Friday, December 5, 2008

Pagi ini....


Pagi ini,walau telah beberapa hari pulang dari bercuti,tapi tubuhku masih lesu membatu,penyakit psikologi yang kukira sering menyerangku untuk jangkamasa beberapa hari setelah pulang dari bercuti...Arghhh...bencinya perasaan ini.(time berjalan,elok pulak cergasnya!Dang!)Syukur,kami sekeluarga tidak bercadang untuk kemana-mana lagi sehinggalah The Son usai dengan UPSRnya tahun depan,AMIN....dah tak larat nak pack and unpacked luggage buat masa ini rasanya....biarlah berehat dulu.

Tapi sebelum tu,Aidil Adha yang bakal menjelang ini juga tidak harus dipandang enteng,bermakna ada lagi urusan pack and unpack beg,selesai berziarah ke rumah FIL ,kami akan terus ke Melaka,kampung mak barang sehari dua sebelum singgah sebentar ke K.Pilah melawat sepupuku N,yang kemalangan dulu.
Aku harap,lewat sore nanti,aku akan beroleh semula semangatku,kerana aku punya tanggungjawab sesama muslim yang perlu aku jalankan,yang pasti,esok pagi,menjemput FIL lalu ke Cheras menghadiri perkahwinan adik birasku yang yatim piatu itu.

Yang menanti untuk diziarahi dihospital adalah Pakcik Mr.Hubs yang diserang sakit jantung,disaat dia dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah baru2 ini,Jua seorang teman sekuliah yang diberitakan sedang nazak kerana buah pinggangnya tidak lagi berfungsi..Mamat,(nama panggilan mesra kami padanya) moga,kau cepat sembuh,aku mengharapkan keajaiban akan hadir,maafkan aku kerana belum sempat menziarahimu,akan kucuba mencari masa yang bersisa ini untuk membuat dirimu tersenyum...(patut lah sampai saat ini,mamat masih membujang,kerana dia tahu,akan penyakit kritikalnya...)

Moga aku punya kesempatan dan semangat untuk menziarahi dan mendoakan mereka,aku tidak mahu kisah arwah lyn berulang lagi dalam sejarah hidupku.Amin...

Last but Not least,ni ada sikit gambar percutian tru my HP,gambar dari camera lom download,later k?

Son & Mr.Hubs rest @ Nexus Karambunai

Reaching Manukan Island yang memukau pandangan...Subhanallah...so lomantik




@ The Jesselton Jetty Point.Lihat lah langit yang pekat membiru itu....Subhanallah...



The son yang tak jemu-jemu snorkling,mak?Tima Kacih jerlah..allergic dengan air laut...gatal2..
Sit back & Relax...sambil menghayati keindahan ciptaan Allah..(heeep,u all pandang apa tu???)


More photo later ya....sebab tengah berderau ni,just received a text suspen message about mamat.Ohhh..Allah,Selamatkan lah teman ku itu...

7 comments:

kak ja said...

Amboi, puas dia berjln.. Dahh.. thn dpn duduk diam2 kat umah.. Torture anak tu biaq dia tension sama naik
dgn kita, barulah adil..

Selamat raya to u sefamily..

Aziah said...

ye ke tu nak stop holiday till anak nak UPSR? nak tengok sikiiittt.....

Ada masa, g lah jenguk MaMat and salam Aidiladha.

rerama salju said...

Kakja,
jalan mana pernah puas....hehehe,saja tak jalan tahun depan bukan beerti dok umah teman anak study 24jam pun,saja malas nak penat2kan badan macam selalu,anak kita bukan heran pun exam2 ni,sabau jerlah....

Aziah,
ko jgn lah matikan semangat aku...siannnnnnnnn aku

azizi said...

salam aidiladha.
bestnya.... teringat sabah.
one of my fav. locations.
dari laut ke gunungnya bah.

rerama salju said...

Memang best....
Tapi I rasa Amsterdam lagi best!hahaha...
Raya ni makan apa bah???

Zuer said...

best nyer g manukan island...biler lah zuer boleh sampai ke sana?

rerama salju said...

InsyaAllah,
Zuer kan muda belia lagi,bila2 pun blh pergi....

berkongsi rasa ....