Showing posts with label dear diary. Show all posts
Showing posts with label dear diary. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

aku,hari ini....

Selasa datang lagi,Kalau dulu Selasa hadir kosong tanpa ada apa yang kunanti,tapi sejak berbadan dua,aku gembira dengan hadirnya Selasa,kerana hari itulah bayi yang kukandung ini bakal bertukar minggu,Yes, She is (she kah?) 21 st weeks today.Syukur Alhamdulillah,aku gembira,aku jadi insan paling bahagia mengira detik-detik indah yang telah lama kunanti ini.Walau dalam hati terkadang ada sedikit gusar yang mengganggu,Maklum,kita hanya Hamba ALLAH yang kerdil,semuanya ada dalam perancanganNYA.Pun aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan perjalananku dan selamat semuanya.

Dalam keadaan tekanan darah tinggi yang menyerang tika ini,aku memilih untuk berjumpa dengan 2 doktor serentak,Swasta dengan gynea kesayanganku Dr.Siti jua di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung Kerajaan yang cuma sepelaung dari rumahku.Mungkin kerana faktor usia dan keadaan kesihatanku,aku di berikan perhatian khas dan keutamaan,kesku sering dirujuk kepada Pakar,Sungguh,salah tanggapanku pada Klinik Kerajaan sebelum ini,malah aku dinasihatkan agar tidak mengambil risiko untuk bersalin di Hospital Swasta,berikutan masaalah kesihatan yang ku alami ini,Aku masih belum lagi membuat keputusan,semuanya bergantung pada keadaan kesihatanku pada saat akhir nanti,namun aku akan terus berjumpa dengan kedua-dua Doktor kesayanganku ini buat masa ini,untuk mendapat nasihat dari mereka.Sekali lagi aku berdoa,Semoga Allah permudahkan perjalanan ini....Inilah dugaanNYA...aku redha,.

Hasil scan kedua-dua pakar juga belum mengetahui jantina anak yang kukandung ini,tapi bagi kami,kami menerima apa saja kurniaan Ilahi dengan hati terbuka,memandangkan anak kami yang tidak ramai ini,namun jika PINK,tentulah satu bonus bagi kami.Hatiku kembali berbunga Ya ALLAH....

Berbanding dengan kandungan sulung,keterujaan aku agak berbeza dari dulu,jika dulu,asal punya masa terluang akan kuhabiskan dipusat membeli belah,membeli keperluan terbaik untuk bayiku,tapi kali ini,di usia kandungan 5 bulan ini,tiada persiapan ku lakukan,mungkin kematangan usia mengajar aku lebih rasional dan bersabar...:).Kerana fokusku kini hanyalah untuk mengembalikan tahap kesihatanku ke tahap paling optima,matlamatku hanya satu,untuk menaturalkan bacaan BP ku seterusnya tak perlu mengambil ubat Metyldopa itu 3 kali sehari seperti skrg.Syukur,asthma ku tidak lagi menyerang setelah ditukar ubat preventer oleh pakar di Klinik Kerajaan itu,See,siapa kata,Klinik Kerajaan tak baik?derita yang kutanggung selama ini,hilang jua akhirnya..Syukur.

Dirumah,sejak hari pertama,berita kehamilan diketahui,layanan ahli keluarga terutama suami padaku,tentulah bertambah meriah,banyak kerja rumah ,Mr.Hubs yang lakukan,terutama kerja-kerja menyidai dan mengangkat baju di ampaian,sehingga mengundang "sangsi" jiran-jiranku...huhuhu...tapi tak mengapalah,mereka akan tahu jua nanti.....

With my 3 other preggie cousins,Yeay..I have a friends!!
Secara jujurnya,aku hanya berehat saja dirumah,aku mudah letih tika ini,usai solat Isyak,aku sudah terbaring atas katil membaca,mengaji atau melayari internet.Menemani The Son belajar,seakan sudah menjadi sejarah kala ini,pandai-pandai dia lah nak membawa diri,dengan keadaan mama dia yang begini.Agak risau juga melihat keasyikkannya melayan internet dan mula mengabaikan pelajarannya..Aduh!satu lagi cobaan hadir.Moga dia segera berubah.

Namun,dalam kelesuan ini,aku tetap meneruskan minatku membuat cup cakes yang beraneka jenis,saban minggu,bukan....bukan untuk dijual,tapi sebagai buah tangan untuk rumah yang kukunjungi di AidilFitri ini.Benar,kalau sudah minat,segalanya mudah saja.
my orange cake(err did'nt look like one right?)
among my cuppies for friends & families
dan lagi...therapiku kala ini....

Doaku,agar separuh lagi,perjalanan kandungan ini akan lancar dan tiada masaalah akan hadir.Amin Ya ALLAH.

Friday, January 8, 2010

a week , today....

Dah seminggu sessi persekolahan 2010 bermula hari ni. Maknanya The son pun dah seminggu bergelar pelajar sekolah menengah,dan memulakan sesi persekolahan petang buat pertama kali dalam hidupnya,setelah semua sekolah rendahnya semua hanya ada satu sesi,PAGI.Alhamdulillah tidak pula dia mengeluh kepenatan.

Bila dia dah sekolah petang,pagiku tidaklah sekelam kabuts dulu,can put my make up nicely,can change baju or tudong berkali-kali kalau rasa tak sesuwai(instead main rembat jer apa yg sempat dan agak2 matching sblm ini),blh mengaji seround dua sementara tunggu Mr.Hubs siap...so heavenly!(such words?)

Dari office terus ambik The Son kat sekolah,have to wait about an hour at the school,sebab nak mengelakkan jam ,kami parking jauh dan terpaksa turun naik jejantas nak pergi sekolah The son ,tunggu betul-betul depan pintu pagar sekolah,dan ditangan ada sebuah botol air berisi air milo sejuk yang tunggu masa untuk diminum sejurus The son keluar sekolah.....Ya.....aku ibu yg OVER ACTING.....tapi aku suka begitu......aku rasa bahagia dapat melalui semua itu, sikit aku tidak rasa terbeban..*sigh*

Tiba di rumah jam 7.20 malam......Usai Maghrib,Mujur, The Son masih lagi menjadikan amalan satu hari satu surah unruk dihafal sebagai amalan....Mudah-mudahan Istiqamah,namun masih lagi dengan sikap sambil lewanya terhadap buku-buku sekolahnya,belum mula belajar katanya,...Dang !


By 10. I can sleep soundly if I want...zzzzzzzzz........

Seems that nothing change at all,its just that I have more leisure time now...or Its time to have more baby to come.....woops!!

*ralat:bukan 1 hari satu surah...tapi satu hari satu ayat....."maaf sesesangat...

Thursday, October 15, 2009

Raya,raya...rayaaaa....




Hari ni dah 26 Syawal...malu nak ngaku that minggu ni baru I mula puasa ,hari ni InsyaAllah masuk hari ke-4,settled bab mengganti,so tolak weekend ni I cuma ada 2 hari jer lagi nak puasa 6 ni,hmm...mintak-mintak tiada halangan...benarlah manusia ni kaya dengan alasan.

Bukan taknak puasa,I ni kalau beraya merata alam,time kerja pulak,ada jer kawan2 bawak makanan dan siap pesan,besok tak yah puasa ye,kita makan....?so, I tak salah kan?tak kan?(again alasan lagi!)

Nampaknya tahun ni I akan beraya terlebih seminggu,disebab kan my friend MN,akan buat open house pada 24 Oct bersamaan 5 Zulkaedah....hukhukhuk...hehehe.Apa taknya semua minggu2 dalam Syawal tu,kawan2 busy beraya tempat lain,Takperlah MN kira ok lah tu,janji makan beb dan kawan2 semua dapat hadir.:)

Tahun ni raya lain sesangat,jadual seakan lari,rumah yang biasa dikunjungi tak terkunjung,yang tak pernah/lama tak berkunjung,dikunjung....pendek kata sungguh beda dari yang dulu.Dan rasa, masa macam tak cukup pun ada.Sementelah lagi minggu kedua Syawal my dearest sister bertunang,so yours truely lah yang sibuk ngalahkan orang nak bertunangkan?ahaks!

Nampaknya plan diet pun terbubar dengan sendirinya di musim-musim raya ni.Rasa rugilah pulak tak makan kan?kesian tuan umah sediakan bermacam-macam juadah,kang kata kita tak sudi pulak..(alasan lagik!!)hehehe.

p/s:dalam posa-posa ni,malam pun I bantai pi beraya kat umah teman rapat gak,weekdays pun jadik.Depa datang umah I pun weekday,sebab weekend sibuk,Open house?dah buat dah aritu joint venture dengan majlis bertunang my sis kat umah mak,sonang baitu,khemah dah ada..blh berkumpul ramai2...umah I kan cute,mana muat reramai orang...

Friday, May 29, 2009

too many thing to express...

Terlalu banyak rasanya untuk diluahkan....
terlalu banyak jua yang bermain difikiran,
perasaan bercampur baur,
fikiran rasa semak,
berkecamuk!


Yang pasti esok,
aku kan kepusaranya lagi,
bersama insan-insan yang pernah,
bertahta dihatinya,
selain kami keluarganya,
insan yang kami anggap
sebahagian dari hidup kami,
kini...


Dia,
meninggalkan kenangan terindah,
meninggalkan teman-teman setia,
pengganti dirinya,
sebagai pengubat lara,
sebagai teman mencurah rasa,
sebagai tempat menumpah kasih,


aku,
sudah tidak mampu lagi berkata-kata,
kerana aku tahu,
didepan sana jalannya masih terlalu berliku,
untuk aku ratapi selalu,
kubiarkan kedukaan ini dibawa pergi,
oleh angin lalu,


namun,
akan kubina kekuatan ini,
satu persatu,biar jitu,
tak terhempas dek badai,
tak hanyut dek gelora.


Doaku,
agar aku terus hampir denganNYA,
dipelihara dari segala noda,
dan hidup dibawah lembayungNYA
selalu.....


Tuhanku...aku rindu dia.........
Bacaan Yasin dan Fatihah untuk Wan,takkan kami lupakan,Yasin ni Yana hantar kat umah mak wan,dia tempah khas untuk wan,ada nama wan dan nama dia sekali,mak dah sedekahkan kat masjid dan handai taulan,Syafira pun along dah bagi Wan,sekarang dia cuti,kalau ada masa selalu dia ziarah pusara wan dan iku kami ke masjid,kat masjid semalam,semua jemaah perempuan baca Yasin tu....Panjang pahala sedekah Yana untuk Wan...beruntung wan,punya teman2 yang setia keahkir hayat wan...Syafiq pun sama,dia balik asrama harini,dia nak exam minggu depan,mak cakap kat syafiq.."tima kasih fiq,tak terbalas jasa syafiq"shafiq senyum jer....dia kata ramai kwn2 wan sms wan lately,tanyakan about result matrix tu,mereka semua terkejut bia diberitahu wan dah takda,merka ingat syafiq bergurau,wan....erm.....

oklah wan,sampai sini dulu,dalam along tak tau nak cakap apa,mesti terpanjang,kalau along bicara dengan wan....sebab along rasa seronok kalau dapat update kat wan apa yang berlaku sekarang ni....sampai jumpa lagi...

Wassalam

p/s:Wan,tipah pembantu kita ckp,dia mimpi wan balik umah,cium along....betul ke wan?

Wednesday, March 11, 2009

Diary semalam


8.am : Breakfast sekeping roti canai,separuh puree and segelas teh tarik dikedai mamak bersama Mr.Hubs and a collegue.

1.30pm : Ke sekolah anak,taking half day leave.ada appointment dgn his teacher.

2.00pm :Jumpa cikgu,salam,senyum,seraya menyerahkan ole2 yang siap dibungkus cantik dan dimasukkan dlm nice paperbag as well,Cikgu tersipu malu,dan terus mengubah topic dari nak komplen pasal anak,jadi puji pulak,
siap bagitau that The Son got the highest mark for both BM paper yang dia mark!
Dang!...apakah? Still,cikgu tetap cakap that my son is so leisure and suka CINCAI BONCAI,tulisan dia masih tidak memuaskan,which is banyak dropkan markah-markah dia...I am totally agree with that.


3.00pm: Sampai rumah,makan nasi bungkus jer,while the son off to tuition and Kumon class.

4.00pm: Masuk baju dalam mesin,angkat jemuran semalam n lipat baju,sambil mata tengok TV,cerita kisah benar "From Homeless to Havard".Oh..My,apa lagi alasanku untuk tidak terus berusaha seperti cerita itu?.Kala itu,aku termenung panjang,panjang......... sekali.

Duit yg jumpa semalam...ahaks!


6.00pm:Kemas2 rak buku,tiba-tiba jumpa kotak!Wah duit!Alhamdulillah,Baru teringat,duit Mr.Hubs bagi awal tahun yang lalu,for son's monthly expenses and school pocket money,cemana lah aku boleh lupa?sebelum kira,kujangkakan RM500,selepas dikira cuma ada RM350,still,its still a lot,dari tak jumpa langsung kan?lepas senyum2,tiba2 mamak roti datang,aku terus keluar,LALU terus borong roti,untuk makcikku di rumah sebelah dan teman dikantor...hahaha,aku kaya!(just kidin' ok?sekadar menyatakan perasan GUMBIRA kala itu)


6.30pm:mak sms suruh datang rumah,dia masak special,sebab ada orang nak datang and ajak aku sertai sekali.So to rumah emak I off.


7.15pm.Son and Mr.Hubs sampai dari kelas ke rumah mak,then having a dinner,solat and a little chat there,pastu chioww..


8.30pm:Check son's shcool bag,tiba2 dentuman petir sungguh kuat,rasa macam nak tercabut nyawa kami sekeluarga,The last think we know,our TV,DVD,and moderm went KAPUT.Kejadian yang entah keberapa kali sejak pindah kerumah ini.Padahal anti lightning plug was ON,kalau nak jadi kan?Aku redha...dah tak ada rezeki.Nampak jugak kekecewaan Mr.Hubs(ate...duit dia yang akan terbang,haruslah bercakap jugakkan").So,untuk malam tadi kami belajar untuk kecikkan bijik mata tengok cute TV 14 inch which the son used to play PS2 tu,compared to terbalik inch TV yang dah rosak tu.Begitulah kalau Allah nak tarik nikmat,sekelip mata,boleh berlaku.Alhamdulillah aku semakin tidak kisah dengan semua ini.TV kecik?No hal,ada orang lain yang tiada TV langsung...and the previous cased was more terible,bila aircond dan komputer pun jadi total loss masa kejadian panah petir tu.Must be something wrong dengan wiring dirumah ni,Maybe...jugak sebab lokasi rumah ni ,entahlah...


lepas tu,zzzzzzzzzzzzzzzz



Pagi tadi pulak,dah nak sampai sekolah,The Son dengan tenang tanya kami,where is his 'tracksuit bag"I don't know,jawabku and Mr.Hubs,and I told him,that we are not gonna to send all your thing left at home again,enough is enough,u forget,u take the risk.(actually hati I menangis ,kalau boleh nak hantar tracksuit untuk latihan sukannya pada jam 3 ptg nanti,tapi sampai bila?sesuatu harus dimulakan dari sekarang,tiada lagi istilah MANJA)takut nanti otaknya jadi terlalu santai,sampai semua benda harus kami fikirkan...dan otak kian JUMUD mmebeku



Ok,sampai di sini dulu,as promised yerterday,I nak belanja my collegue ni,sebab happy jumpa duit semalam tak abis lagi(padahal duit sendiri,boleh?hahahah) n to buy a present for her son's b'day tomorrow...

Friday, December 26, 2008

Krismas yang lelah...




Cuti hari natal yang kurancang hanya untuk bersantai-santai dirumah semalam,bukan saja tidak menjadi kenyataan,malah aku kian lelah dengan jadual yang padat,sesak lagi menyesakkan.Pagi tu sebelum ke rumah FIL jumpa mak dulu,tiba-tiba mak kata dia nak jalan-jalan kat Putrajaya.Duh!Dihari cuti Awam begini?kataku dalam hati,namun kerana ingin menunaikan hajatnya,aku akur...



Justeru pulang dari umah FIL,kami ke P.J bersama semua ahli keluarga termasuk Tipah maid mak merangkap PAnya,ahaks!Sempatlah solat asar dan Maghrib di masjid P.J tu,mak ternyata gembira,bila impiannya tertunai,Paling memalukan tika kami memasuki perkarangan masjid,kami-aku,adik2ku dan Tipah,semua dikehendaki memakai jubah masjid...waaaa....bukan segan nak pakai jubah tu,tapi nampak sangat pakaian kami ni tak menepati piawaian wanita muslimah...Rasakan kata mak ketawa!.....aku malu betul,adik-adiku itu tak apa lah,anak dara yang muda belia,tapi aku?segannya!aku ingat dengan berbaju lengan panjang dan baju menutupi punggong itu sudah ok....tapi tak boleh,kata penjaga masjid tu,KETAT!!!aduh malunya...so berjalan lah kami dengan jubah tu...but its fun indeed,infact we took many photos of us with that jubah....hahahaha..

So ladies out there....be careful of your outfit,whenever you go to Masjid Putrajaya ya,or should I say everywhere?



Plan kami untuk menikmati makan malan di P.Jaya tidak kesampaian,bila rata-rata restoren yang kuhubungi fully book,nak parking sekitar Al amanda pun penuh,kemudian aku mencadangkan makan Buffet di Sunway Hotel,memandangkan aku bakal mendapat potongan 50 % menerusi promosi kartu kreditku.So dari P.Jaya dah pun aku buat tempahan untuk 12 pax itu.Setibanya di The Atrium(rest'name) namaku tiba2 tak ada dalam list,geramlah pulak,dah la nak cari parking punya bercinta,alih-alih REst lak full house,...rest. lain pun penuh jugak....manusia pulak punyalah ramai kat SP tu,so end up kami makan kat SR.Kesian mak ayah dan ahli rombongan makan tak sempurna.(And that is the reoson why I avoid to go to attraction place nor shopping complex during this wee hour or festival seoson,packed everywhere...rimas!and I also did'nt like last minute plan...tapi pasal nak happykan parent..takperlah...)

P/s:Maha Besar Allah,Benarlah kata-kata yang bermaksud "Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu itu,tapi itulah sebenarnya yang lebih baik bagimu,(something like that)Tau tak sebab apa?Sebab,Nasib baik booking rest tu tak ada nama I and rest tu pulak full house,rupa-rupanya,lepas tu baru I tahu that on Christmas Day ,no Discount will be given!Phew!lega,kalau tak sure 4 figure jugak RM aku melayang tak fasal-fasal.

I'm going north area tonite.Hope to see Kakja there.To all happy holiday.Selamat Menyambut Maal Hijrah,moga kita bisa berhijrah menjadi lebih baik dari hari ini Amin...Jangan lupa baca Doa awal dan akhir tahun this Sunday ya.Kalau sapa yang tak ada doanya.Doa tu ada kat blog Sadi.

Salam Ukhwah,
Just me

Wednesday, December 24, 2008

Hujung minggu yang lalu....




Aku cuba untuk duduk diam dirumah jika tiba hujung minggu,namun entah mengapa sampai saat ini,impian itu seakan terkubur,ada jer tempat ingin kutuju,gatal sangat b*ntotku ini jika seharian dirumah,rimas!ahaks!

Sabtu yang lalu,pagi-pagi lagi aku dah ke Setapak,menziarahi temanku Has,yang baru saja melahirkan anak....tapi paling tragis adalah,ketika temanku S menziarahinya di Hospital 2-3 hari sebelumnya,sangat terkejut dengan kenyataan Has,tika ditanya ,mana babynya..Has dengan lemah gemalai menjawab...'Dah meningggal........."What???semudah itu dia menjawabnya...padanlah ketika dihubungi Has,cuma berkata,anaknya perempuan,berat 3.55kg,yang lain tu datang sinilah kalau nak tau.,Rupanya,ada cerita sedih disebaliknya,anak Has cuma dapat bertahan hanya sejam dua selepas dilahirkan,sebelum pergi meninggalkan ibunya.Aku doakan agar Has kuat menerima ujian ini.Aku faham perasaan Has,yang terlalu gembira bila dikhabarkan dia mengandungkan baby girl,justeru beribu ringgit telah dihabiskan untuk menyambut orang baru dalam hidupnya itu,mentelah pula anak sulung lelakinya dah pun berusia 6 tahun.Agh Has,semuanya diluar kuasa kita kan Has,Sesungguhnya Dia lebih menyayangi...Salam Takziah Has.Kau insan terpilih,pasti anakmu itu sedang menantimu dipintu syurga....


friends @ Has home,we brought a cake for her.

Kembali dari rumah Has,aku terus S.Parade,while MR.Hubs and son having a lunch there,I browse arround,carik-carik apa yang boleh dibeli (boleh gitu?takde pasal cari pasal?)..Dapat lah 2 helai T-Shirt,setelah blouse-blouse yang kuminati tak muatttttttttttttt.....!!apalah dorang ni jual baju kecik-kecik!(ke aku yang besar?tak sedar diri!)


Sampai rumah lepas Asar,baru ada masa nak golek golek depan TV,Kakja pulak sms,tanya betul ke I nak ke SP?Wakakakaka..Kelakar pulak soalan tu,InsyaAllah Kakja,jadi...Pocong nak datang dah ni,harap-harap Kakja sihat sabtu pagi ni,get ready ok?On your mark,get set......hahahaha.


Lepas tu nak bersiap ke Meru pulak,rumah my uncle sebab ada kenduri aqiqah cucu dia,rasa dah tak larat nak bangun,pasal baru makan ubat selsema,ngantuk sangat rasanya...tapi Mr.Hubs kata,ala,pergi lewat sikit pun takper,tunjuk muka,yelah kata I,so lepas Maghrib baru I bertolak,dan pukul 12 malam baru sampai umah...Penatnya!!


Besoknya pulak,pagi2 dah bangun sebab The Son for the first time nak pi main Futsal,his friend parents datang ambik,his friend tu pun anak tunggal macam dia,rajin lah melayan ambik kesemua 6 orang rakan lain,penuhlah Estima kawan tu.(Yang happen to be kawan VI Mr.Hubs jugak,What a small world!)While me and Mr.Hubs gi breakfast then ambik b'day kek The son kat Kelana Jaya then headed to Usj 15 to fetch The Son friends to McD ss15 untuk upacara Potong kek bday The Son dengan kawan2 sekolahnya. Pra birtday katanya...(konon,taknak buat b'day banyak kali!)

Son with his MU cake..grrrr!Pra Birthday with classmate

Tak abis dengan tu,satu group dah balik dengan Estima yang satu group tak main Futsal tadi,I bawak lah tengok movie,masuk Sunway Pyram*d,punyalah penuh parking..15 minit gak kami cari parking,then keluar,hampa!So kami tukar haluan ke Cineleisuremall,Lepas I belikan budak2 tu (dgn ditemani oleh my sis)tiket dan popocorn(duh!) I terus ke T*eco berhampiran,shop for some grocerries and baju sekolah.

Habis movie pi makan kat Vic*uda Damansara,hantar bebudak tu balik Usj,then baru balik umah,sampai umah terlentang.....hahaha.Baru nak rehat,My untie n kids cakap nak datang lak,so alang2 dah ada org nak datang,kita buat la upacara potong kek balance tadi n invite neber next door pulak,all in all pukul 12 jugak majlis berakhir.....ADuss penatnya jalan-jalan carik pasal ni!


You all tengok movie dulu ya,mama n papa nak gi Dating...wakakaka....Budak2 sekarang,macam2 cara nak celebrate birthday,I dulu nak bukak mulut beli kek pun tak pernah tau....

Monday, September 22, 2008

After 3rd week of Ramadhan..

Hari ni,InsyaALLAH dah masuk hari ke 22 kita menjalani ibadah puasa,sekejap betul masa berlalu sekarang ni kan?

Jika minggu pertama kulalui dengan mudah sekali,minggu ke 2 pula,ku lalui dengan penuh kepayahan,bilamana aku diserang demam yang sangat teruk,yang melemahkan segala sendi yang ada,sakit seluruh badan,aku flat....lemah selemahnya...entah apa virus yang melanda,keklinik sudah ,berurut pun sudah.....lama juga demamku nak kebah kali ini..Tapi yang pasti,kejadian demam itu benar2 mengubah sikap seorang aku ini....Benarlah...Allah turunkan hujan,kerana Dia nak turunkan pelangi selepas itu....

Alhamdulillah,selepas kejadian demam itu,hubungan aku dengan mak,jadi bertambah intim,aku sudah bisa meluahkan semuanya dengan mak,aku insaf sebab semasa aku sakit tu,mak pelok cium aku,sambil mengusap2 rambutku serta nampak risau dengan keadaanku... Justeru itu,aku bernekad,tidak akan mengecilkan lagi hati ibuku,dan akan sentiasa menjadi anak yang selalu menyenangkan perasaannya.

Kerana demam itu jugak,aku sudah tidak berani menjamah ice....yang menjadi segala punca sakit urat-urat sendiku ini,Rupanya aku boleh hidup normal tanpa ice!malah lebih sihat dan badan jadi lebih ringan...Subhanallah...Maha Suci Allah...Rupanya,aku sendiri yang menyebabkan kesakitan ini!ahhhhhhhh....

The best thing,tentulah I loss some kgs now,esp part tummy trim tu..heheh...yelah,masa demam tu,mana ada makan apa-apa,just minum jer,lepas tu dah tak minum ice dan tak lalu nak makan banyak macam selalu,nasi yang suku senduk pon tak boleh abis....tension gak....tapi sebab nak pakai kebaya raya nanti...sabau jerlah...Ahaks!

Persiapan kat rumah,biasa-biasa jer....takde benda baru pun,Mr.Hubs very practical orangnya,beli quality things,pastu pakailah selagi tak roboh....I'm very used to it,kebetulan memang tak kisah pun,beli benda perlu jer...contohnya beli my gold anklet!!hahaha...Yang ni,I memang used to it,asal raya,I mesti ke goldsmith...crazy yet very oldfashioned!and I kinda like blink kading looks for hariraya.This is my mood,really!Oh..poor me..(ke hubby?) huhuhu..

Sepanjang 3 minggu ini juga,kami berjaya merealisasikan impian kami untuk tidak berbuka diluar,which was pretty amazed me!hahaha,Tapi ada satu perasaan puas dihati kami,yang paling penting budget tu dah pun kami salurkan pada yang lebih bermanfaat dan dapat dikongsi pada yang lebih memerlukan...Alhamdulillah,moga amalan ini berterusan pada tahun-tahun yang berikutnya.Lagipun kat umah mak,jika kami tiada,mak mungkin akan selalu berbuka sorang diri,sebab ayah as AJK masjid, kena buka puasa kat masjid...lepas tu,kat umah mak,makanan punyalah banyak,mana yang mak masak,ayah bawak balik dari masjid,bertukar-tukar juadah dengan jiran sekeliling lagi....uh,heaven!kalah buffet hotel sebab varietynya,tapi di rumah tentu dijamin kesuciannya kan? Apa lagi yang kumahu?

Cuma,aku belum dapat lagi memenuhi jemputan berbuka puasa teman-teman...aduh!sukarnya memuaskan hati semua orang...As a typical malay lady I am,aku memang susah nak tinggalkan suami dan anak,kala aku bersuka ria dengan teman-teman,yang rata-ratanya bersuamikan big shot dan "tukang bawak kapai terobang" yang memang selalu away dan tidak punya waktu bersama mereka....Tapi,kali ini aku nekad,pada mereka kuberi alasan yang paling molek sekali,agar mereka tidak tersinggung,Maafkan aku teman...Moga kita dapat bersama di Aidilfitri nanti ya?...InsyaAllah..

Friday, July 11, 2008

Today's ramblings....

Pagi tadi Mr.Hubs tiba dari Kota Singa,tak sempat jumpa pun,sebab bila dia sampai umah,I already in office.Nasib baik masa bangun pagi tadi tak liat sangat,sebab malam tadi pukul 4 pagi baru dapat melelapkan mata,I buat marathon tengok movie back to back,dari HBO pergi Cinemax bersilih ganti,Sumpah tak buat cenggini kalau MR.Hubs ada kat umah....hahahaha...nak kena marah?cubalah!!kihkihkih...

Bila dia sms kata dah sampai,perkara pertama yang I remind him was,Jangan lupa pergi Bank buat report and replace ATM card...hahahaha...Mata duitan punya bini....bukan apa,kalau duit dia sumer dah hilang,sapa shushah?akkak jugak...hehehe....Dia macam biasa bertenang jer,sebab dia memang sentiasa bertawakal a'laullah pada setiap apa yang berlaku...kalau ada rezeki tak kemana...tiada gundah gelana dan kesal dihati....sebab baginya...Everything happen for reoson...Duh!!Kenapalah aku tidak sekuat dan setenangnya tika menghadapi ujian dari ILahi.

Alhamdulillah,cuma kad jer yang hilang tapi isinya tidak...SYUKUR.....Itupun dah tengahari I yang tanya balik,bukan dia yang bagitau...huhuhu...he just said that after solat Jumaat he will fetch his father and BIL to come over to my house,because tomorrow morning at 4 am,We will off to JB pulak,cousin suami nikah kul 9 pagi sok kat Masjid Sultan Abu Bakar...Jauh tu!!ahaks!
Erm...kat mana nak makan dengan Pak Mertua malam ni ya?Apa?masak?ala....tak sempat lar...ok ke reoson tu?

Kesian Mr.Hubs penat dr Bandung tak abis dah kena gi Kota Singa,baru je sampai dah nak pergi JB lak...sebab taknak menghampakan permintaan his father.Memang begitulah dia,pada sesiapapun....semoga the son pun jadi macam tu.Bukan jadi macam mamanya...yang berangin itu...hahahaha....

Kami balik hari jer besok,memandangkan the son ada PROSIM kelas at UM hari ahad tu,kalau tidak mau jer,I lajakkan kaki ke seberang tambak....kejaaaaaaaaaap jer,nak singgah Orchard Road,boley???hehehe....

Didoakan we have a safe journey....Kalau kita tunaikan permintaan orang...InsyaAllah suatu hari nanti permintaan kita Allah kabulkan...What goes arround come arround kan?

Just me!!

berkongsi rasa ....