Friday, May 8, 2009

Aku OK(and happy mothers day)

Aku OK,
itu kataku,
setiap kali aku menghela nafasku,


Aku OK,
malah semalam,

akan menjadi titik permulaan
untuk aku terus ke dimasjid
setiap Khamis,untuk Magrib,Isya'
dan membaca Yasin berjemaah...



Aku OK,
walau para jemaah lain hairan,
dengan kehadiranku,
sudah lah pertama kali,
hadirku pula dengan linangan airmata,
pun begitu,kukatakan pada diri,
Aku OK,


Aku tidak apa-apa,
Aku OK,
malah esok dan lusa,
aku akan menziarah pusaranya,
aku berjanji akan menjadi
manusia berguna,
manusia yang tidak lekaa,
manusia yang lebih baik dari semalam,
manusia yang hanya mengambil dunia
untuk kehidupan selepasnya....
moga cinta dunia itu kian pudar dari hatiku,
dunia yang hanya sementara....
itu niatku...



Aku mesti kuat,
sekuat ibuku,
yang saban hari,tak henti mengucap syukur,
diatas apa yang dilalui selama ini,
ku iyakan katanya....
kerana katanya,Ujian adalah tanda Allah sayang,
dan hanya datang,pada hamba-hamba terpilih,
peluang untuk menjadi lebib baik,
dan menjadi penguat IMAN..........,

Aku bagaimana?
Aku OK...InsyaAllah.......................,



Semalam,
tika dimasjid,
aku bagai anak kecil,
semuanya bagai baru bagiku,
bagai tidak tahu menahu,
semuanya dibimbing ibu,
usai solat,disof belakang ibu,
kudakap erat ibuku itu,
lebih erat dari dulu...........
beserta mata yang berkaca,
aku tahu,
ada tanda syukur dihatinya,
dapat mencairkan hatiku,
sekeras batu, dulu...............



Ampuni aku MAK,
Aku mahu menjadi insan secekalmu,
Aku mahu menjadi insan setabahmu,
walau jalanmu penuh liku,
tapi kerana DIA yang satu,
kau tetap begitu..................
Hanya DIA sandaranmu...
lalu...aku OK
kerana kau masih bersamaku,
mendoakan aku tanpa jemu



ingin kuselitkan,
Selamat hari Ibu....
tanpamu,siapalah aku...



Aku OK-Rerama Salju

080509
5.00pm




mak dipusara dikwan,selepas 3 hari pemergiannya....




Ayah memandang penuh sayu.....

8 comments:

kak ja said...

Happy Mother's Day to u, Nda..

azizi said...

to all mothers, happy mother's day.
one thing you did not realise, dikwan teaches us many things.
even i can feel that.

Kakak said...

Selamat hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu.

cakapaje said...

Salam rs,

Selamat Menyambut Hari Ibu :)

kak ja said...

Setuju dgn Azizi..

Aziah said...

My dear Nda,

tak salah untuk kita meratapi sesuatu kehilangan kerana itu adalah luahan perasaan yang hanya kita sahaja yang mengetahui.

Jangan memaksa diri untuk berkata OK sedangkan kita masih meratapi.

Nda, masa kita adalah untuk kita. Rataplah sepuas hatimu, sampaikan kerinduan mu pada aruah dengan Alfatehah dan surah Yassin.

Lama kelamaan kita akan dapat juga berdiri di bumi nyata. take your time.

hugs.

Norish said...

Linda ,
Air mata itu teman kita yang paling setia.....
Jika hati mu tenang dengan cara itu, luahkanlah kerana diri kita lebih memahami siapa kita yang sebenarnya ....
Happy Mother's Day ......
Aku sentiasa menemani mu

rerama salju said...

Kakja,
Happy mothers day to u too kak!

azizi,
Tq for d wish,and I realise,that dikwan teaches us a lot,cuma yelah,bila sorang2 tu kenangan besamanya tiba2 hadir,esp bila menatap gaambar2 tinggalannya..lalu airmata ini pun gugur lagi...harap agar awan mendung kelabu ini,akan segera pergi,namun Doa untuknya akaan tetap dihati..
Thanks azizi,Thanks for being so understanding and supportive!
Kakak,
Happy mothers day to u too!Tq!
Salam CA,
terima kasih ye...
Kakja,
I memang selalu setuju dengan azizi,....
Aziah,
Entahlah,nak kata,aku meratap,sekerasnya aku nafikan,cuma yang aku akui,semangatku seakan hilang kini,namun aku akan segera bangun sedikit demi sedikit membina kekuatan yang kian mengecil ini,Aku serahkan seluruh hidupku padaNYA kini...
NOrish,
Sbnarnya airmata bukanlah teman setiaku dulu,tapi sejak hari itu,airmata ini terlalu murah harganya...mudah benar gugurnya,aku jadi malu dengan diri sendiri sebenarnya...tapi aku tidak bisa berpura2...
Tq for being with me up n down!

berkongsi rasa ....