Friday, May 30, 2008

Be careful everyone!!

Banyak betul kejadian yang tak di ingini berlaku pada insan yang kukenali sejak akhir-akhir ini.Manusia kian terdesak,apabila nafsu beraja dihati dan kerakusan kian menjadi-jadi...



Pagi ini aku akan menemani O San ke Putrajaya,pejabat KPDN untuk meneruskan lapuran kejadian tempohari.Harap-harap lapuran kami diterima,sesudah our PD#M seolah acuh tak acuh dengan kes ini.Malunya pada O San akan sistem kepolisan dinegara kita.



Ujung minggu yang lalu teman sepejabatku S,keciciran hp Nokia N95nya kala,terkejar-kejar menguruskan suami sakit di Hospital,seperti biasa tiada istilah pulangkan semula jika sudah keciciran hp ini.Kesian...mati punca temanku kala itu.Susah sangat kah untuk memulangkan hp itu,jika benar-benar ikhlas untuk membantu.....



Semalam pula,aku dikejutkan dengan dua kejadian yang tak diingini,pertama suami temanku disamun,kala baru lepas mengeluarkan wang ATM,tanpa disedari gerak gerinya diperhatikan juga di ekori,sehinggalah dia keluar dari kereta,tiba-tiba dia dirempuh oleh 2 motosikal mereka 4 orang kesemuanya.Seorang menghunus pisau sambil mengugut,seorang memeriksa keseluruhan poket,manakala lagi 2 orang memerhati keadaan sekeliling...Habis wang 2.5K sekelip mata,tapi kesan trauma yang tak dapat dilupakan.Alhamdulillah teman ini tidak diapa-apakan.

Hari yang sama juga,ibu mertua temanku seorang bergelar telah di samun begnya,kala itu,dia baru masuk dalam kereta,setelah mengeluarkan wang dari bank berhampiran,belum sempat mengunci pintu,beg yang diletakkan disebelah tempat duduk hadapan telah pun disamun,cekap sungguh sipenyamun,membuka pintu kereta dalam keadaan pemandu belum bersedia apa-apa...

Begitulah dunia hari ini....rasa tak selamat dimana-mana,Terbaru,aku baru menghubungi Pegawai P#lis bertugas akan penemuan penyamun yang menipu O San,tapi dijawab acuh tak acuh oleh P.P tu...apa nak kata....kita tak punya kuasakan?.....

berhati-hati semua....selamat bercuti.............

Wednesday, May 28, 2008

a friend story....

I received a text message from my best friend P,she said she is getting bored talking to our friend K,who keep calling her lately.Its not a matter of hate...but just a plain boring,you know its kinda running out of idea,when talking to someone we lost contact quite sometimes,tak tau nak borak apa...hehehe...

Talk about this K,suka aku nak bercerita about her.She was my schoolmate since primary to secondary school,she is very kind and very good in Agama subject.Oleh kerana kami sekampung,selalu jugak aku balik dari asrama dengan dia ni.Dia juga peramah.

K ni datang dari keluarga yang sederhana,bapanya seorang pemandu lori,adiknya I yang setahun lebih muda dariku juga sama sekolah denganku,I lagi baik,lembut tuturkatanya.Tapi entah apa badai yang melanda,tiba-tiba K berubah menjadi seorang rockers,trasher kata mat rock zaman 80an dulu,balik dari asrama,tak sah tak singgah CM,dimana ramai mat-mat rock melepak,rocknya bukan calang-calang rock,ni maut punya rock,keatas kebawah orang pandang kami,kala kami berjalan seiringan...sebab sampai di CM,K selalu dah tukar uniform asrama ke pakaian hippiesnya itu,manakala aku masih dalam pakaian asrama...

Lepas SPM,kami membawa haluan masing-masing,sehinggalah kebetulan aku lalu dihadapan rumahnya,tika itu aku dipelawa masuk kerumahnya,dan disana aku ditunjukkan gambarnya sedang berpelukan mesra dengan lelaki Jepun sambil memegang segelas besar arak,tebal sungguh mekapnya kala itu...dia dan I bekerja sebagai GRO sekarang,katanya tenang,aku terkedu,namun aku cuba bertenang,tika itu ibunya marah betul sebab K memberitahu aku akan pekerjaannya,namun tegas K,takperk mak **nda OK.Maklumlah kami sekampung,tentu ibunya bimbang aku akan bawa mulut kesana kemari.Namun sehingga hari ini rahsia K itu kusimpan kemas,hatta ibuku sendiri juga tidak tahu...

Tidak berapa lama selepas itu aku bertemu K sekali lagi,Alhamdulillah kali ini,K telah bertukar kerjaya,dia bekerja di pejabat pelanggan yang selalu datang kekelabnya.K dan I satu pejabat.Akhirnya K mengahwini ketua dipejabatnya sebagai isteri ketiga,manakala I pula menikahi jurutera di syarikat sama sebagai isteri kedua.

K hidup mewah sekarang ini,dipinggir ibukota,anaknya pula telah 3 orang,namun sehingga hari ini,aku belum berkesempatan menemui suaminya,setiap kali terjumpa...jarang suaminya turut bersama,K juga tetap bergaya seperti dulu,cuma kini gayanya lebih feminin,tiada lagi seluar jeans koyak,dan rambut panjang lurus itu....sekarang rambutnya dah berbagai warna,...K...K....Namun kala bertemu aku,dia masih mesra seperti selalu,cuma kesibukan kami,membataskan kami berhubung...

Itulah secebis kisah,untuk aku kongsikan hari ini,sesungguhnya aku punya teman yang pelbagai,kerana aku tidak memilih sahabat,namun aku tetap berpegang dengan prinsipku,dan akan kutapis segala yang kuterima dari teman-temanku itu,justeru pengalaman itulah yang mendewasakan aku...aku punya rona kenangan yang berbeda...meriah sekali warnanya!!mungkin atas Doa mak,sedikit pun aku tidak terpengaruh dengan cara mereka.Justeru teman,teruskan berdoa untuk anak-anak kita,jangan biarkan wang ringgit bertahta dalam hati mereka...terapkan iman sedari kecil,bimbinglah mereka,jangan sekali dilepaskan tali pembimbing itu,selagi mereka masih belum pasti....sayang anak tangan-tangankan.....

Monday, May 26, 2008

jogging anyone?


Hari ni,aku mula berjinak-jinak minum mineral water,dah lama tak minum plain water ni,terukkan?




It's damn bad !!I know....tapi tak taulah tekak ni susah sangat nak telan air yang takde rasa ni,makan ubat pun,I bantai dengan air manis,tak macam my other half yang jarang minum air manis,we are totally opposite in this case.




Tapi baru-baru ni,masa saja buat random medical check up,Dr.tu dah start membebel kat I,umur muda lagi,tapi bp ni tinggi ni,sugar pulak dah 7.8,kalau tak jaga...bahaya ni...blabalalbla..adoi...aku dah lah tak minat dengar orang membebel...tapi slip medical report tu I sorok dari Mr.Hubs,takut dia sambung bebel....(mau double dari Dr. tu!!)




Too bad masa weekend aritu,Mr.Hubs dapat mengesan that I eat less,setelah didesak,I surrender and told him my condition,seperti diduga,dia mula berceramah...nasib tak marah!!So Sunday haritu,lepas hantar son pi kelas,Mr.Hubs terus headed to Taman Jaya,suruh jogging!!Malu lah oi!!Dah la tak pakai proper attire,dia kata takper,jalan 2 pusingan,pastu buat senaman kaki refleksiologi.Dia kata tak cukup sekadar control makan jer,mesti exercise!!




Lepas habiskan masa lebih kurang sejam disana,we had a breakfast,I had a small portion of mee goreng,berbaloikah exercise tadi?entahlah...Tapi,yang pasti,tetiba rasa seronok pulak nak berjogging lagi,sebab badan rasa ringan dan segar jer lepas tu.




So,petang semalam,dengan semangat membara,I did shop for the gear untuk beriadah...(bukan yang lama takde,tapi nak jugak yang baru,bagi semangat baru datang,ahaks!)tak taulah berapa lama semangat ni boleh bertahan,mintak-minta kekal lah...aku...aku....




As peneman mama,budak ni mesti dapat apa yang dihajati!!Yes a pair of spectacles!!Its a cheap one though!!nak sangat...ambik!!janji happy!!



* baru dapat sms dari Mr.Hubs saying:Ptg ni gi Taman Jaya 6.30.buat foot massage,lepas tu gi dinner.
I replied:He3!,cantik!tracksuit baru pun da beli!!

#memula jogging pastu dinner-baik punya diet!!hahahaha



Saturday, May 24, 2008

I am alone at home...

Eii...boringnya dok umah sorang-sorang ni...takde sapa ke nak ajak keluar lagi macam haritu?ahaks!!

Cuti sekolah datang lagi...tapi cuti 2 minggu kali ini,sengaja aku tidak merancang perjalanan jauh,Mr.Hubs sibuk dengan kerja,aku penuh dengan jemputan perkahwinan,manakala anakku S,kusebokkan dengan berbagai agenda,hari ni,pagi-pagi lagi telah kuhantarnya ke "Summer Camp"half day jer,tapi cukup lah untuk membuka mindanya.Dia ni memang adventurous orangnya...cuma mak bapak dia jer yang banyak pantang larang.Takde benda yang dia takut.

So sekarang ni,I am all alone at home,which is very rare happen to me,because normally I will ask people to keep me company,tapi sejak jatuh chenta dengan dunia blog ni,hidupku tidak sepi lagi!!!hahaha

My plan for today are:_
1)siapkan baju kami 3 beranak untuk pi Wedding at TK,about 1.5 hours drive from home.
also prepare Son's barang2 for his PROSIM's class tomorrow.
2)1pm fetch son then direct go to TK.
3)Late evening - visit untie in the Hosp,she just gave birth...MasyaAllah,at the age of 44,Allah masih beri rezeki padanya....Maknanya,I have a greater chances..INsyaAllah...wink-wink..
4)Night,Rest at home,maybe layan AF final,kalau Mr.Hubs approved....

Plan for tomorrow:-
1)Send son to his Prosim class in UM,then I headed to Keramat for our massage parlour session,then visit my best friend hubby in the AP,he is sick!
2)1pm fetch son from class then,direct go to G to attend Mr.Hubs wedding invitation.
3)Hopefully by evening I already be at home for some rest.
4)Dinner with family friend P somewhere in PJ.

Dah abis 2 hari..how time flies kan?sebab tu ada ayat Quran yang bermaksud."Demi Masa,Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian yang nyata....."Tang yang ni I agree,because,I ni termasuk dalam golongan orang yang selalu buang masa....tak gunakan masa to the max....I pray hard semoga I akan berubah...InsyaALLAH.

Just see my shcedule,mana ada axtiviti kemas dan masak kan?senangnya menjadi insan bernama aku ini....

Ok got to go...See you when I see you..DO take care,and Happy Holiday...CHeersss.....
p/s:Iam boring actually!!Its been quite some times since I went out for shopping,but dear Hubs says that just wait for our Bandung trip in July...if there is nothing to buy,so we can start shopping till drop after that...ooooyeh..it makes sense........ermmmm

Friday, May 23, 2008

Friday's Morning Rambling....

Pagi ni sampai office cepat sangat,jalan tak jem agaknya.Hati pun ceria semacam jer hari ni tak tau kenapa.Alhamdulillah.Tapi yang pasti semalam O San, dah ajak lunch sama-sama hari ni,sebab along this week dia tengok I did'nt go out for lunch,I cakap tak lalu makan,so dia kata"tomorrow we lunch together" woohooo......tapi tadi dia call,dia cakap dia tak masuk office pagi ni terus ke customer place....aisey....hahahaha...

Kerja pun macam takde arini,so pagi-pagi I dah merayap ke blog kak ja,Aziah dan Su,I call my friends, and chatting with my friend, E tru YM,I seldom to this though!!

Talking about E,she is actually my gila-gila buddy in my Secondary days.She's really funny,she's full of idea,she can crack jokes sponteneously,livelly!!But she is very damn good in literature too!!Tapi yang heran tu,dalam pandai2 dia tu,she said she always admire the way I write...erm..OK,She even can memories all my poem wrote way back in svhool days.Begitu sekali dia mengagumi aku...Subhanallah....


Sebenarnya lepas SPM,aku terputus hubungan dengan E,cuma pada penghujung tahun lepas,dengan keizinan yang maha Esa,kami bertemu kembali menerusi forwarding email,bila she recognised my friend M unique name,that was when everything get started.Sampai harini kami masih berhubung,seronok dapat get in touch dengan kawan2 lama ni,segala kenangan dapat dilakar semula,mentelah lagi kami memang "budak nakal"...kena rotan tu memang dah jadi mainan tapak tangan dan betis kami.

Aku ingat lagi E ini tika disekolah,selalu menjadikan aku perantara dengan secret admire yang diminatinya,Paling kuingat adalah AS,kelakar betul kalau diingat,aku perantara,so aku lah yang AS selalu hubungi kala cuti sekolah,baik aku jer yang bercinta dengan AS macam ni...hahahaa.Dia pun memang pandai lagi hensem,namun aku tidak akan mengkhianati cinta temanku itu...sudahnya...AS sekarang pun ntah dimana...

Lagi satu,aku juga merupakan penulis surat cinta tak berbayar oleh E,kala itu E berkenankan seorang pelajar senior dari sekolah lain yang menuntut di Timur Tengah,aku lah pengarang suratnya,E cuma menyalinkanya semula,the rest is history,sebab selepas SPM,kami tidak berhubung lagi,sehinggalah baru-baru ini,E menjelaskan padaku,bahawa kerana suratku itu,telah membawa pemuda itu ingin meyuntingnya!!!WHAT???(Lagi,sekali,baik aku sendiri yang hantar surat tu?hahahaha)tapi E menolak.....tiada jodoh yang ianya...Itulah secebis kenangan,zaman yang penuh kemanisan dan sifat ingin tahu yang tinggi...

Pada E,kuharap kau tidak marah dengan catatan ini,Aku bahagia mengenangnya E,terasa baru semalam catatan indah itu terlakar....Sejarah yang tidak akan pudar,berputar-putar bagai radar,
yang tak kan mungkin dapat dikejar....Indahnya semalam kan E?

Thursday, May 22, 2008

Tribute to Lynn Manaf

Al-fatihah buat temanku A*lyn Manaf-1974 -2008.

Temanku Lyn,
Tika ini,hanya airmataku
yang mengiringimu dipusara,
tika aku tidak mampu berkata apa,
kerna kekesalan yang bersarang dijiwa,

akukah terlewat lyn,
atau keegoan kah yang memisah?
lantaran sikap keakuan ini,

Maafkan aku lyn
kerana kealpaan ini,
kejamnya seorang aku kan lyn,
terus membisu walau kutahu deritamu,
bukan aku lari lyn,
tapi aku malu...
namun jauh disudut hati
aku tidak henti mendoakanmu,
mengintai-ngintai keadaanmu,
cuma aku tidak berpeluang
bercakap denganmu,
walau kutahu jejakmu...

lyn.....
hati ini bagai menjerit,
diselubungi rasa pahit yang menggigit,
kala M memaklumi aku,kau telah pergi...
tambah menyakitkan,
kala aku bagai disalahkan kerana
tidak menghubungimu...
kita dikata terlalu rapat,dulu...
Ya..Allah mengapa setelah kau tiada
baru kudengar kata-kata ini lyn...

lyn,
damai lah kau disana...
aku yakin kau akan tenang
bertemankan para syuhadak...
untung lah dirimu lyn,
kerana pemergianmu kala
dirimu telah bersedia....
pemergianmu,
dalam redha keluarga...
juga dalam doa sahabat tercinta...

lyn,
aku masih menangisi hati,
bukan kerana pemergianmu,
tapi kerana sikapku!!!
kau tahu lyn,
pemergianmu,adalah cuma selangkah kehadapan,
sebelum aku menziarahimu,
kerana aku hampir berjaya mendapatkan alamatmu,
namun dalam pencarian akhir itu,
kau pergi dulu..
nyata...
Dia lebih menyayangimu...
Telah kukabarkan pada teman-teman
akan pemergianmu lyn
tentu sejuk pusaramu
dengan Fatihah dari mereka,
itulah doaku...

Kau tau lyn,
walaupun agak terlewat,
namun aku mahu kau tahu,
lagu "The power of love" itu
akan menjadi satu memory padu
dalam hidupku,
kala aku merindumu....

Aku sahabatmu,
220508

Untuk tatapan semua ku paparkan semula cerita lyn yang telah ku simpan minggu lalu,bertahjuk Get Well Soon Lynn.Aku berjajnji pada diriku,akan menjejaki teman atau saudaraku yang sakit,sebelum tiba tarikh itu........

Wednesday, May 21, 2008

The Clumsy me!!

Ya...Allah,aku pakai kasut sebelah lain-sebelah lain la oi....adoi....Apalah yang aku angankan ni,takkan begitu teruk sekali penangan Dr.SMS tu???adoi.........parah punya ditimpa "perasan" daaaaaaaa....hahahaha.

Nasib baik,masa tu masih awal pagi,I am the first one,arrived in the office,and luckily Mr.Hubs is still kat bawah office,sebab I have something to pass to him,so dapat la tukar balik kasut tu...wakakaka....(kat office Jepun ni,kasut letak luar,masuk office pakai seliper yg disediakan)

Yelah aziah,I am clumsy!!!Sukalah tu I made confession over here!!!




Monday, May 19, 2008

Helping the Bos -Part 2

O San yan paling kanan,pakai uniform kaler biru...

About 10 am,I received a phone call from O San,(Mlm sebelumnya,memang ada ku bermanis mulut dengannya agar menghubungi aku,jika perlu sebarang bantuan,)Selepas mengucapkan selamat pagi,dia terus memberitahu plannya bersamaku pada hari tu,katanya...**nda San,first,we lunch together,then go to M*xis then go jalan-jalan(cari tempat dia kena tipu tu)...Suka2 dia jer buat plan untuk aku...hahahaha..Nasib baik Mr.Hubs izinkan memandangkan dia pun ada hal diluar....



Aku menyuruhnya mengambilku dirumah jam 11 pagi,tapi dia datang jam 11.15..apalah Jepun tak tepati masa...hehe...kami terus meronda mencari-cari lokasi yang dijangka,abis satu KL jalan kami ukur,aku dah la tak sarapan pagi lagi ni,adoi....



About 12 pm we headed to KLCC to get a new M*xis simcard,then we ronda KLCC yang I sendiri tak berapa mahir akan kedudukanya kedai tu,dari ujung ke ujung,atas ke bawah mencari handphone yang ingin O San beli,dalam hati risau jugak la,kalau ada mata yang mengenali aku yang berjalan berdua dengan O San tu,manalah tau kan...

Sebab masa beli handphone tu pun,salesgirl tu sebok pulak bertanya-Tinggal serumah ke?"Uweek...apa punya soalan ni daaa?kalau iye pun serumah,I don't think she has a right to ask?hahahaha...



Lepas beli hp,kami lekas2 keluar dari KLCC,dalam hati bertanya jugak,eh tak nak belanja aku makan ke dia ni?aku lapar ni?aku dah namapak CH*LIES ,rest kegemaranku...ahaks!!Rupanya,ketika melangkah keluar,baru dijelaskan padaku,di KLCC semua makanan tak sedap,jadi dia nak bawak aku makan tempat special..lantas bertanya,aku nak makan Japanese Food atau Western Food,aku OK jer...tapi berkali-kali dia bertanya,lantas ku jawab,We go M@redos la O San,sebab dia selalu cakap kat aku sebelum ni,M@redos served best steak in town,lagipun lokasinya dekat sangat dengan KLCC at Jalan P.R@MLEE jer.



About 3 pm,kami sampai di Argentina Rest itu...kalau lah mak tau aku masuk kat Rest yang penuh dengan beer dan penuh ciri-ciri kebaratan itu,matilah aku...hehehe,masa kami tiba,hanya satu meja jer ada pelanggan 4 org lelaki mat salleh,dan aku,satu-satunya pelanggan wanita dan melayu pula...lantak lah...kat sini pun orang tak kenal aku...woohoo!!While waiting the food to be served,tiba-tiba mata I terpandang kat luar,wajah yang memang I selalu admire(syyyyyyy) baru turun kereta bersama lelaki Mat Saleh,nak masuk this Rest jugak..OMG!!Handsomenya dia...lagi handsome from the print,dressing pun macam model(memang model pun kan?)



Suddenly ,dia lalu tepi out table to go to the Gents,and greet me "Hello" with a very wide smile!!!Macam nak gugur jantung I tau?over ke?hahahaha...but I still control myself,and just say,Hi!!then wave...he wave back!!(Rest tu dia buat macam rumah dia,kuat betul dia bercakap,tak lama lepas tu keluarga dia sampai,ramai!mungkin ada gathering kut...hehehe,kalau tidak I don't mine,to be photod together,tapi sebab orang dah ramai..malulah pulakkan?Apa?siapa yang I jumpa?Tak lain tak bukan Top 10 most eligible bachelor and popular Man in Malaysia,Mr.Astr*nout..S.Muz****har Sy*k*r.MasyaAllah memang handsome diulangi lagi.Tak salah kan bak akata Kak Ja mengagumi keindahan Allah creatures.Subhanallah...



Lepas makan,kami pulang...tapi bila berduaan begini,O San,tidak la pemalu mana,rancak juga dia berbual,aku memang cam sangat perangai boss ku ini,bila semua orang tak ada dalam office tu,baru dia bercakap macam-macam topic,memang misteri lelaki ini,Sukar kutelah perangainya,erm........tapi yang pasti dia akan terus bekerja bersamaku dalam tempoh 2 tahun lagi,and I have no problem with that.Paling ku tak sangka,lelaki pendiam sepertinya,ketika makan bersamanya,dia boleh recall apa-apa kelakuanku ketika di Ph*ket and di HK beberapa tahun dulu...Wah!!Diam-diam berisi dia ni....



Sampai dirumah berkali-kali dia mengucapkan TQ **nda San,aku hanya tersenyum,aku tak kisah menemaninya sebenarnya...provided Mr.Hubs tak marah....



Sampai sini dulu,jangan salah sangka ok?I am not hypocryte after all...hehehe,nak tengok nak gambar Mr.O?jap ye?I carik...

Sunday, May 18, 2008

Helping the Boss -part 1

On friday,about 7pm,Boss di pejabatku menghubungiku,aku berdebar...sebab si Jepun pemalu ini jarang menghubungiku,jika tiada apa yang perlu atau Urgent!Seperti biasa,dia tenang bercerita tentang keadaannya di perdaya oleh sindikit "gores dan menang" petang itu ,kad kreditnya telahh dicharge sebanyak 13,ribu ringgit,dia diugut untuk dipukul oleh genster jika tidak menandatangani perjanjian itu.Handphonenya turut diambil.Aku menggigil!Kutanya perlukah aku datang kepejabat sekarang?Katanya,boleh ke?Dari bunyi suaranya itu,aku tahu dia perlukan aku tika itu.

Selepas Maghrib,Mr.Hubs menghantarku kepejabat,kutahu berat hatinya melepaskan aku malam-malam begitu,namun olehkerana dia juga punya appoinment lain,dia relakan dalam paksa,kutahu hatinya.Sampai dipejabat,kulihat ada wajah malu ketuaku itu(O San),selama ini,kami jarang berbicara,dia terlalu pemalu,aku pula lebih senior darinya,bicara kami jika,ada perkara penting saja,tapi rupanya,dalam keadaan terdesak ini,hanya no hp ku yang dihafalnya,setelah semua no hanya ada dalam simpanan hpnya yang telah di samun itu.

Berkali-kali dia memohon maaf,aku hanya berkata tidak mengapa,Setelah selesai urusan pembatalan kad kreditnya.Aku mengajaknya ke balai polis,walaupun dia enggan pada mulanya,bimbang jika dirinya diekori.

Kami menghabiskan masa lebih kurang sejam di balai polis,Kesudahannya polis mengarahkan kami,mengenalpasti lokasi tempat Mr.O dibawa oleh sindikit itu,malam itu juga!!Maka bermulalah episod aku ronda tempat-tempat yang disyaki,lebih kurang jam 11.30 malam,kuhungi pegawai polis bertugas,padanya kukabarkan,aku tidak dapat menjejaki lokasi kejadian,namun p.polis itu seboleh mungkin menyuruh kami mencari lokasi itu semula,sebelum beliau tamat tugas jam 12 malam....

O San,nampak serba salah,kerana hari sudah lewat malam,namun kutemaninya juga buat pusingan terakhir,masih gagal!!Justeru aku mohon diri,untuk pulang.Tiba dirumah lebih dari jam 12.Aku tahu Mr.Hubs pasti marah,kerana 2-3 sms kuhantar,tapi tiada balasan....Tapi oarang bersalah macam aku ni kan pandai memujuk...Macam biasa,aku berjaya memujuknya,dengan kata-kata keramatku...hahaha Syukur..............

PERINGATAN BUAT DIRIKU JUGA SEMUA;JIKA DIDATANGI OLEH SESIAPA JUA YANG TIDAK KITA KENALI,TOLONGLAH TAK PAYAH LAYAN EVEN BUKAK MULUT DENGAN MEREKA.ESPECIALLY PADA MEREKA YANG MENJANJIKAN PEKBAGAI HADIAH.MEREKA SEMUA PENIPU!!Maaflah kita terpaksa menyelamatkan nyawa kita dahulu,walaupun mungkin mereka berniat baik....WALLAHU'ALAM...

To be continue in part 2

Friday, May 16, 2008

Happy Birthday Aziah....14 May 08

Selamat Ulang tahun yang ke 19 aziah.....(as masa gambar ni diambil).
Maafkan aku atas keterlawatan entry ini,
Bukan aku melupakanmu,
apatah lagi mensia-siakanmu,
namun kerana usahaku,
mencari potret solo terbaikmu dalam koleksiku.

Semoga kau kian matang dalam meniti usia ini,
Ya,kerana pengalaman lalu
tentu banyak mendewasakanmu kan aziah?
Kau insan terpilih,
Justeru, diuji dengan pelbagai ujian yang beribu,
Kerana tentulah Dia tahu,
kau bisa menangani semua itu...

Sukarnya mencari insan setenangmu aziah,
Sedikit pun tidak terpancar sayu diwajahmu,
bicara sendu yang menikam kalbu,
dari bibir mungilmu itu,
Keceriaan dan kemanisan wajahmu,
menjadi penawar seorang aku
yang sering merindu tika itu...

Denganmu,
Kukenal erti gembira yang tiada tara,
dan tiada duka sepanjang masa,
Masihkah kau ingat aziah,
Setiap pagi muka kita lah wajib
beratur di Public Phone depan asrama,
untuk menghubungi yang tersayang,
tika itu handphone merupakan
suatu yang tak mungkin kita miliki
lantas,kita selalu berangan
alangkah indah jika kita mampu memilikinya kan?
justeru kita selalu berlakon seolah2 kita
bercakap menggunakan handphone
menggunakan sebuah SIKAT!!
KIta tertawa semahunya...
dan kadankala kita menyanyi bersama,KUAT!
Sehingga mengundang jelingan tajam
dari kakak-kakak sebikik kita...

Seronoknya aziah,
dapat mengenalimu,
walaupun musim bunga kita
hadir tidak lama....
namun kenangan indah itu
akan sentiasa mekar dalam hidupku,
akan kubawa...sehingga akhir hayatku.
Doaku,
Agar kau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup ini,
Kerana kau disayangi....maka itu kau diuji.
Aku temanmu,
akan terus mengasihi dan berjanji,
akan terus bersamaamu,
hingga akhir nanti...


Wassalam
janji seorang teman,
18-05-08
2.30 pm

p/s:Paling aku tidak lupa tentang dirimu aziah,selain dari remos tinggimu,adalah koleksi pacarmu!!!adoi aziah,puas aku nak menjawab kalau pakwe yg ni dtg mencarimu,tika kau berdating dengan pakwe lagi satu...bukan 2-3..tapi tak terkira jumlahnya...hahaha..hailah kenangan mengusik jiwa...
Dan paling aku tidak lupa subject kegemaranmu "Business Statistic"kau memang terror!!
Kau jualah yang mengajar aku erti bersosial...yang mengajar aku dari kayu menjadi penyapu(hahaha)aku tidak pernah menari seumur hidupku,tapi keranamu...semuanya kumahu...malunya aziah,tika aku berpasangan dgn S dalam tarian 'SEAL WITH THE KISS" yang kau kaerografikan,jika tidak dengan galakanmu,tentu tidak berwarna sejarah hidupku...pasti kelam dan suram....

MasyaAllah aziah,
jangan biarkan aku menulis keranamu,
kerana aku tidak bisa menemui kata henti,
justeru,izinkan aku bernoktahi disini,
maafkan aku jika ada kata yang mengguris hati.....

Happy Teacher's Day....16th May 2008

Selamat Hari Guru.....!!As for me,from last week lagi,my son dah keep remind me untuk siapkan hadiah untuk guru kelas kesayanganya dari tahun lepas Puan Fadzilah.Kalau I jadi murid,I pun akan sayang pada Cikgu Fadzilah yang lemah lembut serta penyayang ini.

Cerita pasal hari guru ni,terkenang zaman sekolah-sekolah rendah dulu,ketika kewangan sangat menghimpit,jadi bila tiba hari guru,aku yang memang baik dengan cikgu ni,mesti nak kasi apa-apa jugak dengan cikgu...rasa malu kalau tak bagi apa-apa,so antara yang aku bagi adalah,tisu kotak...hahaha asalkan cantik kalau dibalut...selain tu,aku jugak pernah bagi frame crosstich yang mak jahit,sebab takde duit nak beli hadiah lain,lantas kuambil frame tu,walaupun berat hati mak nak izinkan sebenarnya..sian mak....pernah juga kuberi hasil kerjatangan sulaman mak,teruja cikgu-cikgu tu,kala dapat hadiah begitu.

Terlalu ramai cikgu-cikgu yang masih kuingati dan sayangi hingga saat ini,Bila tiba bab ini kusyukuri dengan daya ingatan yang masih kukuh ini,Alahmdulillah.Paling kuingat adalah guruku ketika Darjah 1 hingga Darjah 2.Puan Huriyah Othman.Comel lote serta sangat cantik orangnya,selalu pakai kasut tinggi,paling kuingat gaun biru yang dipakainya,masih segar diingatanku gaunnya itu.

Setiap pagi kunanti kehadiran Mitsubishi Gallant suami Cikgu H yang menghantarnya kesekolah,mereka orang Kedah,sungguh peramah,suaminya seorang jurutera tika itu,justeru Cikgu H lah antara guru yang bergaya disekolah waktu itu.Aku pula,suka pada cikgu-cikgu yang cantik bergaya ini...hehehe

Selain mengajar,cikgu H juga berniaga,seperti bunga,kain baju dan songket.Oleh kerana perwatakanku yang agak matang dan fizikalku yang seperti budak darjah 6 tika itu,Aku lah satu-satunya murid yang diberi kepercayaan untuk membawa balik semua barangan jualannya ke rumah,untuk dijual semula kepada jiran-jiran dan juga rakan-rakan mak tika dikilang(masa tu mak kerja kilang selama 1-2 tahun).Bayaran pula sebanyak 3 atau 10 kali bayar,setiap bulan,seperti ceti aku mengutip bayaran dari pelanggan-pelangganku itu.Aku tak pasti akan upah yang kuperolehi tika itu,tapi yang pasti aku IKHLAS dan GEMBIRA melakukannya.Aku benar-benat teruja dapat membantu guruku itu.

Kala dia mengandung sulung dan teringin makan jambu batu,aku jualah yang mencarinya di pasar malam,untuk kuberikan padanya,sudahnya dia makan sikit,selebihnya aku yang ngap.hahaha.

Agaknya sebab dah terlalu rapat dengan Cikgu H,keinginan ku untuk belajar juga meluap-luap,aku sentiasa mendapat tempat pertama di sekolah.Sehinggalah aku naik darjah 3,dia tidak lagi menjadi guru darjahku,markahku agak merosot sedikit demi sedikit.Apabila aku tahu dia dipindahkan mengajar disekolah lain,aku sedih sekali.Aku menangis sepuasnya!!Sedih!

Pada guru sekolah rendahku,Cikgu Huriah,Cikgu DL Ding,(cikgu bujang yang sangat garang,dan ditakuti semua murid,tapi cukupla sayang dan berlembut dengan aku,adoi...rimas lah pulak,sampai tak boleh aku cuti,keakar umbi ditanyanya mengapa?!!)Cikgu Laila Latiff(cikgu anak dara,yang selalu aku temankan kemana-mana ketika habis waktu persekolahan),Cikgu Mohamed Mustaffa(yang ku sayang dan hormati,kerana aku tahu dia juga mengasihani aku),Puan Nurliza(yang laser lagi fun,best!)Banyak lagi cikgu matapelajaran yang masih kuingat.Nantilah jika ada masa terluang kulakar nama kalian juga.Doaku agar cikgu semua dirahmati Allah selalu ,jika kalian sudah pergi,ALFATIHAH buat kalian,tanpa kalian,mungkin aku tidak menjadi manusia seperti hari ini,Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

Wassalam..........

Thursday, May 15, 2008

All the best Wan.....

Dik Wan and yours truly final hug on 12 May haritu
Pagi Isnin haritu,sebelum kepejabat kusinggah kerumah mak yang cuma beberapa minit berjalan kaki dari rumahku.Untuk mengucapkan selamat jalan pada adik bongsuku yang akan ke melanjutkan pelajaran di Kuantan.Aku tidak dapat menyertai konvoi menghantarnya,seperti aku menghantar adik-adikku yang lain,kerana anakku sendiri sedang menjalani peperiksaan tika ini.
Kuakui adikku ini yang kami gelar Dikwan agak manja dan selalu bikin kami sekeluarga pusing,kerana dia ni lain dari adik beradik yang lain sifat adventurenya,semua benda dia nak cuba,mujur Allah beri ketajaman fikiran padanya,justeru walau sedikit masa diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran...keputusannya tidak pula mengecewakan....tambahan pula sifat ibuku yang tegas dan tiada kompromi bila tiba bab-bab agama ini,menyebabkan tingkahnya penuh batasan.
Berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR,Dikwan berjaya melayakkan diri belajar di sebuah sekolah berasrama di daerah K,tapi oleh kerana minatnya yang amat sangat dalam sukan skateboard menyebabkan dia selalu curi-curi keluar asrama untuk memenuhi minatya itu,bila kami melawatnya diasrama,bukan sekali dia tiada..Duh!!Rupanya dia siap masuk pertandingan skateboard lagi,tanpa pengetahuan kami sekeluarga!Sudahnya,Dengan keputusan PMR yang tidak begitu membanggakan dia tidak berjaya menyambung persekolahan di sekolah tersebut...Berbuih mulutku memarahinya tika itu....Aku sungguh kecewa..
Ketika di tingkatan 4,dia diterima untuk belajar di sekolah Teknik,tapi kata mak,biarlah dia duduk dirumah saja,senang mak nak mengawal kegiatannya,lalu dia hanya bersekolah di belakang rumah kami saja.Di sini cerita lain pula timbul,dia mula main cinta dengan pelajar paling comel juga paling pintar disekolahnya,(S)Justeru bil telefon rumah mak,melambung ratusan ringgit sebulan,sekali lagi aku marah...dengan S turut menerima tempias teguranku itu,-kataku-Dik,kan belajar lagi,tak payah lah layan si Wan ni,kalau dia talifon,kami tak mampu nak bayar bil,kagipun kat sekolah kan boleh jumpa..."ha,ambik kau,sampai sekarang that girl takut dengan aku,even kalau jumpa di masjid waktu solat terawikh haritu,sanggup dia lari,taknak satu saf dengan aku....hahaha What an evil sister...Aku tak benci dia,aku sekadar menasihati,demi masa depan mereka jugak.
Bila dah kurang kisah bil telefon,DikWan mula minat bermain guitar dan perisian komputer,buat part time download macam2 benda lah,untuk earn extra money untuk beli top up dan aktiviti-aktiviti yang sewaktu dengannya.Kepakarannya menggunakan komputer mengalahkan kami kakak-kakaknya juga ramai orang dewasa lain.Just imagine sampai dia dah boleh buat duit.
Bila peperiksaan SPM kian hampir,kubercakap empat mata dengannya,pesanku"Wan,along tak kan cakap lagi,tapi SPM ni adalah masa depan Wan,makwe Wan tu pandai,kalau dia dah masuk U nanti,bye-byelah Wan,sebab kat sana,mata dia lebih luas,pilihan dia lebih banyak....dia dah la comel...tinggallah Wan nanti....jadi,tumpukanlah pada peperiksaan ni,tinggalkan dulu semua minat Wan,tolong lah...along merayu ni...Wan cakap jer Wan nak apa,kalau Wan dapat 8A nanti(nasib tak dapat,kau..hahaha..tidak mati aku kalau dia mintak tiket kapal terbang pergi Manchester!).Dia cuma mengangok.Memang begitulah dia...hanya berdiam diri bila kita menasihati atau memarahinya....sampai dia menjadi kesayangan cikgu kerana budibahasanya ini,kata mak ketika menandatangani report cardnya kala disekolah dulu,MANJA!
Sementara menunggu keputusan SPM dia bekerja sebagai pembantu jualan di MV.Duit tambang dan makannya mak beri RM10 sehari,tapi bila dia dapat gaji,dia beli guitar karan yang berharga hampir RM1000.00 meletup-letup lah mak marah,mak memang tak kenan dengan alat muzik ni...namun tak lupa dia belikan mak sebuah periuk nasi eletrik...ahaks!!
Bila keputusan SPM diumumkan kami terkejut dengan jumlah A yang diperolehi,kami terkejut kerana boleh dikatakan agak banyak berbanding usahanya,tapi dia juga turut terkejut tetapi kerana kurang dari jangkauannya...Seperti diduga S mendapat 10A1.Dan mulalah episod memohon untuk melanjutkan pelajaran,salah satu tawarannya adalah temuduga Jurusan Muzik diUiTM,suamiku yang menghantarnya pagi itu,dengan dressing mengalahkan supertar berbekalkan guitarnya,dia menjalani temuduga itu dengan tenang,dan seperti diduga dia diterima untuk melanjutkan pelajaran di Uitm itu!!Entah bila masa dia belajar semua toge2 note lagu itu kami pun tak tahu! tapi menurut pakcikku yang arif mengenai muzik ini,bahawa adikwan pandai membaca note lagu persis professional!!!adoi!
Oleh kerana tawaran ke Matrik hadir dulu dan S pon mendapat tempat yang sama,maka Dikwan memilih ke Matrik over Uitm,kami menghela nafas lega,terutama mak,Tapi setelah persiapan dibuat,barulah diketahui S mendapat tawaran oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara....Ketika ini dapat kurasa kepedihan hatinya...yelah walaupun mereka terlalu muda...tapi mereka juga punya rasa,dan agak sukar ditelah perhubungan jarak jauh ini.Lagipun mungkin dengan bantuan S lah maka Dikwan cemerlang dalam SPMnya...kesian jugak aku pada Dikwan.
Wan,(yang along tau, tak mengetahui akan kewujudan blog ini,but one day,who knows kan?)
Marah along,leteran along,
adalah kerana adanya kasih ini,
kasih yang tak bertepi,
kasih seorang kakak,
yang terlalu menyayangi,
yang mahu menggilap permata,
agar tidak menjadi kaca...
lalu terbiar luka.....
Wan,
Doa along sentiasa mengiringimu,
Bukan selama ini along sengaja menghalangmu,
meruntuh minatmu,
tapi along gusar,
jika langkah-langkahmu pengkar,
bimbang kau tersungkur,
tanpa dapat kami sasar....
Wan,
Teruskan berusaha dik,
Kerana kini baru kulihat,
kesunguhanmu
dalam apa jua tingkahmu,
kini baru kutahu,
kau punya minat beribu,
yang menjadi impian kalbu,
justeru along yakin,
kau pasti berjaya,
capai lah cita-citamu,satu-satu,
biar lah masa menjadi penentu,
usah lah terburu...
Along tau kau punya minat yang mendalam
dalam Komputer ,Muzik,juga Accounting,
namun apa daya kita dik,
kita tak punya wang berjuta
untuk merialisasikan impianmu serentak!!
Sabar ye dik....
Sesungguhnya sebutir permata itu
tidak akan hilang kilauanya walau
kemana pun ia di lontar...
Along berdoa....
agar kau berjaya dalam ketiga-tiga lapangan yang kau minati ini,
bukan senang mencari insan sepertimu Dik,
Diusia muda ini,
kau berjaya laluinya seorang diri,
tanpa dorongan dari kami,
sebelum ini,
kerana kami yang daif ini,
tak mengerti semua ini,
Namun,
setelah satu persatu bunga jaya
kau buktikan,
nyatalah kau punya potensi,
bukan lagi angan yang tak pasti,
bukan lagi mainan mimpi,
yang berlagu sendu dihati,
benarlah,kau serius dalam apa jua yang kau lakukan...
Sekalung tahniah buat dirimu,
usah fikirkan sidia yang jauh....
Kehidupanmu masih terlalu panjang..
jika ada,adalah....
jika tiada...Dialah yang lebih mengetahui..
Akhirkata...
Along amat menyayangimu...
Selamat Berjaya Dik!!
Along
150508

Tuesday, May 13, 2008

Get well soon Lyn...

Kak ja,this entry is my promise...Sebenarnya tak sanggup nak teruskan kata-kata dan melihat gambar ini.... Lyn,sabar ye lyn,kau harus kuat demi anak-anak serta keluargamu......



Minggu lepas,tika aku sendiri baru menjalani operation kaki,aku menerima email bergambar dari teman lama,M,kalau tidak disertakan nama empunya gambar itu,sungguh,agak sukar untuk aku meneka siapakah gerangannya.... Terlalu berbeza dengan Lyn yang kukenal dulu,begitulah kita,kalau di timpa ujian begini....


Ya,itulah Lyn...AZL*N M*NAF nama penuhnya,atau kami gelar LYN SLANG,waktu bersekolah dahulu,mengapa Lyn Slang?Ini kerana gaya dia bertutur bahasa melayu penuh dengan slang Inggeris,kerana memang itulah pertuturannya dirumah...dan rasanya dia juga pernah di besarkan diluar negara...Dia juga datang dari keluarga elit....justeru setiap langkahnya menjadi perhatian kami waktu itu.Sementelah pula dia masuk lewat di sekolah kami.Lyn ni sangat lincah,peramah,happy go lucky,rupanya juga boleh tahan,mancung hidungnya,comel parasnya.


Waktu prep diasrama,selain mengulangkaji pelajaran,kami juga suka menyanyi...hehehe...tapi bila si Lyn ni dah masuk group kami,genre lagu kami pun turut berubah....dah tak main lagu melayu lagi dah...dah tukar lagu Omputeh...paling kuingat tika kami terlalak-lalak nyanyi lagu sapa ntah tak ingat....tapi chorus dia lbh krg cenggini..."Cause I am your lady.....and...You are my man....."uih,..terasa asyik masyuk betul rasanya masa tu...lucu betul kalau dikenang semula....



Tapi Lyn hanya sempat bersama kami,cuma seketika,sebelum berpindah entah kemana,tapi yang kutahu,rumah keluarganya di Damansara tika itu.Sejak itu kami terputus hubungan,namun sesekali selepas SPM ada juga aku terserempak dengannya di Central Market (tempat lepak paling hot tahun 90an,sebab dekat dengan semua bus stop!)dia masih peramah dan ranggi seperti dulu,tapi aku pula yang malu-malu...kerana aku tahu,dunia kami berbeza...Terasa diri ini kolot sangat berbanding dengan dirinya yang trendy dan stylo itu. Bagai langit dengan bumi,aku dengan tudong labuh tika itu dan dia dengan rambut gaya Demi Moore yang agak popular kala itu...


Selepas beberapa tahun,kuterima berita dari temanku M,bahawa dia berkerja satu pejabat denagn Lyn.dan di kabarkan jua yang Lyn mengidap kanser ...aku simpati...tapi agak segan untuk menghubunginya...bimbang jika dia sudah melupakan aku....Tapi hatiku bagai dijentik-jentik untuk menghubunginya....kerana kami pernah rapat,tentu tergelak besar,jika cerita lama itu diungkai semula...Namun tembok malu yang terlalu kuat itu, memusnahkan impianku yang satu itu.


Sehinggalah minggu lepas,bila kuterima gambar ini...,ketika dia sudah pun terlantar melawan cancernya yang sudah berada pada tahap 3,Hatiku meraung...Ingin saja aku menghubunginya,tapi mana mungkin dia bisa bicara tika ini...tika suaranya sudah di tengkorokan...Aku berjanji pada diriku,akan menjejaki dimanakah Lyn kini,untik kuziarahi...


Aku berdoa,agar Lyn kembali sihat dan cergas,dan Ya,Tuhanku....berilah temanku ini,peluang kedua,peluang agar dapat mempertingkatkan ketaqwaanya......Hanya kau yang maha Pemurah lagi maha mengasihani...Amin....

Monday, May 12, 2008

Happy Birthday Rahmah....

p/s:Sebenarnya macam-macam entry bermain difikiran untuk dimasukkan diblog ni harini,tapi I dulukan yang ini,memandangkan today is the day,Yes 12 May..Rahmah's Birthday..My best friend in school way back in late 8o's...agak pjg dan melankolik sikit ya....

Sahabatku Rahmah,
Bila tiba tanggal ini,aku tidak pernah melupakanmu,
mendoakan kesejahteraanmu,
mengharapkan yang terbaik hadir dalam hidupmu,
dan moga dirimu dibawah lindunganNYA selalu,
walau dimana kau berada tika ini...

Kalian pernah dengar kah nama RAHMAH ARIFFIN?jika kalian mengenali insan ini kabarkan padanya,aku rindu padanya...dan aku tidak akan pernah melupakannya...terutama pada tanggal 12 May ini,hari ulangtahunnya...

Rahmah,teman baikku sejak tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5,kadang-kadang kami sekelas dan juga se dorm,kadang-kadang tidak..tapi kami selalu menghabiskan masa bersama...Masih terbayang lagi wajahnya yang putih mulus,bulat,berhidung mancung,tidak tinggi sangat juga tidak terlalu kecil,wajahnya kemerah-merahan terutama ketika tertawa,fizikal kami amat berbeza,mungkin itulah yang menjadikan aku dan dia serasi bersama.Selain mempunyai raut wajah yang manis,Rahmah juga baik dan berbudi bahasa serta manja,oleh itu tak hairan jika dia menjadi igauan pelajar2 lelaki disekolah,namun Rahmah sedikit pun tidak hanyut dengan surat-surat secret admirenya itu,memang sukar mencari insan setenangnya tika itu.

Rahmah dipelihara oleh nenek dan makciknya sejak kecil,kerana Rahmah dilahirkan kembar,dalam adik beradik seramai 11 orang,tapi adik kembarnya meninggal dunia ketika berusia 6 tahun kalau tak silap,jadi Rahmah ni memang manja dengan nenek dan makciknya,yang kami semua gelar Uteh,sedari kecil juga Rahmah telah berkali-kali menunaikan Haji dan Umrah bersama nenek dan Uteh.Begitulah aku,mengingati salasilah Rahmah ini.Paling aku tak lupa,sahabatku yang berketurunan Mandaling ini sangat meminati pelakon Michael J.Fox,jadi jika terpandang MJF ini dikaca TV pasti aku terbayang wajah mungil Rahmah ini.

Depan rumah nenek Rahmah ni,ada macam-macam pokok buah-buahan,kesukaan kami adalah buah dokong yang manis tu...jika cuti sekolah kami yang tinggal di pekan ni,suka menghabiskan masa di rumah Rahmah,sambil panjat pokok dan mandi sungai depan rumah Rahmah,suasananya sungguh nyaman.

Lepas SPM kami berpisah dia mengambil STPM seterusnya melanjutkan pelajaran ke UUM,sesekali kami berjumpa jika ada majlis perkahwinan teman-teman,sementelah pula jodohku hadir begitu cepat,maka semakin renggang lah kami...dia kurasa semakin jauh...tiada lagi berita kudengar darinya...

Tetapi,pada 12 May yang tahunnya telah kulupa,kukira hampir 11 atau 12 tahun yang lalu,memandangkan aku belum lagi punya cahayamata tika itu,aku cuba menghubungi rumah Uteh,cuba-cuba nasib,manalah tahu jika dia ada dirumah...tapi Uteh jawab."Rahmah takdo,dia sibuk,kau jangan tak datang lak hari minggu ni"....napa Teh?tanyaku...Rahmah kawin la...apo dio tak jomput kau ko?"laluku berdalih..."ada..tu yang nak cakap dengan dia ni"....Demi temanku itu,kugagahi jua ke rumahnya dihari persandingannya..Dia agak gugup tapi tidak terkejut...katanya,dia ada mengantar kan kad melalui pos ke alamat temanku M,dan disana dititipkan pesan supaya menjemput teman lain...Wallahu'alam...itulah kali terakhir aku menemuinya..Sahabat lama,yang terlalu baik....tapi entah mengapa cuba mengasingkan diri dari kami teman-temannya...Segalanya sungguh misteri bagi kami...tapi kami tidak berkecil hati...kerana kami tahu,pasti ada sebab atas tindakannya itu,lagipun dia terlalu baik untuk kami hukum....

Rahmah,andai suatu hari nanti,kau terbaca catatan ini...
Ketahuilah olehmu,aku tidak pernah melupakanmu,
jasa baikmu,tidak pernah kulupa,
terlalu banyak.....
Moga sebelum antara kita pergi dulu,
akan ada pertemuan antara kita,
dan maafkan aku,
andai ada bicara luka
yang tercetus antara kita
walau puas ku cari puncanya...
Namun dihatiku,
Namamu akan terus terpahat jitu...

Aku,
sahabatmu...

Sunday, May 11, 2008

Happy Mother's Day....

A Flower for me....
Dear Hubby bought a cake for us "mommies" in the family(ie,for me,my mom and my sister inlaw)
Selamat Hari IBu semua.......Pada Kak ja,Aziah,Su dan semua ibu yang membaca blog ini.Semoga kita semua menjadi Ibu yang terbaik dan selalu disayangi oleh anak-anak kita.Amin..INsyaALLAH..Disamping kita juga menjadi anak yang disenangi dan sentiasa membahagiakan hati mak kita...
Sebenarnya dua tiga hari kebelakangan ni,my schedule was really tight,dan sejak dua menjak ni,I've to keep all my schedule in my organiser phone,to keep remind me untuk semua acara tu,ahaks!itupun tadi,ada gak majlis yang terlepas pergi...aduhai..
And kalau tak pasal pujukan kak ja(pandai merayu kakak I ni tau) to update this blog,mau 2-3 hari lagi baru berupdate blog ni,memandangkan tugas dipejabat agak sibuk besok,manakala dirumah pulak sibuk nak meneman anak yang nak ambik mid year exam.Tapi blog ni buat I jadi macam orang bercinta..selalu rindu...(sampai MR.Hubs,jeolous)sehari tak jumpa(baca blog u all semua lah...)rasa something missing dalam hidup I,so here I am,curi baca fav blog dan upadate blog sendiri!!
Back to this mother's day celebration,We used to celebrate it annually,bukan apa,sajer carik pasal nak berkumpul semua adik beradik and nak bagi mak hadiah.This year we celebrate at Bagan Lalang,ala tempat makan ikan bakar tepi laut tu..jauhnya ya..amat,bila sampai umah dah lapar balik...hehehe.Ini juga as a farewell dinner untuk Dikwan yang nak berangkat ke Matrik Gambang Isnin ni.(Aziah,sapa nama anak sedara hang yg nak study kat sana tu?)
Tahun ni berbeza,sebab tahun ni,my son gave me a rose,(beli kat sekolah,ustaz jual)he put in my handbag...konon surprise la tu....hahaha..Very funny,sebab bunga tu kat tangkai dia ,when I tekan "press" ada suara my son yang dah dirakam earlier iaitu"Happy mother's day from Sh***z"..Bila I balik dari kerja,dia mintak balik flower tu,sebab dia nak main rakam-rakam suara kat bunga tu...adoi,buruk siku betol tau!!
P/s:Kak ja,gambar my friend tu tertalu besar untuk I postkan kat sini,I tak tau nak resize macamana,I'll try..kalau tak berjaya,I send an email tu you jer lah ya?
Wassalam...Ilalliqak

Thursday, May 8, 2008

Thank You Dr.Basmullah...

Dr.B holding,my...........(I do'nt know,but itulah benda yg dikeluarkan from my body) and explained detail about it.Thanks Doc!!Jasamu dikenang...

This Doctor has one unique name,so it easy for me to remember his name.I first met him last year when my Asthma attacked.I' was stunned to see the way he treat me,very concern and with full heart to help,not like many other GP I always visit,really money oriented and seldom talk much.This Dr is totally different.

So when my son had infection after the circumcised,I brought him to see this Dr,who I know can handle this case better.Yes,my instinct never goes wrong,where Dr.B help from A to Z,we visit him for 3 day in a row,but he only charged us once.We want to pay but he refused,instead my Hub said,he wants to buy a medicine,so that ,we can pay him.

Few months later,while reading The Star,I came across his name.I don't want to elaborated more about it,as I'm worried if I 'll go wrong,kang silap cakap ISA lak akak ni kang....but on that time,many Forumer and Medical Practitioner give full support to him,this happen before the election.Poor him.As a warak and humble person he is,I only pray that Allah will bless him,kerana hanya Allah yang bisa membantu di saat begini.

When I go to the clinic after the incident,I met his partner Dr.A,who also nice and soft spoken lady,I told her,how could we help this Dr,and we talked a lot then,from the Dr.B to our children school.

A day before yesterday,I need to remove/(minor operation) something below my tight,Its kinda ketumbuhan yang ada pada semua family in my mother's side,benda ni dah lama ada,tapi lately baru sakit...When I've been to Sunway Medical Centre the General Surgeon over there was busy with other major operation,So I try to find other clinics,and looking for female Doctor,but at that time(about 4pm)no female Doctor available,including my son's best friend mom,so I've no choice but have to go to male Dr.In this case Dr.B.Actually I just want to get only a referral letter from him,but he said,he can do it...What?I said...ErM..OK..(A bit shy actually..but I'm in pain..its need to remove fast!!)But before left the clinic,I told him,that I've read a lot about him in a newspaper.He said Thank You for your support,and he felt more motivated now.Alhamdulillah...

So yesterday,I was operated successfully by DR.B.The one really shock me was the charged...Really-really Cheap,I couldn't believe my ears,then I ask the cashier again...and Yes..I'm not wrong..God Bless You Doc!!He really wants to help,he comes to clinic by motorbike you know?Very humble one,and I heard he has about 10 children..so my hubby suggest me to give him or his kid a present or at least Thank You card,as a token of appreciation.

Today,I went to see him again,to do dressing..and its FOC!!I told him,are you sure Doc?Can I pay for this one,since yesterday one is way too cheap,he said No need...but he said other clinic might charged double,and I believe it.He said,Thank You for supporting us,or maybe Dr.A also told him about me?hehehe...Maybe,because he said,that he had discussed about my operation with DR.A....Its ok.cuma I doakan Dr.Haji Basmullah ini,dipermudahkan urusanNYA oleh Allah,Dimurahkan rezeki,dan sihat sejahtera semoga dia dapat lebih terus berbakti kepada masyarakat yang memerlukan....Orang baik sepertinya,selalu diuji.....

Tuesday, May 6, 2008

Do you know this no?0172935554

Know?No?erm........

Actually I received a call from this no while having my grocery shopping,last Saturday,When I pick up the phone,the person over there already put down the phone.And while I already in the car to going home,this no appeared again...I pick up the call with a loud speaker,because normarly the unrecognise no is came from whether insuran agent,holiday package and many other sales people,which is really annoying...so I let Mr.Hubs listening the conversation together.

But this call was really different,He started with "Hi **nda!!How are you....with really friendly tone and sound that he is my friends for ages"Masa ni I dah start gabra dah(I start panic as ever,knowing my husband yang agak2 tak kenan dengan benda2 cenggini and Then I ask him who is he and where he got my number with a stranged voice...He told me,that he is Patrick,he just arrived from France,and he called me as my request,and he added that I gave my hp no while meet him at Bangsar!!!!Mak ai!!!tak menyirap Cik abe I dengar time tu?Grrrrrrrr..........Then I said,I never go to Bangsar(lying) and will call you tomorrow(Don't want to be so harshed,worried if I actually knew him,through family or related to my company)


All the way back home,I felt uneasy,I tried to call my collegue,asking if I know anyone named Patrick...NONE!!the one we knew was Patrick Lim,a chinese guy who was athe salesman from NIssan who dealt with me few years ago,and I never hang out in Bangsar with my girlfriends,the last time I've been to Bangsar was about 2 months ago with my family and inlaws...Duh!!!

Mr.Hubs started mumbling,this and that,worried this Patrict is a conman!but hallo,I'm not silly,OK?And after did a deep thinking,Sure!I did'nt know this Patrick,and I never want to know.Fullstop.

Monday morning,I saw an sms from him again,which I believe was sent at past midnight.Lepas baca,I terus delete,pasal tak sanggup nak baca,dia tak putus asa,terus memujuk rayu...which is very scary.Arrived office,I discussed with my officemate what should I do with this guy,then I reply his sms saying that"I am not **nda,I am a new user of this no,I am a mother of 5 growing teenangers.Please don't call me anymore...(sah-sah la semua tipu kan?)

Alhamdulillah,after I sent that message this guy did'nt call nor sms me anymore.If he try to call me again,I'll lodge a police report....hehehe sound paranoid??over?Yelah,bukan apa,I imagine Patrick yang call I ni is a Black guy,YEs,I mean Niger,or Negro kata orang kita...takut gak nak diperdayanya kita ni,kan sekarang banyak kes-kes pengedaran dadah antarabangsa?heee takut...memula borak,pastu ajak jumpa..pastu....Nauzubillah..Jangan carik penyakit!!

Biarlah,walaupun yang call tu mungkin sekacak Tom Cruise sekalipun,I'll never entertaine them,taknak bermain api.....walaupun hanya sebagai teman..other than I'm a muslim lady,I also a mother and a wife to a very erm...not so sporting husband...hahahaha....

Anyone of you guys,received a similar phone call????Be extra carefull ya..Jangan mudah terpedaya..Sekarang ni orang macam-macam,kesian sungguh nasib perempuan2 diluar sana yang gelap mata,bila dijanjikan dengan kemewahan..That is different story..I'll story later k?all true life story..stay tune!!!

I'm sleepy...zzzzzzzzzz

He took photo,everytime Wan trying a new glass,then show Wan,how its look like,and let Wan,choose what suit Wan better....Dia paling suka sakat Wan...
Ayah's turn...hehehe

Every time come,he must get his eyes check...Sabar jerlah cina ni melayan karenah dia....hai..la anak!!


Adoi ngantoknya....takkan nak tidor lak,bos ada kat belakang ni,buat kerja kang harus salah2 figure tu...so Kita express kat sini jer lah ya?

Kenapa ngantuk?semalam tidur lambat,sebab masa kat UiTM S.A masa ambik barang-barang my sis yang nak bercuti pjg tu,tetiba tayar keta pecah lak...dah la sampai sana pun dah hampir kul 10 malam,tukar tayar lagi....begitu begini pukul 11 baru keluar dari UiTM.Siang tu merata alam dah merayap,dari bawak mak dan ayah pi 2 buah rumah pengantin.Diikuti dengan bawak orang tuaku itu ke 1 Utama sebab nak buatkan dorang kacamata baru....dah tua-tua ni,bertambah lak powernya....kita nanti tak tau lah cemana kan?

Hari ni pulak,dengar MAS ada buat promotion 0 sen,so as kaki jalan myself,gatai2 la tangan nak book pi KK bulan 12 nanti,tapi asik hang ajer...maknanya ramai jugak la orang yang pantang nampak peluang macam yours truely ni ya,...ahkas!!Hopefully jap lagi the line is not as busy as just now,tapi kalau free ticket tu dah habis,I consider takde rezekilah and mungkin ada hikmahnya...sebab,bukan penting pun journey ni,journey gatai-gatai jer....

Ok lah mata ni macam dah hilang ngantuk...so I pen off now la ya..Malas nak cek ayat2 cinta yang bertabur ni,paham2 jerlah bahasa atau grammar ni ya...see yaa dalam citer yang lebih sensasi bila mata ni dah segar nanti ya...chioww...

p/s;Cop!baru perasan,bukan ngantuk pasal lambat tidur,it was because I just took "ubat selsema" daaaaaaaa...padan la lalok semacam jer ni...adeh....

Saturday, May 3, 2008

Is'nt it beautiful?

Whatever you see in the photo,Yes,I mean all including the table and the showcase were handmade by this house owner.Hajah Zuraidah.
Now,her house in USJ 3,Subang Jaya is also her showroom.If interested,just ask her do it for you at a minimal cost,I tell ya!!

Her garden...Yes,Secret Garden as you see,She's multi talented lady,I would say,One in a million.


I have nothing special to blog today,but while browsing my computer just now,I realised these few photos I've taken,somewhere last month at my relatives house.I am so impress of her,a Professional working mother of 5 successful children be it in academic or personality,aged between 19 to 8 years old,and No maid since last year,but she managed to pursue her hobby and now turn to money making,by taking order from friends.



Where she got all the times?She said,this is done through determination and her passion to whatever she do,She did sew all the beautiful curtain,chair back,table runner,telekong and whatever accessories at home,PERFECTLY!!It's kinda a jaw dropping for me,and What a shame!!I'm a mother of only a son,didn't produce anything that can be proud of ..Ohhh!!!



Erm,now I'm thinking of getting a new hobby,Care to give opinion anyone????



berkongsi rasa ....