Tomorrow 30th JAN 2008,Is mark my 15th wedding annivessary...Pretty fast huh?If I think back,I could'nt believe that I 've been a wife for 15 years now....and with that I dedicated this poem to my dear hubby,whenever he reads this(I didn't know whether he aware about this blog or not....better not)
Yang,
Bagai mimpi kan
kita telah lalui hidup ini
sekian lama...
terasa,
bagai baru semalam kasih termerai...
Yang,
Tiada kata yang mampu lagi kuungkapkan
selain...
moga kasih ini abadi....
Terima Kasih atas segalanya
30012008
Lelaki ini...
kutemui bagai mimpi
ku benci namun sering kurindui...
walau jauh aku lari
walau kemana aku pergi
namun dirinya tetap memburu diri..
Lelaki ini
bagai tercipta untuk diri ini
kerna
walau badai mengahampiri
walau onak berduri
dia jua kusayangi...
Nyatalah dia yang kucintai...
walau hati cuba membenci
Kerana keikhlasan budi
ketulusan hati,menyintai...
Terimakasih tuhan
atas tautan hati ini
aku tidak sendiri lagi,
hati ini terisi.
tidak kesunyian lagi...
Kini aku mengerti
cinta itu tidak datang sendiri
harus dibajai
diselami terus dari lubuk hati
Lelaki ini
Yang hadir dengan berbagai identiti,
sukar dimengerti,
tapi sukar jua kulepas pergi,
kerna kutahu hatinya kumiliki,
kerna tak sanggup kulepas pergi,
kerna tautan kasih ini...
Lelaki ini
yang berkongsi cerita sendu ini
yang memadu kasih ini
yang mengis ihati ini
akan terus kucintai...
Doaku agar kasih ini,
abadi..................
ReramaSalju
30012008
Terpinggir
-
Sian blogku.. Dah lama beku, dah lama tak bersuara…Seakan sudah tidak
bernyawa…Sian sungguh!
6 days ago

