Thursday, May 7, 2009

Saat ini....

Dulu,
bagiku kesedihan itu
biasa-biasa saja,
aku hairan,
bagaimana kesedihan itu
bisa menjadikan manusia murung,
menung...bagai tiada hujung...

Kurasa,
Kesedihan bukanlah pengakhir kehidupan
ia sebuah kawalan minda,
kita yang menentukannya,
jadi,
untuk apa dilayan kemurungan itu...

Kini,
Saat aku diuji,
barulah kutahu,
betapa berdosanya aku menghukum,
baru kutahu,
kesedihan itu datangnya sendiri,
lalu meracik-racik perasaan,
yang entah kapan kan hilang...
dan bukan senang untuk dinyah pergi,

Bila diuji begini,
kesedihan yang sedikit,
memekar....
walhal,perkara yang sama dilalui hari-hari,
tapi bila kemurungan begini,
perkara yang sama bertukar posisi,
terasa terasing.....
terasa terpinggir..
terasa sayu yang tiada penghujung,
terasa betapa kerdilnya kita disisi yang Esa,
betapa kita terlalu jauh dari teman-teman yang ada,
betapa kita terlalu beda dari semua makhluk yang ada,
tiba-tiba,
semua rasa itu hadir dalam jiwa,
menikam-nikam,
membelah dada.....

Doaku,
moga episod ini akan segera pergi,
aku benci...
aku tak sanggup lagi,
begini........

ReramaSalju
070509

9 comments:

Norish said...

Linda,
Rasanya seperti baru semalam kau menghantar sms...
Sesungguhnya saat itu terasa ingin sekali aku terbang bertemu denganmu,
Apakan daya..
Linda,
kesedihan kehilangan insan tersayang rasanya terlalu pahit untuk ditelan apatah lagi saat itu terasa baru sedetik kita bertemu dengannya.
Memang payah untuk menerima hakikat ini namun... inilah kehidupan
Aku berdoa agar saat ini kau telah tenang dan redha menerima ujian Allah ini Linda.
Linda .....
Andai kau tahu kapan tiba ajalnya ... Itu tak mungkin berlaku pada kita hambanya kerana telah tersurat saat ajal itu tiba tidak akan terlewat atau tercepat walau seminit pun..
Membaca coretan mu seolah2 aku jua tenggelam dalam dunia kesedihan mu.. Tapi kau harus bangkit Linda..Walau payah, walau goyah , kau harus berjuang Linda...
Aku masih simpan sms kau dan telah aku lakarkan diatas kertas agar bisa ku potret kan untukmu jika kau mahu ......
Walau apapun .... aku harap kau terus tabah menempuhi ujian ini .....
Aku sentiasa dekat pada mu ..... biar pun kita sudah lama tidak bertemu .... Tabahlah wahai sahabatku

cakapaje said...

Salam rs,

Saya rasa, bukan tempat saya menasihati perkara ini kerana saya belum mengalaminya sendiri. Namun, lazim yang saya dengar dan lihat, orang orang tua akan menasihatkan agar kita banyakkan berzikir dan berselawat untuk menenangkan fikiran.

rs kena kuatkan semangat. rs masih ada anak yang mengharapkan kasih sayang rs ye. Jangan abaikan anak itu mahupun suami.

rerama salju said...

Norish,
Terima Kasih kerana setia bersamaku,saat suka dan duka,tika aku kehilangan teman tertawa saat ini(atau mungkin emosiku saja yang berfikir begitu)..Walau kau jauh,namun semangatmu akan terus ada dihatiku...ada waktu pasti kita berjumpa,InsyaAllah...Love u Cah!

Salam CA,
Terima Kasih atas nasihat yang tak putus2 dari CA,saya tau saya bukan isteri dan ibu yang baik saat ini,say sedar itu...Moga tuhan ampuni saya begitu juga 2 insan yang saya cintai itu,tapi didepan mereka saya cuba berlagak sebaik mungkin,seolah telah hilang seluruh resah dihati saya,justeru blog ibi lah tempat saya menumpahkan seluruh rasa...bukan mohon simpati,tapi tempat meluahkan segala isihati,kerana,saya kurang gemar berkata2 meluah rasa,biarlah papan kekunci ini menjadi teman saya...
Astagfirullah....saya tahu,saya mesti kuat....

Aziah said...

Nda, tabahkan hati. Redha dgn setiap kehilangan.

Kakak said...

Nda,
Kakak memang ikuti cerita Nda semenjak baca N3 kak ja tentang pemergian Dikwan. Kisah itu hampir serupa dgn apa yang menimpa adik kakak. Justeru, kakak faham perasaan Nda kerana Kakak sendiri pernah mengalami cerita yang hampir serupa. Semoga Nda tabah. Insya Allah, Dia tahu apa yang terbaik buat makhluknya.

azizi said...

perasaan itu normal
lumrah bg insan yg sedang sedih dengan pemergian yg tak disangka.
cuma yg paling penting, redhakanlah pemergiannya. lama-kelamaan perasaan sedih akan beransur-ansur hilang.
time will heal many things.
but memories stay.
.
you will. and always pray for him. the sign of endless love.

rerama salju said...

Aziah.
Terima kasih kerana bersamaku saat suka dan duka...

Kakak,
Benarkah cerita kita serupa?sudilah kiranya kakak berkongsi cerita dengan saya ya?saya rasa kita sekampung lah kakak....

Azizi,
terkadang saya malu dengan diri saya,malu dengan kalian semua yang mungkin kehairanan dan tertanya2 mengapa saya begitu sedih hingga sebegini...menampakkan kelemahan diri saya,yang tidak tergambar sebelum ini...saya sesekali tidak pernah menyalahi takdir,cuma seperti kata azizi,memories stay,dia terlalu baik azizi,saya langsung tak mnampak cacat celanya...dia manja...Ye,kenangan itu lah yang menyebabkan saya sayu...saya redha..saya tahu itu ketentuanNYA...
Tq again,4 yr endless support bro...Tq

Kakak said...

Insya Allah, jika kakak ada kesempatan kakak akan berkongsi cerita itu. Memang pada mulanya susah nak terima pemergian org yang disayangi secara tiba-tiba. kakak yakin pemergian Dikwan dlm keadaan yang baik tambahan pula dalam usia semuda itu. Insya Allah, dia ditempatkan dalam kalangan org beriman.

p/s Benarkah kita sekampung?

rerama salju said...

Benar kakak,
kalau kampung kakak di Taman Medan

berkongsi rasa ....