Friday, November 28, 2008

Yeay kena tag lagi...(eweekkk kak ja!)

Minggu ni kita layan tag jerlah gamaknya ya...Ate,...bak kata pepatah,orang memberi kita merasa,tapi Ya..ALLAH manyaknya soklan,kalah soklan peksa,lenguh lah pulak tangan ni macam kena type assignment,kalau tulis entry biasa tu,apa yang terfikir dek akal,itu la yang ditaip,Dush!Demimu Kakja yang kusayangi...harap bergembira di hari Jumaat ini.Happy Holiday....





1. Name one person who made you laugh last night?

Mr.Hubs...(hanya kami yang mengerti.)..hahahah,padan...tanya lagi!!



2. What were you doing at 0800?

Berjalan masuk ke ofis ni...





3. What were you doing 30 minutes ago?

Baru sampai dari Sunw#y Pir#mid



4. What happened to you in 2006?

Impian masa kecik nak pi Disneyland tercapai...Yabedaa Bedoooo!!!Alhamdulillah!



5. What was the last thing you said out loud?

Jaro?(masa ckp dgn Jepun opis ni pagi tadi,bahasa Jepun daerah Hiroshim# bermaksud "kan?")



6. How many beverages did you have today?

Subuh tadi,seteguk rutbir masa nak mkn ubat..(I tau you all tengah beristigfar...abis tu you tanya,I jawab lah sejujurnya...)Kul 12 tadi half glass lemon tea,pastu skrang dah nak masuk kul 3,baru minum seteguk mineral water...La,baru perasan,sikitnya I minum....aduii..tapi ada time,banyak...bergelas2 lak....



7. What color is your hairbrush?

Pink gitu,awwww!!



8.What was the last thing you paid for?

Parking ticket kat Pir#mid tadi,singgit jer...



9. Where were you last night?

Lepas buka puasa kat umah mak,gi ziarah makcik yang nak gi Mekah...lak



10. What color is your front door?

Jangan kan warna,pintu I pun,I kasi you all tengok,kebetulan,masa my cousin kawin aritu,depa ada dok posing depan pintu umah I,glamer U!hahahaha



11. Where do you keep your change?
Semua ponyot dalam purse jer...



12. What's the weather like today?
mendung,tak beerti hujan...(nyanyi macam lagu diddy dores tu tau,ahaks!)


13. What's the best ice-cream flavor?
I like vanila best!tapi I am not an ice cream lover...occasinally oklah!



14. What excites you?
Malu nak jawab....tapi I suka shopping and travelling,apalagi kalau masa dapat durian runtuh...tak tentu rah,wa cakap lu!I banje u all sekali nak?



15. Do you want to cut your hair?
Baru minggu lepas,hancusss!!skrg ni tengah dilanda bad hair day tensi!(rasa nak buat satu entry pasal ni jer...)



16. Are you over the age of 25?
I rasa kan kakja,org yg cipta questionaire ni,nak tau pasal blogger yang dia minat la,nak tanya direct malu...so dia kona-kona lah buat soklan2 cengginikan?
ERrr..Off Course over 25,dah nak dekat 10 tawon umur tu berlalu,waaaaaa dah lamanya!!



17. Do you talk a lot?
I prefer writing (including sms but not YM)You know what I mean!I do talk a lot,tengok keadaan dan regunya.Tapi bab menten I mmg terror,org tak tau pun sbnarnya I ni pemalu.



18. Do you watch the O.C.?
Eeee...OC?OC tu apa?Mintak mahap lah tak tau,Not a movie fan either!



19. Do you know anyone named Steven?
Steven Gerald ,blh ke?betul ke eja nama dia cenggitu?sebab selalu dengar my son mentioned nama ni.Selain tu,I ada gak kenal salesman copier machine kat opis ni nama Steven,baik orangnya,orang Sabah bah!



20. Do you make up your own words?
Memang minat I nih!



21. Are you a jealous person?
Kadang jeles gak,tapi tak pernah tunjuk,buat biaser jer....dalam hati Tuhan saja yg tau.,sampai ramai orang cakap(esp guys!) U ni tak jeles langsung ya?...Ego ke namanya tu?



22. Name a friend whose name starts with the letter A..
Aziah...Aziah oooo Aziah...member gelak and melaram masa kat kolej dulu,meghiah!



23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kak ja...orait tak yang tu?Kalau tak pun Kawashima San,handsome giler mamat Jepang ni,macam hero pelem Jepun,tapi sayang tak tau cakap omputih...aparaaa...



24. Who's the first person on your received call list?
ni no dia.0327760100,nak jual insurance kot dia ni,malas nak layan,So I ckp I busy,sombong ke tu?



25. What does the last text message you received say?
K .1 hurup jer tau?dari Mr.Hubs,dia mmg venciss nak anta sms....I dah la punya minat,dunia kita berbeza...(mcm lagu CT),Layaaaaaaaaannn...tak kecik ati pun!



26. Do you chew on your straw?
Kadang....k.a.d.a.n.g



27. Do you have curly hair?
teringin gak rambut curly 2 ni..ahaks!



28. Where's the next place you're going to?
Subuh besok dah nak pi KLIA dah.tau kan nak pi mana??? So,maybe I'll be silence lah for these few days,unless kat hotel tu ada sedia internet free.



29. Who's the rudest person in your life?
Ada seseorang tu...(pinjam kata2 kakja)



30. What was the last thing you ate?
Claypot Yee Mee,masa I tengah beli brg,dia dah memandai orderkan dan bayarkan,ahaks!(anyway TQ Snif) tak abis pun,I tak larat lah makan,benda panas2 sangat ni,melecur lidah,



31. Will you get married in the future?
Nak kena belasah???kahkahkahkaha



32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Tak ada rasanya....mana minat benda2 yang kena dok diam ni,I kan hyper...huhuhu!!



33. Is there anyone you like right now?
Ramai lah pulak,cemana ni ha?wakakakaka



34. When was the last time you did the dishes?
Tak ingat lah....larikkkkkkkkkkkk



35. Are you currently depressed?
entah,takde pulak rasanya....



36. Did you cry today?
A'ah ,mana you all tau?masa antar Makcik kat Tabung Aji pagi tadi...sebak lah pulak...(mmg tak blh tengok orang pi Mekah,mesti airmata ni tumpah....)



37. Why did you answer and post this?
Sebab suka!!sayaaaaaaaaaaaaanggg Kakja!(uweeek!)



38. Tag 5 people who would do this survey
semua yang kak ja tag...

Fuh,lega....siap pun.

Wednesday, November 26, 2008

Ala....kena tag...(buat2 marah....ahaks!)

Bukan tak suka kena tag,instead suka sesangat...(ahaks!)tanda kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas kalian semua pada I,Tapi masaalahnya,takde sapa yang I nak tag,as I've a very limited blogger friend,ni kena carik as many friend as I can lagi ni,tapi masaalahnya,I pemalu,cemana?)kalau ada pun semuanya dah buat tag ni,so jgn mare lah ya,kalau I sebut nama2 u all balik,walaupun you all dah buat tag ni.


Ni kak ja la ni,saja nak kenakan I ni kan?kan?kan?Kengkonon ingat I majuk betul-betul aritu.Tak kan lah nak majuk kut kak ja cayang oi,Saja nyakat kakja aritu...skrg, 0 - 0 ok?

Soalan pertama berbunyik begini.....kakakakaka........


1)Do you think you're hot?


Ni memang tengah hot ni,pasai aircond kat opis ni,buat pangai arini!waaaa...tulun very 'HOT"

2)upload ur favourite picture of u.


What????picture of me?ni memang sah nak kenakan I ni!Alaaa....blh tak tak payah,walau hati I bagai digaruk nak menonjolkan diri,nak keluar dari kepompong yang membelengu diri,siian you all semua yang dah bagaikan sahabat pada I tak kenai rupa paras I aka "my mug" ini.Justeru itu I tepek kan gambar ni yang kebetulan my friend baru email to me jap ni,Oleh sebab ni yang terbaru,so I paste yang ni,tapi untuk jangka waktu yang terhad ajer ya. Bila2 jap lagi,I akan delete,so first come first....malu lah wei!!

Sekarang Tutup mata...bilang sampai tiga...satu...Dua...Tigaaaaaaa...Pengsan!Tau kan I yang mana satu???

*Ops sorry,dah kena tarik balik,lesen dah tamat,tulah...sapa suruh lambat....next time ya?kot2 ada tag lain pulak,ahakS!

Mestilah yg "hot" tu kan?yg pake tudong itam,mmg tengah hot masa ni dibawah terik mentari di pinggir Sg.Mekong.Vietnam.Wakakakaka....Boleh kata fav jugak lah gambar ni.

3)Why do you like the picture?

Because I look happy here....

4)When was the last time you ate pizza?

Couple weeks ago, masa celebrate girlfriends b'day @ It*lianise OU.(mkn ramai-ramai jadi sedap lak pizza ni,padahal I am not a big fan of pizza!)

5)The last song you listened to?

Pudar - Rossa!

6)What are you doing right now besides this?

Drinking!

7)What name would you prefer besides yours?

Prefer?tak ada kot,tapi macam kak ja jugak,masa kat sekolah dulu ada jugak cobaan menukar nama sendiri to CT Nurlin=cahaya kelembutan,bila tau nama sendiri takde makna,lelama tu ilang macam tu jer...

Part akhir ni yang buat tangan I ketaq nak buat,tapi kalau tak tag orang tak mencapai matlamat lah games nikan?ahaks!So I dengan berat hati,makan hati,setulus hati,sepenuh hati,sampai pedih ulu hati,dengan ini memilih nama2 dibawah ini.Pada yang dah buat tag ni,legaaaaaaaaaaaaa...pada yang belum,I pinjam lak kata2 Kak ja.."Jangan mengelat".Kalau I yang tak pernah tepek gambar kat sini blh buat,yang lain tentu lebih easy peasy kan?.Selamat membuka tag semua,RASAIN!!

drum roll please:-

1.CA(Journalist yg mungkin tak punya masa untuk menjawab tag ini,we'll see!)

2.Aziah(my best buddy ever!)

3.Su(si cantik manis yang I tau tak punya masa untuk tag ni...tapi I nak tag jugak!)

4.Adik(Pasal mak sicomel ni tag I,kira balas dendam gitu,ahaks!)

5.Riken(si gentleman yang jauh diperantauan,and I know that he has no time for this too)

but hey,my choice are limited.....kira boley la tu ya????

8)Who is number 1?

Teman blogger yang masih mencari.....dan tajam mata penanya,he can write almost everything,he is a damn good writer,if I can say!

9)Number 3 is having a relationship with?

uHHHHhhh..ramai....tak berani nak cakap...ahaks!Kan Su kan?

10)Say something about number 5?

Errr..basically I did'nt really know about him,but somehow,I can say that he is very polite young gentleman,bertuah sapa dapat buat menantu!woohooo!!!

11)How about number 4?

Dia bibik canggih paling cute and paling educated,dia jugak teror cabut uban!

12)Who is number 2 ?

Seorang perempuan cantik yang tengah confiuse sekarang ni?Dah ok dah aziah?Kalau tak ok lagi,kasik roger sama gua ya?

Pheww...siap pun,saja I buat cepat-cepat,takut malam ni tidoq tak lena,diganggu igauan ngeri soh siapkan tag ni jugak!nanti satu kerja pun tak jadi buat...*sigh* ahaks!

Monday, November 24, 2008

Hari ini dan semalam....

Hari ni rasa tak sedap badan...tekak rasa mual jer...(ooo No,I'm not as what u might think,though I hope for that),mungkin sebab salah makan,atau terikut-ikut dengan teman sekantor ni yang dilanda "diarrhoea".

Dalam keadaan weng-weng tu,aku tetap gagahkan jua menghubungi pihak insurance dan socso,bagi membantu sepupuku S yang suaminya N, baru saja mengalami kemalangan motosikal sabtu yang lepas di Smban,dia terlanggar kereta yang ditinggalkan pemilik ditepi lebuhraya itu,habis patah kaki dan tangannya.N dalam perjalanan menziarahi ibu di K.Pilah,begitulah rutin mingguannya sejak Ramadhan yang lalu,sejak kali pertama mengetahui ibunya sakit.Untuk menjimatkan kos,N tidak membawa kereta,sebaliknya hanya bermotosikal pulang ke kg,walau telah acapkali kami menasihatinya,Tapi,aku faham akan,keadaan kewangannya.Jadi kami hanya berdoa agar dia selamat setiap kali perjalanan itu.Tapi sabtu lalu,apa yang menjadi igauan kami,menjadi kenyataan...kesian N!

Semalam pula,usai segala kerja rumah,aku menghantar The Son,ke rumah FIL sama seperti kelmarin,atas permintaan FIL yang ingin membimbing The Son untuk menghadapi UPSR tahun depan,hari pertama aku datang ke rumah FIL ,aku terkejut melihat longgokan buku yang baru dibeli khas untuk The Son,kukira hampir 40 buah semuanya!Mak ai!Benarkah apa yang kulihat ini?Aku dan Mr.Hubs memandang sesama sendiri,dan SIL penuh kehairanan berbisik padaku "Blh kah ayah mengajar?memandangkan syllibus sekarang sudah jauh berbeza dari zaman ayah bergelar pelajar dulu?'tapi MR.Hubs kata..."Takperlah...asal ayah puas hati and my son surely will benefited something from that,at least the bonding between atok and grandson.Hati kecilku berkata...inilah nasib cucu tunggal!Moga tergalas harapan yang atokmu letakkan padamu nak!(atok wants his GS to be as genius as himself...argh...and err,FIL is a very straight man,A katanya...A lah,he never ignore what people will say about him,he live in his own world,if you could understand what I mean)

Selepas menghantar The Son,kami ke UY,menghadiri majlis perkahwinan sepupuku,Setibanya di sana,aku disambut dengan muka kelat-kelat masam BZ,pakcikku PS manis pula mukanya,namun sempat menyindir kami dengan kata-kata "Ingatkan tak datang"...kami senyum saja.Paling utama kalau ada majlis begini,aku cukup teruja untuk berjumpa saudara mara dan sepupu-sepupuku yang lain,manakala Mr.Hubs pula,bersama saudara mara lelakiku.Dia tidak makan,aku pula buat syarat,makan jua barang sesuap dua,jangan dikata sombong.Selepas duduk berbual mesra sejam dua,kami pun pulang untuk mengambil The son lalu pulang kerumah.

Petang pula,kami ke Hosp Srmban ,turut bersama my divorce untie dan anak2nya, kami carpool ,melawat N yang kemalangan itu.Sedih kumelihat keadaanya,terutama tentulah isterinya Sal,yang terpaksa berumahtangga dihospital itu.Inilah kehidupan kan?Dugaan datang tak kira bila,justeru kutanyakan padanya,apa yang boleh kubantunya saat ini....sekurang2nya tentu kurang sikit sesak didadanya,Kalau lah aku ditempatnya....

Keluar dari hospital,kami berlegar-legar di bandar Seremban,mencari-cari tempat makannostalgiaku satu tika dulu,tapi dalam malam pekat begini,tiada apa yang dapat kutemui,tambahan pula,jalan-jalannya yang telah jauh berubah.Pusing punya pusing hanya sebuah deretan gerai panjang saja,yang bisa menepati citarasa kami,apatah lagi anak-anak makcik dah merengek kelaparan....jadi disitulah makan malam kami malam tadi.Boleh lah,dari tiada......oh,Serembanku,jauhnya kau berubah!

Lebih kurang 10 lebih baru tiba dirumah...arghhhhhhhhhhh penatnya....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, November 21, 2008

Moving out anyone?

I can't stop laughing when I received this email yesterday,Whats more its came with a subject;"KELUARGA OB*MA PINDAH KE WASHINGTON.Ops!I am sorry If I offended anyone,but I feel this is damn cute!*giggle*
*Tengah pikir,cemanalah dorang nak carik barang-barang dorang semula,bila sampai destinasi nati ya?*lol*
tapi...inilah reality kehidupan..........

Thursday, November 20, 2008

Nak pergi ke tak?

Penat minggu lepas,kala makcik aka jiran sebelah umah buat kenduri kahwin pun masih bersisa,ujung minggu ni nak kena pergi lagi,sepupu yang lain punya turn pulak kawin,kali ni ,aku nak jadi tetamu je,lepas makan,balik!

Arrogant sangat kah bunyinya?Tapi yang pasti,kami tak rapat dengan keluarga pakcik yang ini,(PS) sedari muda PS ni,tak suka bercampur orang,kawin pun agak lewat,dapat pulak jodohnya dengan BZ ni,yang entah mengapa,apa yang terkeluar dari mulutnya sentiasa menyinggung hati kami-kami ini.
Bukan aku seorang,malah semua,kuulangi SEMUA saudara maraku.Sedap betul dia membahasakan orang,baginya mungkin tiada apa-apa,sebab dah memang itu bahasa hariannya.Mungkin dia ni ada penyakit kot.She's a queen control too.PS takut betul dengan isterinya itu.

Bukan niat nak memburukkan BZ,semua disini jua tidak mengenali dia,tapi sebagai sebuah cerita yang mungkin terselit pengajaran disebaliknya....Paling kuingat,saat awal perkahwinannya penghujung 80an dulu,kata-kata pertama yang dilontarkan pada adalah "kau ni tinggi sangat lah,susah nak carik laki"(she's short mind u)..aku senyum jer masa tu,dah kita budak kecikkan?tapi Allah maha berkuasa,ada pulak orang yang lebih tinggi nak kawin denganku,and hey...I'm not tooooo tall,just nice to be a model,if I can say...muahahaha....Padan!

Banyak lagi insiden yang menikam kalbu,kala saudara mara mengadu sesama sendiri saat dicemuh oleh BZ.Tapi yang buat aku bengang sampai hari ini adalah,sifat tidak amanahnya,bermula dari dia menawarkan diri untuk mencari penyewa untuk rumahku yang kosong berhampiran rumahnya.Bertahun dia mengutip sewanya,bila aku mintak,aku pula dimarahi.Sudah tu,segala jenis cukai pintu,cukai tanah tidak pula dibayarnya.Kesabaran aku ada hadnya,namun aku masih berlembut,dengan mengatakan aku bakal menjual rumah ku itu.Habis cerita,hati pun tak sakit.Dan sekarang,tiada lagi extra incomenya!Aku tengok tidak pula dia kaya...dan aku yang dianiaya ini,Alhamdulillah tidak pula jatuh miskin!

Ketika datang kekenduri makcikku tempohari,dia hanya duduk terpinggir anak beranak,entah mengapa,tida seorang saudara mara pun yang duduk berbual dengannya,dan dia tidak pula menjejakkan kaki kerumahku,mungkin malu sendiri,aku seperti biasa tetap tersenyum,namun memang tidak punya masa untuk duduk berbual denganya.Tapi aku tahu,ekor matanya sering memerhatikan aku,tapi mengapa?


Bila malam bertandang ,ketika kami semua sedang berkemas-kemas,tiba-tiba muncul akan cerita BZ yang akan mengadakan kenduri kawin anaknya minggu depan,tapi kami anak-anak saudaranya ini,tidak dijemput,jadi,kami agak keberatan untuk datang,mentelah lagi,tahu yang jemputannya terhad,justeru makcikku ini,menghubungi BZ,untuk memastikan apakah anak2nya serta anak2 saudara lain dijemput sekali atau tidak,memandangkan ketika berjumpa dengan kami semua tadi,tidak pulak dia menjemput,Tapi BZ telah memusing cerita dengan mengatakan "tiada siapa melayannya siang tadi",hey come on lah,ni kan umah keluarga sendiri....adoi,ini macam punya orang pun ada...dan sambungnya..."kalau dah jemput mak tu kira jemput anak-anak sekalilah"taktaulah sebab dah terkantoi ke dia cakap macam tu,atau dia benar-benar ikhlas menjemput.

Sudahlah siang tadi kulihat ada kesuraman diwajah comel isteri sepupuku A,rupanya dia telah di"sound" oleh BZ dengan kata-kata "Engkau ni,umur berapa baru nak beranak?"
Hey,apa kena dengan perempuan ni?tak tau ke rezeki tu ditangan ALLAH? BZ ni memang tak puas hati kalau tak dapat sakitkan hati orang,sudah lah nenekku yang tua itu pun diarahnya macam-macam malam sebelum tu,ketika dia menumpang tidur,grrr!bak kata sepupuku,sedarlah sikit,suami kau tu (atas desakan dia) yang keluarkan duit tabung aji embah(nenekku) sampai tinggal singgit!(but off course ,berani cakap belakang jer...)
Macam-macam lah hal BZ ni ,yang kalau diteruskan lagi,bisa membuatkan darah sesiapa saja menyirap....

Tapi,harus diingat,Allah itu ada....sejauh mana dia nak mendongak langit,sedikit demi sedikit tuhan telah tunjukkan padanya,akan kebesaranNYA,tidak perlu kunyatakan,tapi cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh anaknya yang bakal berkahwin ini.Kalau dia tidak melihat ini sebagai peringatan Tuhan....tak taulah aku nak cakap lagi...

Ikut hati,rasa malas jer nak pergi umah dia,tapi kata Mak,pergi jerlah,orang macam tu,kita ajar dengan berbuat baik dengan dia,dia ada masalah tu....Kita beralah lah takper....lama-lama besok,dia sedarlah tu.....Ya,mak,along ikut cakap mak tu....dan along tak pernah kesah pun atas perlakuannya,Sesungguhnya Allah bersama denagn orang yang Sabar...dan along pegang kata -kata mak agar berbuat baik pada semua...

Wednesday, November 19, 2008

I am sorry CA !

This in kinda an open letter to my blogger friend,who I respect most,and he is like a big brother to me (as our big gap of age different).


Dear CA,

This is truly from the bottom of my heart,my apologies for making confusing comment to your blog.Silly me, always feel that everybody understand when I crack jokes! Sorry CA,sorry!

CA,
I am really honoured and appreciated by your invitation,but as I mentioned before,I need to go to KK that day.Secondly I feel I am too tiny,compared to you and the big name who will be joining the gathering,who blog about serious and beneficial thing,compared to me,who only blog about my daily life and an expression of my feeling.But I do hope,one day,I have a strength to meet them all.InsyaAllah.


And errrr...one more thing, If I can say.......actually I am not ready to expose myself to this real world,after all my kinda embarrassing moment/frustration revealed in this blog.InsyaAllah one day when my heart open...I will,with the bless of Mr.Hubs(which is too good to be true) Off Course.

To all gentle readers,Please visit CA blog,to know about the bloggers meeting this end of month.Hope all of you can joint and have a good time meeting our bloggers friend in person there!How I wish I can join!Cheers U all...Wassalam....

Monday, November 17, 2008

Bila mata kanan berkedip...

Dah 2 hari mata kanan ni asik berkerdip....Orang kata nak jumpa orang jauh.Mungkin cara kebetulan,tapi yang pastinya,semalam,masa kenduri kat umah makcik,jumpa ramai sedara mara dan rakan taulan yang sejak sekolah terpisah!Apakah yang lebih indah dari menemui sahabat lamakan?

Hari ni pulak,tanpa disangka-sangka T*mura San yang dah lebih 6 tahun tak melawat office ni datang mengejut!What a surprise!

Dimail box ku jua,dipenuhi dengan email dari mantan MD yang telah pulang ke Jepun lama dulu!Dan paling manis adalah email dari seorang teman Jepun yang paling rapat denganku setiap kali kami bertemu di majlis anjuran syarikat diluar negara ,pejabatnya diFilipina, sebelum dia dipindahkan semula ke negeri matahari terbit ,negara asalnya ,beberapa tahun yang lalu,Kerana dia telah berada dalam working zone yang berbeza,maka tiada lagi pertemuan selepas itu.


Both of them happy to see my photo in Vietnam and antara kata-kata yang sama mereka ungkapkan adalah "u never change since 10 years ago"compliment kah itu?entahlah...yang pasti aku tersenyum hari ini.

Bila mata nak bekerdip lagi ni......

Thursday, November 13, 2008

Jalan TAR,here I come!

Citer Jalan TAR pun nak jakun kan?Well,actually Yes for me,sebab rasanya kali terakhir ronda Jalan TAR was about 4-5 years ago,selain Mr.Hubs tak suka nak pergi,I sendiri pun ngeri tengok orang ramai sangat,especially bulan puasa,macam pesta! Harus I migrin.


Teringat jaman dolu-dolu,tetiap malam minggu boleh ukur jalan kat Pasar Malam Jalan TAR tu,bukan beli apapun,look-look and see-see jer,abis-abis dok makan kat situ,hish..kalau pikir balik,buang masa betul.Bila zaman berubah,asal nak raya jer,WAJIB gi Jalan TAR,kalau tak macam tak sah raya(errr...my both sisters still practised this though,!) ei..tak kuasek akkak nyah!


Minggu lepas,hati ni bagai digaru-garu nak pergi Jalan TAR,lepas tengok my friend yang baru berhijrah,bergaya dengan macam-macam fesyen tudong,ahaks!Katanya kat sana ada variety choice,macam-macam ada,ala....teringin lah pulak,nak pergi sendiri,Mr.Hubs mesti bagi macam-macam reoson...cemana ek?


Tetiba I dapat idea,lepas ngokngek ngokngek macam kucing nak beranak,I berjayaaaaa!!I cakap,while u nak pi National Library dgn The Son tu,boleh tak,U drop I kat Jalan TAR,dah sudah shopping nanti,U ambik I?boleh?ala on the way kan?...I ajak lah A(my sis).Deal...Syukur!


Sampai Jalan TAR,belum pukul 10 pun,banyak kedai belum bukak,I betul-betul macam rusa masuk kampung,tak tentu arah,sebab dah lama tak datang sini,dah macam-macam berubah rupanya,semua benda rasa nak beli,tapi I tetapkan matlamat,I've been here sebab nak carik tudung yang ala-ala ikin m*wi pakai tu,sebab senang,rentap jer kebelakang yet very stylo,no need brooch one!Dalam masa sejam I tak perasan,I dah beli 8 helai tudung,(yang I tak pernah ada) Off Course,sebab nak cover rasa bersalah,I told to myself,ala,bukan datang selalu ,ni kira 4-5 tahun punya shopping,kira ok kan?


What amazed me is,Jalan TAR yang selengang-lengangnya....My sis yang dah biasa tengok lautan manusia kat situ pun heran.....mungkinkah sebab sekarang ni bukan musim perayaan?tengah bulan?atau kelembapan ekonomi negara sedang melanda,cuma aku yang tak sedar2 diri?hmm,,..entahlah...


nak tengok Jalan TAR minggu lepas?


Kosong?sampai salesgirl kena turun bagi flyers kat pedestrian....

Bagai dilanggar garuda?mana pergi semua orang ni?

Even,kat A&W yang kami singgah tu pun,hanya satu meja je ada customer?Tapi Alhamdulillah kedai buku sebelah tu,ada gak orang....

Monday, November 10, 2008

Jumpa duit...

Uuuuuuuuuu...sound good kan?Tapi how if I said ,finding my own money?tak best?erm,like this,I am having a habit not to put money in one place,bak kata my friend suka sepah-sepah put here and there, tapi, Alhamdulillah,bila I nak guna duit tu,dia muncul semula! I tak pernah putus duit,that's for sure so far,No!jangan kata I banyak duit or what...ramai lagi orang kaya,tapi hidup selalu rasa sempit kan?I am ordinary people yang hidup seadanya...


Its quite sometime,since I feel an urge to blog about this,tapi bimbang disalah ertikan,alas with good intention,InsyaAllah bisa diterima baik jua oleh semua,Actually dalam minggu lepas jer dah 2 kali I jumpa duit...(was actually mine,tapi kalau tak jumpa,tetap bukan rezeki kitakan?).First one was when I baru niat nak bagi duit to my brother yg nak balik U,suddenly rasa nak kemas beg yang guna masa raya tu,Tup-tup, jumpa balik balance duit raya yang tak habis bagi hari tu,walaupun dalam small notes,consists of RM1,Rm5 and RM10,tapi bila dihitung ia berjumlah RM400.00!Subhanallah.



Second one happen yesterday,in the car on the way to visit my uncle who is in coma,After I just finish put some money inside the envelope to be given to my uncle's wife,suddenly tangan ni tergatal raba-raba poket beg,konon nak buang segala kertas yang ada,sekali lagi.I found RM ***, Aku termenung....Rasa macam tak percaya,nak menangis pun ada,walau aku tahu yang aku jumpa itu adalah wang aku sendiri,tapi aku memang dah lupa akan kewujudan wang itu,which like betul2 macam duit jatuh dari langit...Bila dalam masa yang terdekat benda ni happen,aku nekad menulis pasal benda ni.

Actually kes jumpa duit ni,selalu happen to me naturally,Sah!kalau sengaja carik2 beg lama dengan harapan nak jumpa duit takkan jumpa,berlaku tanpa sengaja,biasanya sebelum tu I have intention to sedekah pada sapa-sapa,walaupun masa tu I bukan ada duit sangat.

Peristiwa yang paling terkesan di hati adalah during Last Year Aidilfiti,I rasa macam tak cukup duit untuk bagi kat parents sebagai persiapan hari raya tu,yelah,mana nak sediakan kelengkapan raya untuk semua adik-adik yang masih belajar tu lagi,sepersalinana untuk inlaws yang biasa aku sediakan lagi,duit raya...arghhh...bukan mereka meminta,tapi aku rasa bahagia jika aku dapat menyediakan semua itu,setakat persiapaan kami anak beranak,tak kisah,InsyaAllah no problem,sebab ada Mr.Hubs yang settlekan,but I need money untuk extra expenses.Mintak kat Mr.Hubs?No,Its not me,aku tidak dilahirkan untuk meminta-minta,biar tiada,untuk meminta is not me,Lagipun aku malu,cukup lah,elaun bulanan serta kelengkapan diriku terjaga,tak sampai hati untuk meminta lebih,Kalau bagi Alhamdulillah,jika tidak...tak mengapa,Hanya Allah tempat aku mengadu....

Dalam kesedihan itu,aku membuka almari mencari-cari buku ASB,sebagai ikhtiar terakhir,Maha Besar Allah ,yang Maha memahami,tiba-tiba aku temui semula wang RM1000 yang temanku pulangkan sebulan lalu,aku memang dah lupa pasal duit tu,mungkin masa dia bagi duit tu,aku tak perlukan sangat,jadi aku terus simpan kat situ,Tapi menemuinya semula,dalam keaadaan aku sangat memerlukan,adalah satu RAHMAT yang tidak terkata!Ia merupakan satu kurniaan besar padaku waktu itu.The rest is history....Pada mak kuceritakan pengalamanku ini...kulihat mata mak hampir berkaca,kutahu bermacam perkara bermain dibenaknya.

Sebenarnya bukan setakat menemui wang sendiri saja,tapi entah mengapa bila aku memerlukan sesuatu atau dikala kesempitan,(terutamannya kala bergelar pelajar dulu) ada saja insan2 yang datang membantu,membayar hutang,received an unexpected allowance,orang nak belanja yang entah siapa .... (but kesudahannya tau jugak,sapa)during my college day,when I 'm having my dinner ,bila nak bayar,selalu abang kedai cakap,tak payah bayar dik,dah ada org bayarkan(do u remember this aziah?).Walaupun tak banyak,tapi rezeki Allah bagi tak pernah putus.Sampai brother kedai siap tanya,adik pakai ayat apa,setiap kali datang ada org bayarkan?....

Erm...memang takde ayat apa,tapi,Ingatlah janji Allah itu benar,cuma aku akui,aku mengamalkaan membaca suratul Waqiah,setiap kali selepas solat zuhur,amalan ini telah kuamalkan sejak dari sekolah menengah lagi..(alamak aku dah nak nangis dah ni,)Aku ingat lagi di suatu kuliah subuh diasramaku,ada penceramah jemputan dari Darul Atiq,Ustaz Hasbullah Awang(tak taulah samaada beliau masih hidup atau tidak,jika tiada..Alfatihah untuknya),Ustaz tu lah yang memberi petua murah rezeki ini.Aku yang selalu kesempitan waktu tu,(almaklum,budak sekolahah,dapat pulak aku memang tak suka meminta walaupun dgn mak!,hatta kalau aku kesempitan wang pun,tiada siapa akan perasan!)terus mengamalkan surah itu hingga ke hari ini,lepas pada tu,kalau mak tak datang melawatku di asrama,duit mak pasti tiba,yang dikirim melalui ibu teman lain. *sigh*

Aku percaya,ini semua kuasa Allah,tiada yang mustahil didunia ini,dan tiada apa yang berlaku secara kebetulan,Everything comes for reoson,cuma terpulang pada kita nak memandang sesuatu perkara yang berlaku itu bagaimana.

p/s;another amalan is ayat seribu dinar and solat dhuha.

n please forgive the rojak bahasa ,kejap aku kejap I,ikut apa yg terkeluar masa menaip tu,paham2 sudah labu..........cek nak cepat ni...(biaser...)

Wednesday, November 5, 2008

I am reading this,now....

Yes,I am a big fan of this guy...uhuk uhuk...other than he is handsome ,I find that he has a charisma too..I simply love it!

I know I am way too late to read his book as The Apprentice now is already in 5 or 6 season,Yes?No?maybe,I've lost track...caused I've lost interest after the 2nd season,Yet still,better late than never right? Errr...by the way,I hate OMAROSA thougr,Yikes!

As I am reading this,the son came home showing me his report card,although,I see some improvement,but he had a bad news to tell me,that ,he might not will be any longer in the creme de la creme class he used to stay for 5 years,in other word ,he might be shifted to B class,as his result is not good enough!Serve him right!I hope he will learn something from this case.But as a mother,I know deep inside,he was so sad,alas the problem is,he still act like usual,didn't even start to do a first move. And I think I should do more solat n puasa sunat to pray for his success.

Lucky enough in this book saying that,everybody has their own strenght and capability,and will success in various way,but in today's life,we measure the success by looking at the academical side,which is true enough,I don't know how to elaborate,but it makes me cool down,and had a best discussion ever with my son,we talked from heart to heart,no yelling or spanking at all!!Thanks Bill!!

p/s:jika ditimpa ujian begini,aku selalu merasa akulah yang paling bersalah,dan mungkin ibadahku banyak cacat celanya...Tuhan,ampuni aku,......etc etc etc.....

berkongsi rasa ....