Wednesday, October 14, 2009

Bersangka baik sesama insan...


Subject: Nasehat Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Sering,kita merasa diri kita lebih baik dari insan lain,kita terlalu cepat menghukum,dari sekilas pandangan saja,kita sering lupa pepatah "Don't judge book by its cover".Mudah benar kita mencipta ruang darjat antara dua insan,fikiran kita terlau sempit dan menghimpit.Sifat negative pada insan lain itu selalu ada,lantaran kerana itulah Mother Teressa pernah berkata "Jika kita terlalu mencari kesilapan orang lain,kita tidak akan nampak kebaikannya dan kasih sayang tidak akan wujud(something like that)



Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Sekian,semoga Allah beri kita sifat belas dan berkasih sayang yang tinggi terhadap semua insan.Runtuhkan tembok keegoan,kerana dunia ini sementara cuma.Akhirat jua yang kekal...

p/s : teringat seseorang yg kutemui dirumah seorang teman tempohari,jiran tuan rumah juga kebetulan parents kepada anakku disekolah Integrasinya dulu.MasyaAllah rezeki miliknya sungguh luar biasa dengan kereta dan banglow bernilai jutaan ringgit tapi gayanya sungguh sederhana,anak-anak semua bakal hafiz dan hafizah.Punya beberapa dylisis center yang diberikan percuma untuk golongan tidak berkemampuan dia juga terkenal dengan sifat dermawan,namun sedikit Allah tidak kurangkan kekayaannya,malah ditambah dan ditambah lagi,buat dia terus menabur bakti...The more they give,The more they get back,lantas Pakcik tuan rumah yang kukunjungi berpesan "Remember, we are all the managers,Dia bagi rezeki untuk kita agih-agihkan kejalan yang benar....hidup ini sementara..."dan aku pun mengucap Syukur diatas pertemuan yang penuh bermakna dan membuatkan aku berfikir jauh.....jauh sekali...Subhanallah.....Semoga kita semua dijauhi dari perasaan takut miskin dengan bersedekah...Amin.

Sesungguhnya tangan di atas itu lebih baik dari tangan dibawah,dan kala tangan kanan menghulur,tangan kiri tidak tahu....Wallahua'lambissawab...

2 comments:

xplorer said...

satu entry yg bernas.btul tu kita jgn cepat sgt judge orang dengan hanya sekali pandang.tetapi realitinya susah sebenarnya hendak melihat kebaikan orang terutamanya org yg pernah berbuat jahat pada kita .

kita kena hidup secara sederhana dan jgn terlalu menunjuk kekayaan pada diri kita kerana ianya bukan milik kita , cuma amanah semata2

rerama salju said...

xplorer,

betul kata xplorer,easy said than done...cakap senang lah,entry ni pun sebenarnya untuk saya...untuk mengingati diri saya dan untuk saya memuhasabah diri...memang sukar,cukup sukar...tapi saya berdoa agar kita diberi kejernihan hati untuk melalui semua ni...

berkongsi rasa ....