Monday, June 30, 2008

Kena sound denga FIL....


Minggu lepas,aku menghadiri kenduri kahwin sepupu suamiku di B,(she's married to an Iraqian,mind you!!)sblm tu kami jemput my FIL sebab dia dah tak daya nak drive sorang-sorang kalau jauh,sekitar KL boleh la.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam pergi dan balik,dalam tempuh itu juga my FIL ini tak berenti bercakap bermula dari hal kesihatan,Mou Zi Tong(spelling error kan?),pelajaran,Politik dan sebagainya.Sesungguhnya dalam usia yang mencecah 70 tahun,my FIL ini memang suka membaca,healthy conscious,dia berjoging/berjalan kaki 3-5km a day,without fail!memang wang pencennya dihabiskan semua untuk vitamin dan buku....never think about the luxurious thing,nak umah cantik atau kenderaan yang selesa,dia hidup secara sederhana saja...

Masa dalam perjalanan balik tu,dia mintak my son tuliskan markah-markah yang dia dapat masa mid term exam baru ni,Punya lah my FIL terperanjat,sebab result kali ni,tersangat lah bad nya,termenung orang tua tu seketika,Yelah baginya,kalau zaman susah payahnya dulu,dia berjaya melayakkan diri belajar diMCKK seterusnya ke luar negara,justeru dizaman yang serba modern dan mudah ini,dia rasa tak patut my son dapat keputusan seteruk ini.Justeru,bukan anakku yang ditegur,tapi aku...waaaaaaaaaa!!!Tapi aku terima dengan hati terbuka dan fikiran positif..aku tau dia bermaksud baik...mentelah lagi anakku lah satu-satunya cucunya yang ada didunia ini...tempat dia mencurah kasih.

Katanya padaku dan suami...Kau,tak boleh biar-biarkan budak ni R****n,nanti tambah teruk resultnya,"kalau kau sibuk,ayah akan datang rumah kau tiap-tiap hujung minggu untuk mengajar Muhd Sh****z ni""Pelajaran ni bukan susah sangat,yang penting kena selalu buat latihan,buat past years questions,explain kat dia apa2 yang dia tak faham"(my FILni memang minat sangat pada pelajaran sampai lepas pencen pun dia sambung belajar lagi!)Aku hanya mengangguk,aku tahu aku terlalu mengikut kan sangat kehendak anakku yang satu ini,aku tak punya kekuatan untuk menyuruhnya belajar,disaat dia buat muka penat...Ya,aku yang bersalah...dapat pulak,anakku ini amat minat dengan semua activity luar darjah sehingga menga baikan pelajarannya..Duh!!

Balik dari menghantar FIL,kami sekelurga berbincang,mengenai apa yang FIL perkatakan,tapi nampaknya hanya aku dan suami yang risau,anakku relek jer macam tak da apa-apa berlaku....sabar jerlah...hanya Doaku yang tak pernah putus buatnya...

Thursday, June 26, 2008

Aku penternak jaya!!


Semalam bukak petiais pasal nak carik benda lain,tetiba ternampak benda pelik kat drawer belah bawah....rupa-rupanya sang ubi kentang yang entah dah berapa bulan dok fridge ni...wakakaka...aku pun apalagi lekas-lekas ambik nak buang sebelum cik abe nampak..huhuhu..tapi sebelum tu kita snap dulu gambar kentang ajaib ni....kalau lah mak aku tau...ahai....
Ingat lagi,masa nak beli fridge ni masa baru mula-mula pindah sini about a year ago,aku punyalah tamak,nak beli yang paling besar,latest design,energy saver,anti frost,blh simpan barang2 lama pun tak rosak........Cik Abe aku pun layan jerlah,10 tahun tak yah beli lain lagi,katanya...dan sebab konon nak jimat lar...kan,pergi pasar sekali arung,pastu dump semua dalam freezer,I bought LG fridge yang side by side lagi,konon sebab nak guna banyak ruang frezer sebab nak letak barang basah,memula pindah...semangat nak masak memanglah berkobar-kobar kan?sudahnya...ice-cream yang kami letak masa mula pindah dulu pun sampai sekarang tak habis....buat hiasan jer.....Ya..Allah buruknya perangai....
Moral of the story,selalulah kemas-kemas kan fridge tu,kot ada benda-benda yang rasa dah nak expired atau ada masa lagi boleh guna,antar-antar lah umah mak atau sedekah jer kat sapa yang memerlukan....tak baik membazir tau..........
Boring tak cerita harini?..sebenarnya banyak benda nak cerita,tapi takde mood,sebab macam tak sedap badan jer harini..so kita citer pasal kentang berakar ni jerlah ya..hahaha
babai..chiow bella.........

Wednesday, June 25, 2008

Phew!! Its over

Inilah ole-ole ataupun Omiyage kata org Jepun,yang Izaki San beri semalam,too bad I tak boleh nak telan,walau dia kata halal,so I distribute to my collegue here.

I'm quite busy for this couple of days,Preparing reports and all sort of documentation to be present to visitors from Japan who visit us in the office Yesterday.(Mereka dalam rangka lawatan kerantau Asia,melawat cawangan pejabat kami)The most important is I have to prepare myself,with whatever question that might pop out from that guys,3 of them to be exact,all Japanese,1 of them is my MD who based in Sin*apore.

So,selagi depa tak mai kat opis ni semalam,rasa nak buat apa pun tak boleh,pegang tu tak kena,buat ni tak lepas....berdebar sokmo,padahal I knew one of the visitor tu who happend to be my GM based in Sin*apore about 8 years ago.Iz*ki San,very nice and polite guy,he even joint our co tour in Chia*gmai way back in 1998.Tapi takut lah kan, sekarang ni dia dah jadi orang no.1,di seksyen kami di Hiroshima,risau jugak dia dah berubah.....

Alhamdulillah...kala wajahnya,terpacul dipintu....terus dia menjerit namaku,**nda San,how are you,long time no see....Hai kataku..Ohisashiburi nee...kataku berbahasa basi.....kemudian menyerahkan sebuah paper bag padaku.."Hait...omiyage **nda San".."Arigatou Gozaimasu"kataku...diikuti aku dikenalkan pada seorang lagi pelawat dari Tokyo yang sangat manis orangnya,matanya cantik kata temanku S...hahaha sempat lagitu......senyum jer dia,kukira dia tidak fasih berbahasa Inggeris...This is a sweet introduction kataku dalam hati....jadi kegusaranku jatuh 50 %,cuma risau kalau ada soalan-soalan tak terduga saja....Dimeja meeting,aku asyik terdengar namaku disebut-sebut oleh 4 lelaki Jepun itu termasuk O San,risaunya aku tuhan saja yang tahu...Lucky!they did'nt ask me to joint the meeting!

Alhamdulillah,tiada pertanyaan luar jangkauan yang dilontarkan,rupanya kedatangan mereka lebih kepada technical part,fuh...lega sungguh....Bila masa untuk pulang,aku dan temanku S,serba salah sebab mereka nampak masih rancak berbual jadi aku terpaksa menanti 10 minit sebelum mereka pause seketika sebelum minta undur diri...Beria-ria semua gentleman bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil berharap dapat jumpa lagi dilain masa..."hait jya mata" kataku tersenyum.

Pagi tadi,O San masuk office dengan wajah berseri-seri ,lantas kutanya"ada tak apa2 complaint dari visitor tu semalam?"takde jawabnya..tapi Thail*nd office macam-macam complaint,Mereka kata KL office buat kerja uptodate,rupanya monthly priliminary report yang kuhantar setiap bulan ke MD ku itu lah antara yang menjadi bual bicara gentleman itu semalam,lantas mencadangkan aku ke Ban*kok office untuk menunjuk cara kepada staff disana how to prepare such report.Mak taknakkkkkkkkkk.....Ei...tak suka nak pergi sana,Tapi takper,akan kuberi alasan paling bernas jika arahan dikelurakan kelak...

Tapi dalam hati,aku sedikit gembira bila hasil kerjaku dihargai...rupanya ada yang menilai,patutlah setiap bulan,selepas aku emailkan reportku pada GM ku di Singapore,dia pasti akan forward kan kepada semua regional office/boses yg ada cawangan diseluruh dunia,pastu dia mesti akan cakap 'Tq **nda San for preparing this report"kusangka semua office prepare report ni,rupanya hanya aku dan Spore office jer,patutlah beria-ria dia ucap Terima Kasih...ermm..barulah kufaham...

Last word...Thank You Allah...

Friday, June 20, 2008

A father's day note from son!

Malam father's day tu,my son told me,dia tak sempat belikan papa card,so he quickly tore a piece of paper and wrote as above before give it to papa....I peratikan jer 2 beranak tu,si son yang malu-malu alah,hand over this paper...sambil cakap,Pa,Happy Father's Day and both of them hugged each other..oh so touching,moment!!hehehe.....

Boleh baca tak apa yg son tuliskan tu?Sorry ler,member tu nama jer darjah 5,tapi tulisan ngalahkan Doktor....I type balik ye apa yang dia tulis....

Happy Father's Day

You buy me a rope,
You are my hope,
You tight my shoe lace,
I will kiss your face,
You buy me a rabbit,
I change my bad habbit,
You are as shining as ruby,

Here' my gift(siap buat arrow)
agaknya dia ada attach apa2 kot ,

Thanks a lot for take care of me,

Your Son
-signed-

Ntah bila dia belajar buat poem ni,atau entah-entah dia tiru kat mana pun I tak tau,tapi the way dia appriciate papa dia,buat I terharu,sebab memang selama ni papa dia lah yang banyak take care of him,hantar and ambik dari sekolah,(his school is about 1/2 an hour journey from home,quite far,as it is near to our previous home in Sek Wawasan USJ 15 to be exact),menatangnya bagai minyak yang penuh dari sekecil-kecil benda like,sediakan raisin,vitamin and air atas meja setiap pagi sebelum kesekolah,pasangkan CD mengaji dalam kereta sepanjang perjalanan ke sekolah dan bermacam benda2 remeh yang lain.Papa melakukanya everyday without fail melainkan kala outstation,itupun papa tetap akan sms remind mama supaya buat rotine sepertinya,sebab papa tau,mama ni suka ambil lewa..Astagfirullahaldzimm....

Anakku,teruslah menghargai papamu,
yang menjagamu persis sang putera raja,
yang menghembuskan ayat-ayat Allah
ketelingamu
sebelum lenamu diulit mimpi,
sebelum kakimu melangkah kepagar madrasah
yang memerhatikanmu
sehingga kelibatmu hilang dari pandangan,

Besar sungguh kasihnya padamu nak,
tidak akan dia berganjak
dari pagar sekolahmu
selagi dia dah pastikan kau
selamat tiba di foyer sekolahmu,
Jika boleh,
ingin dipimpin tanganmu hingga kekelas,

Jika kau dewasa kelak,
kau layanlah papamu,
sepertimana dia menjagamu,
membelaimu,memelukmu bila punya waktu,
melayan kehendakmu,
menuruti kemahuanmu,
apa saja yang kau mahu.....
Paling penting
jangan kau lupa mendoakanya nak...
dan moga kau juga membesar menjadi
insan penyayang sepertinya...

Doa seorang ibu,
mama
200608

Thursday, June 19, 2008

A year older today!

Today 19th June is Mr.Hubs birthday.Dan hari ni jugak genap setahun entry pertamaku di blog ini,sebelum aku kembali sepi dan menyambung menulis semula pada awal tahun ini atas galakkan Aziah,Tq Aziah...blog ini telah menambah warna dalam kehidupanku.

Betol-betol blurr dan tak tau nak bagi hadiah apa kat Mr.Hubs,dia pun bukan suka I bagi-bagi hadiah ni,membazir katanya,mentelah lagi kami memang nak merayap tak lama lagi,kekira celebrate kat sanalah(in his expense,pandai tak?hehehe) so I just sent b'day wish tru mms featuring me n my son photo taken last nite and I insert a song sang by my son.I also send my solo picture wearing a scarf he bought for me few months back,saying:-I copy exactly ok?hehehe

"Happy ** Birthday yg,semoga bertambah keimanan dan kekayaan,ahaks!sihat dan tenang selalu.luv u as alwez -just me!(kenal x tudong ni?cantikan?:p)"

Abis citer, dia happy,I pun puas hati...hehehe,malam ni pi dinner kat William's PJ(Mr.Hubs sempat antar sms tadi cakap,mlm ni birthday boy banje...hahahah...nak perli lah tu,bini dia ni kan selalu sengkek...huhuhuhu)

Tak larat nak karang sajak untuk dia,pening kepala lak arini.....

Wednesday, June 18, 2008

Dealing with good samaritans...

Alhamdulillah these couple of days Allah temukan aku untuk berurusan degan kakitangan awam yang sangat baik dan berperibadi mulia.Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membantu orang awam sepertiku.

Pagi semalam aku ke PutraJ#ya,ke Tribunal KHEP untuk membantu O san meneruskan kesnya.Sampai di kawasan yang kami biasa parking tempoh hari,kami tidak dibenarkan masuk oleh Pengawal bertugas,dengan alasan ini parking untuk kakitangan sahaja,memandangkan kami telah terlewat,O San dengan tenang meletakkan kereta dipinggir jalan,setelah melihat deretan kereta lain juga melakukan yang sama....well macam biasa,bila kami turun dari pejabat,abang misai ngam-ngam tengah tulis surat cinta...hehehe...ambik jerlah,dah salah....balik dari PJ,O San sekali lagi disaman kerana speed trap...your bad day lah O San....Gambatte ne!!ini Mareisha ok?Niphon jya nai yo!!

Tapi tujuan aku menulis ni,adalah untuk menyatakan Terima Kasihku pada Tuan hakim Mr.Ranjit Singh dan pembantunya Cik F#thihaya yang beria-ria cuba membantuku,ketika kesku mula dibacakan,memandangkan kami kekurangan bahan bukti yang belum tiba dari Penang,Tuan Hakim sudi menangguhkan kes kami,kewaktu yang kami fikir sesuai atau ketika bahan bukti telah tiba ditangan kami.Kata Tuan Hakim,kami diberi keutamaan kerana O San bangsa asing,dan dia rasa perlu menolong O San yang teraniaya.Terima Kasih Tuan Hakim.Sebelum pulang,aku juga telah diberi direct line no pembantunya yang juga sangan berperibadi mulia itu untuk membuat temujanji lain mengikut kelapanganku,Kata Tuan Hakim kesku special,dia tak pernah buat begini pada kes lain...Syukur,Allah permudahkan urusanku.

Sampai dioffice aku mula menghubungi Pejabat Pos Butterworth,aku dilayan baik oleh Puan Sabariah,En.Yusof Ahmad dan Encik Mansor.Jasa baik mereka hanya Allah saja yang dapat membalasnya.Disaat semua sistem pejabat pos down semalam,mereka sedaya upaya buat manual tracking dimanakah kedudukan surat berdaftarku tika ini.Alhamdulillah,pagi tadi,document misteri yang hilang entah kemana itu berjaya ditemui dengan bantuan mereka ini.Aku terharu atas kesungguhan mereka menghubungi telefon bimbitku untuk update dari masa kesemasa,akan status keduduka surat berdaftar itummereka juga turut menjejaki P.P di Subang Jaya ini.

Kepada semua,Terima Kasih kerana membantu seorang aku yang tiada siapa ini,Aku doakan urusan kalian juga akan Allah permudahkan dimasa-masa akan datang..Sesungguhnya aku yakin,Allah akan membantu mereka-mereka yang ikhlas ini...Jazakaullahukhairan kathiraaa...

Syukur....sekadar menyatakan penghargaan....

Tuesday, June 17, 2008

mak and shopping...

Mak busy choosing ayah's shirt to be match with her baju...She loves batik like yours truly.. Hehehe...this is mom masa seminggu lepas dapat duit kutu,mak....mak....satu perangai mak yang tak berubah sampai sekarang adalah suka shopping!!tak kira zaman gawat ke tak gawat ke dia tetap puas hati kalau dapat membeli barang idaman dia....Mak memang high taste,sampai terkadang mengundang geram pada kami..ahaks!Ada ke mak ada hati nak beli jam ROLEX!!Mana aku tak jerit,kami yang dah bertahun kerja pun tak merasa pakai ROLEX..mak..mak..adeh la mak aku ni...

Masa aku teman mak shopping haritu,Dengan aku-aku sekali mak nak belanja belikan baju,but I politely decline,tak sanggup nak ambik belanja her hard earn money.Mak memang tak boleh dapat duit,semua orang nak dibelanja,satu sifat mak memang suka bersedekah,mudah simpati kat orang susah,maka itu kurasa murah rezekinya....
Takpelah mak...teruslah bershopping,asalkan mak gembira....hai..nasib baiklah aku ada Mr.Financial Controller kalau tidak mau aku pon ikut jejak bertapak mak....best apa,shopping,theraphy gitu!!

Friday, June 13, 2008

Happy Father's day...

Last photo taken before we left...my only sisters Wani and Aisyah
The happy faces

Our chaotic family,masa baru sampai...
Happy Father's Day to all fathers in this world,Especially to my own father ayahnda M.M,my son's father AR and my FIL,HDJ.You guys are very great men....without you...I am not what I am today!!And not to forget to all fathers who happen to read this blog..You are special creatures men !!!



Yesterday,we celebrated Father's day differently from our previous celebration.In order to lead healthy life and economic life as well.We organised party on the park.Yes.At Tasik Taman Jaya to be exact.We had KFC and home cook prepared back home,a loads of them.Yummeh.



This idea actually popped out,by non other than MR.Economy and healthy conscious man in my life..Mr.Hubs,and everyone seems very happy with this idea.We had pretty much activities then,I take this opportunity to jog one whole park,(pstpst..I even jog in the morning for 2 round mind you!) to shed some kilos before I put up some more kilos by eating that yummy food!!surely cannot resist!!



These are our some photos taken yesterday.I can see my parents smile widely by then....

Reach home...I was totally weak,and all my sickness came from no where..Ouch!!

After all prices gone very high!!

Today,after about a week of the hike of black gold prices,(and everything is going up too!) I think I need to reschedule my way of life and cut all the unnecessary expenses.

First of all the plan to change/buy a new dream car is a big NO,NO at this moment,or maybe forever due to this oil crisis.Mr.Hubs has a plan to buy a NGV,but I kinda did'nt give full support for so many reoson.

Among my new resolution to save (not in order) are....drum roll...pstpst..hope this will be everlasting(love!)

1)Stop buying branded make up kit,so no more Chanel 2 way cake,Estee Lauder lipstic etc(Yes,I am start using Mustika Ratu(kinda brand) recently,only to found,my pimples came from no where!!Waaaaaaa!!Akkak nangis!!nak jimat tang ni,tang tu pulak dia jadi membazir,pasal I have to spend to dermatologiest....tu yg akak maleh tu,muka jenis sensetive...aku kah yang bersalah?cemana nak jimat macam nikan?

2)No more window shopping during lunch hour-(My office is surrounded with many Mall ok?)
because,normally the window shopping always ended up with the "sampah thingy"(my hubs called it)because,selalu beli barang2 yang tak perlu...You know what?I have pile of thing which I buy but yet to use it,normally that thing I'll give as souvenior to people who come to my house or I'll give as a present for their birthday what so ever.I'll stop this attitude!!Beli benda perlu jek!

3)Start bring food to office.Yes,now we start do rotation with my collegue about what to bring to office.So that we don't have to go out for lunch,we can save for petrol and the lunch fees.OK gak,other than save....diet la sikit makcik oi!!hehehe...

4)No more makan ikut tekak....tapi makan ikut budget...kalau dulu pantang nak makan apa,walau beribu batu,main redah jer...sekarang pk ratus2 kali...pk panjang gitu,No more hotel buffet,whatmore fancy restaurant.Nak makan kalu,tunggu office belanja jer...hehehe.Makan kat umah (mak) jerlah kak oi...sodap pon sodap..cuma tambahkan jerlah elaun org tuo tu...tapi masih jimat kan?

5)Important function only please!!Kalau dulu,bithday kawan punya anak buah pon pergi,tapi sekarang kena belajar budget sikit,kena buka buku costing yang pernah belajar dulu2,worth it tak perjalanan tu,tol,minyak,hadiah lagik...kalau tak berbaloi,forget it...boleh kirim hadiah atau duit jer sebagai tanda ingatan,InsyaAllah yang menjemput tak kecik ati.

6)No more double triple celebration for son birthday!Do you believe it,since my son was born to this world,he had more than 3 birthday party a year!!Yes, you read it right!!First,birthday ikut bulan Islam which is 30 Syaaban.And as a private person I am ehem..ehem...I organise different party for family,inlaws,my friend,and my son's friend respectively,all in different time and place.like if huge family group,I'll organise home cook and the party held at home siap pasang kemah bagai,macam k*ling..,inlaws yg tak ramai will be in Rest or their home tengok keadaan,friends kalau tak ramai ,buffet kat hotel,son's friend normally at the fast food rest.All cater individual need...Ntah macam mana I did'nt see that as a waste.As my son birthday is on 30th Dec,where my big bonus normally come!!Tapi tobaaaaaaaaaattttttt...tahun ni tak nak buat party2 lagi,kalau ye pun cuma nak potong kek kat dalam umah dgn close family member jer,and with some Doa Off Course,sebab next year he will sits for UPSR.

7)Less holiday....no more suka-suka jalan,ikut gerak hati....But vacation its kinda a must for our family as Mr.Hubs says as an open minder to our son.As he quote it "banyak berjalan luas pandangan banyak pengalaman,sebab dia jugak dibesarkan dengan cara begitu"...So there'll be only one local holiday and one Overseas holiday in a year.Not more than that.Kekira yang tahun ni punya future jalan-jalan ,kira halal lah,sebab dah booking awal-awal...but with a minimal budget Off Course!

8)No more suka-suka shopping..sebelum ni asal bekenan di hati and within the budget,terus sambar,tak kiralah pakai CC ke,cash ke...sekarang ni...selagi baju tu boleh pakai silalah pakai,pastu kalau nak beli sangat cari yang 70% discount,ada tau I jumpa last week,I sambar 2 lai kat JJ,hari ni I tengah pakai...cantik gak!!hahaha...dah-dah lah beli baju branded yang org kg pun tak tau tu...wakakaka...syok sendiri tol...kalau nak gak beli baju kurung 3-400 hengget sepasang tu,restrictkan setawon satu jer..InsyaAllah.

7)Tak payah lah junk-junk food atau snack-snack yang bukan saja tak elok dari segi kesihatan...sebenarnya benda nilah yang banyak makan duit secara tak disedari...nasib baik I dah lama tobat dari makan my fav ice cream Baskin Robin apalagi Hagen Dazz tu,I makan ice cream McDonald yg singgit jer sekarang ni,sedap gak...Yummy!!

8)Minimise the electric using at home...benda ni dah lama we all amalkan kat umah,tapi skrg lagi lah kena strict,like,we all cuma on kan aircond for 1/3 of the night jer,guna timer,agak2 dah sejuk,pasang kipas lak,tv pon guna timer,so blh kata we all tidor dengan bermacam remote disisi,no harm one!!lampu pun kalau tak perlu tu,tak payah lah bukak samapai satu rumah,make it a habbit,keluar dari bilik offkan semua suis yang ada,walaupun at first intention kita cuma nak keluar kejap jer...end up jadi lama....ha,kan membazir tu!!

9)Rancang perjalanan,like nak pergi bayar bill ke,bank ke,susun jadual tu,biar satu hala,kalau blh semua buat on line banking,help each other,macam car pool,Aku tlg bayarkan bil kau,kau tolong bayarkan bil aku...this will save you!!

10)last but not least...kuatkan lah semangat dan berfikiran positif...we are what we are...kita tak boleh mengubah dunia...dan apa yang berlaku is beyond our control....tapi kita boleh berubah dengan cara kitakan...hidup ini kita yang mengemudinya...The choice is yours afterall...

Chiow babe!!
Wassalam

Wednesday, June 11, 2008

Yeay..I'll be back soon!!

Yes!!I'm release now!!
Bebas dengan syarat!jadilah dari tak dibebaskan langsung.
I'll start update later k?now I'm kinda busy with my office work.
See ya!!Can't wait to chat again!!

Friday, June 6, 2008

Sabbatical Leave...

Hehehehe...

I might be stop blogging for a while.But One thing for sure,I'll read your blog as usual.My other half is not fancy to see me bloging(although he never read my blog!hahaha).So,here I am,mohon berundur seketika,sehingga keadaan pulih seperti sedia kala....hope this might not be long...(2-3 hari cukup lah...ahaks!!)

Monday, June 2, 2008

Happy Birthday Mak...

Today,3rd June 2008 is Mak's 56th Birthday.
pgi-pagi lagi aku dah jumpa mak,untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mencium insan yang melahirkan aku kedunia ini.I bought her a watch.I hope she likes it.(Alhamdulillah she did,because I just received a sms from her saying-'Terima Kasih belikan mak jam,mak suka sangat").

InsyaAllah malam ni we will have a family dinner,tapi tak cukup korum,because my bro and sis are away.My sis W,dah pun bagi hadiah since last Sunday.It was a micwowave oven, punyalah mak happy,tapi.....belum pun sempat guna,tetiba pinggan dalam microwave tu pecah pulak dibuat dek our aid yang ganas tu...kesian mak,baru nak happy dapat microwave canggih sikit....Nak marah maid tu,tak sampai hati lak,pasal dia memang rajin,so we all angap takde rezeki lah,and kenalah beli pinggan baru nampaknya.....



Buat Bonda Fatimah Said...
This entry is for you...(walaupun mak tak membaca blog ini)

Mak,
Terima Kasih atas segalanya mak,
atas ketegasan mak dalam mendidikku,
atas batas-batas standard yang mak gariskan,
atas segala pantang larang mak,
atas jelingan tajam mak kala aku tersasar,

Ampuni daku mak,
atas segala keterlanjuran kata dan sikapku,
kerana terkadang tidak mengendahkan nasihatmu,
kerana terlalu mengikut kata hatiku...
kerana sering tak sehaluan denganmu...
namun mak tau kan mak,
nama mak selalu dihatiku...
justeru aku tidak boleh berpisah dengan mak...
kerana aura mak selalu bersamaku
biar aku tinggal berhampiran mak
sepanjang usiaku...
biar dapat kuintai kesejahteraanmu mak,


Mak,
hubungan kita hanya kita yang tahu
seolah ada jurang pemisah
yang menyukarkan aku meluahkan segalanya,
terlalu sukar rasanya untuk aku ekspresi
kisah suka dukaku denganmu...
tapi mak taukan mak,
nama mak lah yang teratas dalam hidupku....

Akhirkata,
Semoga mak sihat sejahtera diusia ini
berbahagia dan dibawah RedhaNya selalu
aku takkan pernah lupa mendoakanmu,
Doa yang kau ajar sedari usia kecilku...

Mak....
Terima kasih untuk kesekian kalinya....

Along
030608
10.00am

Terlalu banyak kenangan kulalui bersama ibuku ini.Dia sangat tegas,dan berkebolehan dalam banyak bidang,apa saja ditanganya semua menjadi,menjahit,memasak,mengubah hantaran,berzanji,jika ada pertandingan masakan rendang atau puding didaerahku,mak lah juaranya...namun anak-anaknya tiada seorang pun mengikut jejaknya.Too bad!!

Justeru kerana ketagasannya itu,aku menjadi tidak rapat dengannya,kami kurang berkomunikasi,tetapi kami terlalu menyayangi,Alhamdulillah as time goes by,mak mula berubah,dia lebih terbuka sekarang,mungkin kerana anak-anak telah dewasa dan telah punya pemikiran sendiri.Barulah mak memberi ruang kebebasan pada kami.

Namun setelah aku sendiri bergelar ibu,barulah kuhargai ketegasan dan segala pantang larang mak itu,Aku bersyukur punya mak yang memantau setiap pergerakkanku,maklum hidup dipinggir ibu kota ini,maha dasyat dugaannya,lebih-lebih lagi soal solat yang paling mak titikberatkan sejak kami kecil,justeru tika menginjak remaja,tika kemalasan terkadang datang bertandang....aku cuba melewat-lewatkan solat..pasti migrinku datang menyerang,sehingga aku takut sekali untuk meninggalkan solat bermula detik itu....Mak jualah yang memaksa kami menghafal doa-doa harian setiap kali lepas solat maghrib,aku memang selalu protes tika itu,tapi kerana paksaan mak lah,doa-doa itu mekar dibenakku hingga ke hari ini.

Mak,sesungguhnya aku tidak berdaya menjadi sepertimu mak,aku tidak sekuatmu dalam mendidik anakku yang seorang itu,aku selalu leka melayan kehendak materialnya saja mak,tapi rohaninya kosong!!kerana aku tidak segigih mak dalam melaksanakan tugas itu mak.Namun,aku akan berusaha menjadi sepertimu mak....tidak ada kata jemu dan letih dalam kamus hidupmu.

Mak,
mak ingat tak mak pernah tulis dalam autograf along masa along darjah 5 ,ayat mak begini"Anakku,hadapi asam garam hidup ini dengan penuh ketabahn....................someting2"mak ingat tak mak,mesti mak terkejut,sebab along ingat lagi bait-bait kata syahdu mak itu.....(OH!tika ini airmata along dah mula mengalir,mak...)

Along ingat,sebab along bangga punya mak yang mampu berbahasa puitis yang mengusik jiwa muda along tika itu.Along tunjuk pada semua kawan dan cikgu along masa tu mak...walaupun autograf tu dah hilang semasa along diasrama,namun kata-kata mak tu akan along bawa selagi ada hayat ini.

Mak,
Sampai sini saja,coretan kenangan ini,InsyaAllah bila tarikh ini tiba lagi,along janji along akan mencoretkan sesuatu untuk mak lagi....eh lupa lah mak,nak cakap Terima Kasih,sebab selalu belikan kami baju cantik-cantik,and selalu ask us to dress well,hasilnya kami semua suka dress to kill sampai sekarang,ahaks!!Oh..Mak,this make me smile!!

Along sayang mak!!

berkongsi rasa ....