Monday, April 14, 2008

When the time comes....

Innalillahiwainnailahirajiuunn...Al-Fatihah
I just back from the mosque....menghadiri upacara sembahyang jenazah sepupuku,Mohd Fairuz Hairuman...

Suasana pilu menyelubungi persekitaran masjid,kerana arwah merupakan anak bongsu makcikku yang baru berusia 22 tahun,kebetulan rumahnya hanya di belakang rumahku,cuma kesibukan tugas,menyebabkan kami jarang berjumpa.Ketika dimasjid tadilah pertemuan terakhir,ketika dia sudah tidak mampu lagi berkata apa...

Pukul 6 pagi semalam,arwah bertolak ke Pulau R*dang menaiki pesawat bersama dengan teman2 sepejabat,menurut ibunya,arwah kelihatan sangat gembira ,wajahnya putih berseri2.Jam 3 petang,arwah sudah meninggal dunia,ketika melakukan activiti snorkling....kabarnya tertelan banyak air masin...Sungguh pantas segalanya berlaku...dan inilah yang dinamakan ajal....

Jam 5 petang ini,baru lah jenazah tiba dari Hospital Kuala Tren*ganu,setelah ditatap buat kali terakhir oleh sanak saudara dan sahabat handai,jenazah di bawa pergi.......meninggalkan kami dengan penuh kesedihan dan keinsafan di hati...

Banyaknya kematian insan yang kukenali akhir-akhir ini,jiran berbangsa hindu selang beberapa buah rumaku juga,menghembusakan nafas terahir ketika tidur pagi tadi....

Begitulah ya...Bila saatnya telah tiba..........

2 comments:

Anonymous said...

Benar ajal tidak mengira usia. Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat.

Al fatehah.

kitt said...

hi sis..
sory to hear that..
but just wonder,is arwah a car racer or sumthing like that..
name sound bit familiar..

sorry again ...

berkongsi rasa ....