terlalu banyak jua yang bermain difikiran,
perasaan bercampur baur,
fikiran rasa semak,
berkecamuk!
Yang pasti esok,
aku kan kepusaranya lagi,
bersama insan-insan yang pernah,
bertahta dihatinya,
selain kami keluarganya,
insan yang kami anggap
sebahagian dari hidup kami,
kini...
Dia,
meninggalkan kenangan terindah,
meninggalkan teman-teman setia,
pengganti dirinya,
sebagai pengubat lara,
sebagai teman mencurah rasa,
sebagai tempat menumpah kasih,
aku,
sudah tidak mampu lagi berkata-kata,
kerana aku tahu,
didepan sana jalannya masih terlalu berliku,
untuk aku ratapi selalu,
kubiarkan kedukaan ini dibawa pergi,
oleh angin lalu,
namun,
akan kubina kekuatan ini,
satu persatu,biar jitu,
tak terhempas dek badai,
tak hanyut dek gelora.
Doaku,
agar aku terus hampir denganNYA,
dipelihara dari segala noda,
dan hidup dibawah lembayungNYA
selalu.....
Tuhanku...aku rindu dia.........
Bacaan Yasin dan Fatihah untuk Wan,takkan kami lupakan,Yasin ni Yana hantar kat umah mak wan,dia tempah khas untuk wan,ada nama wan dan nama dia sekali,mak dah sedekahkan kat masjid dan handai taulan,Syafira pun along dah bagi Wan,sekarang dia cuti,kalau ada masa selalu dia ziarah pusara wan dan iku kami ke masjid,kat masjid semalam,semua jemaah perempuan baca Yasin tu....Panjang pahala sedekah Yana untuk Wan...beruntung wan,punya teman2 yang setia keahkir hayat wan...Syafiq pun sama,dia balik asrama harini,dia nak exam minggu depan,mak cakap kat syafiq.."tima kasih fiq,tak terbalas jasa syafiq"shafiq senyum jer....dia kata ramai kwn2 wan sms wan lately,tanyakan about result matrix tu,mereka semua terkejut bia diberitahu wan dah takda,merka ingat syafiq bergurau,wan....erm.....
oklah wan,sampai sini dulu,dalam along tak tau nak cakap apa,mesti terpanjang,kalau along bicara dengan wan....sebab along rasa seronok kalau dapat update kat wan apa yang berlaku sekarang ni....sampai jumpa lagi...
Wassalam
p/s:Wan,tipah pembantu kita ckp,dia mimpi wan balik umah,cium along....betul ke wan?
8 comments:
tidak ada yg kekal melainkan Tuhan. TQ ur comments make me feel brand new.
seperkara yg linda mungkin terlupa, wan bertuah ada kakak dan keluarga serta teman yg masih menyayanginya. it is a greatest gift for him.
sooner or later, time will heal your pain. May Allah bless him, and your family.
ya, saya setuju sangat dengan azizi...dikwan memang cukup bertuah..
Nda...
Sabar ya dear...semua nih adalah ujian Allah untuk keluarga u.
Dik Wan lebih disayangNYa..
Fatihah untuk Arwah...u take care dear...
Bagus lah Linda, teruskan apa yg u buat ni.. Insyallah DikWan tenang di sana.
salam..semoga arwah tenang di sana
Kak hani,
betul tu kak,moga akak ceria2 selalu ya...saya ada ni!
azizi,
ya azizi,baru sy tersedar,betapa beruntungnya dikwan dikasihi walau setelah dia tiada diadunia ini..kita bagaimana?hmmmm...
saya semakin OK kini,cuma biaserlah terkadang bila kenangan2 itu dtg bertandang...Tq azizi..
maz,
kita kan selalu setuju dengan encik azizi tu...=P..tq..
Edelweiss,
Tq yg,I makin sabar sekrang ni...
Pinky,
selagi hayat dikandung badan,InsyaAllah Doa I pada arwah dikwan tidak akan hilang...
Tq arsaili....
Post a Comment