Thursday, September 11, 2008

Jubah hitam pengubat rindu....

Suspen jer bunyi tajuk tu kan?Bukan apa,malam tadi masa nak pakai jubah kesayangan pemberian arwahMIL itu, baru kuperasan ada tanda retasan benang dibawah lengan,dah lama rupanya jubah ini berkhidmat bersamaku,Jubah yang hanya kupakai kala ingin ke masjid bersolat tarawikh.....apa tidaknya insan yang menghadiahkan jubah ini pun dah lebih 5 tahun pulang kerahmatullah...,apatah lagi usia jubah ni,yang dibeli kala kali terakhir dia menunaikan umrah setahun sebelum itu....


Tiba-tiba aku jadi rindu dengan arwah MIL yang terlalu rapat denganku itu,Aku ingat lagi,semasa dia menyerahkan jubah itu padaku,katanya...ni barang pertama yang mak beli di Madinah,sesuai dengan kau...aku gembira sangat menerimanya....dan malam tu aku terus menyarungkannya kemajlis kenduri makcikku,hingga menjadi perhatian dan pertanyaan tetamu lain,dimana aku membelinya....(not brag by the way...is just masa tu tak ada jual jubah macam tu kat sini)Betapa sayangnya aku pada jubah tu,sehingga aku jarang memakainya....



Sekali lagi aku memakainya ketika dapat tahu arwah MIL koma di hospital AS .Masa tu ,aku diberitahu arwah MIL jatuh lalu pengsan semasa berkursus diLangkawi,kemudian diterbangkan ke AS kerana kekurangan peralatan,justeru aku terus mencapai jubah hitam itu dan memecut dari KL to AS,bimbang jika apa2 berlaku,aku sudah bersedia dengan pakaianku,lagipun jubah senang,sarung jer...



Angkara jubah hitam ni jugak,aku disangka orang Arab, sebab masa kat hospital tu,ketika aku membeli packed drinks, bersama The son,dia pulak speaking london dgnku dan aku membalasnya with the same language juga...then pakcik kedai tu denagn muka blurr abis, terus cakap kat aku...Arabic?Arabic?hahahaha...ingat aku orang Arab tak tau cakap melayu lah tu....Eh...taaaaaaaaaakk....kataku manahan malu...melayu..melayu....kataku lagi.Ahhhhhhhhh,ingatkan orang Arab tadi,sebab tak cakap melayu,pakai macam ni pulak,kata Pakcik tu tersenyum......(Son masa tu kecik lagi,selalu tengok chanel 63 pastu tadika omputeh,memang lar....sekarang ni idak lah lagi,dia dah faham situasi)



Rindunya aku pada arwah MIL,sebelum tidur semalam ku cium-cium lagi jubah tu,walaupun selepas jubah ni,aku ada beberapa helai lagi jubah hitam yangberbagai corak dan fesyen malah dibeli teman2 kala berkunjung ke tanah suci jua,namun tak akan sama dengan yang satu ini.Mak,nda akan selalu pakai jubah mak ni untuk ke masjid mak,....semoga roh mak ditempatkan bersama orang-orang beriman....dan mak tau tak mak,sejak mak pergi,keluarga kita tak macam dulu lagi,rumah tu dah sunyi,sesunyi-sunyinya.....rumah tupun dah terbiar mak...persis tak berpenghuni....Pemergian mak,telah merubah kehidupan keluraga kita secara total!Namun mak,kami semua tak pernah lupa menghadiahkan Al-Fatihah buat mak,terutama dimalam-malam LailatulQadar ini....



I miss u mak!

2 comments:

Aziah said...

Much better you publish the jubah for this special entry. More dramatic.

Honestly, I dont have any jubah even one. I tak reti pakai tapi rasanya after this, nak beli sepasang and belajar belajar pakai.

** its all about get used berkebaya biru masa kat bank dulu for almost 13 years.

rerama salju said...

I love jubah,sebab senang...and it looks stylo too,kalau kena gaya!

but errrr...nor everybody look goods in jubah by the way..ahaks!

like how u look good in kebaya!
blue kebaya!masa tu sapa keja BSN memang glam abis kan?..huhuhu

berkongsi rasa ....