Friday, December 19, 2008

Kad wajib....



Seperti tahun-tahun sebelumnya,bila tiba penghujung tahun,aku pasti menerima kad berstem Tokyo Jepun itu.Dari mantan MDku yang telah pulang negeri kelahirannya hampir 10 tahun yang lalu.

Pelik!~sungguh pelik,aku rasa,sepanjang aku bertugas dengannya,aku rasa,aku lah insan yang paling dibencinya,apa yang kubuat semua salah dimatanya,ada jer tak kena,penuh dengan soalan,Whyyyyyyyyyyyyyyyy????eiii....benci,sampaikan aku cukup bimbang anak yang dalam kandunganku tika itu bakal menyerupai wajahnya,pasal aku selalu terbawa-bawa akan sakit hati dengan dia.

Tak cukup dengan tu,sharp 8.30 pagi,(waktu masuk pejabat)1.pm(waktu abis lunch!),5.30pm(waktu balik)mesti buat2 call aku,masa tu lah ada benda dia nak cakap dengan aku,atau buat-buat tersalah nombor......eiii...Tolong lah.

Lepas tu,office dia base kat Singapore,tapi selalu jer nak datang KL office ni,buat-buat cek kerja aku,tak penting lah oi...rasa nak report jer kat HQ...tapi takkan lah kan?Pastu kalau datang mesti ajak lunch sama,tak tau nak cakap taknak macam mana,selalu gaak bagi alasan puasa,macam tak logic pulak,eii..nyampahnya,walaupun dia datang tak pernah tangan kosong,aku tetap tak suka dan berdebar-debar....

Masa kerja dengan dia,mungkin keranaa tertekan,selalu aku dilanda migrin dan semput yang teruk,justeru keraplah MC,lagilah dia hangin,pastu tak pasal-pasal aku dapat warning letter,sebab bila MC tu,aku terlewat inform office,(bukan lambat sangat sebenarnya,tapi dah dia call office aku 8.30 sharp!tentulah panggilan dia masuk ke office dulu,Duh!)

Sebab rambut dia yang ala-ala ada tak ada tu,aku panggil dia Cik Tak,(botak) sebab geram sangat,Yang herannya kadang-kadang tu tetiba jer dia nak hangin dengan aku,sampai dia jerit nama aku satu office di Singapore terkejut,malu aku tau!Masalahnya aku pun tak tau ujung pangkal kenapa dia marah kat aku.Yang pasti, susah betul kerja dengan dia ni.Tak freedom,susah,tak boleh nak buat decision sendiri,semua kena refer dengan dia,which was susah sangat masa tu.

Syukur,lepas 4 tahun kerja dengan dia,dia kena balik Jepun,Ya..Allah leganya...nasib tak resign aritu,kalau tidak rugi jer.Suka kerja kat company ni sebenarnya..Lepas dia balik,dah dua MD bertukar,semua baik-baik daan menyenangkan,dan ex-MD masih lagi berhubung denganku,walau tidak sepejabat lagi.

Taaapiiiiiiiiiiiiiii...yang lain tu,dah tentu lah baiknya,yang dia ni,apa kess???masa kerja dengan aku aritu,punyalah jerit-jerit kat aku ni,tapi lepas jer balik Jepun,setiap tahun mesti hantar new year card beserta gambarnya ,begitu juga bila tiba hari lahirku,pasti ada kad ucapan yang dikirim untukku,Yang tak tahan tu,sanggup dia belajar bahasa melayu,sebab nak tulis kad ucapan tu dalam bahasa melayu.Heran betul manusia ni.

Jika ada kesempatan,dia juga sering meng emailku,kadang-kadang sekadar nak ucap 'selamat pagi atau selamat berpuasa!"tapi sejak aku diam membisu,jarang pulak dia mengirim email..ahaks!Namun beberapa tahun dulu,pernah jua kubertanya,mengapa aku selalu menjadi bahan dia melepaskan marah dan sebagainya,namun katanya...biarlah dia menyimpan dulu soalan tu,dan akan menjawab bila tiba masa yang sesuai,sehingga hari ini,hampir tahun ke tujuh,aku tidak pernah bertanya lagi...biarlah,yang penting aku telah luahkan perasaanku itu.

Hari ini,untuk tahun kesembilannya,aku terima lagi kad beserta gambar S.Fuk*i San itu...arghhh!!

Fuk*i San,saat ini dirimu telah pun kumaafi.....kerana aku tidak mahu ada titik hitam yang menodai hatiku..........

4 comments:

kak ja said...

Laaaa.. buat x fhm lg... Dia dah berdebup jatuh cinta dgn Cik Adik laaa.. issshhh.. kura2 dlm perahu..

peihong said...

cinta tu kronik lakunya

diminta si gadis kepada si lelaki sebagai bukti cinta yang mendalam undurkan pusingan bumi dari timur ke barat kepada barat ke timur....

nescaya jawapannya

HANG GILO KO APO?

then prove me cinta itu kronik lakunya

Aziah said...

sesetengah orang akan cuba menarik perhatian seseorang yg diminati dengan cara 'paling halus' yang hanya dia sendiri saja yang paham.

apa,,ko tak paham paham gak ke..?

erk ada satu soklan :

dia dah kawen lum?

rerama salju said...

kakja,
laaaaaaaaaaaaaaa..........itu namanya CINTA ke kakja?takkan lah aih...cik ni bukan cantik pun,dah ada anak lak tu....SUNGGUH cik tak tahu itu ertinya CINTA.

kak ja & aziah,
Cik ni,memang NAIF bab bercinta,orang bagi hint2 cik tak layan....CHAKAP BIAR TEGHANG....hint-hint Cik tak paham,cik takut salah paham,naya jer kang...Kalau betul lah dia cintakan cik...malang betul lah nasib dia,sebab baru hari ni cik tau....(nasib baik!)itupun kalau betullah...Hahahaha....

Peihong,
Cinta itu kronik?kalau cinta bukan pada yang hak,memang la kronik,cinta cari pasal...I like love...love is beautiful thing....Don't ya?

berkongsi rasa ....