Tuesday, April 29, 2008

What you give,You get back....rezeki..rezeki...

Get back:Having dinner here,kalau orang belanje,jadi double sedap..Alhamdulillah,Ahaks!
macam-macam ada,rupanya kat kopitiam ni ya..uh..uhuh...

Get back :-Hi-Tea @ Kopitiam,SS 14 PJ (tmpt kak ja lepak dolu2,ya kak ja?ahaks!!)


Give:Ayin & Awin ,Sat-Pizza Hut Subang Parade
Eh,macam lagu lak kan?sapa yer yang nyanyi?air supply kah?scorpion kah?hahaha,Does'nt matter lah kan?But today,I insist that,how true this phrase is.

Give,it's many type of give,Berilah apa saja,asalkan Ikhlas,si penerima tentu gembira menerimanya.I like to give,and I love to receive as well,Ahaks!!Pemberian tak semestinya dalam bentuk material,senyuman,kasih sayang,kata-kata dorongan juga adalah termasuk dalam senarai give ni,right?

Today,I want to share with you guys,how fast I get back,what I gave,Simply amazing!!Off Course,when I give,I never expected in return,tapi Allah itu maha Kaya kan?

Begini,last week,my cousin's daughter,told me that,dia teringin makan pizza,so I kata,OK,this Saturday kita pergi,setakat pizza,apalah sangat kan,tapi melihat the kids happy setelah impiannya tertunai is priceless.Selagi termampu jua terdaya,akan kupenuhi apa jua permintaan
saudara dan temanku,biar aku tiada....asal mereka gembira...So,Sabtu semalam,kupenuhi janjiku itu.

Come Sunday,dimulai dengan jemputan Aqiqah anak temanku LK di rumah Ibu mertuanya yg juga adik PM kita,yang tentunya hidangannya adalah course by course dan beranika jenis,diikuti oleh jemputan Hi-Tea oleh temanku P yang sarat mengandung kali ke 2,(setelah 8 tahun menanti) bersama suami dan anaknya,yang pada mulanya menjemput hi-tea di Hotel,namun kutolak secara lembut dalam gurauan,lain kalilah P,sekarang ni kenyang sangat,rugi kalau pi Hi-Tea,and she said OK,lalu we end up hi-tea di OldTown Kopitiam di SS 14 PJ,tak cukup dengan tu,balik tu,dibekalkan anakku Mc Flurry dan ntah hapa2 lagi dari McD.

Dalam perjalanan pulang (Mr.P drive,dah la depa belanja,siap ambik dan hantar lagi tu,apa punya untung la kan?memang baik mereka sekeluarga ni,padan la,anaknya pun sangat berbudi bahasa dan cemerlang dalam pelajaran)Adikku W pulak sms tanya kat mana?sebab dia nak belanja the whole family for dinner.Wow!!Double rezeki nih,perut memang dah kenyang sangat,tapi kalau menolak,tentu dia kecil hati,so sampai rumah jam 6,sempat rehat kejap,lepas Maghrib p family dinner pulak.Dulu kalau macam ni,mak cakap,rezeki rimau..Ahaks!!

Dinner makan Western Food pulak,I did'nt eat much,sebab masih kenyang lagi,nasib ada orang lain,tolong abiskan...tapi bila makan beramai-ramai begini,seronok!!menambah kemesraan rasanya,apatah lagi mak dan ayah nak ke P.R*dang besoknya,adikwan dah nak ke Matrik,Aisyah pulak nak balik U*TM,sebab ada exam Wed ni,jadi di sinilah kami upadetekan segala cerita,meriah!....Terima Kasih Kak Lang,moga murah rezekimu...AMIN.

Aku bersyukur diatas rezekiMu ya Allah .Satu diberi...dua tiga kudapat...Selamat memberi semua...(yang penting ikhlas....)

Thursday, April 24, 2008

Today's rambling-my son & me

Beginilah keadaan rumah sejak kerja-kerja penyelengaraan berlangsung selama seminggu haritu,sesak!!nasib baik everything was settled yesterday.Baru boleh bernafas ,lega!!
Disebabkan kerja2 nilah,aku tak kerumah mak selama 2 hari,dan disebabkan kerja2 ni jugaklah semputku,teruk melanda,Yes,I am allergic to dust.Cino ni pulak buat kerja sampai ke malam.Duh!!

Seharian aku sakit kepala semalam,2 biji Panadol yang kutelan gagal menghilangkan kesakitan,stress kah aku?atau sakit bulanan sebelum tiba tarikh itu?Semput dan hidung tersumbat juga datang seiringan,Berpuf-puf inhaler telah kusedut,namun......,musim hujan ni memang beginilah aku...
Petang semalam,dari office terus balik kerumahku,kerana ada hal nak diuruskan dirumahku ,maksudnya dah 2 hari jua tak singgah rumah mak untuk makan malam atau berbual santai.Bila malam,my son called my mom house to ask about his things,then my mother cakap"dah 2 hari mama tak datang rumah wan,tipah(our maid) dah buat air bandung dah"(my fav)...alah,rasa bersalah lah pulak,rupanya kepulanganku setiap petang memang dinanti oleh seisi rumah mak......


Usai solat maghrib,aku hanya terbaring dibilik kerana kesakitan yang belum reda itu,berbekalkan vicks,inhaler,sebuah buku dan hp,aku terlelap....dan hanya terbangun semula bila my son gave me a Good Nite Kiss,before he headed to his room.Its about 10.30 pm then.Selepas solat isya' aku kebiliknya.....bilik yang tidak pernah berpenghuni...Ya,ini kerana,malam tadi adalah malam pertama anakku terbuka hatinya untuk tidur dibilik sendiri.Kerana sebelum ini,dia belum berani untuk tidur sendirian.Alhamdulillah doaku dimakbuli Tuhan,Memang agak lewat,namun better late than never kan?



Sebagai anak tunggal,pastinya dia agak berbeza dari teman seusia,manjanya,MasyaAllah,kalau naik kereta tu,duduk diatas pangkuanku sehingga usia 8 tahun,sehinggalah hal pisah tempat tidur ni,kerana aku dan suami yakin,masanya pasti tiba jua,I"m not a forcy type of mom.instead aku gunakan kata-kata nasihat tanpa jemu bila saja peluang datang.Alhamdulillah,malam tadi ,tanpa disuruh dengan tenang dia sendiri kebilik tidurnya,dibawa sekali semua perkakasan untuk dirinya kesekolah besok,tak lupa air untuk diminum,juga hp disebelahnya as an alarm clock.I'm stunned!He is a big boy now.Dia boleh melakukanya semua sendiri,I underestimate him all this while...Astagfirullah......




Aku tersenyum bila teringat,baru minggu lepas (dan hari2 sebelumnya sebenarnya!)ketika dirumah mak,nak ke tandas pun Tipah perlu menemaninya ,not to mentioned menyediakan sabun dan tuala untuknya.Lantas my mom said,"kau tak boleh biarkan anak kau tu macam tu,susah kau nanti,budak pun susah,kita tak tau masa depan macam mana...."memang cukup bermakna kata2 mak tu,dan aku cukup faham akan kebenarannya...dan hari ini,setelah seminggu kata2 mak tu,Alhamdulillah my son sudah mampu berdikari dan tidak takut lagi.....tentu mak pun gembira dengan perubahan cucu sulung dan yang paling rapat dengannya itu.Lepas ni takdelah mak cakap,"anak kau ni penakut benar-benar".



Pagi tadi,dia bangun dengan gembira sekali,I see a new him .Very possitive and determine him.Very cheerful and tak sabar-sabar nak pergi sekolah,sampai selesai jer solat subuh tadi,dia terus mengambil kunci kereta,dan panaskan enjin kereta sendiri,tanpa menunggu papa.Ya..Allah,semoga kau istiqamahkanlah hatinya dan berilah ketetapan iman dihatinya, dan matangkan lah pemikirannya.Sesungguhnya Kau lah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Friday, April 18, 2008

After one and another....

Apa yang after one and another?It is a test for me,Its a mild one,but enough for me,to look deep inside myself,What I've done wrong lately...Its kinda,
merenung dalam diri,
memuhasabah diri,
mencari kesilapan hakiki,
yang tak terpancar dari hati,
tapi terkadang melukai,
tanpa disedari,
lalu aku pun menangisi
diruang-ruang sepi ini,
kerana datangnya ujian ini,
tanda ada yang mengasihani..
Ya Rabbil Izzati....

Last night,while in the midts to on the laptop,and the other hand was holding a glass of rootbeer,suddenly....air tu tertumpah atas keybord laptop tu...and walla....terus lah cannot ON laptop tu,ROSAK!! dengan satu kerja nak mengelap meja and lantai yang melekit lagi...aduss...aku hampir menitiskan airmata...pertama takut kena marah dgn Mr.Hubs,secondly sebab tiba-tiba terus tercari-cari kesilapan apakah yang telah kulakukan tadi....Tambahan pula sejak kebelakangan ini,banyak betul dugaan yang mendatang,lepas satu....satu....

Ini hanya cebisan ujian Tuhan untukku,untuk aku tidak terus leka dan hanyut dibuai perasaan,pantang terbit sifat mazmumah walau dalam hati,pasti ada ujian yang menimpa.Justeru aku amat takut....sangat takut....Tuhan,ampuni aku...hambamu yang sering alpa ini....memang pada sesetengah orang,benda-benda ni berlaku secara kebetulan,tapi terpulanglah pada kita nak memandang dari sudut yang mana....tapi bagiku everything comes for reoson.....

Thursday, April 17, 2008

Today's journal

I back early from office today,I left office about 3pm.I have an apointment with an Astro contractor at 4pm.Haduh,tak abis2 citer pasal Astro nikan?After all the difficulties,I end up to sign up new Astro contract,and total damaged for the new installation today was RM297...including lightning protector.Mintak-mintak lepas ni takdelah kilat menyerang lagi.InsyaAllah.


While then I cooked spageti bolognise,as requested by my anak angkat Sofea semalam.Tangannya patah ketika bersukan di sekolah tempohari,so bila dia dah mintak,rasa tak sampai hati pulak nak hampakan,so masa lunch tadi singgah Gi*nt and beli semua bahan2 nak masak,lagipun bukan susah sangat,is just that its very seldom to see me cooking during weekdays whatmore sejak berjiran dengan mak ni,ahaks!!,tapi untuk tak menghampakan sofea,tak aperlah,Lepas masak send it to her house which about 2km from mine.I am happy to see her smile.I am happy to make other person happy too.How I wish,I could fulfill everyone's request. Semoga Sofea cepat sembuh.


Petang,singgah rumah mak,mak cakap,Pihak di P.Redang,tempat my cousin meninggal the other day,nak buat bacaan Yasin di sana,so mereka nak sponsor all flight and accomodation pada saudara mara terdekat...erm...ok.and lagi satu,semalam baru keluarga kami tahu yang arwah ni meninggalkan wang simpanan yang agak banyak dalam 3 buah akaunnya iaitu RM2XX,XXX.Arwah memang terkenal dengan kerajinan mencari duit,macam-macam business dia buat,namun,belum sempat membelanjakan wang tersebut,dia pergi dulu...siapa tahukan?Sesungguhnya semuanya sudah tertulis.


Another news is,Alhamdulillah my youngest brother telah diterima belajar di Matrikulasi Gambang Kuantan,Mula mendaftar pada 12 May ini,hmmm RM lagi tu...ahaks!takperlah,.Selalu kuingatkan adik-adikku,Belajar lah bersungguh,"utlubul ilmi walau fissin"Tuntutlah ilmu walau kenegeri China.Akan kuushakan pembiayaan kalian.InsyaAllah akan kubantu selagi terdaya...moga Allah permudahkan rezekiku,Amin.


Baru kejap ni pulak,my tailor neighbour datang rumah untuk ambik kain2 I dah lama beli di Bali dah Kelantan dulu,ini first time I tempah baju dari dia,harap-harap the outcome tu ok lah,I'm not cerewet type of people..asal selesa pakai cukuplah.Tapi as a first timer,dia tak berani nak ambik baju-baju yang susah-susah,so untuk permulaan I bagi contoh baju kurung Pahang aje.... A very sweet young guy,(he own a tailor shop at the other place)Mr.Hubs macam tak suka,but before that I did ask his permission first.And there were no body measurement,I just bagi baju contoh jer.Tapi bila tengok muka MR.Hubs macam tu,I know he did'nt like it,so maybe this is the first and the last.

Ok got to sign off now..dah hampir 10.30 malam dah ni,dah melewati masa tidur I,Astro lak(Atsro lagi!!) besok baru boleh beroperasi,so still no more TV for tonight.INsyaAllah besok nak puasa,Hopefully,jadilah...so far asik tergendala jer,banyak betul halangan..(alasan!ahaks!)...

Wednesday, April 16, 2008

My lunch story...


Time lunch semalam,rasa macam tak lapar sangat,tapi ntah macam mana hati terasa gatal gak nak kuar,so we (I & Officemate,snif) end up makan kat Jaring Restaurant,near our office and provite variety of choices.

Sebab tak lapar sangat,we just bought 1 pack of nasi jer,nak kongsi 2 orang,ambik pon lauk simple2 jer,bila time nak bayar...Tokei Kedai tu kira punyalah lama,dia golekkan ketepi ketengah my nasi,siap ambik calculator lagi...(dalam hati I cakap,ah..sudah,berapa lah dia nak charge aku ni....mau RM7 ni,kataku dalam hati)

Selepas begitu begini...dia cakap RM9.30.....Mak ai!!!Nak menjerit akkak time tu...tapi I tatap maintain...tapi dalam hati menyumpah seranah ok?

Sebungkus nasi campur for RM9.30?No way....I don't mind pay higher price kalau I ambik banyak lauk or makan kat Cafe or cozy Restaurant.This is not the first time this Rest overcharged me.Tapi I gak yang salah,tetap nak datang jugak...nah,sekarang,RASAIN...

Is it I was overdressed that day?Nahhhhhhh.....I don't think so!!

So moral of the story,Sesapa yang nak pi makan kat Restoren Jaring yang quite popular kat Bandar Sunway tu,you better dine in,jangan take away.Because dari input yang I dapat from my friends yang makan kat sana,the maximum they charged with drinks is only about RM6.50.Sebaaaaaaaaaab,yang tukang kira kalau we dine in tu are the workers which is normally the Indonesian ladies....dorang mana tau kos ye dak?hahahahaha

Tak tau entry ni nak marah ke tak?semalam ada rasa angin sikit,hari ni dah kurang...and I told myself,kalau nak murah masak sendirilah.....Lu pikir lah sendiri....(bak kata nabil raja lawak)

I'm angry?...erm..

Maybe some of u know that my Astro decoder went kaput after been hit by lightning somewhere in 1st week of April.Up to the date there are no TV program for my house not to mentioned the Astro.

The next day after the incident,we sent the decoder to be repaired,and last week,we were informed by the technician that the decoder cannot be repaired.Its ok then,We've tried at least.

So,I decide to to buy a new decoder by calling Astro,Then, since Friday I keep calling this no 1300823838, the Astro no to be exact,from morning to evening to night,The line was so busy and they keep put me on hold,total time waiting since Friday to this morning was almost 1 hour!!!This is ridiculous!!!Banyak cantik,balik-balik depalah (A**da Kr**Nan)yang bertambah kaya...1st through Astro itself and secondly for for M*xis bill, that they gonna tol charged me for make so long stupid long time call.

As a not an avid TV watcher,I have no problem if not watching TV,but the signal without the astro satellite is totally a BIG No-No to my housing area,pakai earial pun tak jalan,guna astro baru gambar kat TV tu clear.Lagipun Mr.Hubs selalu buat kerja2 paperwork tengah2 malam,so he used to watch Star Movie or HBO to keep his company.So,Astro is kinda a must in my home.Grrrr..........

Fuh...lega sikit dah express kat sini,kurang sikit rasa geram ni,ni nak tunggu technician dari Astro call,to fix appointment ,when they can come to send and fix the new Astro decoder to my house.It will cost me RM169 then...damn it!!Itu pun I nak buat follow up tadi,kalau line talifon dorang senang dapat takper.....Adussssssss!!!!Tak tau ke dah hampir 2 minggu orang tak tengok TV tau?Cik Abe lak nun jauh di utara,so I have to this all alone!!

On latest status: 1.Mr.Hubs is already here in KL
2. Astro just call me,to inform that the decoder is out of stock now!!amboi,senangnya bagi jawapan...abis tu monthly charges tu macamana?will be imposed kah?Bila tanya depa kata tak tahu,pasal depa bhg technical,hai,nampaknya I have to call the stupid no again lah ,tanya status billing tu,sungguh unfair right?kalau depa punya masalah kita kena bayar,kalau kita terlewat bayar kita kena charge late payment charges,beginilah nasibku...tertindas di tanah air sendiri....

Monday, April 14, 2008

When the time comes....

Innalillahiwainnailahirajiuunn...Al-Fatihah
I just back from the mosque....menghadiri upacara sembahyang jenazah sepupuku,Mohd Fairuz Hairuman...

Suasana pilu menyelubungi persekitaran masjid,kerana arwah merupakan anak bongsu makcikku yang baru berusia 22 tahun,kebetulan rumahnya hanya di belakang rumahku,cuma kesibukan tugas,menyebabkan kami jarang berjumpa.Ketika dimasjid tadilah pertemuan terakhir,ketika dia sudah tidak mampu lagi berkata apa...

Pukul 6 pagi semalam,arwah bertolak ke Pulau R*dang menaiki pesawat bersama dengan teman2 sepejabat,menurut ibunya,arwah kelihatan sangat gembira ,wajahnya putih berseri2.Jam 3 petang,arwah sudah meninggal dunia,ketika melakukan activiti snorkling....kabarnya tertelan banyak air masin...Sungguh pantas segalanya berlaku...dan inilah yang dinamakan ajal....

Jam 5 petang ini,baru lah jenazah tiba dari Hospital Kuala Tren*ganu,setelah ditatap buat kali terakhir oleh sanak saudara dan sahabat handai,jenazah di bawa pergi.......meninggalkan kami dengan penuh kesedihan dan keinsafan di hati...

Banyaknya kematian insan yang kukenali akhir-akhir ini,jiran berbangsa hindu selang beberapa buah rumaku juga,menghembusakan nafas terahir ketika tidur pagi tadi....

Begitulah ya...Bila saatnya telah tiba..........

Thursday, April 10, 2008

My silk scarf story (cerita selendang suteraku)

Dah lebih 3 minggu MR.Hubs pulang dari Sha**hai,ini bermakna selendang sutera yang dibelinya di sana,juga telah 3 minggu berada dalam genggaman...huhu...
Tiba-tiba pulang dari Kuantan haritu,he did ask me "Kenapa tak pakai lagi tudong yang I beli tu?,jauh tau nak beli tudong tu..Alamak,lintang pukang nak carik jawapan.....Then I cakap,.bukan taknak pakai,tapi tengah tunggu baju yang matching...then he said,masa wedding semalam kan boleh pakai.....then I jawab,yelah2...besok I pakai... masuk hari ni,dah 3 hari pertanyaan tu,tapi masih belum pakai...bukan tak nak pakai tapi.............
Tudong tu licin sangat...kalau tak betul2...harus melorot,sebab too soft and silky,ahaks!..kilat2 lak tu...syyyyy(member dah abis hati dpt belikan souvenier untuk kita)
Nak tau tak,masa dapat tudong tu,I smiled widely..nak tergelak pun ada,sebab.........
1)Mr.Hubs bukan lah jenis orang yang biasa bagi2 kita hadiah ni,dia tak suka kejutan,he prefers
bayarkan apa saja barang yang I nak(nasib bini bukan kaki demanding wei..) rather than beli menda yang bukan2.sebab dia tak suka membazir dengan terbelikan benda yang orang tak suka.Tu yang rasa kelakar tu...sebab cemana lah perasaan dia masa memilih dan membeli brg tu ya?ahai....(member abis hati cakap,dia beli mahal,mana tak mahalnya beli kat airport!)
2)Selendang yang dia beli tu,sama macam selendang yang My friend hadiahkan to me,5 years ago?heheheh..lagilah tergelak..pasal tudong yang ada tu pon tak pakai sebab licin,ni dah nak dapat lagi satu...hehehhe...sabau jerlah....
Tapi I tetap tunjukkan muka yang manis dan gembira....as teringat pesan mak,since my primary days,Walau apa pun pemberian orang,sambutlah dengan wajah manis,walaupun kita tak suka....(well,in this case,I bukan tak suka,tapi...terasa lucu,abis cemana?)
Ini lah tudong-tudong yang I maksudkan....sama ke?ahaks!
Selendang Sutera yang my Girl Friend gave on my birthday 5 years back.


Selendang sutera yang Mr.Hubs Beli di Duty Free Airport Sh**ghai
Anyway,tq pa...tima kasih atas ingatan tu...itu yang penting....

Wednesday, April 9, 2008

Salam Takziah...

Innalillahiwainnailahirajiuunn....
Siapa yang meninggal?I did'nt know him personally,but I just came accross about this news yesterday while opening virtual friends Fotopages.

Aku terkesima,kerana arwah meninggalkan seorang balu yang kukira sangat muda(I think born in 1980,based on her FP title) dan anak 2 yang masih terlalu kecil.Yelah,bila ajal memangil tiada satu saat pun dapat kita tunggu lagi,dan tida siapa yang tahu bila kah ajal akan menjelma.Justeru,kita yang hidup ini digalakkan mengingati Mati,kerana Matilah yang paling hampir dengan kita.Dan biasanya manusia yang selalu mengingati Mati ini,tenang jiwanya dan sentiasa akan melakukan amalan terbaik dalam hidupnya,tidak cinta dunia hatinya....

Pada adik Erna,although I did'nt know you,tapi kita tetap saudara sesama Islam,and my heart goes with you.Salam Takziah,kuucapkan padamu dan juga anak2.Semoga Tabah menghadapi hidup ini.

Her link is http://anakbunga80.fotopages.com/

Aku masih terkedu....
Al-Fatihah......

Tuesday, April 8, 2008

My sister is grown up...


At my cousin Hearis Wedding yesterday,with my sisters,cousins and my son.

As you know,Ive been to Kuantan to attend my cousin's wedding,and we stayed at the nearest hotel from my Uncle's house which is only about 3km away .We really satisfied with the hotel,what more most of the hotel guests that day was my family...woohoo..could you imagine how chaos the pool could be,when all of us attacked the pool?

Oh...by the way my main story is not about the hotel,but it's kinda a joy feeling,when my sister W*ni,who had a first salary from M*trade(she's the lucky one,at the age of 22 she's already be in a better position,with quite a handsome pay,I would say ,without any help from "org dalam" to get this job,this is what we called rezeki from Allah s.w.t dan berkat doa kedua orang tua kan?,and her English is obsolutely Good since her primary day,which Off Course total opposite like mine!!sucks!!)

Yes,Firstly I am shock,when she did contribute some money for our family Seafood Dinner that night,(which normally is on me,as all my siblings are still study,and the other one is not always travel with us,as he has his own family).But I can see that my parents smiled widely,when she handed the money to me.So I just top up whatever balance...(less burden,ahaks!!)ops!!

Secondly was,when she gave me money for the family room that she and my parents stay in the hotel.Double Wow!!I'm stunned!!I said "tak payah lah"but she insist...so I took half and return some to her.I forget...that my sister now is a big girl,who has own monthly income that is pretty handsome among her peers.I feel like crying...as she's grown up to be very responsible dan mengenang budi..(no wonder this month jer dah 2 orang cuba "merisik" dia through my mom,woohoo...akkak umur cam awak,dah kawin dah...hehehe)

That was a nice feeling,I hope she remain the same,walau setinggi mana pon dia pergi..
To Kak lang,(my 12 years gap sister)
Along selalu doakan kebahgiaan dan kejayaan kak lang,
Teruskan berusaha,kerana kejayaan itu tiada noktah,
Lakukan yang terbaik dalam hidupmu,
Semoga yang terbaik jua akan hadir dalam hidupmu...

Along
070408

Friday, April 4, 2008

A silent night....

The heading is sound so suspend isn't it?heheh...

Nah,its not as silent as it could be....The story goes like this...drum roll....

Its all because,most of my electronic device went kaput after hit by lightning 2 days ago,wargh..wargh...!!i am crying because it involve so much RM (macam duit aku kan?hahaha)and no more entertaining for this couple of days.HUhuhu

My aircond is in total loss,where the electrician told me,that the cost of repairing and spare part are equally same if buy a new one,the computer modem and router also cannot be used anymore,and for the 3rd time my astro decoder need to be changed.Vavavavavavoom...


So we had a very silent night last night.
(When all this instrument that connect us to other world went kaput)
Everybody is only busy reading....,so peaceful......the activities that all of us at home not doing it for such a decade...hahahaha...elok gak kalau rosak lama sikit,aman dunia,(mentang2 I tak suka tengok TV,ahaks!!)

And such,I still thankful Allah,atas ujian ini,pasti ada hikmah disebaliknya.And if we think back,bagaimana susahnya mangsa-mangsa banjir tu,kalau rumah mereka ditenggelami air,dan juga mangsa yang ditimpa bencana alam dan sebagainya,ini hanya sekelumit ujian Allah.With this Mr.Hubs take this chance to remind my son (and myself I bet.uhuk2)" This is what I mean,save for the rainy days"sebab kita tak tahu bila ujian nak datang,and nak cover everything tu will cost a lot of money(for our family).

So to you guys out there,kalau petir datang tu,cabut-cabut lah segala plug yang ada,better safe than sorry k?Have anice weekend ahead.And take care.I'll off to Kuantan tonight for my cousin's wedding,and will be back on Sunday.InsyaALLAH.

Tuesday, April 1, 2008

Princess lisa' s 7th birthday

I 've been to my closed cousin's daughter birthday yesterday.It was Princess theme.Too bad I forget to wear pink/purple outfit,as I'm busy want to wear mynew white handbag and my new black and white long necklace...hahahaha..Sorry Lisa!!
This is a goodies pack and the present, shaheez received for the games at Lisa's Birthday

We also bought her the pink and purple balloon before hand,notice the princess cake..Oh..lovely...

Tara....as expected..She's so happy to see this picture,and even keep this photo,She's happy,I'm happy too.



I bought lisa a Princess Barbie wall clock for her new room.I just wrap the present with whatever wrapping paper left at home,but I think,this floral wrapping paper is not attractive enough for her,so I remember the photo I've taken with Cinderella and Snow White when I was in Disneyland last 2 years.Then I just pasted on the top.
Weh,aku geram la...(sebenarnya tak pandai lagi) apasal title and karangan aku kat atas tu asik ilang2 jer(and kadang tak appear langsung)...tulun ajar sikit,saudara saudari sekelian....timakaceh ya!!!

berkongsi rasa ....