terlalu banyak jua yang bermain difikiran,
perasaan bercampur baur,
fikiran rasa semak,
berkecamuk!
Yang pasti esok,
aku kan kepusaranya lagi,
bersama insan-insan yang pernah,
bertahta dihatinya,
selain kami keluarganya,
insan yang kami anggap
sebahagian dari hidup kami,
kini...
Dia,
meninggalkan kenangan terindah,
meninggalkan teman-teman setia,
pengganti dirinya,
sebagai pengubat lara,
sebagai teman mencurah rasa,
sebagai tempat menumpah kasih,
aku,
sudah tidak mampu lagi berkata-kata,
kerana aku tahu,
didepan sana jalannya masih terlalu berliku,
untuk aku ratapi selalu,
kubiarkan kedukaan ini dibawa pergi,
oleh angin lalu,
namun,
akan kubina kekuatan ini,
satu persatu,biar jitu,
tak terhempas dek badai,
tak hanyut dek gelora.
Doaku,
agar aku terus hampir denganNYA,
dipelihara dari segala noda,
dan hidup dibawah lembayungNYA
selalu.....
Tuhanku...aku rindu dia.........
Bacaan Yasin dan Fatihah untuk Wan,takkan kami lupakan,Yasin ni Yana hantar kat umah mak wan,dia tempah khas untuk wan,ada nama wan dan nama dia sekali,mak dah sedekahkan kat masjid dan handai taulan,Syafira pun along dah bagi Wan,sekarang dia cuti,kalau ada masa selalu dia ziarah pusara wan dan iku kami ke masjid,kat masjid semalam,semua jemaah perempuan baca Yasin tu....Panjang pahala sedekah Yana untuk Wan...beruntung wan,punya teman2 yang setia keahkir hayat wan...Syafiq pun sama,dia balik asrama harini,dia nak exam minggu depan,mak cakap kat syafiq.."tima kasih fiq,tak terbalas jasa syafiq"shafiq senyum jer....dia kata ramai kwn2 wan sms wan lately,tanyakan about result matrix tu,mereka semua terkejut bia diberitahu wan dah takda,merka ingat syafiq bergurau,wan....erm.....
oklah wan,sampai sini dulu,dalam along tak tau nak cakap apa,mesti terpanjang,kalau along bicara dengan wan....sebab along rasa seronok kalau dapat update kat wan apa yang berlaku sekarang ni....sampai jumpa lagi...
Wassalam
p/s:Wan,tipah pembantu kita ckp,dia mimpi wan balik umah,cium along....betul ke wan?