Tuesday, March 31, 2009

ESQ -Deejavu



Son with his ESQ Alumni friend,who also my friend's son.Moga kalian bisa menjadi anak yang soleh yang berjaya duniawi & akhrawi.


Ever heard about Deejavu.Sure selalukan?It happend to me so many times lately.And I'm kinda over exiting with all that.Satu darinya adalah:-Ini-

Last week I sent my son to his ESQ Alumni Training in KL.While there,ada satu rasa yang mendesak-desak ,tiba-tiba I teringatkan one of my senior masa sekolah dulu.Her name is Razali*h Abd.K*rim,or I call her Kak Raza masa sekolah dulu.I keep on talking about her to Mr.Hubs,I told him that kenapa ye?I asik ingat kak Raza jer,I nak carik dia lah, dlm internet ,nak googgle nama dia,Dia selalu hantar surat kat I masa dia di Uni dulu ,bagi perangsang untuk I yang nak ambik SPM,I admire her English very well.I ingat semua cerita pasal dia.Dia sedorm dengan I masa I nak ambik SRP dulu.

Tuhan Maha Kaya,sejurus I duduk jer dalam dewan tu,tiba-tiba I ternampak kelibat seolah-olah Kak Raza..Then I called her,Kak Raza!And she came to me smiling and mentioned my full name,kami berdakap erat sekali,pertemuan pertama dalam jangka masa hampir 20 tahun itu!(Ya..Allah lamanya,rasa baru semalam tinggalkan sekolah)Wajahnya tak berubah ,cuma sedikit berisi..maklum,dia dah punya 4 cahayamata.Dia masih seperti dulu,mesra,spontoneous,and honest,And she's a lawyer too!

Indahnya pertemuan,apatah lagi katanya,2 malam sebelumnya dia asik teringatkan I,tak tahu kenapa katanya,tapi rupanya bakal ada pertemuan dengan I.InsyaAllah,this weekend,kami bakal bertemu lagi,kerana kursus Alumni ESQ ini.
Kak Raza with 2 of her son with our friend S*la,dulu kami semua satu sekolah,kini anak2 kami satu kursus...What a small world!

ESQ,
menemukan aku dengan sahabat lamaku,
menemukan aku cinta baru,
cinta yang lebih hangat dari dulu,
Cinta padaNYA yang satu,
Pada rasul penyuluh jalanku..

Selama ini aku kabur...
Jalanku penuh liku,
Aku selalu terkeliru,
terkadang aku buntu,
memilih yang mana satu,
menjadi pedoman hidupku,

Moga tiada lagi belengu,
yang membalut tubuhku,
apalagi cinta dunia,
yang merenggut kasihku,
yang mengalpakan aku,
bahawa ada alam lain
yang kekal disana...
menungguku..................,

Rerama Salju
310308
1.30pm

Friday, March 27, 2009

Sakit Kepala

Sebenarnya dah dekat seminggu I sakit kepala aka lite migrin atau pra migrin,iaitu nampak segaris cahaya dari mata kiri...almost 24 hours ,pastu kaki sejuk sangat,dan kepala and tengkuk belah kiri sakit,tapi tidak diikuti denagn muntah-muntah macam dulu.Kenapa ya?Tak taulah,macam-macam penyakit sejak dah tua ni...(tuanya!)

Thus,membataskan activity mengadap komputer kegemaran I ni,so mohon bercuti semuaaaa.See ya when I see yaa...

Wassalam,Ilalliqok..Baiii........

p/s:Dah lama migrin ni tak datang,Dulu migrin sebab susah hati ,sebab tak suka dengan bos,tapi kali ni rasanya takde tak suka dengan sesapa,pk punya pk apalah yang menyebabkan I susah hati, adalah sebab The Son....Susah nak cakap pasal perangai dia ni.Hanya Doa saja yang mampu I lakukan.Memang he looks OK,he can talk globally,he is into politic,he thinks BIG,and he loves music and entertainment too!tapi benda2 kecik esp bab pelajaran dia,dia belum menghalusi lagi,begitu juga soal tanggungjawab...Arghhhhhhhhh...Moga kau cepat berubah nak!

Moga ini jua bukan keluhan,sekadar luahan perasan agar terlepas sikit bebanan didadaku ini,inilah jua tujuan asalku berblog dulu,thats why, I want it remain an0nymous, and hey this is is my 200 entry too!

His tension face.When I fetch him @ Sunway Pyramid last week/sem break,while he's having an outing with his classmates(boys and girls mind u!).Atok sent him to SP about 10.30 am,12,pm mama dah terpacul ambik dia,dan ajak lunch bersama,mana member tak hangin,sempat main ice scating jer sejam,while his friend having lunch then headed to watch movie together.(until 5pm)

He's complaining that I did'nt give him much freedom,as his friends did!But hey,he is still std 6!What do you expect?who want to monitor his solat,kalau dia balik jam 5?As most of his friends are chinese and yang malay pulak,belum rasa sembahyang itu WAJIB.....Ahhh..over sangat kah aku ini?

Thursday, March 26, 2009

Jalan2 carik mkn Penang..

Pernah dengar tak lagu..'Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang"langit membiru....something like that ,pada awal tahun 80an dulu...bestkan?


And kali ni,I datang Penang semata-mata untuk makan?ketelaluan kah alasan itu?Tapi itulah kenyataannya..I love Penang for that,And that's the answer where all my fat came from?Arghhh..


Yeay dah sampai Penang


Terus datang sini...
Sanggup beratur panjang... sebab ni.....
dan ni....

malam pulak sambung dengan ni?punya haloba,instead of 3,we ordered 5 plates,sebab takut tengah makan tetiba tak cukup?Astagfirullahaladzimm...

but bila pagi besoknya,I took American BF jer...takutttttt...kolestrol dah mencanak!Ni masa BF tepi pool,sambil teman anak mandi,I baca buku yang kakja bagi,Kakja nampak tak kakja buku tu?Thanks Kak ja!


Selain jalan-jalan carik makan,I juga carik-carik teman...dari SP ke PEnang tu ,I singgah jumpa my long lost friend Aju,yg kebetulan ada kat Butterworth teman anak main Bola,She's from KL,tapi jumpa kat Penang,sama kes dengan Aziah dulu.Anak Aju sebelah my son and his son yang pakai baju orange.
Ni pulak son,masa dia jalan2 kat Gurney Plaza,pasal kasi chance I meet Maz,Maz tau dak,kita borak almost 2 hours tau?hahaha...rasa kejap jerkan?
bye-bye PEnang,InsyaAllah ujung tahun,cheq mai lagi...mungkin kali ni nak carik durian kat Balik PUlau,BF BRiyani special kat Teluk Bahang,and seafood di Teluk Tempoyak.Amin...*sigh*

Salam dari kami 2 beranak dari Tanjung Bungah.....

Wednesday, March 25, 2009

Apa ada dengan Sungai Petani?



Sajer jer buat tajuk gempak,macam tajuk PELEM ada apa dengan cinta?yang dilakonkan oleh Nicolas Syaputra yang ensem banget tu!hahahaha...
Sg.Petani ni first sekali I pergi was about 13 years ago,pergi kejap sesangat,visit my customer MAEM kat area PKNK,memang totally tak boleh ingat apa-apa,sebab masa tu datang pun balik hari,pasal ada urgent matter kat sana,Yang kelakarnya,sebab dah urgent sangat BIG BOS kata,tak kisah macam mana awak nak sampai,tapi mesti sampai sblm sekian2 waktu,berapa kos pun sanggup bayar!So kebetulan masa tu cuti sekolah,all flight to Penang was full(AIR ASIA takde lagi masa tu)nak tak nak I kena gi Langkawi dulu baru gi Penang,sampai Penang ,customer datang jemput I bawak gi S.Petani pulak.
Yang paling best I naik B'ness class,no choice maaaa!!kan urgent?Naik "kapai terobang" besar lak tu,pasal kapal terbang transit dari Jepun,nasib baik masa tu Airport di Subang so,dekat lah sikit dari office,and paling haru,tu adalah 1st alone flight for me,gabra tak hingat,tapi still buat gaya macho gitu!Gaya mesti ada...kakakakaka.....Tapi I tak utilise pun free lounge area yang complimentary for b'ness class tu,pasal selain dari I nak cepat,I tak confident lah oi!org kg katakan....hehehe,Dahla masa tu kena carry laptop lagi,paham2 ajerlah size laptop zaman dulu,besar tak hingat...berat la oi!
Itu 13 tahun dulu,tapi sekarang,SP bagai dah jadi kampung pada I,especially lepas my cousin married to S.Prian,and dah kenal Kakja....Seronok,sebab S.P skrg dah happening...apa yg ada kat KL ni,ada kat SP,I sukalah nak duk SP,esp kat Lagenda Height...cantik!nyaman jer...esp yang facing GUnung JErai tu(betul ke kakja?)
Inilah yang I temui dan rindui di SP baru2 ini...enjoyyyyyyyyy




Rest.Kak Ros yang terletak 100 meter fm Swiss inn SP,belah kiri,ya tuan-puan..menyediakan semua juadah lazat kegemaran saya spt Chopeknga(lempeng pisang)laksa buyung best in d world ,ikan bakar,dibuka dari pagi sampai ptg,while stock last!




Ni tokei kedai,last time kami pergi,dia kasi FREE jer,semua tak payah bayar,sebab kami dtg dgn camera gemok,mungkin dia ingat kami wartawan...kakakakakaa...anak wartawan adalah,tapi wartawan tu pun dah meninggal pakcik..anyway TQVM.Saya akan mai lagi dan buat promosi besar2an kedai pakcik ni!


sayoq kat kedai ni...yummeh!fresshhhh!!



Cuba teka apa dia ni?yeaaa...You all semua salah..ini adalah KERABU KAKI AYAM!!(Sori yg ni I tak mkn,ambik gambar,pasal nampak pelik!)

And blossom everywhere kat SP,kak ja nampak tak kakja?Yg ni kat dgn Pasar SP Utara

Sajer nak share gambar2 ni dengan you all semua....





Malam dok mkn ikan bakaq kat jalan nak pi Tg.Dawai tu,sorry lupa nama tempat,nama rest 8 beradik...



Ha ni lah loving couple yg jadi hos I everytime I dtg SP ni,Pak Tam and Mak Tam,both are ex teacher and Police Officer from KL,baik sangat depa ni!



Paling best sebab dpt jumpa keluarga ni.....muka wajib yang I nak jumpa everytime I turun SP


#tiada dalam gambar,gerai nasi lemak kat depan Hotel Cinta Sayang dan aktiviti taiciku...yeehaa!!


Tuesday, March 24, 2009

25 of me?

Untukmu Azizi...nyeh..nyeh..nyeh....(25?apa ada hal?I pernah buat sampai 35 tau!).hahaha...



1.Prmpuan,Isteri,anak,ibu ,pekerja yang setia dan dot dot dot....Yg setiap pagi idong tersumbat,berair dari kecik,abis katanya SINUS!Ahaks!



2.Nampak mcm peramah,tapi sbnarnya PEMALU!MENGAPE?tak PERCAYE?Esp.Yang baru kenal,tapi tend to be very talkative kalau dah gabra,nak control malu seh!yg you all tengok BECOK TU PASAL NAK COVER NERVOUS!Tapi kalau dgn family n kawan lama mmg takde hal,I can talk endlessly.Gi Pasar Malam pun malu lah oi..perasan macam orang pandang!Chet!



3.Very sensetive,tapi tak expressive....unless kena provoke semua benda boleh terkeluar.Contohnya I minat lah dengan Richard Gere tu,sampai terbawak2 dalam mimpi!contoh lah contoh!bak kata Dr.Fadzilah Kamsah!



4.Tak suka ckp kat talipon or YM,sebab nanti tend to be merapu,mcm2 cerita terkuar,ahaks!Kan ke banyak cakap,banyak silap?banyak silap,banyak dosa,zaaaappp!Apa-apa sms ya?


5.Split personality?aduss bahaya ni!Ala...maksudnya I boleh jadi macam2,some said that I'm funny,sangat kelakar dan cathcy,tapi kadang2 I jadi sangat melancholic,mendayu2 bahasa I,awwww...senang cakap,I kalau berbicara tu,I betul2 masuk ke alam orang yang disebelah sana,sungguh menjiwai agar timbul keserasian,tapi hati I tetap sama....Baik punya....hahahaha.Sebab tu ada banyak case,memasing rasa depalah sahabat baik I?Tapi actually I memang treat orang macam tu...mendalami gitu!



6.Tidor pakai setokin!since about 10 years ago.



7.Gemok!eeiii..sungguh tak percaya I can be this fat,berat badan naik sejak ada anak,arghhhhh!!







8.Tak boleh minum/makan benda terlalu panas,seminggu lidah terbakar,sakit...adeehhh


9.Suka gi oversea,tengok tempat dan negara orang.And teringin nak menetap kat negara omputeh dari kecik lagi!Thus dari kecik2 suka sangat berkawan dengan member yang dok oversea .I have a lot to this date!hahaha(pernah gak ada pen pal dari Switzerland bernama Haushia Lucia masa darjah 6 dulu,jumpa kat Dayabumi!,matured aku seh!)...Thus,pernah nak jadi sterwardess dolu2,tapi bila terbayang muka mak yang garang dan protes tu,CANCEL!Syukur..kalau tidak ntah2 dah hanyut aku nih!huhuhu.......



errr...and tau tak,nape I stayed long in this Co?because they have annual oversea trip every year.Horeyyyyyy(kaki jalan lah pulakkan?)


10.Tak reti dudok diam,ada jer benda I nak buat,(tido pon lasak,kau!)and boleh buat banyak benda dalam satu masa,last2 satu hapah pun takde yang excellent!rasain......hahahaha



11.Credit Card Queen!Tau tak?I started having my AMEX Gold Card at the aged of 21,since step in to this Jap Co,Its unlimited ok?But for office matter lah Off Course.Start pada tu I ada bermacam bentuk CC,asal blh swipe ,I swipe.I've redeem a lot og gift/vouchers through this CC points and earn more discount tru it ,(kalau pandai,CC actually is your gain kalau pandai,but,makesure no need to pay annual fees).There's a trick there,Alas!kadang I terkantoi gak!ahaks!Syyyy...ni MR.Hubs tak tau,he's ban CC long time ago.


12.suka baca tapi tak suka menonton..n suka tengok TV kalau sorang2 jer..ramai2..?rimas arrr..banyak komentator!and InsyaAllah can live without TV(but give me a komputer with internet broadband please....)


13.Baju or beg murah takper,but NOT shoes,sebab kasut kan bawak badan kita,kalau kasut murah,bimbang kang tak sedap pakai,sakit kaki,terpelocok,tak confident gitu!awww...tapi belum lah beli Jimmy Choo pun,at least Clark and Hush Puppies is well enough,comfortable matter!



14.Sangat sayang pada adik2.I can be very overprotective to my younger sista/bro.really care of them,nak tau depa kwn dgn sapa etc,nak tlg sehabis daya kalau depa ada masalah,risau kalau depa lapar,I sebokkan hal mereka,more than my mother did!tak tau lah mereka sedar ATAU tidak...OR they might think that I am nothing more than kepochi sista!hahaha.......



15.Kalau lambat solat(or dolu2 kalau malas)mesti sakit kepala sangat2,and bila kat mana2 esp oversea pulak,kalau ada benda2 atau tempat2 yang bukan2 nak buat/pergi tu,I akan selalu fikir,buatnya aku mati time tu?sia2 hidup...thus,tu yg membataskan pergerakkan benda2 lagha tu!Nasib!Tapi ada gak yang terlepas.Ops!...Ya..Ampuunnnnn...!


16.Juara bahas/syarahan sekolah/kolej,sampai peringkat negeri,and sports too!sprinter gitu!Cuba soh aku berlari and berbahas sekarang?mau mencangut!(semput!)

17.Suka gila dengan semua lagu2 dalam Mega Hitz 3,Asal rosak/hilang,sanggup beli baru(Citer awal tahun 90an,bkn skrg!)



18.Penunai Hajat..bakkal tak kaya raya,sebab pantang dengar org nak apa,sedaya upaya nak sediakan,so thats the answer I buat semua TAG yang you all bagi kat I.ok lah tukan?org miskin cenggini lah caranya nak pleasekan orang..ahai!


19.Suka beramai-ramai/konvoi gi holiday,makan,gathering/raya dsb.Jumpa sedara mara time kenduri pun suka bangat seh!Sebab tu kalau gi holiday semua org aku nak hangkot,esp my parents!It cost RMRMRMRM tu,sebab tu selalu Doa agar murah rezeki,so that ramai yg dpt merasa


20.Kalau sakit hati dgn sesorag tu,instead of layan marah,I akan DOAKAN kebaikan orang tu.Dengan tu,hati I akan jadi tenang,Cobalah!


21.Semua benda nak cepat,tu yang banyak typo error tu,and I walk and eat fast too!hahaha!Cepat boring gak kalau tak kena gaya...


22.I memang lemah dengan jewellery ni,pantang tengok,sangat teruja!And I have a lot!Tak kira lah genuine one or immitation,tengok kat catolog pun dah buat hati I berbunga-bunga.


23.Suka kawan dengan orang bijak pandai,young and success,dan yang penting yang kena dengan my heart and soul,tak kira sapa...Pastu dorang nak pulak tu,kawan dengan I,Alhamdulillah.


24.Bersederhana dalam serba serbi,kalau suka apa2 pun tak extreme sangat,rilex lar brother,wa dulu pernah jadi minah ROCK gak,pakai stokin jambul,celak itam,ana juga pernah nak pakai purdah masa ARQAM tengah melanda dulu...hahaha..


25.Berdoa agar dapat pi haji sekeluarga sblm umur 40,kalau blh tahun ni AMIN.


#Fuh!Siap pun...tapi not in orderlah...mana yang terfikir jer...tak menarik langsungkan?biaser2 sajer...buat layan gelak pada petang yang indah ni,tapi semua diatas tu benar belaka!

Thursday, March 19, 2009

jumpa memba!(as quote by CA)

Alhamdulillah minggu lepas I dapat jumpa lagi Kakja dan keluarga,suka sangat..and sungguh tak sangka dapat jumpa Kakja dalam jarak waktu yang terdekat ini...Syukurrr

Tempat biasa pertemuan kami,Tesco SP Utara.Kali ni mereka banje ABC,memandangkan kami semua dah kenyang sangat makan kat umah perantin sebelum tu kan kak ja kan?kan?kan?

Kesian adik "sakit peyot" and tuang "tushen"so that dapat jumpa akak rama-rama ni lagi...huhuhu..sowilah tangan kosong jer dik oi,sebab tak sempat nak cari apa yang patut buat adik,InsyaAllah lain kali ya dik?Amboi2 adik,asik citer pasai buah hati jer no?sampai si shahe*z tu jeles and senyum simpul,sukalah tu!And suka tengok adik dah makin cun melecun dan makin suka bergurau macam umi dia sekarang....(mula2 dulu,harusla malu2 kan dik?)
Kerja I dengan kakja pulak asik gelaaak jer,ada jer benda nak jadi bahan and errrr...budak2 mana boleh tau...ghasiaaaaaaa...hahahaha..
Fasal 2.Jumpa Maz!
Tak sangka kan Maz kita boleh jumpa?lebih cepat dari pertemuan yang bakal berlaku pada May nanti nun di bumi kincir angin kan Maz?Wah...akak jeles ni Maz....hehehe..Tapi,takperlah kasi chance,orang muda-muda jalan dulu...huhuhu
Seronok jumpa Maz,borak macam dah kenal lama,I pulak main redah jer,lambai2 dia masa dia tengah having discussion dengan team member dia,nasib tak salah orang Maz!



Tengok tu beria-ria,Maz terangkan skop kerja dia sebagai pengurus McD ni,ooooooooooo..barulah kutahu,gitu rupanya....mencabar jugak rupanya ya Maz,TQ for the info!

Macam artis kita hari tu ya Maz?paparazi merata2 ,silau mata dek flash kan?hahahaha...
Dalam pada tak moh kacau Maz kerja ,lama jugak kita chatting ye Maz?hahaha,sampaikan anak akak tu dah makan and ronda MPH,and datang balik kat McD kita tak abis borak...
Overall nice meeting you all semua,Kalau turun KL tu jangan lupa calling2,boleh kita jumpa lagi,ok?
p/s:Actually gi Utara kali ni bukan jumpa depa berdua jer,tapi jumpa gak my schoolmate,yg dok KL,tapi jumpa kat Penang,and macam2 orang lagi lah,nanti citer kat next entry ya?
*sowi!gambar telah selamat di zasss pada 23Mac 09,tepat jam 12 pm,Gomennasai...Pada model dalam gambar,akan diemailkan gambar tu pada kalian...*

Kasih Ayah....

#Sebab gambar Penang belum dpt dari empunya kamera gemuk,so I buat lah entry lain dulu na?tu yg malas harap kamera org ni,apa2hal baiklah N95ku...huhuhu...

Semalam setelah bertahun-tahun lamanya,aku naik motor berdua dengan ayah....Agak kekok rasanya,tapi dah terdesak sangat,last2 dengan muka seposen cakap kat ayah.."Ayah,kang ayah nak gi masjid,antar along balik sekali ya?"ayah anggok(ayah memang pendiam,tapi penyayang).Pastu aku pun brom-brom dengan ayah,Weh,jadi anak manja balik la dah tua2 ni!(dari hujung mata,aku nampak mak mengintai aku kat luar pagar...hahahaha)tak sampai 5 minit dah sampai umah aku....(kes malas jalan kaki!).Masa darjah satu selalu naik basikal dengan ayah,selalu mak marah,sebab dah besar,tak elok naik basikal dengan ayah,kata mak!

Dan hari ini seminggu yang lalu,bila sampai umah mak,aku dah nampak sebungkus pecal atas meja makan sebelah tudung saji,mesti aku punya kataku dalam hati.Lepas makan nasi,aku hantar pinggan ke dapur,dan ayah telah membisikkan sesuatu pada mak,dan mak macam biasa dan gaya orang melaka yang "laser"nya terus berkata "ha,tu pecal ayah beli,kenapa tak makan tu?"hahahaha...rupanya ayah peratikan jer gerak geri aku sedari tadi,dan tunggu aku makan pecal yang dia belikan khas untuk aku tu.Aku jawab,nak makan la ni,tunggu abanglong(Mr.Hubs!)

Tau tak kenapa ayah beli pecal tu?Sebab minggu sebelumnya(khamis ,mlm jumaat ,ada pasar malam kat kwsn kami) aku nampak mak dan ayah makan pecal,terasa nak makan,tapi diam jer,kot-kot ada balance kemudian,tup-tup ,bila aku tanya,mak pecal tadi ada lagi tak?Mak cakap dah abis...takperlah kataku...nanti suruh shahe*z beli...(aku malu pi PM,percaya tak?rimas pasal org ramai,and depa dok panggil2,aku malu!).Mungkin sebab tau aku kepingin,maka minggu berikutnya ayah tunaikan hajatku yang satu itu.PECAL!~walau tidak aku memintanya...tapi ayah tau aku teringin.Syahdu kan?

Kasih ayah kan?Teringat masa aku ngandung dulu,ayah lah yang rajin beli apa saja yang aku teringin makan,walau aku tidak pernah mintak dengannya,tau-tau jer makanan tu dah ada depan mata.Especially tau fu fah...Tq Ayah!Walaupun kita jarang berbicara,namun aku tahu kasihmu....Justeru,apa saja kemahuanmu jua kupenuhi selagi dayaku...

*CIter kasih ayah,dihari dan waktu yang sama minggu lepas,Balik dari sekolah dalam jam 5 petang,aku terkejut,bila nampak The Son pulang dengan pakaian sukan?eh,kan tak bawak baju sukan pagi tadi?sapa hantar?Papa...kata THe SOn..!Ermm SAH!Sorang Lagi...Kes tak sampai hati,Pagi tu berkobar2 cakap taknak hantarkan baju budak tu,as a lesson to him,sebab tak bawak baju,Tup-tup dia yang gi hantar....Sesungguhnya KASIH BAPA jua tidak boleh dipandang enteng kala ini...

Tuesday, March 17, 2009

Email dari Tsukano San

Actually I plan to write about my sweet journey to up north yesterday,but as I am damn sleepy now,I can't even think straight.Thus,I would like to share the email I received from Tsukano San this morning(the one who sent tidbits to me,the other day).

Sapa tak paham angkat tangan ok?I paste semuanya ni di sini....


What state in Malaysia?(tajuk email dia,yang buat akak confiuse deqnon oi...apa kess,tajuk cenggini rupanya?aduhai....)Apalah maksud dia ni agaknya ya?



How are you? Thank you for E-mail for the other day. I think that Ms. Linda and Sri are the friends through life. Malaysia is my second hometown. Though Hiro Taka remembers the thing of Malaysia only a little. The cornel still remembers and sometimes speaks the thing of Malaysia.



Well, it is a subject.


Naturally, the gift to Ms. Sri is sent. When I send Linda the gift (The same time of sent Malaysia. To.Ms. Linda and Ms. Sri.) Two boxes were sent from the post office to Ms. Linda and Ms. Sri and it was sent to Malaysia. Have not it reached yet though it put out when it is the same? It wants to be a delicious meal again. (Dia tanya apa ni?)



best regard

Anak daranya Mizuki Chan yang dah berusia 14 tahun...cepat betul masa berlalu....
Isteri Tsukano San yang kiri sekali berbaju kelabu,manakala anak lelakinya Hirotaka Kung memegang pompom warna kuning yang pertama dari kiri....Dulu dia ni baby jer lagi..

Friday, March 13, 2009

Peti ais pun nak tag?

As taknak menghampakan Ecah yang nak sangat tengok my 'PETI AIS".Ini ha I tepek kat sini.Sorry tak sempat nak kemas2 and rearrange apa2 yg patut...kira apa yang ko tengok nilah dia pun, hari2 pun sama..... Brand:LG
Umur:Dah 2 tahun kot,sejak pindah umah ni,beli pasal masa tu,ni yg kengkonon latest design,side by side,kat negeri Omputeh dah lama ada benda ni,Sajer cakap suka,tak sangka Mr.Hubs nak beli,As he quoted alah membeli menang memakai,takkan beli yg baru selagi tak rosak.Nauzubillah...Jangan la kena Petir macam my all electronic devices yang lain.
Lagipun biasalah,masa mula pindah semangat nak memasak was 'VERY HIGH",so harus lah memacam benda nak simpan dalam ni kan?Jangan tak tau masa mula pindah dulu,tiap-tiap minggu ajak orang datang umah,dan semua hidangan I masak sendiri,melainkan kek.Habis semua web site masak I rempuh,nak belajar masak punya pasal,terkujat-terkujat Mr.Hubs tengok I masak,tu belum mak yang macam nak pengsan bila I buat kuih tako lagi tu?(eh ni dah lari tajuk,tapi basically tulah sebabnya kenapa beli peti ais gedabak ni...)sekarang peti ais ni macam menjerit mintak keluarkan isi perut dia yang kebanyakkannya hampir nak expired tu.
Itulah saja cerita Peti ais kesayanganku ini...

Thursday, March 12, 2009

MOM OF THE YEAR AWARD



Dapat award dari kakja...

Terima Kasih Kakja,Walaupun kita tau sama tau kita ni 'TERSANGAT LAH MOM OF THE YEAR"NYA...still,kita tetap ibu kan kak ja?Terima Kasih sebab ingat kat I,ibu yang sangat lorat ni...huhuhu

*Tau dek laki aku ,aku dapat award ni,harus digelakkanya aku ni"**lol*


Apataknya,apa lah jasa aku ni,kalau nak banding dengan semua ibu-ibu kat luar sana tu,apatah lagi ibu2 zaman dulu...Namun begitu,aku memang sayang anak aku...Itu jerlah yang boleh aku katakan....thus,I'll do the best for him,anything,anytime,anywhere...(sama mcm mak lain jugakkan?)


The rules are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


Awful ye?erm... apa ye?Mungkin too 'KEPOCHI" and suka terisau2 kot,I nak tau setiap pergerakkan dia?just nak tau bukan nak involve pun,tapi dalam hati sebab tak nak dia terlibat dalam anasir yang bukan2,nak bagi idea kat dia begitu-begini,nak bagi all the best to him lah senang kata,and lagi satu kalau boleh,apa aje yang dia sebut I nak sediakan?awful enough?or kira ini sudah lebeyyy?


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.Anak sorang kan?So dialah saja intan payung gunung malatop yang ada.Itupun ada Allah nak pinjamkan sorang...Alhamdulillah,bak kata arwah MIL,Shahe*z lahir ni mak punya suka pun tak abis lagi...begitulah kami yang rindukan tangisan seorang bayi dalam keluarga kami....


To summarize:-


I suka sangat bila nampak dia balik dari sekolah or tuition whether kat sek atau kat umah..,pastu I akan buat suara manja macam ni "ala syayang bucuk mama,ayang,anja...siaaaannn penat ya?..sambil I depang tangan and sedia nak pelok dan cium dia..dan dia akan buat2 tak heran...Ohh so sweet...kahkahakahkaha...


I suka bila dia akan lari pelok I sambil gelak-gelak,bila ada perkara yang I buat,mencuit hatinya...

I suka bila dia urut badan I,walau lepas tu dia mintak upah seminit RM1...masa nak suruh urut I kata OK,tapi lepas urut,I kata..kontra lah...sebab aritu masa shahe*z pening,mama urut...hahahah..DEAL!(I am a bargain hunter remember?)kuikuikui...

I suka time baring depan TV,dia akan peluk2 I dengan cara melilitkan kaki dia kat badan I sekali,seolah2 macam I ni bantal pelok dia,lepas tu kami saling berpandangan dan ketawa( yg ni I tau dia tiru sapa....syyyyy,heheheh)Lepas tu kami main tarik2 selimut dan main cuit2,dan gelak besar,pastu kena marah dengan Mr.Hubs...(hahahaha,sure jeles tu!)


I love bila shahe*z tegur perbuatan I yang tak molek...Dia akan cakap mcm ni,Tak baik mama buat macam tu...uhuk2..paham2 la mama dia yg over acting ni kan?

I suka sebab dia pandai jaga budi pekerti depan orang tua,and boleh mix arround dengan sesapa jer,bak kata orang,masuk kandang kambing mengembek...So far Alhamdulillah pandai dia ambik hati d elderly.Mudah2an kekal begitu selamanya.Amin


I terharu sebab dia selalu memahami perasaan suka duka I.Dia selalu backing I dalam apa keadaan pun,Walaupun nampak cheeky and palyful,tapi hatinya lembut.

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you



Ala,most of my blogger friend ni sumer cowok-cowok and cewek-cewek ganteng belaka...yang masing-masing single and available,so cemana nak tag ni?Sebab depa semua dah kena tag?kira halal jerlah ya?


Sebagai hiasan I tepekkan di sini gambar2 masa my son's 10th B'day..Yes,ada 3 celebration yang berlainan tarikh dan lokasi...setiap tahun sama!




At Kelana Seafood with my family...

At McD SS15 S.Jaya with his close buddy,(perasan tak yg baju coklat tu Maiz*rah Hamzah?mak kawan dia...hehehe)At Nif house Keramat.BBQ Hi-Tea,for mama's friends n kids..


So bila celebrate b'day banyak kali,mama rasa macam mama ramai anak..horey!


last but not least....*lol*

Wednesday, March 11, 2009

Diary semalam


8.am : Breakfast sekeping roti canai,separuh puree and segelas teh tarik dikedai mamak bersama Mr.Hubs and a collegue.

1.30pm : Ke sekolah anak,taking half day leave.ada appointment dgn his teacher.

2.00pm :Jumpa cikgu,salam,senyum,seraya menyerahkan ole2 yang siap dibungkus cantik dan dimasukkan dlm nice paperbag as well,Cikgu tersipu malu,dan terus mengubah topic dari nak komplen pasal anak,jadi puji pulak,
siap bagitau that The Son got the highest mark for both BM paper yang dia mark!
Dang!...apakah? Still,cikgu tetap cakap that my son is so leisure and suka CINCAI BONCAI,tulisan dia masih tidak memuaskan,which is banyak dropkan markah-markah dia...I am totally agree with that.


3.00pm: Sampai rumah,makan nasi bungkus jer,while the son off to tuition and Kumon class.

4.00pm: Masuk baju dalam mesin,angkat jemuran semalam n lipat baju,sambil mata tengok TV,cerita kisah benar "From Homeless to Havard".Oh..My,apa lagi alasanku untuk tidak terus berusaha seperti cerita itu?.Kala itu,aku termenung panjang,panjang......... sekali.

Duit yg jumpa semalam...ahaks!


6.00pm:Kemas2 rak buku,tiba-tiba jumpa kotak!Wah duit!Alhamdulillah,Baru teringat,duit Mr.Hubs bagi awal tahun yang lalu,for son's monthly expenses and school pocket money,cemana lah aku boleh lupa?sebelum kira,kujangkakan RM500,selepas dikira cuma ada RM350,still,its still a lot,dari tak jumpa langsung kan?lepas senyum2,tiba2 mamak roti datang,aku terus keluar,LALU terus borong roti,untuk makcikku di rumah sebelah dan teman dikantor...hahaha,aku kaya!(just kidin' ok?sekadar menyatakan perasan GUMBIRA kala itu)


6.30pm:mak sms suruh datang rumah,dia masak special,sebab ada orang nak datang and ajak aku sertai sekali.So to rumah emak I off.


7.15pm.Son and Mr.Hubs sampai dari kelas ke rumah mak,then having a dinner,solat and a little chat there,pastu chioww..


8.30pm:Check son's shcool bag,tiba2 dentuman petir sungguh kuat,rasa macam nak tercabut nyawa kami sekeluarga,The last think we know,our TV,DVD,and moderm went KAPUT.Kejadian yang entah keberapa kali sejak pindah kerumah ini.Padahal anti lightning plug was ON,kalau nak jadi kan?Aku redha...dah tak ada rezeki.Nampak jugak kekecewaan Mr.Hubs(ate...duit dia yang akan terbang,haruslah bercakap jugakkan").So,untuk malam tadi kami belajar untuk kecikkan bijik mata tengok cute TV 14 inch which the son used to play PS2 tu,compared to terbalik inch TV yang dah rosak tu.Begitulah kalau Allah nak tarik nikmat,sekelip mata,boleh berlaku.Alhamdulillah aku semakin tidak kisah dengan semua ini.TV kecik?No hal,ada orang lain yang tiada TV langsung...and the previous cased was more terible,bila aircond dan komputer pun jadi total loss masa kejadian panah petir tu.Must be something wrong dengan wiring dirumah ni,Maybe...jugak sebab lokasi rumah ni ,entahlah...


lepas tu,zzzzzzzzzzzzzzzz



Pagi tadi pulak,dah nak sampai sekolah,The Son dengan tenang tanya kami,where is his 'tracksuit bag"I don't know,jawabku and Mr.Hubs,and I told him,that we are not gonna to send all your thing left at home again,enough is enough,u forget,u take the risk.(actually hati I menangis ,kalau boleh nak hantar tracksuit untuk latihan sukannya pada jam 3 ptg nanti,tapi sampai bila?sesuatu harus dimulakan dari sekarang,tiada lagi istilah MANJA)takut nanti otaknya jadi terlalu santai,sampai semua benda harus kami fikirkan...dan otak kian JUMUD mmebeku



Ok,sampai di sini dulu,as promised yerterday,I nak belanja my collegue ni,sebab happy jumpa duit semalam tak abis lagi(padahal duit sendiri,boleh?hahahah) n to buy a present for her son's b'day tomorrow...

Friday, March 6, 2009

anak o anak....

*anaknya sorang...tapi cara citer macam anak berderet....abis nak buat cemana,takde hal sapa lagi nak pikir,nak tak nak, anak yang sorang tu lah yang kami carik pasal nak peningkan...*


Hari ni:-
11.00 am : anak call dari sekolah,bagitau that he left his BM tuition book at home.Mintak papa tolong hantarkan macam selalu.Papa ada meeting kataku berbohong(tapi sort off lah,mmg kerja papa dia pun jumpa org sana sini).Oooo..its ok sebab mama nak suruh shahe*z learn from mistake kan?katanya..Ya,serve u right,lain kali ingat,I bebel lagi.

11.30 am : He called again,told me that Pn.H*fizah,cikgu BM yang paling digeruninya,might call me,and ask me to answer her nicely(Oh..please lah nak,mamamu ini tak pernah nak marah orang apatah lagi cikgumu tanpa sebab).I said OK!He also told me that he did'nt eat anything because he was so scared.I told him to eat something.Nanti sakit perut lagi susah.Tak bawak buku,just said tak bawak,jangan lari dari masaalah,I told him,habis!

12.15 pm : His teacher Puan H called me,potpetpotpet..(I dengar banyak complaint about her from ramai parents and students,dia ni arrogant,suka menjerit n macam org kg perangainya(I know orang kg pun dah maju!)SHe told me that my son always did'nt finish homework,banyak sangat alasan,tak bawak buku what so ever.Rugi budak yang ada potensi macam ni,kita biarkan...blablabla...Ye cikgu,Terima Kasih bagitau saya,infact setiap malam saya akan periksa semua buku anak saya,too bad saya tak tau mana satu kerja sekolah yang dia kena buat.Seterusnya membawa akan pertemuan yang bakal berlaku antara myself and Puan H,minggu hadapan.
So,next Tuesday afternoon,I'll see Puan H,(kes cikgu panggil mak datang sekolah)ermm...sebagai cenderahati dari I,I akan hadiahkan Puan H,sepasang kain yang I beli di Bandung dulu,mudah-mudahan sejuk hatinya...(kira rasuah ke tu?)lagipun rasanya tak salah,sebagai penghargaan,sebab dia sudi bersusah untuk anak kita.I harap persepsi I terhadap Puan H akan berubah selepas pertemuan 4 mata dengannya minggu hadapan(actually I tidak la berperasangka apa pun dengan Puan H,just dengar2 cerita orang jer....)tapi manusia mana ada yang perfect kan?and I'll try to look on brighter side,lagipun dia mengajar anak I,nanti tak berkat pulak ilmu tu,malah I akan suruh my son Doakan kesejahteraan Puan H sekali setiap kali lepas solat,and berdoa juga agar Puan H berhenti menjerit!
p/s 1:Tak dinafikan my son is quite playful,geram dibuatnya..Ada ke patut bila tanya dia,mana dia nak pergi kalau dpt 5A dlm UPSR nanti,dia jawab ISRAEL!(knowing that we Malaysian tak blh gi sana)See,dari sini you all semua blh menilai how he is kan?Not to forget dia demand I-phone kalau dapat 5a nanti, and Bidaman(ala-cartun2 robot tu!) every time dia dapat 5A dlm monthly test dia,So,besok I kena beli Bidaman dia spt dijanjikan...(salah kah I mengikuti permintaanya itu?sebab I yang suka nak happykan dia sebenarnya atau he is too much?macam mana nak buat ni ya?mintak sangat nasihat dari you all semua yang arif)HELP!

p/s 2:Bila kena panggil datang sekolah,teringat masa sekolah rendah dulu,(std 6 gak,sama kes my son!)GB sekolah ugama panggil my father datang sekolah,sebab I selalu ponteng kelas,sebab I kena berada di SRK untuk latihan sukan atau sebok mewakili sekolah dalam macam2 acara sukan.GB sebelum tu siap rotan lagi tangan I,sakit tau!serba salah I dibuatnya,cikgu SRK tarik I,(mmg I suka pong!)GB pulak taknak I gagal dlm peperiksaan ugama darjah 6 tu.Bila balik rumah,ayah tak marah I pun sebab ponteng kelas,sebab ayah tau minat I yang mendalam dalam sukan dan Alhamdulillah I jugak lulus dalam peperiksaan tu.Come on lah,its about time management kan?Dato' Nicole David pun success both in sport and study,apa?




Inilah dinamakan sejarah berulang...hahahaha...#Dulu aku buat bapak aku,sekarang anak aku buat aku#rasain!Astagfirullahaldzimm...and me too,is not gonna to scold my son,tapi akan lebih memberi perhatian pada pelajarannya...AMIN...Never too late huh?!

By d way...I dreamt I've delivered a baby girl last nite...oohh indahnya rasa!rupa-rupanya nak kena sound dengan cikgu anak,sabar jerlah....huhuhu...


With his own make pizza...masa bajar buat pizza kat Pizza Hut last year..Semua menda dia nak try!And his "gila-gila" action yang ntah dapat dari sapa!(buat 2 tak tahu,sudah!)

Tuesday, March 3, 2009

Dad at 13



Inilah dia,kalau dah modern sangat....Nauzubillah...takoootttttttt...Nak nangis sebab this boy is about my son age,yg masih tidur dibawah ketiak I....ops!


INNOCENT-eyed Alfie Patten spent his first night acting as a 13-year-old dad and declared: "It was easier than I thought." PS3 ... new dad Alfie Patten, 13, and mum Chantelle Steadman, 15, with baby Maisie and PlayStation The four-footer - who looks no more than eight - said: "I know I'm young, but I plan to be a good dad." As he went on the PlayStation with 15-year-old girlfriend Chantelle Steadman, he added: "I think we'll be good parents. I'll have to work extra hard at school." Parents ... Alfie and Chantelle with Maisie It is a typical teenage bolthole - packed tight with cuddly toys including a giant pink teddy. A school gymnastics certificate is proudly displayed on the wall. Mickey and Minnie Mouse hold hands, surrounded by lovehearts, on the headboard of her bed - where Maisie was conceived when Alfie was just 12 and Chantelle 14. Their story, revealed by The Sun yesterday, rocked Britain . Even Prime Minister Gordon Brown spoke out, commenting: "I think all of us would want to avoid teenage pregnancies." But Chantelle insisted: "When I was pregnant the police and social workers came to interview us and they decided that we would make good parents to Maisie. "Now we will prove to everyone that we can be, and give her a great future. When Alfie is 16 he can come and live here with me and my family. "We don't want to get a flat because we wouldn't have enough money and I want us both to stay in school to make the best future for Maisie." Benefits The pair's parents have been singled out for criticism. Both knew Alfie and Chantelle were "dating" but said they did NOT know the relationship was sexual. Alfie lives with mum Nicola, 43, in a £395,000 detached home in nearby Hailsham. A cheeky message in the window reads: "I am horny." Neighbour John Holmes, 90, said: "I have always found them very nice, but I know a lot of neighbours have complained about her noisy parties." Nicola is separated from Alfie's dad Dennis, a 45-year-old father of ten, including three stepkids. He said: "How were we to know what they were up to? To us they were just kids - we're as shocked as everyone else." Family ... new mum Chantelle with baby Maisie and her own mother Penny He said the child couple hid the pregnancy for six weeks and added: "I feel that the doctor that told them she was pregnant should have told an adult." Chantelle lives with mum Penny, 38, dad Steve, 43, and her five brothers in a council house. The family survive on benefits. But Penny explained: "Steve is a fisherman and work is sparse. "I need to be at home to look after Maisie and my other children so that Chantelle can go to school in April and take her GCSEs. What's important now is Chantelle's career and her family and that this mistake does not mean she cannot have the same dreams as any other 15-year-old." Penny also dismissed a neighbour's allegations that she had let THREE other boys stay overnight with Chantelle. Sean Thomas, 20, claimed: "She is not a young innocent girl who got pregnant with the first boy who came along." Furious Penny hit back: "It's rubbish. Chantelle lost her virginity to Alfie." Chantelle gave birth to 7lb 3oz Maisie in Eastbourne Hospital on Monday. Social Services in Eastbourne admitted to "concerns" over the case but vowed to give "all their support", including intensive monitoring. Police said they had investigated but had decided to take no further action as it was "not in anyone's interests" to prosecute. Julie Vine, 37, whose daughter goes to Cavendish School with Chantelle, said: "I feel sorry for them both. It's not the school's fault, it's a very good school." A family friend said Alfie had been thrilled when he learned he was going to be a dad. Becky Holmes, 19, said: "He is a lovely little boy. "When he found out his girlfriend was pregnant he paid my baby girl so much attention. "I was pretty shocked but he's a natural with babies, even though he still looks like one himself. "He's so tiny, he doesn't even look his age. But he says he's ready for it." Another family friend, 28-year-old David Lee, said: "I am really shocked. I didn't know anything about it. I was only round there two weeks ago playing Xbox games with him. "He didn't say anything. You would think being a few days away from being a dad he might have mentioned it." (Story that rocked Britain ... our front page

berkongsi rasa ....