Salam Wan,
Malam tadi genap 3 minggu tragedi itu,
semua ahli keluarga kita kemasjid
bermula Magrib untuk bacaan Yasin,
bersama semua para jemaah Wan,
Malam tadi mak tak masak apa-apa,
mak tak daya,tapi mak tetap
ingin bersedekah untuk wan,
jadi,
mak sedekahkan buah je,
tapi ada jemaah lain sedekahkan
nasi ayam dan roti canai ,wan,
murah betul,rezeki malam jumaatkan Wan?
Wan taukan?
sejak wan pergi,
jadual kita sekeluarga dah berubah,
malam jumaat secara otomatis,
semua ke masjid,manakala
setiap hujung minggu,
kepusara wan....
semua kerana wan...
sebab kami sayang wan,
kami tak pernah lupa wan,
Allah yang gerakkan hati kami untuk ini semua Wan,
kami berdoa agar wan senang disana,
berteman para syuhadak,
itu doa kami Wan,
sesungguhnya pemergian Wan,
banyak menginsafkan kami,
membuat kami merenung dalam diri,
betapa jauhnya kami sebelum ini,
moga selepas ini,
NurNYA akan kekal dihati kami.
Wan,
Disaat along mula bina kekuatan diri,
semalam,
tiba dirumah dari masjid,
mak tiba-tiba "brokedown" wan,
menangis mengatakan,
"mak,rindu dikwan"
mak mimpi dia...dia datang..
seolah-olah cakap "mak,wan balik"...
alamak wan,
luruh jantung along ni wan,
bila mak yang jadi "pillar of strenght" along
dah jadi macam tu....
kaklang cuba pujuk mak,
along dah jadi kaku membatu,
selain beristigfar dan berdoa agar mak OK,
mujur,
episod itu cuma seketika wan,
wan,taukan,mak kita kuat?
Syukur,
pun....
along tetap bimbang akan keadaan mak,
justeru,along akan pastikan hati mak sentiasa terjaga,
mak tak boleh sunyi,
mesin jahit mak yang kat belakang tu pun,
mak dah alih depan pintu rumah kita wan,
mak kata,biar mata mak nampak orang
kalau mak menjahit...tidak terperosok dibelakang tu,SUNYI!
(along tau dia tak boleh bersendirian,kala ini)
Hujung minggu ni,kami nak kepusara wan lagi,
kami nak tanam rumput,
syafira janji nak ikut sekali,dia dah abis exam,
naziah pun nak ikut,dia baru balik wan,
dia sedih sebab tak sempat kepusara wan sebelum ni,
yana tak dapat ikut,sebab dia jauh,tapi,
wan taukan?dia selalu doakan wan?
beruntung wan,pusara wan sentiasa dikunjungi ramai,
hingga canopy yang memayungi pusara wan,
masih tegak disitu,seolah tahu
pusara wan ramai pengunjung,
dan tak mahu kami semua panas dek mentari
basah dek hujan....
Selamat Tinggal Wan,
Wan tenang disana ya,
Wan jangan bimbang,
kami takkan berhenti mendokanmu,
hingga akhir hayat kami,
INSYAALLAH.....
Nanti,along bicara lagi,
Along
150509
10.20am
Nanti,along bicara lagi,
Along
150509
10.20am
4 comments:
dikwan will be cherished till the end. rerama salju, time will heal the time. insya' Allah, you will.
InsyaAllah Azizi,
sebenarnya saya cuba berhenti dari bicara pasal dikwan,tapi saya juga tak mampu menipu diri dari terus mengingati dia....
bukan,bukan saya sasau dengan meratapinya 24jam,tapi ada ketika saya bagai mahu bicara dengannya,dan saya rasa disinilah medium terbaik...
saya bimbang,bimbang disalahertikan sebenarnya...
Wallahua'lam...
entri pasal dikwan banyak buka mata pembaca ttg erti kekeluargaan, kasih sayang, dan rapuhnya hidup kita.
bg sy, sekurg2nya dlm entri blog ini dapat memberi pengalaman, dan berkongsi rasa.
dengan rakan2 maya.
betul azizi,InsyaAllah bila sampai masa ,saya pasti jadi diri saya yang dulu....buat masa ini berilah saya peluang melayan perasaan ini ya?
Post a Comment