Syukur....sekadar menyatakan penghargaan....

5 comments:

Anonymous said...

sekali kita buat baik, beribu kali Allah gandakan kebaikan yang akan kita dapat. So, pikir pikirkan lah kenapa you dipermudahkan segala urusan.

rerama salju said...

Ye lah agaknya aziah,
What goes around comes around...
Kita tak tahu bila kita memerlukan bantuan seseorangkan?...

Aziah said...

And for sure, O San akan kenang jasa you bila dia balik Jepun nanti.

Hait!

rerama salju said...

Ye ke?entahlah....Aku cuma menjalankan tugas...lagipun dia cute gak!!kahakhakhakah...


eh aziah,
cheq baru sat,kobek album lama,kelakar2 lah gambar2 kita dulu,nak tengok tak?

hehehe

Anonymous said...

ooooooooooooo....aku baru bongkar gambar gambar lama last week. mmg kelakar. hah! apa lagi..email le cpt

berkongsi rasa ....