Hari ni rasa tak sedap badan...tekak rasa mual jer...(ooo No,I'm not as what u might think,though I hope for that),mungkin sebab salah makan,atau terikut-ikut dengan teman sekantor ni yang dilanda "diarrhoea".
Dalam keadaan weng-weng tu,aku tetap gagahkan jua menghubungi pihak insurance dan socso,bagi membantu sepupuku S yang suaminya N, baru saja mengalami kemalangan motosikal sabtu yang lepas di Smban,dia terlanggar kereta yang ditinggalkan pemilik ditepi lebuhraya itu,habis patah kaki dan tangannya.N dalam perjalanan menziarahi ibu di K.Pilah,begitulah rutin mingguannya sejak Ramadhan yang lalu,sejak kali pertama mengetahui ibunya sakit.Untuk menjimatkan kos,N tidak membawa kereta,sebaliknya hanya bermotosikal pulang ke kg,walau telah acapkali kami menasihatinya,Tapi,aku faham akan,keadaan kewangannya.Jadi kami hanya berdoa agar dia selamat setiap kali perjalanan itu.Tapi sabtu lalu,apa yang menjadi igauan kami,menjadi kenyataan...kesian N!
Semalam pula,usai segala kerja rumah,aku menghantar The Son,ke rumah FIL sama seperti kelmarin,atas permintaan FIL yang ingin membimbing The Son untuk menghadapi UPSR tahun depan,hari pertama aku datang ke rumah FIL ,aku terkejut melihat longgokan buku yang baru dibeli khas untuk The Son,kukira hampir 40 buah semuanya!Mak ai!Benarkah apa yang kulihat ini?Aku dan Mr.Hubs memandang sesama sendiri,dan SIL penuh kehairanan berbisik padaku "Blh kah ayah mengajar?memandangkan syllibus sekarang sudah jauh berbeza dari zaman ayah bergelar pelajar dulu?'tapi MR.Hubs kata..."Takperlah...asal ayah puas hati and my son surely will benefited something from that,at least the bonding between atok and grandson.Hati kecilku berkata...inilah nasib cucu tunggal!Moga tergalas harapan yang atokmu letakkan padamu nak!(atok wants his GS to be as genius as himself...argh...and err,FIL is a very straight man,A katanya...A lah,he never ignore what people will say about him,he live in his own world,if you could understand what I mean)
Selepas menghantar The Son,kami ke UY,menghadiri majlis perkahwinan sepupuku,Setibanya di sana,aku disambut dengan muka kelat-kelat masam BZ,pakcikku PS manis pula mukanya,namun sempat menyindir kami dengan kata-kata "Ingatkan tak datang"...kami senyum saja.Paling utama kalau ada majlis begini,aku cukup teruja untuk berjumpa saudara mara dan sepupu-sepupuku yang lain,manakala Mr.Hubs pula,bersama saudara mara lelakiku.Dia tidak makan,aku pula buat syarat,makan jua barang sesuap dua,jangan dikata sombong.Selepas duduk berbual mesra sejam dua,kami pun pulang untuk mengambil The son lalu pulang kerumah.
Petang pula,kami ke Hosp Srmban ,turut bersama my divorce untie dan anak2nya, kami carpool ,melawat N yang kemalangan itu.Sedih kumelihat keadaanya,terutama tentulah isterinya Sal,yang terpaksa berumahtangga dihospital itu.Inilah kehidupan kan?Dugaan datang tak kira bila,justeru kutanyakan padanya,apa yang boleh kubantunya saat ini....sekurang2nya tentu kurang sikit sesak didadanya,Kalau lah aku ditempatnya....
Keluar dari hospital,kami berlegar-legar di bandar Seremban,mencari-cari tempat makannostalgiaku satu tika dulu,tapi dalam malam pekat begini,tiada apa yang dapat kutemui,tambahan pula,jalan-jalannya yang telah jauh berubah.Pusing punya pusing hanya sebuah deretan gerai panjang saja,yang bisa menepati citarasa kami,apatah lagi anak-anak makcik dah merengek kelaparan....jadi disitulah makan malam kami malam tadi.Boleh lah,dari tiada......oh,Serembanku,jauhnya kau berubah!
Lebih kurang 10 lebih baru tiba dirumah...arghhhhhhhhhhh penatnya....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
Thursday, January 11 - Where do one begin when one wants to write about the dearest thing in one's life? There may be so many ways to do so but when is wrought in emotional turmo...6 years ago
-
Kembali Bertemu - Mencari Pokemon atau Pokemon Go bukanlah sebab saya lama menyepi daripada dunia maya yang amat saya senangi ini. Salam mesra. Lebih 3 tahun saya menyepi d...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
8 comments:
Motorsikal ni, nda... Kalau dia melanggar org, dia yg cedera.. Dilanggar pun dia gak yg cedera.. Kja bila drive pun cukup segheyau semacam dgn motor.. esp yg jenis menyelit sini-sana-sinun tu..
Malang tak berbau dan dugaan datang tanpa dijangka. Wish N will recover soon.Insyaallaah.
** tak g makan Tomyam kat Bukit Chedang ke..? mana tau kut kut terserempak ngan orang mana mana...hehehehehe
kak ja,
tapi kan kakja,cik abe kita pon suka naik motor gak,kalau dia alone,sebab selalu nak cepat....kejar masa,kita selalu risau...dan Doa jer banyak2...nak buat macam mana,dalam satu hari,macam2 kerja nak buat!
aziah,
Aku rasa,kedai2 nostalgia kita dulu bnayak dah tutup lah...and org yg gitu2 pun harus lah tak ingat aku lagi,sebab aku pon dah ingat2 lupa ni oi!...huwahuwhuwa!!
tekak terasa mual??? hoho, baru nak ucap tahniah pastu terus kansel.
yup, tu la dugaan bila bawak motor. semoga si dia cepat sembuh.
tu salah satu sbb su pndah balakong..biar dekat sket abah nak gi keje n xdelah lg tggi risiko dia bw motor tu....org bw motor ni, kalo dia hati2 pun, bila terjadi pape, dia gak yg teruk....mcm abah su dulu prnh kene....driver tu mcm mabuk, langgar abah ms abah nak ke ofis....mmg terang2, org yg tgk kejadian tu kata bukan salah abah...tp abah yg teruk gak...nasib baik Allah selamatkan abah...kereta blkg abah nmpk kete giler tu....n bila abah kene langgar, mereke sempat brek....kalo mereka x brek n halang abah, Allah je yg tahu apa jadi....tu sbb su seriau org bawak moto ni...kalo blh xnak org yg kita syg kene camtu kan....
emmm.nie kener penyakit...aper nie? zuer tak mahir dalam perubatan nie?
Oii riken,
ada hati nak usik orang ya....awak tu bila nak berdua deqnon?ok tak soalan tu?hahahah..
Riken bawak motor tu pun hati2 k?jangan lupa berdoa setiap kali mula nak start motor tu....
su,
mmg kesian nasib org yg bawak motor berhati2 ni...(mat rempit tu lain lah!)...mudah2an orang yang kita sayang dijauhi dari dugaan ini kan?Amin.
zuer,
no problem bro,bukan sakit sangat pun...sajer carik penyakit..huhuhu!
Post a Comment