Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri....



Buat teman-teman semua,Salam Aidilfitri kuucapkan walau dimana kalian berada.Semoga Aidilfitri kali ini menjadikan kita lebih dekat denganNYA dan dapat mengukuhkan silaturrahim antara kita.Dikesempatan ini jua kupohon kemaafan atas segala salah silap diarena pemblogan ini.

Untuk menceriakan lagi AidilFitri kita ini,sudilah kiranya kalian terima duit raya dariku ini....Hanya sebanyak ini saja mampu kusediakan tahun ini...ahaks!

Akhirkata,berhati-hati di jalanraya,jangan asik control ayu,kalau penat paham2lah berhenti sebentar ok?Jemputlah datang ke rumah......I tunggu.....

Friday, September 26, 2008

Birthday di bulan puasa

Dalam bulan puasa ni pun ada b'day celebration tau...kalau yang jemput for late supper for family to boleh la diconsider,tapi yang jemput untuk berbuka puasa kat luar tu,maaflah....keaadaan tak mengizikan buat masa ni...sorry ek?..

Ni b'day my friend's son yang minat sangat MU-The cake is so cute eh?




So,the kids pun kenalah datang ikut theme kan?








While moms busy talking....happy moment for me!



While semalam pulak my bff cum officemate cum schoolmate punya b'day celebration,too bad I cannot join.


Sorry sebab tak dapat join yr b'day celebration semalam,paham2lah kan,bulan puasa ni,susah sikit untuk I tinggalkan family....Mr.Hubs kita tak seseporting you all semua(read:I pun tak minat nak hang out kat luat hingga larut malam,mak I pun garang tau,dari jaman anak dara tak merasa keluar malam)


Sn*f last night,MMS photo from dear friends to me at home...huhuhu


Happy Birthday Sn*f,

Semoga diusia ini,kau makin success serta matang dalam menghadapi hari yang mendatang...
May Allah bless and May many more to come!!

Wednesday, September 24, 2008

Perasaanku hari ini...

Semalam masa leka pilih barang kat Subang Par*de(again,selagi tak raya!) tiba-tiba kaki ni tersadung kat rak2 kat situ...maka terputus dua lah ankletku yang baru berusia 4 hari tu,waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!Belum sempat raya!!

Balik umah takut nak cakap dengan Mr.Hubs,takut kena marah sebab this is not the first time aku keciciran anklet....tapi nampaknya harini kena bagitau jugak,sebab nak mintak dia teman gi Wah Ch#n....nak betulkan anklet tu atau tukar yang lain,and I berjanji kalau yang ni problem gak,maka benarlah I memang tak layak pakai anklet tu....erm..lagipun bukan elok kan?macam kelly ng?kan?tau takper.....but being degil dalam diam I am....macam nilah!

Malam tadi juga,I did'nt go to the mosque for Terawikh prayer,sakit kepala,mungkin kah sebab tension pasal kejadian anklet putus tu?mintak2 bukanlah....tak best la kalau cinta duniaku mengatasi segalanya...harap-harap pening pasal cuaca panas sangat semalam,Dan juadah berbuka puasa pon semakin kurang varietynya,sebab dah hujung-hujung ni dah tak ghairah nak makan macam-macam,ahaks!

Yang penting,tak sabar sangat nak raya kat kampung tahun ni,tak tau kenapa....kalau dulu,bila sebut nak balik kampung jer....mulalah tersenget,agaknya,bila usia menginjak senja,kita semakin menghargai kampung halaman dan ketenangan kampung yang mendamaikan....

Ho ho ho balik kampung.....ho ho ho balik kampung....hati girang....

Monday, September 22, 2008

After 3rd week of Ramadhan..

Hari ni,InsyaALLAH dah masuk hari ke 22 kita menjalani ibadah puasa,sekejap betul masa berlalu sekarang ni kan?

Jika minggu pertama kulalui dengan mudah sekali,minggu ke 2 pula,ku lalui dengan penuh kepayahan,bilamana aku diserang demam yang sangat teruk,yang melemahkan segala sendi yang ada,sakit seluruh badan,aku flat....lemah selemahnya...entah apa virus yang melanda,keklinik sudah ,berurut pun sudah.....lama juga demamku nak kebah kali ini..Tapi yang pasti,kejadian demam itu benar2 mengubah sikap seorang aku ini....Benarlah...Allah turunkan hujan,kerana Dia nak turunkan pelangi selepas itu....

Alhamdulillah,selepas kejadian demam itu,hubungan aku dengan mak,jadi bertambah intim,aku sudah bisa meluahkan semuanya dengan mak,aku insaf sebab semasa aku sakit tu,mak pelok cium aku,sambil mengusap2 rambutku serta nampak risau dengan keadaanku... Justeru itu,aku bernekad,tidak akan mengecilkan lagi hati ibuku,dan akan sentiasa menjadi anak yang selalu menyenangkan perasaannya.

Kerana demam itu jugak,aku sudah tidak berani menjamah ice....yang menjadi segala punca sakit urat-urat sendiku ini,Rupanya aku boleh hidup normal tanpa ice!malah lebih sihat dan badan jadi lebih ringan...Subhanallah...Maha Suci Allah...Rupanya,aku sendiri yang menyebabkan kesakitan ini!ahhhhhhhh....

The best thing,tentulah I loss some kgs now,esp part tummy trim tu..heheh...yelah,masa demam tu,mana ada makan apa-apa,just minum jer,lepas tu dah tak minum ice dan tak lalu nak makan banyak macam selalu,nasi yang suku senduk pon tak boleh abis....tension gak....tapi sebab nak pakai kebaya raya nanti...sabau jerlah...Ahaks!

Persiapan kat rumah,biasa-biasa jer....takde benda baru pun,Mr.Hubs very practical orangnya,beli quality things,pastu pakailah selagi tak roboh....I'm very used to it,kebetulan memang tak kisah pun,beli benda perlu jer...contohnya beli my gold anklet!!hahaha...Yang ni,I memang used to it,asal raya,I mesti ke goldsmith...crazy yet very oldfashioned!and I kinda like blink kading looks for hariraya.This is my mood,really!Oh..poor me..(ke hubby?) huhuhu..

Sepanjang 3 minggu ini juga,kami berjaya merealisasikan impian kami untuk tidak berbuka diluar,which was pretty amazed me!hahaha,Tapi ada satu perasaan puas dihati kami,yang paling penting budget tu dah pun kami salurkan pada yang lebih bermanfaat dan dapat dikongsi pada yang lebih memerlukan...Alhamdulillah,moga amalan ini berterusan pada tahun-tahun yang berikutnya.Lagipun kat umah mak,jika kami tiada,mak mungkin akan selalu berbuka sorang diri,sebab ayah as AJK masjid, kena buka puasa kat masjid...lepas tu,kat umah mak,makanan punyalah banyak,mana yang mak masak,ayah bawak balik dari masjid,bertukar-tukar juadah dengan jiran sekeliling lagi....uh,heaven!kalah buffet hotel sebab varietynya,tapi di rumah tentu dijamin kesuciannya kan? Apa lagi yang kumahu?

Cuma,aku belum dapat lagi memenuhi jemputan berbuka puasa teman-teman...aduh!sukarnya memuaskan hati semua orang...As a typical malay lady I am,aku memang susah nak tinggalkan suami dan anak,kala aku bersuka ria dengan teman-teman,yang rata-ratanya bersuamikan big shot dan "tukang bawak kapai terobang" yang memang selalu away dan tidak punya waktu bersama mereka....Tapi,kali ini aku nekad,pada mereka kuberi alasan yang paling molek sekali,agar mereka tidak tersinggung,Maafkan aku teman...Moga kita dapat bersama di Aidilfitri nanti ya?...InsyaAllah..

Saturday, September 20, 2008

Family Outing...

Diusia ini,tiada yang lebih membahagiakan selain menghabiskan masa bersama seisi keluarga,Bagiku keluarga lah segalanya,justeru itu aku tidak sanggup berpisah lama atau jauh dengan mereka...apa saja sanggup kulakukan supaya kami sering dapat bersama....Family is everything for me.

Kesian adik-adikku,jika boleh,setiap minggu aku ingin mereka pulang ke rumah...hahaha(an evil sista!)biar berapa belanjanya,akan tetap kubiaya,aku puas,jika aku tahu hujung minggu mereka terisi bersama kelurga,dan makan minum mereka terjaga..

Beberapa hari sebelum puasa hari tu,Kami ke Sunway P*ramid,having dinner together,(kebetulan b'day my sis,)stroll along the SP...having an ice-cream and lepak together ,snap the photo here and there,and having a good laugh together.Momen yang tak bisa wujud,jika aku tidak mengemudinya...so untuk setiap hari-hari istimewa dalam hidup kami,seboleh mungkin,aku mahu peristiwa ini diraikan,no matter how and where...



Our latest outing was in SP so jom tengok apa ada dalam SP tu....(wink-wink)


Cantik kan?


The son nak sangat gi skating,but as its already late,so no one wants accompany him...hehehe




I love the way they arrange the fruits to sell,Its called Marakesh area..macam kat Harrod lah pulak,perasan!


Macam kat Las Vegas lah pulak!ahaks!

All of us minus 2 ..notice kedai2 sumer dah tutup!

Yeayy..tak sabar nak raya,to enjoy makan session together again!!

Friday, September 19, 2008

Selamat Hari Ulang tahun ayah...

Banyak betul September Baby kan?In house saja ada 2 orang,my dad and my bro...(13th Sept)



16 September is my ayah's b'day....Oleh sebab sekarang ni bulan puasa,maka kami semua tak keluar outing bersama...dapat pulak hari kerja,so there were no celebration at all..very low key,we just bagi hadiah jer kat ayah....
The cheeky son while giving a present to his atok.masa atok balik kejap dari Masjid,lepas berbuka puasa 16th September haritu....


Selamat Ulang tahun yang ke 61 ayah...

Semoga ayah kekal sihat dan bertenaga di usia ini,

Semoga dapat ayah teruskan kerja-kerja amal ayah,

dan berada di bawah lindunganNYA selalu...

Kami selalu mendoakan kesejahteraanmu ayah...

dan kami tahu kau jua amat menyayangi kami,

walau tidak dari tuturkatamu,

tapi dari tindak tandukmu,

kami mengerti ayah,

betapa pentingnya kami buat dirimu,

sepertimana dirimu terlalu penting dalam hidup kami....

Kami Sayang Ayah...Terima Kasih Ayah,

Atas semuanya....

Kami....

Thursday, September 18, 2008

Selagi tak raya....

Semalam Selangor cuti,so ajak mak pi S.Alam,cari-cari apa yang dia nak beli menjelang raya ni..geng pompuan-pompuan jer...orang lelaki tak ikut,ayah sibuk jadi Amil while Mr.Hubs ada kerja yang harus dibereskan.Tapi pagi tu,ntah dari mana datangnya kekuatan,I berjaya Paw Mr.Hubs...hahaha Syukur...dia tanya gak nak beli apa,I cakap...ermmm nak beli baju dengaaaaaaaaaannn,erm,entahlah....pastu I diam,kalau dia bagi,ambik,kalau tak bagi,takper,tak kisah,sebab memang persiapan raya kami sekeluarga dah dia siapkan dari seawal tahun lagi,so No complaints,nak pergi ni pun sesajer nak tambah apa yang patut.Tapi tetiba dia bagilah..Yahoooo!!Alhamdulillah!


About 9.35am, mak and my sis datang fetch me and The Son (bodyguard!)..berkobar-kobar nak gi shopping you!Disebabkan awal lagi,kami dapat parking betul-betul depan muka pintu entrance.Dan kami pun mulalah sessi rondaan,Too bad!takde satu pun baju kat SACC Ma*l tu yg berkenan dihati....Cuma ada satu tu memang berkenan sangat...pandang jer terus jatuh hati,lawa jer kat patung tu...and bila I masuk boutique tu,banyak pulak size I,suka betul!Tapi bila tengok harganya...nak pitam kejap...and I tak akan beli baju harga sebegini sampai bila-bila..period!harganya adalah RM3780.00 jer!!!!!Bila balik umah my mom tell Mr.Hubs-Bini ko berkenan baju 3 ribu,pastu Mr.Hubs cakap kalau pergi Istana nak dapat award ke,takperlah saya beli,ni setakat nak jalan kat kampung...baik tak payah.....hahaha...jadi lawak pulak baju idamanku itu.


Lepas baju yang I nak takde,I Ke Gulat*s,mak's fav store...baru mak senyum,lepas dapat sorang sepasang (except me!) baru nampak mak senyum puas,mak macam biasa,kalau pilih baju,boleh tahan jugak tastenya...takperlah,aku hanya ada sorang mak!Lepas SACC M*all ,I pi next complex pulak,ramainya umat!! I dah start fenin,tapi kang,balik tangan kosong pulak...finally kat kedai yang terakhir I kinda force myself untuk beli gak baju tu,chiffon silk batik warna hijau lembut...very soft colour,which is really not me actually,ahaks!Tapi sebab kesian dengan budak yang jual tu,kesian dengan semua yang menemani,pastu,mengenangkan taknak balik tangan kosong dan takut baju-baju yang dihantar kat tailor tu tak boleh siap(lagi 2 minggu jer ni oi!) maka ongkos tu pun bertukar tangan....abis cerita...kita pun balik.


The Son merengek,nak beli jam yang dia kenan,tapi I kata nantilah,mama dah pening and Wan pon dah sakit kaki,so kami pun balik,sampai umah dah pukul 1pm.Lepas buka puasa,about 9pm,sekali lagi kami ke SACC M*ll tu,sebab Mr.Hubs nak belikan jam yang The Son idamkan tu!
Ni dia few snappo semalam....

Tengok-tengok jer.....mana tau kalau kenan kan?


At one of the Boutique....erm...nothing impress me!


MMS this photo to other sister who is not following,Asking,whether she likes this chiffon lace or not...(songeh pulakkan?oang dah beli ambik jerlah dak?lagipun student mana boleh demandkan..woohoo...)

Thursday, September 11, 2008

Hiatus....

Cotto matte kudasai...

Watashiwa ima...netsu desu!

jya matta

gambattee neee..

yosh!!
dalam ertikata lain...
tunggu jap ya...demam lah pulak....

Jubah hitam pengubat rindu....

Suspen jer bunyi tajuk tu kan?Bukan apa,malam tadi masa nak pakai jubah kesayangan pemberian arwahMIL itu, baru kuperasan ada tanda retasan benang dibawah lengan,dah lama rupanya jubah ini berkhidmat bersamaku,Jubah yang hanya kupakai kala ingin ke masjid bersolat tarawikh.....apa tidaknya insan yang menghadiahkan jubah ini pun dah lebih 5 tahun pulang kerahmatullah...,apatah lagi usia jubah ni,yang dibeli kala kali terakhir dia menunaikan umrah setahun sebelum itu....


Tiba-tiba aku jadi rindu dengan arwah MIL yang terlalu rapat denganku itu,Aku ingat lagi,semasa dia menyerahkan jubah itu padaku,katanya...ni barang pertama yang mak beli di Madinah,sesuai dengan kau...aku gembira sangat menerimanya....dan malam tu aku terus menyarungkannya kemajlis kenduri makcikku,hingga menjadi perhatian dan pertanyaan tetamu lain,dimana aku membelinya....(not brag by the way...is just masa tu tak ada jual jubah macam tu kat sini)Betapa sayangnya aku pada jubah tu,sehingga aku jarang memakainya....



Sekali lagi aku memakainya ketika dapat tahu arwah MIL koma di hospital AS .Masa tu ,aku diberitahu arwah MIL jatuh lalu pengsan semasa berkursus diLangkawi,kemudian diterbangkan ke AS kerana kekurangan peralatan,justeru aku terus mencapai jubah hitam itu dan memecut dari KL to AS,bimbang jika apa2 berlaku,aku sudah bersedia dengan pakaianku,lagipun jubah senang,sarung jer...



Angkara jubah hitam ni jugak,aku disangka orang Arab, sebab masa kat hospital tu,ketika aku membeli packed drinks, bersama The son,dia pulak speaking london dgnku dan aku membalasnya with the same language juga...then pakcik kedai tu denagn muka blurr abis, terus cakap kat aku...Arabic?Arabic?hahahaha...ingat aku orang Arab tak tau cakap melayu lah tu....Eh...taaaaaaaaaakk....kataku manahan malu...melayu..melayu....kataku lagi.Ahhhhhhhhh,ingatkan orang Arab tadi,sebab tak cakap melayu,pakai macam ni pulak,kata Pakcik tu tersenyum......(Son masa tu kecik lagi,selalu tengok chanel 63 pastu tadika omputeh,memang lar....sekarang ni idak lah lagi,dia dah faham situasi)



Rindunya aku pada arwah MIL,sebelum tidur semalam ku cium-cium lagi jubah tu,walaupun selepas jubah ni,aku ada beberapa helai lagi jubah hitam yangberbagai corak dan fesyen malah dibeli teman2 kala berkunjung ke tanah suci jua,namun tak akan sama dengan yang satu ini.Mak,nda akan selalu pakai jubah mak ni untuk ke masjid mak,....semoga roh mak ditempatkan bersama orang-orang beriman....dan mak tau tak mak,sejak mak pergi,keluarga kita tak macam dulu lagi,rumah tu dah sunyi,sesunyi-sunyinya.....rumah tupun dah terbiar mak...persis tak berpenghuni....Pemergian mak,telah merubah kehidupan keluraga kita secara total!Namun mak,kami semua tak pernah lupa menghadiahkan Al-Fatihah buat mak,terutama dimalam-malam LailatulQadar ini....



I miss u mak!

Monday, September 8, 2008

Pertemuan didunia cyber ini...

No Doubt,with all these IT thingy,semuanya bagai dihujung jari....semua berita up todate..nak apa.semua clik jer....Tapi yang mengharukan aku adalah...teman-teman yang kutemui melalui cyper space ini....esp tru this blog,FP and FB.I do admit,I'm a blog hopper ,but as a "rerama" myself,I touch and go aje...tak singgah lama-lama,unless blog yang I rasa menyentuh hati I jer.And I feel blessed dengan kehadiran teman cyber ini,bertukar cerita...menambah ilmu dan berkongsi pengalaman suka dan duka....and I still admit that this blog is not a meaningful and beneficial one,melainkan curahan sekelumit lingkaran hidupku sahaja...Aku tidak bisa menulis article berat,kerana aku punya ilmu yang terbatas,justeru blog teman-teman kujadikan panduan
bagi merungkai segala ketidakpastian....

Sungguh tak terduga....dengan dunia IT tanpa sempadan ini,berjaya menemukan aku pada juniorku kala bersekolah menengah dulu...W.Sungguh dirinya selalu kukenang,dan sering teringatkannya.Manakan tidak,tika aku dalam Ting 3,W ,Ting 1,aku tak tau apa istimewanya diriku ini,sehingga dia sanggup membont*ti aku kemana saja aku pergi!Aku rimas!!!sehingga terkadang terpaksa menyorok bawah katil teman lain untuk menghindarinya...Aku tidak membencinya,tapi aku memang benci jika pergerakanku terbatas...ku ingin bebas! lagipun aku jua punya teman sebaya yang perlu perhatianku....

Aku akui jahat betul aku tika itu....aku simpati pada W,namun teman2 yang lain,sedaya upaya mencari jalan agar W membenciku,agar aku tidak diganggu lagi,aku tersepit....aku ingin berkawan dengan semuanya,namun W menuntut lebih dari itu,mahukan aku sentiasa bersamanya,prep,surau,waktu lapang..Oh..tidaaaaaaaaakkkkkkkkk!!

Justeru,aku ingat lagi waktu kali terakhir dia kedormku,aku hanya diam membisu....aku tak sampai hati nak berterus terang....lalu teman2ku yang lain yang menerangkan entah apa pada W.Sejak hari itu,W membawa hati....bila bertembung denganku,dia menjauh,aku tahu dia membawa hati,aku tidak bermaksud menjauhinya...cuma,berilah aku ruang-ruang kosong untuk aku isi bersama temanku yang lain....

Namun aku tau,W sering mengintai-ngintai keadaanku....Sehinggalah baru-baru ini,bila tiba2 takdir menemukan aku dengan W dialammaya ini,melalui ruang paling popular dialam cyber tika ini, W menjemputku ke halaman cybernya itu...lalu bermulalah lembaran membuka sejarah silam kami.

Aku sedih,bila dia berkata...Saya tahu kak...dulu saya comot...semua orang taknak kawan dengan saya....lalu kujawab,W,zaman sekolah dulu sapa yang tak comot...."tapi saya lain kak...Kucuba cungkil,apakah yang mebuatkannya selalu ingin berada disisiku dulu...katanya...sebab..u are witty,very understanding,friendly and very fair to everyone...."(bukan mengata...tapi waktu tu,W ni mmg budak nerd...penampilan tu letak no 10...dia hanya belajar,belajar dan belajar,manakala kumpulan kami,konon2nya paling outstanding masa tu,budak-budak comot....sorrylah,tapi bukan aku!jiwa aku tak begitu,aku memandang semua makhluk Allah adalah sama,jadi sesiapa yang menghulurkan tangan persahabatan,kusambut dengan baik,cuma................janganlah mengongkongku)Tak kusangka,di usia sementah itu dulu,W dapat membaca sikap manusia....

Aku terkedu,kerana W masih mengingati lagi tabiatku,malah katanya aku peminat setia Amitabh Bach*an,tang ni,aku tak ingat pulak,tapi kalau ia katanya...takkan salah pulak!She's one good lawyer now!tapi sebab dah tak larat dok berperang dalam court,dia baru jer bertukar kerjaya di sektor perkhidmatan awam....and The Ugly Duckling ini sekarang ,dah jadi one charming lady!macam cerita UGLY BETTY pulak ya?hinggakan,bila ku tunjukkan gambarnya pada teman2 lama,semua tidak dapat mengecamnya...Maha Besar Allah...

Puas kupohon maaf,atas sikapku padanya dulu,tapi dia tetap berkata..Akak tak salah....saya faham keadaan saya tika itu,dan saya tetap sayang akak macam dulu...banyak benda yang kami catch up balik pada pertemuan cyber ini..tanpa kecanggihan dunia IT ini,mungkin aku tidak bisa menemuinya..And Yes,atas kesibukannya bekerja,dia masih single hingga saat ini.Moga cepat kau bertemu jodoh W.

Friday, September 5, 2008

Di Ramadahan tahun ini.....

Diam tak diam dah 5 hari kita puasa dibulan Ramadhan nikan?cepat betul rasanya masa berlalu,dan Alhamdulillah rasanya Ramadhan tahun nilah paling kurang cabarannya....aku dapat laluinya dengan mudah sekali...moga ianya berakhir hingga kehujung Ramadhan...

Ramadhan tahun ni,aku bercadang taknak buka diluar ataupun makan buffet dihotel,yang sudah tu sudahlah....lagipun baru aku perasan,yang aku tak akan betul -betul satisfied makan,kalau tak makan home cooked dishes bila berbuka puasa...rasa something wrong somewhere...bak kata mak,tak betul kenyang....Ya,yang sebenarnya,walau diusia ini,aku masih dambakan masakan ibu!

Dan Alhamdulillah aku tak pernah minat ke bazar Ramadhan,kalau terlalu pun,aku tidak lah terliur....sebaliknya,bulan puasa ni pulak aku suka ke dapur,nak makan apa yang terasa dek tekak walaupun hanya ikan masin talang goreng tabur dengan bawang besar and cili goreng...ermm...daaappppp!cukup membangkitkan aroma!Air yang bermacam warna juga kuadun sendiri mengikut kata tekak...hahaha...Too bad Ramadhan hadir cuma setahun sekali,hehehe...

Malam ni nak buka puasa di rumah FIL,erm...nak makan apa ya...memandangkan aku akan kesana terus dari pejabat nanti,tak sempatlah masak ,tapi yang pasti telah kubekalkan mangkuk tingkat pada Mr.HUbs tadi,sebab orang masjid suruh datang ambik makanan sehidang harini,memandangkan harini adalah morehnya.Nasi minyak,daging masak kurma,kari ayam,jelatah....arghhhhh bukan favourite aku tu...mau aku singgah Vicuda jap ni beli food...tapi....ok ke?aku memang cerewet bab makan ni....tak baik kan?bukan nak yang grand,spt kataku ikan masin pun jadi...asalkan kena selera....hai macam2...

Agaknya kerana selera makan yang kian berkurang sekarang ni,badan pun rasa ringan nak ke masjid berterawikh,aku bersama sepupu jalan kaki ke masjid,exercise gitu!manakala Mr.Hubs and The Son naik motor...tapi yang tak best,setiap kali balik sembahyang tu,mesti akan terserempak dengan couple ni,yang perempuan 2 orang budak sekolah,boy friendnya pulak dah kerja kot,selalu jalan depan kami bila balik tu,bila dah nak berpisah depa dok ramas-ramas tangan lah pulak.....Mak!!Aku takut!ni yang aku tengok depan mata aku ni,and depa ni,baru balik dari masjid.....macam mana kalau budak-budak lain dan ditempat lain...

Kecut perutku dengan insiden itu,lantas aku terus berdoa,agar dijauhkan anakku dari kejadian seumpama itu.Nauzubillahiminzaaaaalik...Sebagai ibu,Hanya Doa sajalah senjataku,dan pesanku pada anakku,Memang mama tak nampak....tapi Allah itu maha mengetahui....so janganlah buat benda2 tak elok.....

Wednesday, September 3, 2008

Kena TAG lah pulak...

I've been TAG by my new fellow blogger pal sadi.

The questions go like this.easy peasy maa...

Nick name:
1.Debab-masa kecik bila mak kejutkan bangun tido
2.Nda - most of my friends & relatives
3.Yang & ma - dear hubby
4.Rerama salju - in this blog,tak tau mana dapat tetiba je,poped out from my mind masa nak buat blog ni.
5.Along - my siblings

Anda seorang yang......
1.Easy going
2.Understanding - U know what?I boleh jadi macam orang yang I am communicate with,like,kalau dia tengah bersedih,I turut sedih,kalau dia org Utara,I bantai ckp utara,kalau dia cakap pasal agama,I pun ckp jugak(base on my limited knowledge lah!)kalau dia pemalu,I akan buat dia selesa dengan I,kalau dia becok,I larikkkkkkkkkkkkkkk...hahahaha just kidin'.
3.Loving - Esp to my family and friends...
4.love to give - Yes,I like to buy people a gift,especially when I know the person need it or may like it.OR at least I'll give my love to them....by hug & kisses or with my kind words.
5.Asik nak cepat jer,- Yucks! even bab kawin pun nak cepat!Duh!
6.Senyum sokmo - You seldom see me in sour face!
7.Tak suka membazir - Like thinking thousand time kalau nak beli benda mahal tu,worth it ke tidak?and kalau terbeli benda yang I tak perlu tu,I always give it to other people,kalau masak tu,esp kat umah Mak,I akan buat sistem FIFO,First in First Out..so takde benda yang akan busuk dan terbuang dalam fridge tu.Unless overlook!
8.Punctual - Jangan berani janji sama gue...kalau lu suka nak lambat2...wa benciiiiiiiii.....kalau tak lu extend time bila janji dengan gue...nak jumpa kul 10,lu ckp kul 11
9.Boleh jadi kelakar ,boleh jadi serius....kira hormones tak balance lah ni...*lol*
10.Cepat bosan

Favourite Food.
1.Sambal ikan
2.Thai's food
3.Chinese Food
I'm not really into fast food though!

Favourite Song
Err it will be endless lists...but let me name few,
masa kecik:minat gak dengan semua lagu headwind..."segalanya berkemungkinan"
remaja:Taman Rashidah Utama....(adalah sebab...huhuhuhu)
dolu-dolu:"This House"nyanyian Tracey Spencer,mega hits 3 tengah malatop time tu,banyak kali beli kaset ni,pasal kalau tak ilang kena cilok dek kwn2 hostel tape kaset tu putus la oi...pasal asik pasang jer...hahahaha..teruk betul kan?I love all songs dlm megahits3 tu sebenarnya!
few years back :suka lagu berhenti berharap - shiela on 7 & pastikan - CT Nurhaliza
skrg :kekasih gelapku - Ungu....syyyyyyyy

Favourite Colour
Black,White,Pink and Blue

Sikap yang buat anda bengang....
1.Selfish
2.Lembab
3.Tak tepati janji
4.Ambik kesempatan....eii tak suka!
5.Suka membebel....oi cakap sekali jer lah oi!
6.Bossy and asik nak marah2 je..lu boleh bla....
7.bila tengok org muka masam...eii....nyampah!rasa org tu marah kat kita je..hehehe

3 benda yang mesti ada dalam handbeg
1.Wallet full of cards
2.My handphone!(ops!I forgot to bring it today!)
3.My medicine pouch(astma pill,inhaler,panadol,vicks,etc!)

Kali terakhir anda menangis...........
Tak ingat, pasal jarang menangis...ahaks!
Tapi rasanya adalah dulu,pasal geram sangat dgn Mr.Hubs
warghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!Ya..Ampun!

Oooo suka,? gelak-gelak...now you know my secret,its your turn,And I now,TAG you...Yes,You who read this....

Here is the rules to follow:-(but I'm not a good follower I know...)
1)Answer the questions....publish in your blog
2)Add a link to the person who TAG you
3)Seggest at least 6 other blogs
4)Add links to those on yours
5)Leave a message for your candidate on their blogs


Tuesday, September 2, 2008

Apa ada dengan Merdeka....



Bukan tidak menghayati erti kemerdekaan....tapi apakah perlu untuk aku menebeng di Dataran Merdeka pagi 31 August itu,sambil mengibar-ngibar jalur gemilang?Aku lemas dalam lautan manusia,berdiri lama jua,bisa membuat kaki goyang,apatah lagi jika dibawah perit mentari...tidak semena-mena sakit kepalaku datang menyerang.....


Namun setidak-tidaknya aku ada membantu The Son menyiapkan pertandingan essay "erti kemerdekaan" yang dia sertai minggu lalu.The son juga bakal mendeklemasikan sajak Merdeka disekolah hari ini,kuharap berbekalkan bendera yang bakal di kibarkan semasa bersajak nanti,(bendera recycle yang adikku beri hasil dari perbarisan merdekanya 31 August lalu!) baju melayu dan samping beserta songkok yang papanya hantar pagi tadi,(kerana terlupa membawanya kesekolah,semasa kami menghantarnya kesekolah!) dia dapat mendeklemasikan sajak itu dengan sesempurna mungkin bersama dua orang temannya yang berbangsa Tiongha dan India.Bukan aku tidak mahu mengajarnya bersajak,persis gayaku disekolah dulu....Tapi,aku malu!


Jadi,tanggal 31 August itu hanya kuhabisi dengan berlegar di OU,mujur The St*r ada buat pameran gambar kemerdekaan,so dapat lah The son tengok gambar2 tu,while mama browsing the shops arround!Ops!





Seterusnya Ke SB memenuhi jemputan teman yang meraikan birthday anaknya...sedapnya kala menikmati Nasi Beriani paling lazat hasil air tangan ibu mertuanya....




Selepas Berterawikh.....






keluar makan supper bersama family dan adik- adik,tepat 12 malam...tiba dirumah...maka,tamatlah hari kemerdekaanku yang ke 51 pada tahun ini.....






lamb chop @ William's di malam buta itu....pre sahur katanya....ahaks!


pssspss:baru jap ni The Son called, essay dia dapat tempat kedua dlm pertandingan tu,....hhuhhuhu..tempat pertama dimenangi oleh Nib*shini,his Indian friend.....wah...ini tak boleh jadi...apa dah jadi dengan bangsaku?......

One moment,please....

Salam Semua,

Sorry for my long silence.....(long...nya...ahaks!)
I'm pretty busy for the past few days...but I'll promise to answer all your questions later by today ya?

Thanks for visiting me......

p/s:the previous entry was preprepared few days before it publish though!


Tunnnngguuuuuuuuuu................

berkongsi rasa ....