Berita Pagi tadi...
Nasib baik masa kejadian I dah berlalu tinggalkan sekolah pagi semalam....kalau tidak mau terpercik serbuk lada tu kat baju kerja akak,ahaks!
Wanita disimbah cuka, serbuk lada(sumber harian metro)
SUBANG JAYA: Keghairahan seorang wanita untuk merebut jawatan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan apabila cedera akibat disimbah cecair dipercayai campuran cuka dan serbuk lada oleh penyerang tidak dikenali pagi semalam.Difahamkan, sebelum ini mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memintanya berundur daripada bertanding jawatan panas itu, tapi tidak dihiraukan berikutan hasratnya ingin memegang jawatan penting di sekolah anak perempuannya itu.
Ketika kejadian jam 8 pagi itu, mangsa menghantar anaknya di sekolah Wawasan Tun Sambathan, USJ15 di sini, sebelum dia didatangi seorang remaja memakai pakaian seragam sekolah tidak dikenali menaiki sebuah motosikal secara tiba-tiba menyimbah campuran cecair berbisa itu tepat ke arah matanya.Tindak balas cecair berbisa itu menyebabkan mangsa Jamilah Mohammed, 46, rebah serta-merta di tempat kejadian dan terpaksa menahan kepedihan serta panas sambil mendengar kata ugutan dan makian daripada penyerangnya itu.
Dia dikejarkan ke Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan dialaminya.
Ketika ditemui di PPUM, Jamilah yang masih terkejut serta trauma dengan kejadian malang menimpanya belum dapat membuka matanya bagaimanapun disahkan stabil.Menurutnya, selain di simbah cecair itu, penyerang terbabit turut mengugut akan menculik anak perempuannya berusia 13 tahun sekiranya masih berkeras untuk bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan akan datang.“Saya hanya mampu menahan sakit serta kepedihan melampau sejurus cecair itu terkena muka serta masuk dalam mata. Dunia menjadi gelap serta dihantui kerisauan, apa yang saya fikirkan agar lelaki itu beredar dan tidak mencederakan saya.“Bagaimanapun, perasaan risau mula reda apabila lelaki terbabit beredar dan tidak lagi mendengar kata makian serta ugutan yang dilemparkan pada saya dan orang ramai yang ada berhampiran mula datang membantu,” katanya. Jamilah mendakwa, dia yang bimbang berikutan beberapa siri ugutan diterima melalui panggilan telefon membuat laporan polis pada malam Khamis lalu.
Sementara itu suami mangsa Shareeq Abdullah, 52, berkata dia yang mendapat panggilan berhubung kejadian menimpa isterinya itu terus bergegas ke sekolah terbabit untuk melihat keadaan sebenar. Beliau turut mendakwa PIBG sekolah terbabit sememangnya bermasalah dan berlaku pertikaian dalaman sejak 2004 lagi kerana sering tidak dapat mencapai kata sepakat bagi setiap keputusan yang ingin dibuat. Manakala pengetua sekolah terbabit S Saraswathy, ketika dihubungi enggan mengulas berhubung kejadian yang berlaku.

Terkejut masa dengar berita ni kat TV pagi tadi,apatah lagi bila pengacara menyebut sekolah wawasan USJ 15,eh tu sekolah my son tu....tapi lega,bila yg terbabit adalah sekolah Tun Sambathan.(untuk makluman dan ulang siaran.Sekolah wawasan ni ada 3 sekolah dalam satu kwsn,Sek Dato Onn Jaafar(malay)Sek Tun Tan Cheng Lock(Cina) dan Sek Tun Sambathan(Tamil).
Kebetulan memang last Sunday ada PIBG meeting,tapi seingat I takde pulak kejadian berebut jawatan ni,bertolak-tolak adalah,sudahnya Puan Patricia,ibu pelajar yang berasal dari negeri Omputeh tu jugak yang dilantik semula menjadi naib pengerusi,walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia,sebab semangat kerja sosial beliau yang tidak dapat ditandingi oleh local parents lain "sigh"
Hai la dunia....ingatkan Politik tanah air jer yang bergolak...(kesian Pakngah nak menjawab isu lembu yg tak abis2,sampai nampak tak terusrus keadaan dia skrg..ops!tak boleh salah cakap...zassssssssss!!)
Inilah sekolah wawasan tu.....3 schools in one compound...mcm2 kes..indah khabar dari rupa...
Yang ni perbarisan sekolah kebangsaan masa hari pertama sekolah tahun ni,belah kiri sekolah cina,belah kanan sekolah tamil....Paling kelakar,mestilah bila perbarisan ni kan?sebab yg sek keb cakap melayu,yang sek.cina cakap mandrin,tamil dengan tamil nyalah...pandai2 lah cocentrate pada cikgu sendiri...huhuhuhu!
5 comments:
salam kak nda,
inilah jadinya kalau manusia dah terlampau taksub dengan jawatan....sedih!
err.. lawak pun ada.
tp byk kesianlah.
aisyeh..
mcm2 kegilaan org sekrg ni.
kuasa..kuasa..kuasa.
nak sangat kejar pangkat...
bukan boleh bawak mati pun.
tak paham tak paham..alahaiiiiiii
salam maz,
akhir zaman maz,bila manusia terlalu mengejar dunia,buat kerjanya tidak!
azizi,
memang lawak pun!akakaka....mcm2 blh jadi senjata skrg ni kan?ouch!pedih mata I...hehehe
tapi thinking back,susah kalau semua org dah gila kuasa ni!takooottttttt!!
aziah,
tak taulah aku depa ni...lain lah kalau dapat pangkat tu dapat elaun juta2 lemon,berbaloi gak pedih mata..akakaka
Hari Ahad ni sekolah Adik punya PTA meeting.. Not sure nak attend ke tak.. selalunya MAHA boring!!
Hopefully xde yg bawak bekal cecair berbisa.. Lagipun selalunya xde perebutan jawatan..kena paksa pegang jawatan lagi adalah..
Post a Comment