Wednesday, August 27, 2008

Happy Birthday Cah!

Hari ni 28-08-08,genaplah adikku aisyah,berusia 20 tahun.Ingat lagi,masa mak bersalinkan dia, aku diasrama,bila ayah kata,aku dapat adik perempuan lagi,aku gembira....maknanya bertambah meriahlah hidupku nanti....

Seperti biasa,nama-nama adik perempuanku,aku yang beri...(ini kes dah besar baru dapat adik!)jadi,bila ayah bagitau jer,aku dapat adik perempuan,aku dan temanku yang paling terror dalam 'Allughatul Arabiah" M, mula membuka kamus Marbawi,menyelak helaian demi helaian dan meneliti setiap patah perkataan yang menarik minatku....Yang pasti aku inginkan kelainan...aku tak nak nama yang kuberi itu ada pada insan lain,aku nak nama tu tersendiri,yang penting maksudnya juga baik....rupanya pencarianku tidak lama....aku cuba gabungkan perkataan yang kujumpa ini menjadi satu nama yang biasa tapi tetap agak beda dari biasa....lalu terhasillah nama...'Aisy*tul Raihana"

Alhamdulillah,sampai harini tuanpunya nama ini,bangga akan namanya yang tak sama dengan orang lain itu,bersesuaian dengan personalitinya yang agak periang dan menyenangkan itu....kemana saja dia pergi,dia pasti akan menjadi kesayangan teman dan guru.....Kalau dia kata dia nak,dia mesti dapat kan jugak...semangat itu yang kukagumi...semangat yang tidak ada padaku yang mudah beralah,menyerah dan mudah putus asa ini...entahlah.....

Aisyah,
Diusia ini,along doakan
agar Allah permudahkan perjalananmu,
moga tercapai segala citamu,
teruskan berusaha tanpa mengenal jemu,
Along akan sentiasa disisimu,selalu..........

Salam Kasih,
Along
28-08-08

p/s:Hope u'll like the birthday gift,kalau tak suka sila pulang balik,as actually I yang damn crazy dengan that watch!Ahaks!!!And we'll celebrate your birthday tomorrow ok?as all family can only make it tomorrow,hope no one absent!

4 comments:

Aziah said...

Happy 20th birthday Dear Cah!

** nda, aku pun nak watch cam dia juge

rerama salju said...

Hahhahahahah...

ko dah kaya....blh beli sendiri...dia student,aku kasi chance lah!!

Tq for d b'day wish...I'll tell her...

Aziah said...

pendek pulak sajak ko kali ni kan..

rerama salju said...

hahahahahaha,

ko baca gak sajak aku tu ya?
aku ingat takde org hirau,so aku maleh la buat pjg2....kita tunggu b'day sapa lak lepas ni ya???

berkongsi rasa ....