Tuesday, December 30, 2008

Finally....


ALHAMDULILLAH,minggu lalu telah mencatat sebuah memoir manis dalam hidup I dan sesuatu yang tak pernah I jangkakan akan berlaku ketika I mula berkecimpung dalam dunia blog ni.Kerana blog ini asalnya hanya merupakan platform untuk I meluahkan segala yang terbuku dihati yang jarang I luahkan pada sesiapa,Justeru untuk menonjolkan diri adalah a big "NO-NO" to me,kerana semuanya telah I lakarkan disini,I juga tak terfikir kala itu,untuk mencari teman melalui blog,namun as a time goes by,I temui ramai insan mulia disini,insan yang dapat I kongsi rasa suka duka dan pelajari sesuatu dari pengalaman mereka.Tiba-tiba mereka semua jadi dekat dihati I.Jadi teman untuk I kongsikan kisah suka duka I,menjadi tempat untuk I meluahkan rasa,I jadi rindu pada blog ini,jika tidak lama I kunjungi.....bagai terkena panahan asmara lagaknya....

Dan Sungai Petani telah menyaksikan pertemuan bukan saja antara I dan kakja sekeluarga ,tapi juga Aziah and doter,yang kebetulan ada di sana.Ahh...Masa Besar Allah.Agak lama I tidak berjumpa Aziah,tapi disaat pertemuan dengan kakja diatur,tika itu juga aziah berada di SP.Jauh dari kota kediaman kami.Dan Aziah jualah yang mendorong I untuk berblog ni.

Seronoknya bertemu kalian,Aziah,jika kali pertama anak bujangku bertemu dengan anak daramu,ketika mereka sama-sama baru belajar jalan jatuh,namun pertemuan kedua ini,ketika mereka sudahpun menginjak remaja,sudah ada senyum malu antara mereka,dan mereka punya minat yang sama!(HSM3!).Entah bilakah agaknya pertemuan seterusnya ya?Dah dirimu masih anggun seperti dulu,malah kian berseri!

Kakja,menemui Kakja bagaikan mimpi menjadi nyata...bersyukur bila kakja yang I sayangi berada didepan mata.Apatah lagi dapat menemui adik dan abg AA.Kalian sekeluarga bagaikan teman lama pada kami pada pertemuan pertama itukan?Tenang hati melihat wajah bersih mungil kakja dan adik,begitu jua Abg AA yang cukup serasi dengan Mr.Hubs seperti yang I jangkakan.I tahu depa boleh clique.Alhamdulillah.Senang kerja kita kakja..(hahahahaha)

Alhamdulillah,dengan berlakunya pertemuan ini,Mr.Hubs lebih bersifat terbuka dengan arena "pem"blog"an" ini,jika tidak hilang keraguan dihatinya,tentu terhapus prasangkanya selama ini,(ahaks!).Kerana Mr.Hubs amat bimbang I tersilap pilih teman,maklum saja didunia yang tidak bersempadan ini.Waduh,aku bukan anak kecil lagi pa!namun I fahami maksudnya.Kerana itu sebelum ini, I agak ragu-ragu memulakan perkenalan baru.Tapi InsyaAllah,Tidak ,selepas ini.

Buat Aziah yang lawa dan Kakja yang manis dan awet muda macam anak dara umoq 20an,moga ada pertemuan lagi selepas ini.Mohon maaf atas silap kata semasa bergurau tempohari.Nisya yang cute dan pandai bergaya macam mama dia Good Luck for your UPSR 2009.Buat adik yang cute dan gebu(patutla pak dia jaga sangat!) I know you can do it!All d best for your SPM 2009,nothing lah SPM tu,bak kata Umi,kalau result tak best ,kawin jer....macam acik rerama ni...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............

All in all,love meeting u all,I'm in d cloud 9 now!(infact seminggu sblm jumpa kakja tu,ada lak sebijik jerawat nakal tumbuh bawah hidung I,adusss...lorat betul,penangan nak jumpa kakja ni kan?time-time tulah jerawat nak tumbuh...hahahahaha

Bila semua dah bersurai,baru perasan purse spare I dah kosong,di kerjakan dek anak,pasal masa I leka borak dgn kakja n AZiah,dia dah sebok ajak balik,so I "gula2"kanlah dia dengan purse kecik tu,hasilnya,licin lincau dikendurikan isikandung purse tu....mak pulak dating kat supermarket...silap lah,rambang mata la bebudak tu,kejap nak beli HSM3,kejap nak ice cream,kejap nak main games bayar2 tu....kalau kat KL,bertuah nak dapat semuanya in one time,hahaha...sabar jerlah...Tapi dapat jumpa kakja & family,n aziah & co is PRICELESS.

*P/S>gambar nanti ye,sbb belum dipocongkan lagi,sbb cikgu bz nak ambik SPM...sat na?

Monday, December 29, 2008

Happy Birthday Son!


Catatan kenangan buat anaknda tercinta di hari lahirmu yang ke 11 ini,moga suatu hari nanti,kau membaca coretan ini,Mama sayang shahe*z,sayang sangat.....


Selamat Hari ulang tahun ke 11 sayang,
Mama rasa baru semalam mama lahirkan dirimu kedunia ni,
baru semalam mama tertawa bahagia,
baru semalam mama rasa seluruh dunia tersenyum pada mama,


Shahe*z,
Ketahuilah olehmu,
Saat melahirkan dan mengandungkanmu
adalah saat terindah dalam hidup mama,
walau 3 bulan pertama mengandungkanmu
dirimu terbiar tanpa belaian,
lantaran kealpaan dan kenaifan mamamu
yang tak menyedari telah 3 purnama
kau menghuni rahim mama!!



Sakit pening yang mama alami selama ini
adalah kerana wujudnya dirimu nak,
bukan kerana "brain tumor' yang seperti doktor sangkakan.
Ahhh...betapa mama terpaksa menjalani pelbagai ujian
untuk mengesan "tumor" itu,
semuanya sia-sia!berita sedih yang diduga
berita gembira yang diterima,
Syukur ALLAH!!
Siapalah yang tidak tertawa dengan kabar itu,
Setiap detik kami kira untuk menanti kehadiranmu nak,
Penantian 4 tahun kami berakhir jua,
Doa kami Allah makbulkan,
dan kau hadir tepat sebulan sebelum Ulangtahun ke 5
perkahwinan mama dan papamu ini,
Kau pelengkap hidup kami,nak,



Saat mengandungkanmu adalah saat
mama paling hampir denganNYA,
24 jam tangan mama bersama Kalamullah,
mama mengaji,selagi ada masa terluang,
dipejabat,didalam kereta,tika bercuti
sehinggalah sebelum mama melelapkan mata,
Mama terlalu gembira nak,
dan mama dambakan anak yang soleh,
yang bakal mendoakan mama tika mama di Sana nanti,



Mungkin kerana terlalu kepinginkanmu,
maka Allah uji mama dengan kepayahan saat mengandungkanmu,
Sehingga mendapat simpati dari saudara mama,hingga terkeluar dari mulut mereka,
"jika anakmu biadab padamu kelak,biar aku ingatkan dia,betapa payahnya ibumu
mengandungkanmu"....mama tersenyum saat itu,
Kerana walau bagaimana sakit yang mama rasa,
mama tetap bahagia,mama nak rasa macamana kesakitan itu,
mama nak lalui fasa kehidupan ibu hamil,
mama positifkan pemikiran mama,
walau tika itu,hospital sudah menjadi rumah kedua mama,
keluar masuk hospital,kerana tekanan darah yang tinggi,
Pun,mama tetap bahagia....tiada sedikit sesal pun dihati mama,



Apatah lagi papamu,yang sering menemani,dan mengasihi,
walau tika itu,perniagaan papamu baru berputik dan diuji
dengan kegawatan ekonomi....
namun kerana kasih kami,
apa saja ranjau berduri,tetap kami lalui,
tidak pernah kami bersungut nak,
Kami lalui semuanya tenang sekali...



Kau tahu nak,
Pada suatu petang 3rd semester kandungan mama,
tika mama baru saja dibenarkan keluar wad,
papamu terpaksa ke Kuala Trengganu,
atas urusan perniagaannya,
Papa risau untuk meninggalkan mama,
mama pula risau papa memandu seorang diri,
Justeru kami sama-sama ke KT,
tapi sebelum itu,mama harus menandatangani
surat dari Hospital yang tidak akan bertanggugjawab jika
apa-apa terjadi pada mama,
dan diarahkan berhenti di hospital berhampiran jika
kiraan nadimu terhenti dan kurang dari
yang sepatutnya...
(yes,I have to count your hearbeat son!and jot it down!)

Mama pergi tanpa pengetahuan keluarga,
mama tau,mama pasti akan dimarahi jika
mereka tau mama ke KT.
namun,biarlah susah senang ini
mama lalui bersama papamu...
insan yang mama tau paling mengasihani mama saat itu. (hopefully 4ever)
(I am crying now,son!)
dan biarlah yang lainnya menjadi sejarah dalam hidup mama.



Tanggal 30 Dec 1997,menjadi detik manis dalam hidup mama
bila mama melahirkanmu secara pembedahan ke dunia ini,
serasa kebahgiaan itu milik mama seorang,
seolah ingin mama pekikkan...
lihat lah dunia...aku seorang ibu saat ini,
kebahgiaan yang tak terungkap dek kata-kata nak,
Walau sakit,mama tetap tersenyum ,
sebab mama bangga,mama punya anak yang comel mungil sepertimu!
Ya ciptaan terindah Allah buat diri mama dan papa!!



Maha Suci Allah,
Ketika kecil,kau terlalu baik nak,
baik sangat!tidak pernah kau menyusahkan mamamu ini,
sehingga mengundang pertanyaaan ramai,
mengapa terlalu mudahnya memeliharamu...
tidak sedikit pun kau mengganggu malam mamamu ini,
tidak meragam,tidak itu dan ini...
Menangismu bersebab.....lantas kau disenangi ramai,



Ketika dirimu berjalan jatuh,mama bangga bila wanmu
yang memeliharamu memuji betapa mudahnya memeliharamu,
entahlah....mungkin kegembiraan ini terbawa-bawa
hingga tiada titik cela pun dirimu pada pandangan mama...

Akhirkata,
Semoga kau menjadi insan bertaqwa nak,
insan yang selalu membahagiakan...
tanpa mengharapkan pembalasan,
Mama tak bisa bersamamu selalu,
namun seperti mana yang selalu mama pesan,
Allah sentiasa bersamamu,
Justeru selalu awasi tingkahmu,
Agar kejayaan itu,milikmu selalu...

Salam Sayang
mama
30 Dec 2008.

Friday, December 26, 2008

Krismas yang lelah...




Cuti hari natal yang kurancang hanya untuk bersantai-santai dirumah semalam,bukan saja tidak menjadi kenyataan,malah aku kian lelah dengan jadual yang padat,sesak lagi menyesakkan.Pagi tu sebelum ke rumah FIL jumpa mak dulu,tiba-tiba mak kata dia nak jalan-jalan kat Putrajaya.Duh!Dihari cuti Awam begini?kataku dalam hati,namun kerana ingin menunaikan hajatnya,aku akur...



Justeru pulang dari umah FIL,kami ke P.J bersama semua ahli keluarga termasuk Tipah maid mak merangkap PAnya,ahaks!Sempatlah solat asar dan Maghrib di masjid P.J tu,mak ternyata gembira,bila impiannya tertunai,Paling memalukan tika kami memasuki perkarangan masjid,kami-aku,adik2ku dan Tipah,semua dikehendaki memakai jubah masjid...waaaa....bukan segan nak pakai jubah tu,tapi nampak sangat pakaian kami ni tak menepati piawaian wanita muslimah...Rasakan kata mak ketawa!.....aku malu betul,adik-adiku itu tak apa lah,anak dara yang muda belia,tapi aku?segannya!aku ingat dengan berbaju lengan panjang dan baju menutupi punggong itu sudah ok....tapi tak boleh,kata penjaga masjid tu,KETAT!!!aduh malunya...so berjalan lah kami dengan jubah tu...but its fun indeed,infact we took many photos of us with that jubah....hahahaha..

So ladies out there....be careful of your outfit,whenever you go to Masjid Putrajaya ya,or should I say everywhere?



Plan kami untuk menikmati makan malan di P.Jaya tidak kesampaian,bila rata-rata restoren yang kuhubungi fully book,nak parking sekitar Al amanda pun penuh,kemudian aku mencadangkan makan Buffet di Sunway Hotel,memandangkan aku bakal mendapat potongan 50 % menerusi promosi kartu kreditku.So dari P.Jaya dah pun aku buat tempahan untuk 12 pax itu.Setibanya di The Atrium(rest'name) namaku tiba2 tak ada dalam list,geramlah pulak,dah la nak cari parking punya bercinta,alih-alih REst lak full house,...rest. lain pun penuh jugak....manusia pulak punyalah ramai kat SP tu,so end up kami makan kat SR.Kesian mak ayah dan ahli rombongan makan tak sempurna.(And that is the reoson why I avoid to go to attraction place nor shopping complex during this wee hour or festival seoson,packed everywhere...rimas!and I also did'nt like last minute plan...tapi pasal nak happykan parent..takperlah...)

P/s:Maha Besar Allah,Benarlah kata-kata yang bermaksud "Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu itu,tapi itulah sebenarnya yang lebih baik bagimu,(something like that)Tau tak sebab apa?Sebab,Nasib baik booking rest tu tak ada nama I and rest tu pulak full house,rupa-rupanya,lepas tu baru I tahu that on Christmas Day ,no Discount will be given!Phew!lega,kalau tak sure 4 figure jugak RM aku melayang tak fasal-fasal.

I'm going north area tonite.Hope to see Kakja there.To all happy holiday.Selamat Menyambut Maal Hijrah,moga kita bisa berhijrah menjadi lebih baik dari hari ini Amin...Jangan lupa baca Doa awal dan akhir tahun this Sunday ya.Kalau sapa yang tak ada doanya.Doa tu ada kat blog Sadi.

Salam Ukhwah,
Just me

Wednesday, December 24, 2008

Hujung minggu yang lalu....




Aku cuba untuk duduk diam dirumah jika tiba hujung minggu,namun entah mengapa sampai saat ini,impian itu seakan terkubur,ada jer tempat ingin kutuju,gatal sangat b*ntotku ini jika seharian dirumah,rimas!ahaks!

Sabtu yang lalu,pagi-pagi lagi aku dah ke Setapak,menziarahi temanku Has,yang baru saja melahirkan anak....tapi paling tragis adalah,ketika temanku S menziarahinya di Hospital 2-3 hari sebelumnya,sangat terkejut dengan kenyataan Has,tika ditanya ,mana babynya..Has dengan lemah gemalai menjawab...'Dah meningggal........."What???semudah itu dia menjawabnya...padanlah ketika dihubungi Has,cuma berkata,anaknya perempuan,berat 3.55kg,yang lain tu datang sinilah kalau nak tau.,Rupanya,ada cerita sedih disebaliknya,anak Has cuma dapat bertahan hanya sejam dua selepas dilahirkan,sebelum pergi meninggalkan ibunya.Aku doakan agar Has kuat menerima ujian ini.Aku faham perasaan Has,yang terlalu gembira bila dikhabarkan dia mengandungkan baby girl,justeru beribu ringgit telah dihabiskan untuk menyambut orang baru dalam hidupnya itu,mentelah pula anak sulung lelakinya dah pun berusia 6 tahun.Agh Has,semuanya diluar kuasa kita kan Has,Sesungguhnya Dia lebih menyayangi...Salam Takziah Has.Kau insan terpilih,pasti anakmu itu sedang menantimu dipintu syurga....


friends @ Has home,we brought a cake for her.

Kembali dari rumah Has,aku terus S.Parade,while MR.Hubs and son having a lunch there,I browse arround,carik-carik apa yang boleh dibeli (boleh gitu?takde pasal cari pasal?)..Dapat lah 2 helai T-Shirt,setelah blouse-blouse yang kuminati tak muatttttttttttttt.....!!apalah dorang ni jual baju kecik-kecik!(ke aku yang besar?tak sedar diri!)


Sampai rumah lepas Asar,baru ada masa nak golek golek depan TV,Kakja pulak sms,tanya betul ke I nak ke SP?Wakakakaka..Kelakar pulak soalan tu,InsyaAllah Kakja,jadi...Pocong nak datang dah ni,harap-harap Kakja sihat sabtu pagi ni,get ready ok?On your mark,get set......hahahaha.


Lepas tu nak bersiap ke Meru pulak,rumah my uncle sebab ada kenduri aqiqah cucu dia,rasa dah tak larat nak bangun,pasal baru makan ubat selsema,ngantuk sangat rasanya...tapi Mr.Hubs kata,ala,pergi lewat sikit pun takper,tunjuk muka,yelah kata I,so lepas Maghrib baru I bertolak,dan pukul 12 malam baru sampai umah...Penatnya!!


Besoknya pulak,pagi2 dah bangun sebab The Son for the first time nak pi main Futsal,his friend parents datang ambik,his friend tu pun anak tunggal macam dia,rajin lah melayan ambik kesemua 6 orang rakan lain,penuhlah Estima kawan tu.(Yang happen to be kawan VI Mr.Hubs jugak,What a small world!)While me and Mr.Hubs gi breakfast then ambik b'day kek The son kat Kelana Jaya then headed to Usj 15 to fetch The Son friends to McD ss15 untuk upacara Potong kek bday The Son dengan kawan2 sekolahnya. Pra birtday katanya...(konon,taknak buat b'day banyak kali!)

Son with his MU cake..grrrr!Pra Birthday with classmate

Tak abis dengan tu,satu group dah balik dengan Estima yang satu group tak main Futsal tadi,I bawak lah tengok movie,masuk Sunway Pyram*d,punyalah penuh parking..15 minit gak kami cari parking,then keluar,hampa!So kami tukar haluan ke Cineleisuremall,Lepas I belikan budak2 tu (dgn ditemani oleh my sis)tiket dan popocorn(duh!) I terus ke T*eco berhampiran,shop for some grocerries and baju sekolah.

Habis movie pi makan kat Vic*uda Damansara,hantar bebudak tu balik Usj,then baru balik umah,sampai umah terlentang.....hahaha.Baru nak rehat,My untie n kids cakap nak datang lak,so alang2 dah ada org nak datang,kita buat la upacara potong kek balance tadi n invite neber next door pulak,all in all pukul 12 jugak majlis berakhir.....ADuss penatnya jalan-jalan carik pasal ni!


You all tengok movie dulu ya,mama n papa nak gi Dating...wakakaka....Budak2 sekarang,macam2 cara nak celebrate birthday,I dulu nak bukak mulut beli kek pun tak pernah tau....

Friday, December 19, 2008

Kad wajib....



Seperti tahun-tahun sebelumnya,bila tiba penghujung tahun,aku pasti menerima kad berstem Tokyo Jepun itu.Dari mantan MDku yang telah pulang negeri kelahirannya hampir 10 tahun yang lalu.

Pelik!~sungguh pelik,aku rasa,sepanjang aku bertugas dengannya,aku rasa,aku lah insan yang paling dibencinya,apa yang kubuat semua salah dimatanya,ada jer tak kena,penuh dengan soalan,Whyyyyyyyyyyyyyyyy????eiii....benci,sampaikan aku cukup bimbang anak yang dalam kandunganku tika itu bakal menyerupai wajahnya,pasal aku selalu terbawa-bawa akan sakit hati dengan dia.

Tak cukup dengan tu,sharp 8.30 pagi,(waktu masuk pejabat)1.pm(waktu abis lunch!),5.30pm(waktu balik)mesti buat2 call aku,masa tu lah ada benda dia nak cakap dengan aku,atau buat-buat tersalah nombor......eiii...Tolong lah.

Lepas tu,office dia base kat Singapore,tapi selalu jer nak datang KL office ni,buat-buat cek kerja aku,tak penting lah oi...rasa nak report jer kat HQ...tapi takkan lah kan?Pastu kalau datang mesti ajak lunch sama,tak tau nak cakap taknak macam mana,selalu gaak bagi alasan puasa,macam tak logic pulak,eii..nyampahnya,walaupun dia datang tak pernah tangan kosong,aku tetap tak suka dan berdebar-debar....

Masa kerja dengan dia,mungkin keranaa tertekan,selalu aku dilanda migrin dan semput yang teruk,justeru keraplah MC,lagilah dia hangin,pastu tak pasal-pasal aku dapat warning letter,sebab bila MC tu,aku terlewat inform office,(bukan lambat sangat sebenarnya,tapi dah dia call office aku 8.30 sharp!tentulah panggilan dia masuk ke office dulu,Duh!)

Sebab rambut dia yang ala-ala ada tak ada tu,aku panggil dia Cik Tak,(botak) sebab geram sangat,Yang herannya kadang-kadang tu tetiba jer dia nak hangin dengan aku,sampai dia jerit nama aku satu office di Singapore terkejut,malu aku tau!Masalahnya aku pun tak tau ujung pangkal kenapa dia marah kat aku.Yang pasti, susah betul kerja dengan dia ni.Tak freedom,susah,tak boleh nak buat decision sendiri,semua kena refer dengan dia,which was susah sangat masa tu.

Syukur,lepas 4 tahun kerja dengan dia,dia kena balik Jepun,Ya..Allah leganya...nasib tak resign aritu,kalau tidak rugi jer.Suka kerja kat company ni sebenarnya..Lepas dia balik,dah dua MD bertukar,semua baik-baik daan menyenangkan,dan ex-MD masih lagi berhubung denganku,walau tidak sepejabat lagi.

Taaapiiiiiiiiiiiiiii...yang lain tu,dah tentu lah baiknya,yang dia ni,apa kess???masa kerja dengan aku aritu,punyalah jerit-jerit kat aku ni,tapi lepas jer balik Jepun,setiap tahun mesti hantar new year card beserta gambarnya ,begitu juga bila tiba hari lahirku,pasti ada kad ucapan yang dikirim untukku,Yang tak tahan tu,sanggup dia belajar bahasa melayu,sebab nak tulis kad ucapan tu dalam bahasa melayu.Heran betul manusia ni.

Jika ada kesempatan,dia juga sering meng emailku,kadang-kadang sekadar nak ucap 'selamat pagi atau selamat berpuasa!"tapi sejak aku diam membisu,jarang pulak dia mengirim email..ahaks!Namun beberapa tahun dulu,pernah jua kubertanya,mengapa aku selalu menjadi bahan dia melepaskan marah dan sebagainya,namun katanya...biarlah dia menyimpan dulu soalan tu,dan akan menjawab bila tiba masa yang sesuai,sehingga hari ini,hampir tahun ke tujuh,aku tidak pernah bertanya lagi...biarlah,yang penting aku telah luahkan perasaanku itu.

Hari ini,untuk tahun kesembilannya,aku terima lagi kad beserta gambar S.Fuk*i San itu...arghhh!!

Fuk*i San,saat ini dirimu telah pun kumaafi.....kerana aku tidak mahu ada titik hitam yang menodai hatiku..........

Wednesday, December 17, 2008

Kasih kami....


Alamak,tetiba malam tadi the son tanya..."Ma,how's papa propose you?"cemana papa cakap,papa suka kat mama?eii....tak malu betul budak-budak sekarang ni,ada ke patut tanya soalan cenggitu?beranilah kalau nak tanya soalan macam tu kat my parents dolu-dolu,..wakakaka...Dia kata dia nak belajar...Umangai!nak kena budak ni,UPSR pun lum ambik,dah sebok benda ni,jangan lah buat jantung mak gugur nak oi!!!Jangan lah ikut jejak mak yang cepat kawin ni,ikut papa takper,awak tu orang lelaki....
I did'nt tell him though!Tapi I tetap ingat pertama kali Mr.Hubs cuba meng"usha" I setelah lama member bagi hint,I tak faham-faham...(buat2 tak faham sebenarnya!*lol*),"Actually I love You" katanya....kakakakakakakaka!!!!!!(cakap through the phone lak tu...) yang lain tu biarlah ianya menjadi sejarah manis dalam hidup I.

Tuesday, December 16, 2008

Early Christmas gift...


I received an early Christmas Gift this year,(as above)from O San mother all the way from Hiroshima Japan.Domo Arigato Obaa San.A bag full of chocolates,hand made weaving bag,hand painted handkerchief,and few sort of miniature,super cute!!
Second gift was,actually when all my effort to help O San 6 months back(remember stretch and win case?) paid,when Credit Card Company agreed to return the sum of 13K(yes 13 thousand!) to him,after investigation found out,that it was a fraud transaction!I am so happy!!What more O San,I know!Although I even jokingly told Aziah,that I will ask him to buy me a COACH beg,should he get back the money.But,me being me....I will not ask him for for any single cents,he insist to buy me a dinner though!,Thanks,but No,Thanks.
(Errr...instead,can you buy me a pair of Levi's jeans O San?I desperately need one!ahaks!but neh!I won't ask him that,instead I 'll get a pair all by myself later,!apo nak dikato!)
Above all,All I can say is,Thank You Allah.Alhamdulillah....

Monday, December 15, 2008

Sepetang di tengah sawah...

Semalam,kami ke K.Selangor seterusnya ke Sekinchan kerana menghadiri dua majlis perkahwinan.Rumah pertama di K.S rumah pakcik Mr.Hubs,tenang ajer suasananya,santai sekali,walau MB yang juga pakcik pengantin turut hadir,sederhana sekali sambutannya.Jarang sekali majlis seumpama ini kutemui kala ini.Syukur.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tg.Karang menghadiri majlis perkahwinan sepupu ayah,bersama kami adalah embahku(grandma ckp omputeh),selalunya,embah tak pernah nak ikut kalau diajak kemana-mana,dengan alasan sakit badan...tapi atas pujuk rayu Mr.Hubs,embah jadi lemah,lantas bersetuju.Bersesuaian dengan maksud nama Mr.Hubs yang bererti "hamba Allah yang pengasih"Mr.Hubs memang sangat penyayang orangnya...sangat kasih pada orang tua dan kanak-kanak,sehingga isterinya selalu naik tocang!toink-toink!ahaks!(eh,aku ke tu?)

Sebenarya tujuan utama,kami bawak embah bersama adalah kerana ingin menemukan embah dengan abang yang sangat merinduinya.Semasa kami ke rumah abang embah hari raya yang lalu,abang embah ni (yg kami panggil embah lanang(EL) merayu agar ditemukan adiknya dengan dirinya,lantaran keuzurannya yang tidak memungkinkan dia melakukan perjalanan jauh,tambahan pula,matanya kian kabur.Justeru kebetulan kami ke sini semalam,kami bawa embah bersama,Apalah yang lebih membahagiakn selain melihat insan lain gembira bila melihat impian mereka tertunaikan?esok lusa,kita ntah bagaimana pula....


Maka semalam,berlakukan pertemuan penuh syahdu itu,mereka berdakapan seolah tidak mahu berpisah lagi....namun masing-masing punya tanggungjawab tersendiri,harus berpisah sementara.Kami anak cucu embah berjanji akan bawa embah kesana lagi,jika ada kesempatan terluang.Embah is about 85 years ols,while her brother is almost 100 y.o.



Embah bersama kakak iparnya,we called Embah Kedah(because she's originally from Kedah,infact loghat utaranya masih pekat walau dah berpuluh tahun hidup dengan orang jawa) yang sangat sweet and loving itu.Sukar untuk mereka lepaskan pelukan....rindu yang mungkin terlalu lama dipendam...


While the Son,tidak melepaskan peluang memancing,despite of his conditionya yang baru lepas demam...oh boy!

My sis aisyah pun tak henti didakap mesra oleh kedua-dua embah yang mendambakan kasih sayang anak cucu seperti kami....Macam tulah kita nanti agaknya ya?
Atok showing his fishing skill,terkenang jaman dolu2 lah tu ye Yah?Atok dapat tangkap banyak ikan,tapi ikan baung yang very tiny tu,berduri lak tu....nak buat apa tu?bela?yang penting,bila mata kail ditarik sang ikan,itulah saat paling bahagia kan?Well..well.. well....finally,on the way balik ke KL,kami semua memancing kat Pasar Sekincan,fresh and alive,I tell ya!ketam yang kami beli masih hidup lagi,ikan dan udang pun masih segar....but kembang kempis gak lah hidung ni,menahan bau air udang tu....sampai umah,dah sembur air freshner pun tak ilang!!
Aisyah nak jadi orang-orang ditengah sawah!Oh..soo breezing....windy....syioknya!!


Seronok betul bebudak ni,namun kita harus pulang ke kota batu itu nak.....

Till we meet again..Daaa

Saturday, December 13, 2008

Kalau ada rejeki adalah...

Baru sebentar tadi terima panggilan dari Mr.MD, Takay*ma San,selepas bertanya khabar dan bertukar sedikit akan hal ehwal semasa,dia bertanya padaku,"how's the company doing right now?",Saja lah tu buat-buat tak tahu,padahal setiap bulan,monthly report itu pasti ku email kepadanya.....

Rupanya dia nak bagi hint that company might unable to give bonus tahun ni,memandangkan ekonomi yang dijangka suram tahun hadapan dan semuanya bergantung pada meetingnya dengan BOD di Tokyo awal minggu hadapan.Oooooo...aku faham,kataku bermanis mulut,lantaran aku yang mengemudi account syarikat,justeru tentulah aku insan paling arif akan untung rugi syarikat saat ini,begitu juga tentang cash flownya.Namun kataku pada Mr.MD kerugian besar yang kita alami kala ini adalah disebabkan currency exchange,yang beyond our control.Ermmmm.....kata Mr.MD,semuanya tertakluk pada meeting nanti,dan dia akan menghubungiku dari masa kesemasa. We'll see...

As for me,sejujurnya,sejak aku mula bekerja,aku tidak bernah mengharapkan bonus,pelik sangat kah bunyinya?Sesungguhnya aku manusia yang tidak suka berharap,kerana aku berpegang pada prinsip "the higher you hope,the bigger you dissappinted"Aku tidak suka kecewa...justeru biarlah aku begini,kebetulan aku juga suka lagu shila on 7 "berhenti berharap"(ops!tiada kena mengena dengan entry ini sebenarnya!). Namun aku tidak pula berhenti berdoa pada yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusanku dan dimurahkan rezekiku. Dan aku percaya,rezeki Allah datang dalam berbagai cara.

Kebetulan tadi jua teman pejabat dari kota singa jua memaklumkan,yang Mr.MD dah bagi hints that there are no bonus for this year,member sedikit kecewa dan berapi-rapi mengeluarkan hujahnya,aku jua faham akan maksudnya,tapi siapakah kita?Jika ada rezeki Allah kata ada,adalah. Dia pula bukan beragama Islam,dan niatnya jika dapat bonus nanti pula,adalah untuk melaburkannya di Genting.Hahaha.Contrary to yours truely,Bonus memang tak ditunggu,tapi bila dapat annoucment jer,duit belum dapat lagi ni,list dah berjela panjangnya you!lagi over dari orang yang mengharapkan bonus.Begitulah aku,kalau ada,pandai lah aku nak menjananya,kalau takde...buat bodooo sudah labu....

Dalam situasi begini,aku cuba meletakkan diri ditempat empunya syarikat,lagipun bukan selalu kita diuji dengan ekonomi yang bakal parah ini.Ketika zaman majunya,syarikat tidak teragak-agak mengeluarkan 4-5 bulan bonus pada semua kakitangan,tak cukup dengan itu,pertengahan tahun jua,ada special bonus,jika syarikat membuat keuntungan yang diluar jangkaan.Tidak termasuk percutian syarikat keluar negara saban tahun.Alhamdulillah,tiada rasa sebal didadaku....Aku bersyukur dengan perasaan ini. Bukan kah hidup ini umpama roda?sesekali pasti kita kebawah jua.

Aku jua bersyukur,dengan kehidupan serba sederhana yang aku jalani dan berbelanja mengikut kemampuan diri yang aku aku amalkan sedari dulu.Jsuteru tidak muncul soal broke,pokai,dan sebagainya,hidup adalah perancangan....Paling penting,hidup tidak dibelengu hutang,hidup lah atas kemampuan kita,dan yang sebenarnya aku jua,bukan datang dari family kaya raya!!ditemukan pula dengan suami yang mengambil kehidupan ini seadanya,rumah dan kenderaan seminima yang mungkin,yang paling penting,walau betapa besar kegawatan melanda,InsyaAllah hidup ini tidak akan terjejas dan tidur malam tidak terganggu.

Lagipun seperti bonus-bonusku yang lepas-lepas,hampir kesemua duit yang kuperolehi ku belanjakan pada insan lain,dan benda-benda yang tidak perlu,bak kata orang besar periuk,besarlah keraknya,kalau sikit,pandai pulak aku berbelanja semampunya,begitulah aku,boleh hidup dalam apa keadaan pun,mungkin kesusahan masa lalu mengajar aku perasaan ini..Lagipun memang tahun ini,aku tidak bercadang mengadakan b'day party buat anakku yang seorang itu,(30th Dec)yang sambutannya ala-ala sambutan orang kawin biayanya(apalah yang paling membahagiakan ibu beranak satu ini,mohon pemahaman semua.....!)tahun depan jua,tiada percutian keluarga yang dirancang,so,ada tak ada bonus tahun ni,sama saja!Kita ni manusia,bagi berapa pun tak pernah cukupkan????

p/s:Errr...tapi kalau bagi sapa tak nak kan?Amin......

Friday, December 12, 2008

Citer Sabah tak abis lagik...

Pemergian kami ke KK baru-baru ini,adalah sekadar ingin memenuhkan quota semua negeri di Malaysia.Kini,diusia ini baru kami anak beranak lengkap mengunjungi the whole Malaysia, .We did'nt expect much to this trip actually. Muka-muka pertama kali datang sabah...Surprisingly Sabah is one beautiful place,esp d beach and d park.Subnanallah..And Yes,CA...Its Romantic!!
Kundasang Memorial Australian War....mcm kat Ausie lak...tapi cuba baca apa yang dipacak atas rumput tu,funny rite?


Don't play2 or Don't gatai2 tangan....tak pasal2 damage RM800 nanti...*lol*


Yet,the flowers there,are pretty awesome,love it!


Shock to see this cat,sleep on this groceries things,buat terpancut kang,naya jer kan?



To say the truth,Sabah is the place that I did'nt shop much!~when we travel,we used to carry empty bag,inside our luggage,to be surprise,this time,beg spare tu,we are not using!sampai The son naik heran,hahahaha...Jangan tidak,I bought few pearl as a souvenier,very handy!and sebab my brother dok baca kat telinga I mintak belikan udang,so I bought about 5kg prawns,few kg squids and crab and fishes,packed in a nice ice polystrene box which cost me RM21.Duh!Ingatkan packing Complimentary!terkena gue!
Paling kelakar...(kelakar ke?) bila balik umah,baru dapat tau,ikan yang I Beli adalah ikan "TONGKOL"kakakaka.....patutla murah...mana I tau,I kan "selalu" gi pasar.Mak,pembantu mak ,Tipah and my best friend bantai gelak...sapa nak makan ikan kayu tu oi kata my friend???kat sini pon murah la.....,la ye ke?...mana kutau....I tengok masa kat pasar elok jer fresh dan gemuknya,bila tanya ,orang pasar tu cakap ikan TELUSI kot..mana tau orang sana panggil lain.So,ikan besar 2 ekor tu selamat I sedekahkan pada my untie,dah orang kat umah mak,pandai makan jer ikan tu,tapi tak pandai masak!AKU....AKU....... tak abis2 bikin ribut!

Yang udang pulak,ada yang fresh ada yang lama...biaserlah adat orang meniaga...I pulak,"pandai" sangat bab memilih nikan?RASAIN!



Overall ok lah percutian ni,tapi yang tak best,bila The Son jatuh pitam masa di pasar...Dia ni tak boleh panas and bau pasar...Dah banyak kali jadi macam ni,Dus!terus potong stim mama nak sambung shoping....sebelum tu mama sempat gak rembat udang kering dan ikan bilis yang Wan kirim.....
InsyaAllah ,more photos later,thousands of them,can u believe it???





Wednesday, December 10, 2008

so many thing....

Lama betul rasanya tak bersiaran...(ahaks!),apa tidaknya cuti panjang dan Aidil Adha ini kuhabisi dengan axtiviti ronda 360 " padahal,ke"capek"an pulang dari bercuti tempohari pun masih bersisa,ditambah pula dengan yang ini.Hasilnya, tiba dirumah malam semalam,aku benar2 flat!Namun sebelum tu kugagahi jua jalankan mesin basuh,mandi,solat dan boom!!(pada son,kupesan,kalau rajin,lepas basuh tangan,tolong pakai kan mama night cream ya,and what amazed me,lepas dia main PS2,betul-betul dia sapukan night cream kat muka mak dia yang dah hampir pengsan ni!hahahaha....(kau,memang anak yang taat nak....teruskan hingga kenafas terahir ya sayang.....)
Mr.Hubs pulak masa ni dah perli....dia kata.."mama tulah,kalau jalan all out,sampat umah selalu flat abis...releks lah...."(padaaannn muka aku kan?)....hehehehe...

Pagi Aidil Adha,selepas kerumah mak dan mertua,kuziarahi seorang teman yang dilanda ujian baru-baru ini,Ya rumahnya di B.Antarabangsa sangat hampir dengan lokasi kejadian tanah runtuh itu,justeru dia diarahkan berpindah..kesian dia,Alhamdulillah semua kelurga dan harta bendanya selamat.Dia tinggal dirumah keluarga di Keramat.Tidak tahu bila bisa pulang kerumah sendiri,memandangkan keadaan yang tidak mengizinkann.Begitulah kita kalau sesekali diuji.Dan ujian datang berbagai cara....Subhanallah....

Pagi semalam pula,tika dikampung mak,yang rata-rata jalan banyak ditenggelami air kerana banjir dan air sungai yang banyak melimpahi jalan-jalan utama,lantas membataskan pergerakkan kami,justeru the "panas b*ntot" me suggest to the all the families to go Melaka town,jalan-jalan............To kill the boredom!Seems that everyone happy with my idea.So pecuuuttt!!!

Bandar Hilir dah banyak berubah,selain dari eye on Malaysia dah ada disana,we tried cruise the river kat Sg.Melaka tu selama 45 minit,boleylah sekadar nak menggembirakan hati kanak-kanak dan menghabiskan masa bersama keluarga,terbaru,Melaka dah ada Dataran Taming Sari,kat sini best,sebab ada kinda "solero shoot" ala naik kinda gondola yang bawak kita tinggi keatas and berputar2 melihat panaorama Melaka tu,gembira melihat mak seronok!kami apatah lagi!!

@ Taming Sari Melaka...lupa benda ni,nama apa.....

Actual plan was to having a dinner @ Umbai,tapi MR.Hubs kata tak sempat memandangkan The Son ada Kumon class malamnya,so kami menyusuri PD,bercadang makan malam kat alternative place,Bagan Lalang,perut dah berkeroncong masa tu,hati ni pulak risau,sempatkah anak pergi kelas,malam ni (Mr.Hubs tak bagi son ponteng kelas),lepas tu bimbang jugak,tentu mak ayah dan ahli rombongan lain juga dah lapar,fikiran ligat berfikir....lantas ku suarakan pada Mr.Hubs,apakata Son tak payah pergi kelas arini,tapi ambik homework jer...memandangkan masa dah suntuk sangat,so after son called his teacher,semuanya beres,abis satu kes,while myself called the restaurant,booking table and terus order the food.

About 6.30 kami tiba di tepian pantai Bagan Lalang,tak sabar-sabar rasanya nak pekena terubuk bakarnya...tapi bila nak keluar kereta,eh...mana kasut ni,cari bawah kerusi,tepi...semua tak jumpa...hairan!!bila fikir-fikir balik,baru perasan masa di PD tadi,semasa berhenti untuk mengisi minyak dan aku singgah ketandas,dengan kepala yang sarat dan mamai,aku telah masuk kereta,seolah2 macam masuk rumah,aku tinggalkan kasut kat luar kereta...KAHKAHAKAHKAH!!Kasut aku tertinggal kat PD lah oi!~!!Mujur ada kasut spare kat blkg ketea! nak gelak ke nak marah?????hadoi.......

p/s:untuk mengubat kekesalan,I treat this as a reoson to get a new shoes!!
photos later...

Friday, December 5, 2008

Pagi ini....


Pagi ini,walau telah beberapa hari pulang dari bercuti,tapi tubuhku masih lesu membatu,penyakit psikologi yang kukira sering menyerangku untuk jangkamasa beberapa hari setelah pulang dari bercuti...Arghhh...bencinya perasaan ini.(time berjalan,elok pulak cergasnya!Dang!)Syukur,kami sekeluarga tidak bercadang untuk kemana-mana lagi sehinggalah The Son usai dengan UPSRnya tahun depan,AMIN....dah tak larat nak pack and unpacked luggage buat masa ini rasanya....biarlah berehat dulu.

Tapi sebelum tu,Aidil Adha yang bakal menjelang ini juga tidak harus dipandang enteng,bermakna ada lagi urusan pack and unpack beg,selesai berziarah ke rumah FIL ,kami akan terus ke Melaka,kampung mak barang sehari dua sebelum singgah sebentar ke K.Pilah melawat sepupuku N,yang kemalangan dulu.
Aku harap,lewat sore nanti,aku akan beroleh semula semangatku,kerana aku punya tanggungjawab sesama muslim yang perlu aku jalankan,yang pasti,esok pagi,menjemput FIL lalu ke Cheras menghadiri perkahwinan adik birasku yang yatim piatu itu.

Yang menanti untuk diziarahi dihospital adalah Pakcik Mr.Hubs yang diserang sakit jantung,disaat dia dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah baru2 ini,Jua seorang teman sekuliah yang diberitakan sedang nazak kerana buah pinggangnya tidak lagi berfungsi..Mamat,(nama panggilan mesra kami padanya) moga,kau cepat sembuh,aku mengharapkan keajaiban akan hadir,maafkan aku kerana belum sempat menziarahimu,akan kucuba mencari masa yang bersisa ini untuk membuat dirimu tersenyum...(patut lah sampai saat ini,mamat masih membujang,kerana dia tahu,akan penyakit kritikalnya...)

Moga aku punya kesempatan dan semangat untuk menziarahi dan mendoakan mereka,aku tidak mahu kisah arwah lyn berulang lagi dalam sejarah hidupku.Amin...

Last but Not least,ni ada sikit gambar percutian tru my HP,gambar dari camera lom download,later k?

Son & Mr.Hubs rest @ Nexus Karambunai

Reaching Manukan Island yang memukau pandangan...Subhanallah...so lomantik




@ The Jesselton Jetty Point.Lihat lah langit yang pekat membiru itu....Subhanallah...



The son yang tak jemu-jemu snorkling,mak?Tima Kacih jerlah..allergic dengan air laut...gatal2..
Sit back & Relax...sambil menghayati keindahan ciptaan Allah..(heeep,u all pandang apa tu???)


More photo later ya....sebab tengah berderau ni,just received a text suspen message about mamat.Ohhh..Allah,Selamatkan lah teman ku itu...

berkongsi rasa ....