Pagi Isnin haritu,sebelum kepejabat kusinggah kerumah mak yang cuma beberapa minit berjalan kaki dari rumahku.Untuk mengucapkan selamat jalan pada adik bongsuku yang akan ke melanjutkan pelajaran di Kuantan.Aku tidak dapat menyertai konvoi menghantarnya,seperti aku menghantar adik-adikku yang lain,kerana anakku sendiri sedang menjalani peperiksaan tika ini.
Kuakui adikku ini yang kami gelar Dikwan agak manja dan selalu bikin kami sekeluarga pusing,kerana dia ni lain dari adik beradik yang lain sifat adventurenya,semua benda dia nak cuba,mujur Allah beri ketajaman fikiran padanya,justeru walau sedikit masa diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran...keputusannya tidak pula mengecewakan....tambahan pula sifat ibuku yang tegas dan tiada kompromi bila tiba bab-bab agama ini,menyebabkan tingkahnya penuh batasan.
Berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR,Dikwan berjaya melayakkan diri belajar di sebuah sekolah berasrama di daerah K,tapi oleh kerana minatnya yang amat sangat dalam sukan skateboard menyebabkan dia selalu curi-curi keluar asrama untuk memenuhi minatya itu,bila kami melawatnya diasrama,bukan sekali dia tiada..Duh!!Rupanya dia siap masuk pertandingan skateboard lagi,tanpa pengetahuan kami sekeluarga!Sudahnya,Dengan keputusan PMR yang tidak begitu membanggakan dia tidak berjaya menyambung persekolahan di sekolah tersebut...Berbuih mulutku memarahinya tika itu....Aku sungguh kecewa..
Ketika di tingkatan 4,dia diterima untuk belajar di sekolah Teknik,tapi kata mak,biarlah dia duduk dirumah saja,senang mak nak mengawal kegiatannya,lalu dia hanya bersekolah di belakang rumah kami saja.Di sini cerita lain pula timbul,dia mula main cinta dengan pelajar paling comel juga paling pintar disekolahnya,(S)Justeru bil telefon rumah mak,melambung ratusan ringgit sebulan,sekali lagi aku marah...dengan S turut menerima tempias teguranku itu,-kataku-Dik,kan belajar lagi,tak payah lah layan si Wan ni,kalau dia talifon,kami tak mampu nak bayar bil,kagipun kat sekolah kan boleh jumpa..."ha,ambik kau,sampai sekarang that girl takut dengan aku,even kalau jumpa di masjid waktu solat terawikh haritu,sanggup dia lari,taknak satu saf dengan aku....hahaha What an evil sister...Aku tak benci dia,aku sekadar menasihati,demi masa depan mereka jugak.
Bila dah kurang kisah bil telefon,DikWan mula minat bermain guitar dan perisian komputer,buat part time download macam2 benda lah,untuk earn extra money untuk beli top up dan aktiviti-aktiviti yang sewaktu dengannya.Kepakarannya menggunakan komputer mengalahkan kami kakak-kakaknya juga ramai orang dewasa lain.Just imagine sampai dia dah boleh buat duit.
Bila peperiksaan SPM kian hampir,kubercakap empat mata dengannya,pesanku"Wan,along tak kan cakap lagi,tapi SPM ni adalah masa depan Wan,makwe Wan tu pandai,kalau dia dah masuk U nanti,bye-byelah Wan,sebab kat sana,mata dia lebih luas,pilihan dia lebih banyak....dia dah la comel...tinggallah Wan nanti....jadi,tumpukanlah pada peperiksaan ni,tinggalkan dulu semua minat Wan,tolong lah...along merayu ni...Wan cakap jer Wan nak apa,kalau Wan dapat 8A nanti(nasib tak dapat,kau..hahaha..tidak mati aku kalau dia mintak tiket kapal terbang pergi Manchester!).Dia cuma mengangok.Memang begitulah dia...hanya berdiam diri bila kita menasihati atau memarahinya....sampai dia menjadi kesayangan cikgu kerana budibahasanya ini,kata mak ketika menandatangani report cardnya kala disekolah dulu,MANJA!
Sementara menunggu keputusan SPM dia bekerja sebagai pembantu jualan di MV.Duit tambang dan makannya mak beri RM10 sehari,tapi bila dia dapat gaji,dia beli guitar karan yang berharga hampir RM1000.00 meletup-letup lah mak marah,mak memang tak kenan dengan alat muzik ni...namun tak lupa dia belikan mak sebuah periuk nasi eletrik...ahaks!!
Bila keputusan SPM diumumkan kami terkejut dengan jumlah A yang diperolehi,kami terkejut kerana boleh dikatakan agak banyak berbanding usahanya,tapi dia juga turut terkejut tetapi kerana kurang dari jangkauannya...Seperti diduga S mendapat 10A1.Dan mulalah episod memohon untuk melanjutkan pelajaran,salah satu tawarannya adalah temuduga Jurusan Muzik diUiTM,suamiku yang menghantarnya pagi itu,dengan dressing mengalahkan supertar berbekalkan guitarnya,dia menjalani temuduga itu dengan tenang,dan seperti diduga dia diterima untuk melanjutkan pelajaran di Uitm itu!!Entah bila masa dia belajar semua toge2 note lagu itu kami pun tak tahu! tapi menurut pakcikku yang arif mengenai muzik ini,bahawa adikwan pandai membaca note lagu persis professional!!!adoi!
Oleh kerana tawaran ke Matrik hadir dulu dan S pon mendapat tempat yang sama,maka Dikwan memilih ke Matrik over Uitm,kami menghela nafas lega,terutama mak,Tapi setelah persiapan dibuat,barulah diketahui S mendapat tawaran oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara....Ketika ini dapat kurasa kepedihan hatinya...yelah walaupun mereka terlalu muda...tapi mereka juga punya rasa,dan agak sukar ditelah perhubungan jarak jauh ini.Lagipun mungkin dengan bantuan S lah maka Dikwan cemerlang dalam SPMnya...kesian jugak aku pada Dikwan.
Wan,(yang along tau, tak mengetahui akan kewujudan blog ini,but one day,who knows kan?)
Marah along,leteran along,
adalah kerana adanya kasih ini,
kasih yang tak bertepi,
kasih seorang kakak,
yang terlalu menyayangi,
yang mahu menggilap permata,
agar tidak menjadi kaca...
lalu terbiar luka.....
Wan,
Doa along sentiasa mengiringimu,
Bukan selama ini along sengaja menghalangmu,
meruntuh minatmu,
tapi along gusar,
jika langkah-langkahmu pengkar,
bimbang kau tersungkur,
tanpa dapat kami sasar....
Wan,
Teruskan berusaha dik,
Kerana kini baru kulihat,
kesunguhanmu
dalam apa jua tingkahmu,
kini baru kutahu,
kau punya minat beribu,
yang menjadi impian kalbu,
justeru along yakin,
kau pasti berjaya,
capai lah cita-citamu,satu-satu,
biar lah masa menjadi penentu,
usah lah terburu...
Along tau kau punya minat yang mendalam
dalam Komputer ,Muzik,juga Accounting,
namun apa daya kita dik,
kita tak punya wang berjuta
untuk merialisasikan impianmu serentak!!
Sabar ye dik....
Sesungguhnya sebutir permata itu
tidak akan hilang kilauanya walau
kemana pun ia di lontar...
Along berdoa....
agar kau berjaya dalam ketiga-tiga lapangan yang kau minati ini,
bukan senang mencari insan sepertimu Dik,
Diusia muda ini,
kau berjaya laluinya seorang diri,
tanpa dorongan dari kami,
sebelum ini,
kerana kami yang daif ini,
tak mengerti semua ini,
Namun,
setelah satu persatu bunga jaya
kau buktikan,
nyatalah kau punya potensi,
bukan lagi angan yang tak pasti,
bukan lagi mainan mimpi,
yang berlagu sendu dihati,
benarlah,kau serius dalam apa jua yang kau lakukan...
Sekalung tahniah buat dirimu,
usah fikirkan sidia yang jauh....
Kehidupanmu masih terlalu panjang..
jika ada,adalah....
jika tiada...Dialah yang lebih mengetahui..
Akhirkata...
Along amat menyayangimu...
Selamat Berjaya Dik!!
Along
150508
2 comments:
All the best Wan!!!
** my niece tak jadi masuk matrik. Dia dapat offer CAT( London cam kita dulu ) or Accountancy at UITM.
Tulah,Matrik ni bahaya sikit,takut tak terkejar...Nasib baik Wan tak pi UiTM kalau tak jumpa gak anak sedara ko tu...ahaks!!
Post a Comment