Saturday, December 13, 2008

Kalau ada rejeki adalah...

Baru sebentar tadi terima panggilan dari Mr.MD, Takay*ma San,selepas bertanya khabar dan bertukar sedikit akan hal ehwal semasa,dia bertanya padaku,"how's the company doing right now?",Saja lah tu buat-buat tak tahu,padahal setiap bulan,monthly report itu pasti ku email kepadanya.....

Rupanya dia nak bagi hint that company might unable to give bonus tahun ni,memandangkan ekonomi yang dijangka suram tahun hadapan dan semuanya bergantung pada meetingnya dengan BOD di Tokyo awal minggu hadapan.Oooooo...aku faham,kataku bermanis mulut,lantaran aku yang mengemudi account syarikat,justeru tentulah aku insan paling arif akan untung rugi syarikat saat ini,begitu juga tentang cash flownya.Namun kataku pada Mr.MD kerugian besar yang kita alami kala ini adalah disebabkan currency exchange,yang beyond our control.Ermmmm.....kata Mr.MD,semuanya tertakluk pada meeting nanti,dan dia akan menghubungiku dari masa kesemasa. We'll see...

As for me,sejujurnya,sejak aku mula bekerja,aku tidak bernah mengharapkan bonus,pelik sangat kah bunyinya?Sesungguhnya aku manusia yang tidak suka berharap,kerana aku berpegang pada prinsip "the higher you hope,the bigger you dissappinted"Aku tidak suka kecewa...justeru biarlah aku begini,kebetulan aku juga suka lagu shila on 7 "berhenti berharap"(ops!tiada kena mengena dengan entry ini sebenarnya!). Namun aku tidak pula berhenti berdoa pada yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusanku dan dimurahkan rezekiku. Dan aku percaya,rezeki Allah datang dalam berbagai cara.

Kebetulan tadi jua teman pejabat dari kota singa jua memaklumkan,yang Mr.MD dah bagi hints that there are no bonus for this year,member sedikit kecewa dan berapi-rapi mengeluarkan hujahnya,aku jua faham akan maksudnya,tapi siapakah kita?Jika ada rezeki Allah kata ada,adalah. Dia pula bukan beragama Islam,dan niatnya jika dapat bonus nanti pula,adalah untuk melaburkannya di Genting.Hahaha.Contrary to yours truely,Bonus memang tak ditunggu,tapi bila dapat annoucment jer,duit belum dapat lagi ni,list dah berjela panjangnya you!lagi over dari orang yang mengharapkan bonus.Begitulah aku,kalau ada,pandai lah aku nak menjananya,kalau takde...buat bodooo sudah labu....

Dalam situasi begini,aku cuba meletakkan diri ditempat empunya syarikat,lagipun bukan selalu kita diuji dengan ekonomi yang bakal parah ini.Ketika zaman majunya,syarikat tidak teragak-agak mengeluarkan 4-5 bulan bonus pada semua kakitangan,tak cukup dengan itu,pertengahan tahun jua,ada special bonus,jika syarikat membuat keuntungan yang diluar jangkaan.Tidak termasuk percutian syarikat keluar negara saban tahun.Alhamdulillah,tiada rasa sebal didadaku....Aku bersyukur dengan perasaan ini. Bukan kah hidup ini umpama roda?sesekali pasti kita kebawah jua.

Aku jua bersyukur,dengan kehidupan serba sederhana yang aku jalani dan berbelanja mengikut kemampuan diri yang aku aku amalkan sedari dulu.Jsuteru tidak muncul soal broke,pokai,dan sebagainya,hidup adalah perancangan....Paling penting,hidup tidak dibelengu hutang,hidup lah atas kemampuan kita,dan yang sebenarnya aku jua,bukan datang dari family kaya raya!!ditemukan pula dengan suami yang mengambil kehidupan ini seadanya,rumah dan kenderaan seminima yang mungkin,yang paling penting,walau betapa besar kegawatan melanda,InsyaAllah hidup ini tidak akan terjejas dan tidur malam tidak terganggu.

Lagipun seperti bonus-bonusku yang lepas-lepas,hampir kesemua duit yang kuperolehi ku belanjakan pada insan lain,dan benda-benda yang tidak perlu,bak kata orang besar periuk,besarlah keraknya,kalau sikit,pandai pulak aku berbelanja semampunya,begitulah aku,boleh hidup dalam apa keadaan pun,mungkin kesusahan masa lalu mengajar aku perasaan ini..Lagipun memang tahun ini,aku tidak bercadang mengadakan b'day party buat anakku yang seorang itu,(30th Dec)yang sambutannya ala-ala sambutan orang kawin biayanya(apalah yang paling membahagiakan ibu beranak satu ini,mohon pemahaman semua.....!)tahun depan jua,tiada percutian keluarga yang dirancang,so,ada tak ada bonus tahun ni,sama saja!Kita ni manusia,bagi berapa pun tak pernah cukupkan????

p/s:Errr...tapi kalau bagi sapa tak nak kan?Amin......

12 comments:

kak ja said...

Kalau dpt tp tak tau apa nak buat, bok mai cni.... wakakaka...

Anonymous said...

yea...kalau ada rejeki adalah. dah ada tu, ingat ingatlah kat kawan ko sorang ni ye.

tak nak demand tapi kasut Lewre pun dah cukup...ahaks!

rerama salju said...

Kakja,
kalau tak dapat,I tak marah,kalau dapat,..baru dapat announcment jer,my list dah berjela-jela,cemana tu?wakakakaka


aziah,
kalau tak dapat pun,ko jugak yg aku selalu ingat....ahaks!
nyah....
aku pun suka gak kasut lewre...selesa gitu,kalau aku tak dapat...ko yg dapat...ko jerlah belikan aku yek?

Anonymous said...

selipar jepun udahla.

rerama salju said...

ajiah,
ok,seliper yg made in JEPUN k?

kak ja said...

aziah ni demanding sgt.. kja x nak yg mahal2... laptop sebijik dah le.. List pjg tu ambik buang dlm sungai je..

rerama salju said...

kakja,

laptop sebijik ya?JADIK!!HAHAHAHA

Anonymous said...

wah...kak ja ...kita dua orang tak demanding pun kan..

rerama salju said...

korang 2 orang mana pernah demanding,tak pernah pun mintak Ferrari ke,villa atas "bukit antarabangsa" ke?kira ok lah tu kan?

caaayang uols ber dua!!

kak ja said...

aziah, kita MEMANG org baik2.. yakinkan diri!! hahaha...

riken said...

wah, setuju sangat ngan aper yg kak rerama cakap kat sini. hidup nie umpama roda, ada masa nya kita kat atas dan ada masanya jugak kita kat bawah.

rerama salju said...

Riken,
ya dik,mmg hidup kita selalu macam tu kan?hidup tak selalunya indah...itulah kehidupan....

berkongsi rasa ....