Wednesday, December 10, 2008

so many thing....

Lama betul rasanya tak bersiaran...(ahaks!),apa tidaknya cuti panjang dan Aidil Adha ini kuhabisi dengan axtiviti ronda 360 " padahal,ke"capek"an pulang dari bercuti tempohari pun masih bersisa,ditambah pula dengan yang ini.Hasilnya, tiba dirumah malam semalam,aku benar2 flat!Namun sebelum tu kugagahi jua jalankan mesin basuh,mandi,solat dan boom!!(pada son,kupesan,kalau rajin,lepas basuh tangan,tolong pakai kan mama night cream ya,and what amazed me,lepas dia main PS2,betul-betul dia sapukan night cream kat muka mak dia yang dah hampir pengsan ni!hahahaha....(kau,memang anak yang taat nak....teruskan hingga kenafas terahir ya sayang.....)
Mr.Hubs pulak masa ni dah perli....dia kata.."mama tulah,kalau jalan all out,sampat umah selalu flat abis...releks lah...."(padaaannn muka aku kan?)....hehehehe...

Pagi Aidil Adha,selepas kerumah mak dan mertua,kuziarahi seorang teman yang dilanda ujian baru-baru ini,Ya rumahnya di B.Antarabangsa sangat hampir dengan lokasi kejadian tanah runtuh itu,justeru dia diarahkan berpindah..kesian dia,Alhamdulillah semua kelurga dan harta bendanya selamat.Dia tinggal dirumah keluarga di Keramat.Tidak tahu bila bisa pulang kerumah sendiri,memandangkan keadaan yang tidak mengizinkann.Begitulah kita kalau sesekali diuji.Dan ujian datang berbagai cara....Subhanallah....

Pagi semalam pula,tika dikampung mak,yang rata-rata jalan banyak ditenggelami air kerana banjir dan air sungai yang banyak melimpahi jalan-jalan utama,lantas membataskan pergerakkan kami,justeru the "panas b*ntot" me suggest to the all the families to go Melaka town,jalan-jalan............To kill the boredom!Seems that everyone happy with my idea.So pecuuuttt!!!

Bandar Hilir dah banyak berubah,selain dari eye on Malaysia dah ada disana,we tried cruise the river kat Sg.Melaka tu selama 45 minit,boleylah sekadar nak menggembirakan hati kanak-kanak dan menghabiskan masa bersama keluarga,terbaru,Melaka dah ada Dataran Taming Sari,kat sini best,sebab ada kinda "solero shoot" ala naik kinda gondola yang bawak kita tinggi keatas and berputar2 melihat panaorama Melaka tu,gembira melihat mak seronok!kami apatah lagi!!

@ Taming Sari Melaka...lupa benda ni,nama apa.....

Actual plan was to having a dinner @ Umbai,tapi MR.Hubs kata tak sempat memandangkan The Son ada Kumon class malamnya,so kami menyusuri PD,bercadang makan malam kat alternative place,Bagan Lalang,perut dah berkeroncong masa tu,hati ni pulak risau,sempatkah anak pergi kelas,malam ni (Mr.Hubs tak bagi son ponteng kelas),lepas tu bimbang jugak,tentu mak ayah dan ahli rombongan lain juga dah lapar,fikiran ligat berfikir....lantas ku suarakan pada Mr.Hubs,apakata Son tak payah pergi kelas arini,tapi ambik homework jer...memandangkan masa dah suntuk sangat,so after son called his teacher,semuanya beres,abis satu kes,while myself called the restaurant,booking table and terus order the food.

About 6.30 kami tiba di tepian pantai Bagan Lalang,tak sabar-sabar rasanya nak pekena terubuk bakarnya...tapi bila nak keluar kereta,eh...mana kasut ni,cari bawah kerusi,tepi...semua tak jumpa...hairan!!bila fikir-fikir balik,baru perasan masa di PD tadi,semasa berhenti untuk mengisi minyak dan aku singgah ketandas,dengan kepala yang sarat dan mamai,aku telah masuk kereta,seolah2 macam masuk rumah,aku tinggalkan kasut kat luar kereta...KAHKAHAKAHKAH!!Kasut aku tertinggal kat PD lah oi!~!!Mujur ada kasut spare kat blkg ketea! nak gelak ke nak marah?????hadoi.......

p/s:untuk mengubat kekesalan,I treat this as a reoson to get a new shoes!!
photos later...

10 comments:

cakapaje said...

Salam RS,

Ni, gi Melaka untuk melancung ke atau melencung tengok Shah Rukh Khan dapat kurnia apaentah? Hehe...takyah gi jauh, Dato' Shah Rir Khan kan ada kat PJ ni :)

rerama salju said...

Salam CA,

Kg kita pun kat Melaka tau,encik org Masjid Tanah (or Alor Gajah?) kan?kita org kg sebelah jer...mak kita org Lubuk Cina....so dari kg,kita merayap lah pi Bandar Melaka...
alamak lupalah kita pun ada Dato"Shah Rir Khan kat sini,ahai!!

~~ casper~~ said...

kahkahkah...aduhai kak Nda....camna leh camtu? hari baca n3 org yg byk buat su gelak je....

cakapaje said...

rs,

Woit! Orang Molakau gak rupanya! Hehe, den orang Molakau Pindah, Alor Gajah...mak den le. Den ni lahir dan membesaq kat KL je.

Erm...ada tak kenal orang Lubok Cina bernama Kahar, sebaya den. Kulit dia putih kemerahan dan rambut dia perang ori. Pernah belajaq kat Sabah sekejap kerana menemankan abang dia. Manalah tahu kalau rs kenal. Memba lama time sekolah, tapi dia sekolah SEA Park.

Aziah said...

sapa lah yang bertuah dapat kasut branded tu kan..!

loklaq cheq, loklaq lagi ekau yo...

ish ish

rerama salju said...

Su,
Akak ni memang kelam kabuts sikit dek,aritu gi potong rambut,bawak duit tak cukup,purse n beg lak tinggal kat umah,terpaksa lah Cik Abe dtg mengantarnya...hahaha,suka carik penyakit kakak su ni!hahaahaha..YES!I AM RISK TAKER!!(Nak cover line!)


CA,
den cam CA gak,laahir dan besau kat PJ ni,omak yo org Melakau,kg omak den ckp mcm mcm N9,pasal sempadan kan?
Tang nak tanyo kona tak kona(kenal) kawan CA tu,nantilah den tanyokan kek omak atau pakcik den,den ni mano kona org,balik kg,setawon sekali yooo...tunggu yo!!nanti den kobarkan!

Aziah,
Aku rasa jodoh aku dgn kasut tu mmg tak pjg lah,sebab aku pun tetiba dah naik nyampah dhn kasut tu,pasal material dia cpt kotor,ha,hambek ko,betul2 dia merajuk,taknak ikut aku balik!waaaaaaaaaaaa...aku memang lebih teruk loqlaq dari hang....

kak ja said...

Tertinggal kedua2 belah kasut tak sakit ati sgt.. Anak dara kja tu, kalau dia nak tertinggal pun, dia tinggal sebelah je.. Ada sebelah nak buat apa? Baik tinggal dua2 belah!!

rerama salju said...

Kakja,
Tertinggal sebelah kasut tu mmg biaser berlaku,tu namanya tercicir...tapi kalau bab 2-2 tertinggal tu memang BANG*NG!mENGONG!HAHAHAHA

walau apapun 2-2 tak best!

azizi said...

heh..heh..heh
sakan ye, siap tinggalkan kasut.
ke ni taktik pihak lawan nak beli kasut baru ni ;-)
org kata shopping is a therapy.
heh..heh..heh

rerama salju said...

azizi!
best la statement u "taktik pihak lawan,NAK BELI KASUT BARU" kakakakaka.....I like!!

senang la yr future wife,kalau u dah tau maksud,shoPping is theraphy....HI-FIVE!!

berkongsi rasa ....