Friday, February 27, 2009

Omiyage from Tsukano San

Kelmarin I terima omiyage atau ole-ole ,dari mantan my bos, Tsukano San.Omiyage kiriman keduanya setelah dia pulang ke Jepun lebih 4 tahun yang lalu.Ni ha parcelnya...tara!!!

Dia kirim ke alamat rumah,sebab tak nak mengundang spekulasi kat ofis ni kot...hahaha,ke pasal nak happy kan my son kat umah?whatever lah,yang penting apa2 yang orang beri,I terima dengan perasaan gembira sekali...Happy!!(errr walaupun apa yg dia bagi ni tak tentu I makan...)

He sent chocolates ,candy and tidbits...Ok apa,tanda ingatan,bukan senang kan orang nak ingat kat kita,lebih-lebih lagi bila sudah terpisah jauh dan lama....I nampak kat plastic ni ada tulisan AEON,sama dengan JUSCO kat sini,maknanya dia beli kat JUSCO lah tu,bezanya barang2 yang dia hantar ni takde pulak kat JUSCO kat tempat kita ni.

I susah sikit nak telan benda makanan dari tempat depa ni,walaupun depa tahu apa yang I tak boleh makan,kekiranya masa beli tu depa dah abis check tentang ingredientnya,but sorrylah ya,tekak kg ni susah sikit nak terima.Lagipun I bukan penggemar junk food so did my son.So sekarang everyday,dia bawak sebungkus setiap hari kesekolah to be given to his friend,or you all nak?nanti I hantar,just leave your address here.FOC ,postage pun free!

Sedikit mengenai Hiromi Tsukano San ni,(matilah kalau dia search nama dia,terjumpa entry ni,hahaha...biarlahkan?)Dia ni bos I (Technical advisor) paling kelakar sekali...cop!bukan kelakar pasal pandai buat lawak,tapi selain karekternya yang macam kartun,(rambut kerinting buat,wa cakap lu!)perangai dia ni pelik sikit,jalan macam kartun,cara berjalan,bercakap,semua boleh buat orang tersenyum sinis,dan dia agak beda dari semua Jepun yang I pernah kenal dan semua Jepun yang ada lah senang citer.Sampai dia kata,"my wife said,if she no marry to me,no body want to marry me"(baca stlyle jepun tau,ni I copy sebijik cara dia cakap dengan I ni, ) .So dapat bayangkan tak cemana orangnya?

Dia ni tembel,kalau janji pukul 9,dia datang pukul 11,datang kerja tak pernah sebelum 8.30,harus lambat,nasib tak de punch card kat opis ni,senang citer tak menepati masa lah!kalau buat kerja technical selalu refer kat buku and call Japan berejam-rejam(kes tak confident!) sampai telephone bil mencecah ribu-riban setiap bulan,buat kerja ya amat lambat,sampai pening kepala I ,bila customer complaint and I jadi tukang cover dia.The worst part was,dia suka heret I gi meeting kat tempat customer...Grrrrrrrrrrrr!!!!BORINGNYA!!Dia kata sebab nak jadi translator dia,sebenarnya I rasa,dia nak suruh I back up dia,My 'NIphon GO" pun bukan teror sangat, and apa ajerlah I tahu pasal technical ni,esp about injection machine,DUH!

Lagi satu pangai dia ni,di suka nasihatkan orang.Macamana dia kena nasihat/taruh dengan orang atasan dia,macam tulah kami semua kena dengar nasihat dia yang berejam-rejam satu hari tu,(kadang tu siap rakam dgn digicam lagi tu!,gila!)sampai tak jadi kerja,ramai engineer jatuh sakit masa kerja dengan dia,pasal makan lambat,abis, takkan nak makan dulu,sebelum dia berenti makan,kalau makan dulu,dia kata,tak pentingkan kerja dan akan ditolak point(org Jepun main point ye tuan-puan sekalian).Walaupun dia takde masalah dengan I,infact siap cakap kata suka sangat kerja dengan I,tapi I tatap tak minat kerja dengan dia,bukan sakit hati,tapi I memang tak suka orang LEMBAP dan SUKA BUANG MASA!Lagipun I kan serba pantas,rimas lah dengan orang lembap ni,walaupun dia tak pernah sakitkan hati I.Masa Valentine Day siap dia bagi hadiah lagi,kadang2 bagi Ice-cream Baskin n Robin...hahaha,best gak!ambik jerlah,rezeki jangan ditolak!

Bila kontrak 4 tahun kerja dia di Malaysia tamat,dia pun kena balik Japang,I suka,legaa..walaaupun tak benci dengan dia,tapi tak best kerja dengan dia,apatah lagi bos baru ni,muda belia dan 'ganteng' orangnya...memang rasa macam seribu rahmat....

Masa dia nak balik Japan for good tu, I and my collegue surprisekan dia dengan muncul diKLIA,sukalah tu!hehehe,tu yang agaknya,walau dah balik sana lama pun,dia masih tanya kami nak apa?(tanya through my current boss),memula dulu we all layan gak nak lipstic chanel,baju,whatsoever lah benda yang susah nak dapat kat Malaysia ni,tapi lepas tu,tak sampai hati lak nak ketuk member....hehehe,Tsukano...Tsukano...ko memang kelakar,asik kena main jer dengan kami ni....hahahaha!(jahatnya aku!)Tapi,we are friend foreverkan Tsukano San?Kalau I gi Jepun nanti ,harus I nak jumpa dia and family gak.InsyaAllah.

Ok,pen off now,cerita-cerita jugak,tapi I lupa nak cakap TQ kat Tsukano San,so,now I nak hantar email kat dia...

Happy Holiday You all semua,ceria-ceria selalu,as much I am enjoy every minute of my life!hehehe

(p/s:tengah senyum sendiri teringatkan si Tsukano San ni...)

Wassalam

Tuesday, February 24, 2009

PIBG ,tu pun nak rebut?



Berita Pagi tadi...
Nasib baik masa kejadian I dah berlalu tinggalkan sekolah pagi semalam....kalau tidak mau terpercik serbuk lada tu kat baju kerja akak,ahaks!

Wanita disimbah cuka, serbuk lada(sumber harian metro)
SUBANG JAYA: Keghairahan seorang wanita untuk merebut jawatan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan apabila cedera akibat disimbah cecair dipercayai campuran cuka dan serbuk lada oleh penyerang tidak dikenali pagi semalam.Difahamkan, sebelum ini mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memintanya berundur daripada bertanding jawatan panas itu, tapi tidak dihiraukan berikutan hasratnya ingin memegang jawatan penting di sekolah anak perempuannya itu.

Ketika kejadian jam 8 pagi itu, mangsa menghantar anaknya di sekolah Wawasan Tun Sambathan, USJ15 di sini, sebelum dia didatangi seorang remaja memakai pakaian seragam sekolah tidak dikenali menaiki sebuah motosikal secara tiba-tiba menyimbah campuran cecair berbisa itu tepat ke arah matanya.Tindak balas cecair berbisa itu menyebabkan mangsa Jamilah Mohammed, 46, rebah serta-merta di tempat kejadian dan terpaksa menahan kepedihan serta panas sambil mendengar kata ugutan dan makian daripada penyerangnya itu.
Dia dikejarkan ke Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan dialaminya.

Ketika ditemui di PPUM, Jamilah yang masih terkejut serta trauma dengan kejadian malang menimpanya belum dapat membuka matanya bagaimanapun disahkan stabil.Menurutnya, selain di simbah cecair itu, penyerang terbabit turut mengugut akan menculik anak perempuannya berusia 13 tahun sekiranya masih berkeras untuk bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan akan datang.“Saya hanya mampu menahan sakit serta kepedihan melampau sejurus cecair itu terkena muka serta masuk dalam mata. Dunia menjadi gelap serta dihantui kerisauan, apa yang saya fikirkan agar lelaki itu beredar dan tidak mencederakan saya.“Bagaimanapun, perasaan risau mula reda apabila lelaki terbabit beredar dan tidak lagi mendengar kata makian serta ugutan yang dilemparkan pada saya dan orang ramai yang ada berhampiran mula datang membantu,” katanya. Jamilah mendakwa, dia yang bimbang berikutan beberapa siri ugutan diterima melalui panggilan telefon membuat laporan polis pada malam Khamis lalu.

Sementara itu suami mangsa Shareeq Abdullah, 52, berkata dia yang mendapat panggilan berhubung kejadian menimpa isterinya itu terus bergegas ke sekolah terbabit untuk melihat keadaan sebenar. Beliau turut mendakwa PIBG sekolah terbabit sememangnya bermasalah dan berlaku pertikaian dalaman sejak 2004 lagi kerana sering tidak dapat mencapai kata sepakat bagi setiap keputusan yang ingin dibuat. Manakala pengetua sekolah terbabit S Saraswathy, ketika dihubungi enggan mengulas berhubung kejadian yang berlaku.



Terkejut masa dengar berita ni kat TV pagi tadi,apatah lagi bila pengacara menyebut sekolah wawasan USJ 15,eh tu sekolah my son tu....tapi lega,bila yg terbabit adalah sekolah Tun Sambathan.(untuk makluman dan ulang siaran.Sekolah wawasan ni ada 3 sekolah dalam satu kwsn,Sek Dato Onn Jaafar(malay)Sek Tun Tan Cheng Lock(Cina) dan Sek Tun Sambathan(Tamil).




Kebetulan memang last Sunday ada PIBG meeting,tapi seingat I takde pulak kejadian berebut jawatan ni,bertolak-tolak adalah,sudahnya Puan Patricia,ibu pelajar yang berasal dari negeri Omputeh tu jugak yang dilantik semula menjadi naib pengerusi,walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia,sebab semangat kerja sosial beliau yang tidak dapat ditandingi oleh local parents lain "sigh"




Hai la dunia....ingatkan Politik tanah air jer yang bergolak...(kesian Pakngah nak menjawab isu lembu yg tak abis2,sampai nampak tak terusrus keadaan dia skrg..ops!tak boleh salah cakap...zassssssssss!!)
Inilah sekolah wawasan tu.....3 schools in one compound...mcm2 kes..indah khabar dari rupa...

Yang ni perbarisan sekolah kebangsaan masa hari pertama sekolah tahun ni,belah kiri sekolah cina,belah kanan sekolah tamil....Paling kelakar,mestilah bila perbarisan ni kan?sebab yg sek keb cakap melayu,yang sek.cina cakap mandrin,tamil dengan tamil nyalah...pandai2 lah cocentrate pada cikgu sendiri...huhuhuhu!

Tuesday, February 17, 2009

break...

I bought all the above books,tru internet last Valentine (I mean 14 Feb)last year.But reach to this year Valentine,I have yet to finish any of the book,glance tru berkali-kali,pastu colek buku tu,ambik buku ni,colek buku ni,ambik buku tu,last2 satu pun tak abis baca from cover to cover lagi,hahahah,The tamak me....

INsyaALLah lepas baca buku -buku ni,I'll review kat sini ya?As this is a motivation book,I feel ada banyak benda yang nak kongsi dengan semua.

Semoga impian I ni terlaksana....Chiow Beda....

Wassalam

Monday, February 16, 2009

Salt lamp(lampu garam?)

My tiny lamp,compared to its original size,As it melts every time you ON it...Think,to buy a new one!

Even heard about that?I bought this lamp last year,but only to re use and feel the effect last week.When good thing happen,I don"t want to keep it to myself ,so,here I am, want to share with u guys :-


Alhamdulillah,since I used this lamp during my sleeping hours,I am no longer need my INHALER,which normally I take a puff or two (I am allergic to air cond actually,at d same time cannot stand the heat,thus a cool air is a must for me for first few hours during my zzzzz times)Mengada tak hengat!Uweekkkk!


This lamp comes with few colours of bulb,you can choose any colours that suit you best!,eg,red for asthma,blue for study...etc(ask the brochure from the salesperson).Happy trying you all!May your health are getting better and smoother like what I am experiencing right now!~.Alhamdulillah...


Friday, February 13, 2009

Tag...35 Things

35 things....ShareToday at 2:40pmSapalah yang gatal and rajin buat menatang ni???? And why am I so rajin to answer... just for fun
1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? Not that I know

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED? last sunday,during my ESQ course,meraung wa ckp lu!

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING? Nope to say the truth!

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT? no favourite..I eat what I feel like having

5. DO YOU HAVE KIDS? YES

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU? Off Course...(riak lah pulak!)

7. DO YOU USE SARCASM?most of the time..kahakhakah,may be lah kot!

8. WOULD YOU BUNGEE JUMP? Almost!near Quenstown NZ,tapi tak jadi sebab masa tu baru lepas bersalin,so bp is a bit high,n ada sikit overweight...Skrg dah tua,so my answer is NO!

9. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL? none

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM? Vanilla

11. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE? The appearence lah,stylo ke tak?hahahah,just kiddin'..Tapi wajah yang tulus mulus dan senyuman ikhlas selalunya count lah!

12. RED OR PINK?Shocking pink!hahaha cannot meh?

13. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF? My nail,macam budak darjah satu comelnya...heheh

14. WHO DO YOU MISS THE MOST ? Erm......

15. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING? Black capri and bare footed

16. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW? Snif asking me,Pak Aminul handsome?hahaha and Nasier Wahab song huhuh

17. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE? I love to be blue....

18. FAVOURITE SMELLS?Was my son's mouth smell(read WAS ok?) now,whatever smell good,I like!

19. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?My son at 1 pm this afternon,while he is on d way back home from school(to answer your question,Yes,he brings hp to school,dang!)

20. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU? I love u lindaK!

21. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?at this age,no fav anymore

22. DO YOU WEAR CONTACTS? no, I have a very clear visual...including visual memory...kahakhakhaa(kuar tajuk la wei!)

23 FAVOURITE FOOD? semua pun suka...Syukur atas rezeki Allah(ckp lah buruk lantak ye tak?hehehe)

24. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS? Happy Endings la...

25. FAVOURITE MOVIE ENDINGS: happy ending...

26. LAST MOVIE YOU WATCHED? Maid of Honour
Watched with my girlfriends,nasib ada gambar ni,kalau tidak memang lupa,as Ia m not a kaki wayang myself!
27. THE NEXT MOVIE YOU WANT TO WATCH: Did'nt plan any!

27. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING? dark green

28. SUMMER OR WINTER?winter

29. HUGS OR KISSES? Both....

30. FAVOURITE DESSERT? bubur cha-cha,jelly n yg manis2 lah

31.WHAT BOOK ARE YOU READING? ESQ 165! Emotional,Spirit n Quotient by Dr.Ary GInanjar

32. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT? No night TV for me,during weekdays,takut anak terjebak sama...I'm not a TV lover though!

33. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME? Ada laaa...

34. WHERE WERE YOU BORN? Dari lahir sampai besar di PJ ni

35. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?...........
I tau masa ni ramai orang tengah stress,so I won't tag anyone....tapi sesapa yg willing to share tu,silakan,Id love to know..sporting ler sikit...takkan nak layan jer stress tu kan?nanti fenin...

Wednesday, February 11, 2009

Kalau itu yang tertulis...

Last weekend,,selepas dapat tau yang ESQ training yang I apply to join tu telah tak di approve oleh management,I redha,walaupun ada sedikit kekecewaan,tapi I tetap bersangka baik,mungkin ini bukan my rezeki dan ada yang lebih baik menanti nanti.But then,I had two occassions waiting,satu pergi Istana untuk hitea Diraja bersama Mr.Hubs and FIL,hati I berbelah bagi ,nak gi ke tak?kalau tak pergi,bila lagi,nijerlah peluang nak jengok istana,kalau pergi,I rasa I takde matching clutch and heels(biserlah perasan,macam org nak tengok!)with that short notice,tak "sompek" den nak carik semua tu,baju dah On..erm cemana ni?


Dan yang kedua,nak gi kelas belajar jahitan kreatif di Komp 3C.Its FOC! Semuanya waktu dan tarikh yang sama,mana satu nak pergi ni ek? petang tu,tiba-tiba I mendapat panggilan dari ahli jawatankuasa ESQ training bertanyakan bolehkah I hadir ke Hotel H.Inn sekarang?memandangkan ada peserta menarik diri pada saat akhir.Tanpa berlengah lagi I terus ke tempat kursus,seterusnya menjawab persoalan kemanakah harus I pergi esoknya,Yes!No Istana and No sewing class.Titik. Lega sebab 2 persoalan itu telah terjawab.

Maka bermula dari jumaat hingga ahad lepas,I 've attented the course,The beautiful course yang telah membungakan perasaan indah dihati I saat ini.(mudah2an tiada titik noktah,AMIN!)Course yang kepingin I ikuti sejak kali pertama diperkenalkan pada I lewat 3 tahun yang lalu.Tapi asik I tangguh2kan,kerana biayanya yang agak mahal itu,kerana hati ini tika itu tak dapat memastikan adakah worth it pelaburan itu nanti.Namun untuk permulaan biarlah I hantar my son berkursus dulu,yang kosnya separuh dari kos orang dewasa.Alhamdulillah walaupun tidak drastic,tapi The son sedikit demi sedikit semakin menyerlah sikap penyayang dan perihatinnya pada insan lain.Wallahua'lam...Walhamdulillah..

Maha Besar Allah,Dia tak akan pernah menghampakan Permintaan hambaNYA.Bila Koperasi Negeri yang I sertai membuka peluang kepada 100 ahlinya,untuk menyertai course tersebut dengan percuma.Peluang yang datang ini tidak I lepaskan.Namun saat I dah perasan nama I terpilih,hari Khamis,sehari sebelum course berlangsung,tiba-tiba I terima surat dari Ibupejabat,menyatakan Dukacitanya nama I tidak terpilih.Pun,I tetap redha..mungkin bukan rezeki I agaknya,sambil I mula merangka jadual alternative untuk I isi hujung minggu itu. seperti diatas tu.

Ketika appointment kelas jahitan sedang dibuat,tiba-tiba talian my HP lak berbunyi,mengatakan I terpilih menggantikan peserta yang tidak hadir.Subhanallah...Terpilih jua akhirnya..setelah bermacam halangan tiba!Inilah Rezeki yang Allah janjikan.Semuanya sudah tertulis.So,without any single cents I step in to the hall with hope that Allah will drop al-hidayah in my heart. AMIN







I read this book,long before I attend the course,Now I'm in d midst of reread this book again,to have better understanding and get the diff feeling before and after attending the course.To all kids who want to join the course,this is the detail,its worth it,I tell ya.InsyaAllah.My two new friends Aisyah....same name and from same state Perak.

The registration counter,outside the hall

Last but not least my supportive 'CIK ABE"who ferry me in and out daily without fail and nagging,instead ,support me all d way and came in d late evening to fetch me and not to forget to snap a photo of me and friends(and his too) there!

Why the Jews so smart?

I cannot resist,but feel an urge to share this article to everyone whom I love here...Its never too late.


Di sini saya ada kisah dan renungan untuk dikongsi bersamaDibawah adalah 1 artikel menarik yg boleh dikongsi bersama2.
Ia adalah terjemahan oleh Dr Stephen Carr Leon.Disebalik MusibahMenemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk ?Why the jews so smart? suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma?ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti MassachusetUSA.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu ?Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)

Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg ***** (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi *****, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?

Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Dr. Stephen Carr LeonUlasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya.


Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana HuhRumusan dan kesimpulan yang saya dapat dari artikel ini, kita mampu menghasilkan generasi cerdik pandai.Ikut seperti yang disarankan Rasulullah. Sesungguhnya ada kebaikan di setiap yang disuruh oleh baginda.


aku Copy je ni utk dikongsi

Thursday, February 5, 2009

argh...what a boring day!

Bukan,bukan sebab boring dengan apa yang terjadi kat PERAK tu,tapi tak tau lah nape harini rasa tak bersemangat jer nak buat apa2,bak kata Jepun kat opis ni dulu hormones change..kakaka,bantailah...


So kalau boring tu kita layan gambar-gambar yang boleh menaikkan semangat I lah ya,seperti ini.



eii..tak sabar nak datang tempat ni cuti semester bulan 3 ni...



sebab nak makan benda ni..yaaa...kuew teow sunny kat bayan baru,tambah pulak Maz janji nak banje ABC,eii...bestnya,kalau Kakja nak ikut pon boleh...tapi kakja minum airsuam je lah ya?sebab nanti gigi kakja nyilu kalau minum ice...(ampun kakja...!)

terasa nak hang out dengan you all semua macam hari tu....(hari ni sebab boring so taknak sorok muka,kalau dapat teka,kira sedekah....)

terasa gak nak makan kat William pekena this lasagna dan nasi goreng ketamnya..(eh,ngidam ke aku ni?)Dan untuk buat I tersenyum petang ni,adalah aksi the son dgn "funny spec" dia ni...takkan nak jadi macam mama dia yang "drama queen" gak ni kot....

Ohh...lega sikit rasanya,dengan tersiarnya entry ini...

Tuesday, February 3, 2009

sedih lah pulak...

Off late,sejak usia mencecah 3-5 ini,tahap kesihatan I is not in tip top condition,Kalau dah BP tinggi,Off Course sakit kepala tengkuk,dan belakang tu dah jadi teman biasa kan?Dan kalau silap sikit mulalah semput pun menyerang,Inhaler pun cepat je surut sekarang ni..(pstpst...tapi I tau semuanya disebabkan salah I sendiri,sebab tak jaga makan and lack of exercise,tak salah kan sapa2 pung!)

Dan malam semalam bila nampak muka I berkerut menahan sakit,The son mulalah menegur "Mama ni selalu sakit skrg ni..."katanya..Takperlah kalau mama mati nanti shah**z blh dpt mak baru.I berseloroh.Tak moh,nanti shah**z sepak dia(read :terajang!)....Eh,tak baik buat macam tu,mama tak pernah ajarkan?lagipun masatu mama dah mati...Tiba-tiba The son terus hugged me and cried....

la,sayang jugak anak bujang I ni kat I rupanya ya?Takut nak gurau macam tu kat dia lagi,takut hatinya terluka lagi,walau puas kunasihatinya,hidup ini hanya sementara nak,akhirat jua yang kekal dan sayangilah makhluk didunia ini sekadarnya saja.......Terbayang macam manalah Mr.Hubs kehilangan ibu waktu berusia 7 tahun dulu ya?pasti sukar melalui hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ibu kandung,namun segalanya sudah tersurat....

ntah apa-apalah n3 ini,namun yang pasti emosi ibu beranak seorang ini,sering terusik sejak akhir-akhir ini.....macam-macam terbayang difikiran....


My growing up boy at our annivessary hi-tea last week....May Allah bless You nak


citer apasal bonding mak dan anak...ni yrs truly with mum during last syawal....

Monday, February 2, 2009

citer istana lah pulok!

Mak ai ngantoknya!Hari ni pukul 5 pagi dah bangun(Dah awal sangat lah kalau menurut istilah I tu),sebab FIL bermalam dirumah I semalam,pagi ni FIL and Mr.Hubs nak gi Istana ,FIL nak dapat pingat apa ntah dari YDP Agong,tak sempat nak tanya semalam.Kalau FIL datang kena lah siapkan sarapan pagi serba sedikit kan,sebab jam 6.30 mereka dah nak berangkat.I pulak kononnya nak puasa harini,mintak-mintak takdelah apa-apa yang menghalang,hehehe.

Citer pasal nak pi Istana,ni,alang-alang I mengantok biarlah I segarkan mata ni dengan pengalaman I yang "perghak' ni tentang adat istiadat sembah menyembah ni ya?last sekali bersembah salam dengan raja-raja ni pun tika my bro yang kebetulan married to anak orang besar sebuah negeri lebih sepuluh tahun yang lalu.yang dihadiri segala sultan dan para VIP,puaslah kami,especially my parents ni nak berlatih dan menahan debar saat nak menepung tawar pengantin.Jalan harus diatur tertib.Hehehe,ingat lagi ke"gabra"an kami waktu tu,maklum kami hanya golongan marhain...terasa bagai langit dengan bumi,especially bila part sebut nama pengantin perempuan yang berjela nama gelaran ayahnya,berbanding dengan kontotnya nama keluarga kami....Pun,kita tetap sama disisi yang Maha Esa kan?Justeru ,itu sajalah yang meyakinkan kami,alah buat biaser jerlah,kata mak yakin.......Gaya kami pun tak kalah gak...kakakaka.

Mr.Hubs paling tak suka majlis-majlis formal ni,especially bab yang kena ada dress code,paling dia benci dan cuba elak,(lainlah yours tryuly,suka gak,nak cuci mata ,sajer nak tengok golongan rich and famous ni,ahaks!)Tapi dah dia the eldest dan as anak yang taat,bila his father mintak dia mengiringi ke Istana ,dia ikut jerlah.Bab nak meneman satu hal,bab nak mencari suitable attire tu pon boleh buat kami fenin!hahaha! (tapi I suker..I suker sebenarnya...hahahaha)

Walaupun majlis kurniaan pingat secara rasmi berlangsung hari ini,tapi kami turut harus menyediakan persiapan pakaian untuk majlis raptai semalam dan majlis hi-tea bersama raja minggu hadapan.Ambik kau,3 persalinan tu!To be frank,Mr.Hubs memang has a very limited choice of baju melayu which is dia memang tak minat nak pakai even for hari raya.Jangan tidak lepas jer photo session raya pertama pagi tu,Mr.Hubs mulalah salin ke baju "kurta"nya yang lebih selesa..ala baju orang Pakistan yang labuh tu,made from soft cotton yang very comfortable,memula kawin I pelik dan rasa uneasy gak,tapi lama-lama I rasa,ah..nothing lah setakat tak pakai baju melayu tu....lagipun bukan wajib,sekadar nak pleasedkan orang tua...hehehe.

Ops dah terkeluar tajuk....Pastu baju melayu lak,tak boleh warna kuning,yang ada dalam himpunana warna cream and kuning cair,which is sangat bahaya...Yelah mana tau kot dah sampai sana nanti,kena halau lak,naya jer...,Satu lagi baju melayu yang boleh dibawa ketengah,masa nak cari,masa tu lah tak jumpa,mungkin missing masa kami pindah last year.Nasib baik baju melayu hitam yang lama boleh pakai lagi,itu yang paling penting untuk majlis rasmi.Phew! Tapi yang lagi 2 hari tu nak cari kat mana?aduhai!

Sebelum masuk Balairongsri semalam,Mr.Hubs asik sms ajer,I dapat bayangkan kebosanannya dah kerimasannya.Apatah lagi dalam pakaian baju melayu lengkap bersamping songket kan kasut kilat serba hitam tu...rasain,sesekali!hahaha..."evil wife"sambil tu sempat jugak sms bagitau ' I,Azn*l Haji Nawawi" pun ada dengan his manager untuk terima pingat...hehehe,dah boring sangat lah tu,sebab dia bukan minat sangat dengan benda2 macam ni sebenarnya,ahaks!Paling Mr.Hubs tensen,bila belum pun masuk balai,dia dah kena sound dengan pengawal kat situ soh dia butangkan baju melayu dia sampai ke tengkuk instead of 3 button jer,ha,hambek kau! Tak bernapeh l*ki aku!kakakaka

Duduk pulak,tak boleh silang-silang kaki ya tuan-puan,berlunjur apatah lagi,kena duduk tegak!Dan ketika penganugerahan berlangsung suasana haruslah SEPI!hehehe,Don't paly-play ..nampak simple jer kan?Tapi kali ni Mr.Hubs kata takde angkat tangan sembah menyembah tu,hanya ada tunduk hormat saja dan beberapa few steps lain.And poket baju melayu haruslah KOSONG!tak boleh terbonjol sana-sini,Culflink warna emas pon tak boleh,Sorry!hahahaha...mau meroyan dibuatnya pada sapa yang tak biasa dan tak suka majlis formal nikan?

So,alang-alang ngantuk pun dah hilang,I akhiri coretan ini sampai disini dulu,moga bermanfaat buat you all nanti,manalah tau,you all pun nak masuk istana...

Wassalam
Selamat Hari Wilayah....hehehe
Dimana bumi dipijak,disitu langit kita junjung,
Ampun Tuanku..beribu-ribu ampun
Sembah patik harap diampun..
Daulat Tuanku....

berkongsi rasa ....