As for myself,pagi -pagi lagi telah ada surprise dari anakku,hadiah yang dibeli bersama papanya ,diletak cantik dalam beg tanganku,Tq nak..mama amat menghargainya....
Hari ini setahun yang lalu,kami sambut Hari Ibu diBagan Lalang berserta farewell dinner untuk Dikwan yang nak ke Matrik,entrynya disini
Arwah Dikwan turut berkongsi cake,as a farewell dinner ,sehari sebelum dia bertolak ke Matrik hari tu.
Tapi semalam,tiada lagi celebration serupa dulu....Sebagai pengganti,kami menziarahi pusaranya....
Mak menyambut hari Ibu pagi itu dengan mengunjungi pusara anak bongsu kesayangannya...kesayangan kami jua....
Untuk Hari Ibu semalam,Aku hanya menurut kemahuan mak,lepas menziarah pusara dikwan,kami singgah di Pusrawi berdekatan,menziarah sepupuku yaang baru melahirkan baby Mikhael,kemudian pulang kerumah mak,kerana jiran sebelah rumah mak ada kenduri kahwin,dan tak semena2,usai solat Zohor mak ajak kami semua balik kampung Melaka,kami adik beradik berpandangan sesama sendiri....sebenarnya kami semua baru bercadang nak pergi beli hadiah mak,sebelum nak ajak mak makan malam tu,tapi balik Melaka???besok nak kerja,anak2 nak exam,baju sekolah belum bergosok....
Mulanya kami menolak dengan lembut,tapi mak macam terasa hati,dan aku tahu,saat ini,anak-anaknya lah yang menjadi penguat semangatnya.Justeru setelah berbincang dengan Mr.Hubs(aka Mr.Yes yang lembut hati) aku bersetuju ikut mak balik kampung,pada adik-adik kuterangkaan,kesian mak,along taknak kita menyesal kemudian hari,lantas kesemua kami setuju ikut mak balik kampung,cuma son dan adik keduaku beserta keluarga saja yang tak dapat menyertai kami,memandangkan keadaan isterinya yang hamil dan anak-anaknya yang keletihan petang itu,dan dia ditugaskan membeli kek dan mencari tempat makan malam sesuai untuk kami malam tu.
Namun begitu,Hari Ibu tahun ini tetap kami sambut,hanya makan malam bersama,tanpa suasana riuh dengan gurau senda macam selalu,kami semua memahami isihati masing-masing,namun semuanya menyimpan sayu itu dihati.........
8 comments:
Salam rs,
OOT: Selain dari kenangan, best tak makan kat Bagan Lalang tu? Den tengah planning nak bawa omak den ke sano tu ha! Leh ke rekomen restoran mana, dan di mana ia berada? :)
Nda anak yg baik.. Mr Hubs menantu yg baik..
Psstt!! kat sini pun ada gak sorang Mr Yes!!
Tahniah Nda, hidup perlu diteruskan. Hargai apa yang masih ada.
Salam CA,
Kat BL tu ,menu wajib den adalah terubuk bakar dan pahat masak pedas.Rest yg den rekomen is Rest Senandung Malam tepi Padang ngadap laut tu,ni no tipun dia;0192597356/03-31412049.
Dari Tol KLIA tu,CA terus menuju BL,ikut sign board Sri Malaysia BL ye?Happy trying dan selamat menjamu solero...
by the way OOT tu apao?den ni naif sikit...TQVM
kakja,
Alhamdulillah atas kurniaan Allah pada kita akan Mr.Yes ni,senang hidup kita kan?Amin...moga berkekalan hendaknya...TQVM kakja..Love u!
Kakak,
Ya,hidup harus diteruskan,kita sama2 hargai apa yang ada ye kak!
rs,
Thank you. Leh den jamu omak den ngan sepupu dia, dan anok sepupu itu sikik. Silap silap, anok sepupu tu belanjo....yahoo! :)
OOT tu apa? Bilo menyampuk ngan topik tak kono tajuk, maka dimulokan ngan Out-of-Topic (OOT) :)
Den pun baru belajor perkaro tu ha.
ps.
Jomput, jamu mato kek blog Painting Pictures den.
Oooooo Out Of Topic,tak sio2 den tanyo...tulah kan orang kato,malu bertanyo sosek jalan...
Tq for sharing ya CA....
salam akak,
i'm back...
perasaan suka & duka tu menunjukkan yg kita ni hanyalah hambaNYA yang lemah....
tak salahkan kalau mengaku kelemahan kita?
Post a Comment