Mak ai ngantoknya!Hari ni pukul 5 pagi dah bangun(Dah awal sangat lah kalau menurut istilah I tu),sebab FIL bermalam dirumah I semalam,pagi ni FIL and Mr.Hubs nak gi Istana ,FIL nak dapat pingat apa ntah dari YDP Agong,tak sempat nak tanya semalam.Kalau FIL datang kena lah siapkan sarapan pagi serba sedikit kan,sebab jam 6.30 mereka dah nak berangkat.I pulak kononnya nak puasa harini,mintak-mintak takdelah apa-apa yang menghalang,hehehe.
Citer pasal nak pi Istana,ni,alang-alang I mengantok biarlah I segarkan mata ni dengan pengalaman I yang "perghak' ni tentang adat istiadat sembah menyembah ni ya?last sekali bersembah salam dengan raja-raja ni pun tika my bro yang kebetulan married to anak orang besar sebuah negeri lebih sepuluh tahun yang lalu.yang dihadiri segala sultan dan para VIP,puaslah kami,especially my parents ni nak berlatih dan menahan debar saat nak menepung tawar pengantin.Jalan harus diatur tertib.Hehehe,ingat lagi ke"gabra"an kami waktu tu,maklum kami hanya golongan marhain...terasa bagai langit dengan bumi,especially bila part sebut nama pengantin perempuan yang berjela nama gelaran ayahnya,berbanding dengan kontotnya nama keluarga kami....Pun,kita tetap sama disisi yang Maha Esa kan?Justeru ,itu sajalah yang meyakinkan kami,alah buat biaser jerlah,kata mak yakin.......Gaya kami pun tak kalah gak...kakakaka.
Mr.Hubs paling tak suka majlis-majlis formal ni,especially bab yang kena ada dress code,paling dia benci dan cuba elak,(lainlah yours tryuly,suka gak,nak cuci mata ,sajer nak tengok golongan rich and famous ni,ahaks!)Tapi dah dia the eldest dan as anak yang taat,bila his father mintak dia mengiringi ke Istana ,dia ikut jerlah.Bab nak meneman satu hal,bab nak mencari suitable attire tu pon boleh buat kami fenin!hahaha! (tapi I suker..I suker sebenarnya...hahahaha)
Walaupun majlis kurniaan pingat secara rasmi berlangsung hari ini,tapi kami turut harus menyediakan persiapan pakaian untuk majlis raptai semalam dan majlis hi-tea bersama raja minggu hadapan.Ambik kau,3 persalinan tu!To be frank,Mr.Hubs memang has a very limited choice of baju melayu which is dia memang tak minat nak pakai even for hari raya.Jangan tidak lepas jer photo session raya pertama pagi tu,Mr.Hubs mulalah salin ke baju "kurta"nya yang lebih selesa..ala baju orang Pakistan yang labuh tu,made from soft cotton yang very comfortable,memula kawin I pelik dan rasa uneasy gak,tapi lama-lama I rasa,ah..nothing lah setakat tak pakai baju melayu tu....lagipun bukan wajib,sekadar nak pleasedkan orang tua...hehehe.
Ops dah terkeluar tajuk....Pastu baju melayu lak,tak boleh warna kuning,yang ada dalam himpunana warna cream and kuning cair,which is sangat bahaya...Yelah mana tau kot dah sampai sana nanti,kena halau lak,naya jer...,Satu lagi baju melayu yang boleh dibawa ketengah,masa nak cari,masa tu lah tak jumpa,mungkin missing masa kami pindah last year.Nasib baik baju melayu hitam yang lama boleh pakai lagi,itu yang paling penting untuk majlis rasmi.Phew! Tapi yang lagi 2 hari tu nak cari kat mana?aduhai!
Sebelum masuk Balairongsri semalam,Mr.Hubs asik sms ajer,I dapat bayangkan kebosanannya dah kerimasannya.Apatah lagi dalam pakaian baju melayu lengkap bersamping songket kan kasut kilat serba hitam tu...rasain,sesekali!hahaha..."evil wife"sambil tu sempat jugak sms bagitau ' I,Azn*l Haji Nawawi" pun ada dengan his manager untuk terima pingat...hehehe,dah boring sangat lah tu,sebab dia bukan minat sangat dengan benda2 macam ni sebenarnya,ahaks!Paling Mr.Hubs tensen,bila belum pun masuk balai,dia dah kena sound dengan pengawal kat situ soh dia butangkan baju melayu dia sampai ke tengkuk instead of 3 button jer,ha,hambek kau! Tak bernapeh l*ki aku!kakakaka
Duduk pulak,tak boleh silang-silang kaki ya tuan-puan,berlunjur apatah lagi,kena duduk tegak!Dan ketika penganugerahan berlangsung suasana haruslah SEPI!hehehe,Don't paly-play ..nampak simple jer kan?Tapi kali ni Mr.Hubs kata takde angkat tangan sembah menyembah tu,hanya ada tunduk hormat saja dan beberapa few steps lain.And poket baju melayu haruslah KOSONG!tak boleh terbonjol sana-sini,Culflink warna emas pon tak boleh,Sorry!hahahaha...mau meroyan dibuatnya pada sapa yang tak biasa dan tak suka majlis formal nikan?
So,alang-alang ngantuk pun dah hilang,I akhiri coretan ini sampai disini dulu,moga bermanfaat buat you all nanti,manalah tau,you all pun nak masuk istana...
Wassalam
Selamat Hari Wilayah....hehehe
Dimana bumi dipijak,disitu langit kita junjung,
Ampun Tuanku..beribu-ribu ampun
Sembah patik harap diampun..
Daulat Tuanku....
Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
A Quickie - The new cabinet listing is being viraled through many groups in whatsapp and what-ever. I had a glimpse and the best thing I like about the line-up: apart ...6 years ago
-
Kenangan di Mina - Hari ini, hari ke-4 Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, terima berita daripada adinda saya dan suaminya yang telah selesai mengerjakan rukun haji mereka. ...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
4 comments:
Segala adat istiadat, pantang larang ni cukup menyesakkan nafas, Nda!! Mujur moyang kja dulu berkeras menolak lamaran seorang putera raja yg nakkan Maktok kja!! Dah le dia x ensem!!
hahahaha...
kalau tdk,haruslah kakja taknak kawan dengan I sekarang ni...hehehe
tapi...maktok kja sure lawa mcm kja kan?sampai raja pun berkenan..ahaks!
pengsan.
boleh meroyan!
azizi,
sebab tu kita tak jadi raja sampai arini,hahahaha!
Post a Comment