Monday, June 29, 2009

Cara Rasullullah Mengelak dan Menyembuh penyakit..

Assalammualaikum w.b.t Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit PENYEBAB ROSAKNYA BADAN



Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)


MENERANGKAN PENGLIHATAN Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.


PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.


PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.



PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.



KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW. ...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'(Sayalah tu...semoga Allah beri peluang pada saya untuk merubah sikap....,saya akui,saya kurang sabar..)


Yang ini pulak...Cara Masyarakat Jepun mengelak penyakit (H1N1).Sejak penularan virus ini.HQ saya di Tokyo telah bagi list barang2 kesihatan yang wajib kami beli,jika barangan tersebut tiada dipasaran Malaysia,mereka akan mengirimnya dari sana.weh...ingat KL ni koman sangat kah?....sebab mereka terkejut semua senarai barangan yang diarah beli,dapat kami cari didalam satu farmasi saja.Elok gak,masa ni lah nak pakai brg2 penjagaan kesihatan yang mahal2 ni,the N95 mask itself dah cost us about RM6 per piece...hehehe...kalau sakit jugak?Itulah ketentuanNYA....

Wednesday, June 24, 2009

10 Nasihat memahami Al-Quran...

>> 10 Nasihat Untuk Memahami Maksud Al Quran>>>>>>


Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai > nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al> Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk > sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak> memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu > adalah di dalam Bahasa Arab.>> Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah > ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al> Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda > semua.>>



1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat > perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang > paling> baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli > terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa> Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. > Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.>>



2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan > untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu > terlalu> bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan > bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa> terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang > sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan> peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud > ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa > untuk> ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita > baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang> mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, > merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas> pula. Begitulah seterusnya.>> Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al > Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula> daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. > Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan.> Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat > daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud > beberapa> ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu > kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap> ini berterusan dengan penuh istiqamah.>>





3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita > tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin> ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. > Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga> disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. > Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan > kita> benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan > beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.>>





4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon > beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat> yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk > mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan > menulis> sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda > tulis 'Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima> kasih'. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana > ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh > dengan> menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang > telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin> tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.>>





5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan > edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah > diterjemahkan.> Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling > baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku> terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di > dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain> lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih > untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap> berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.>>





6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat > memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama> anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda > tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua > pula> anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti > bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.>>





7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al > Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk> dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau > belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat> seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. > Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di> radio sahaja?>>





8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang > dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa > istiqamah dalam> mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan > sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau > setiap> kali tiba waktu kuliah.>>





9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk > memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang> mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu > digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa> berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop > atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih > lagi> memudahkan.>>





10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita > dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi> telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan > mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama > atau> universiti di negara Arab.


>> Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam > kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin> mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan > ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus> hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya.



Ingat pesan > Rasulullah SAW :>> Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan > mengajarnya...(Riwayat al Bukhari, no.5027).>>>>>>>

*sumber email yg saya terima tadi*



Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak > setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita> sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin > tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi > sahabat> > sepertinya,mungkin kita akan tahu.







My Tafsir Quran in my office,Its about 15 years old.helps me a lot ,and my best friend during my pregnant time .
Tafsir Quran Bahasa Indonesia.One of my barang hantaran masa kawin dulu....Dah nampak uzur sangat kan?Kulit pun dah tercabut dan hilang,masa proses handling sebab berpindah randah dulu....agaknyalah!Memang I dalam misi nak carik good tafsir Quran pun sekarang ni,tiba-tiba email ni pulak tiba,Its kinda pucuk dicita ulam mendatang...Alhamdulillah...will search for the reccomended tafsir as above. Nak sangat mendalami kalamullah ni,mintak-mintak kali ni Istiqamah lah,tak macam dulu-dulu...mula2 jer semangat...

Friday, June 19, 2009

T-shirt idamannya...

Yang warna oren tu kononnya 'GLOW IN THE DARK"
Anda semua pernah tau logo T-shirt ni?kalau anda semua tahu,saya tabik spring,toink-toink..sebab saya sendiri pun tak tahu..:)Dah lama anak merengek nak beli,saya tak bagi,sebab bagi saya satu pembaziran....dah la takde brand,ahaks!gambar ntah hapa-hapa pula,tapi dia dok lah meng"usha" kan baju tu kat e-bay pulak kot2 ada jual murah,tetap tak ada..,
Sudahnya minggu lepas,papanya(well macam biasa!) yang belikan.Its kinda shuffle group (ala-tarian menggesek lantai budak zaman sekarang)T-shirt.RM90 untuk benda yang saya tak minat,memang rasa satu pembaziran yang besar. Nak beli pulak bukan ada di semua kedai,cuma ada dijual di pejabat/kedai kumpulan ini di Sbg Jaya,masa membeli pula diminta nama dan no talifon,hebat!!!

But the good thing is,Dia sangat sayang dengan baju ni,lepas pakai mesti gantung elok-elok,dan sesiapa pun tidak dibenarkan mencuci baju ini,selain dia......sebab dia takut kami semua ni,tak pandai care kan baju tu,nanti boleh menyebabkan Glow In the dark tu terpadam,heheh..elok gak!

Nampaknya lepas ni,tak merasa lah saya beli baju untuk anak bujang saya ini lagi,(read:mama beli time sales atau ikut taste dan brand yang mama suka!)memandangkan dia sudah punya taste tersendiri.Dan taste saya mungkin dikira old fashion olehnya....sabarjerlah!

Happy b'day Pa.....


Specially dedicated to my soul mate...love you ever and ever...nothing beat my love for you...
Happy Birthday Darling!Thanks for being the best for me......

Me and U,during our holiday last year....

Me and U plus our cheeky boy,our bundle of joy the apple of our heart....May this happiness remain till the end,and Allah bless.

buat suamiku,insan paling penyayang pernah kutemui(bertepatan dengan maksud namamu).This is for you....


Terima Kasih Tuhan,
kerana menemukan aku
dengan lelaki ini,
insan yang bukan saja
menyayangiku
tapi seluruh keluargaku
membuat aku termenung kaku,
mensyukuri nasibku,
kerana pengorbanannya,
yang mengutamakan insan lain
dari dirinya,
yang menyayangi kami
lebih dari dirinya
yang sanggup lakukan
apa saja,asal kami gembira,
tak terbalas jasanya,
tapi padanya,enteng saja,

hidupnya hanya untuk keluarga
tiada istilah teman-teman santai
dalam kamus hidupnya,
justeru dia mengharap yang sama,
sungguh,sukar mencari lelaki
sepertinya saat ini,
memang,dia bukan lelaki sempurna,
namun,aku jua banyak kurangnya,
lantaran itu,dia pelengkap hidupku,

ku terima dia seadanya
bagi mencakupi ruang-ruang kosong itu
dan aku berdoa agar diusia ini
perjalanan hidupnya sentiasa
dibawah rahmat ilahi selalu
lancar semuanya,
jua ditingkatkan keimanan
sebagai bekalan tika di sana,
diberi kesihatan yang baik
agar dapat terus berbakti
dan dapat hidup harmoni
hingga keakhirnya...

Amin...

Happy Birthday and Many Happy Return!


Love,
I-19th June 2009

Wednesday, June 17, 2009

hilang yang tu,dapat yang ni...

Jumaat lepas I menjerit sampai nak terkeluar anak tekak masa The son hilangkan HP dia yang berusia less than 24 hours tu....(sampai arini,sakit tekak tak ilang,tapi bukan la pasal menjerit,ahaks!...).Tapi semalam,Allah gantikan dengan yang lain pula...eh,cop!





Tarraaaa......walaupun bukan "Pakcik Menang Moto" tapi yang ni pun OK lah kan?sapa nak bagi ye tak?I won this from HLB...Yes from CC company,ahaks!

As this Friday is Mr.Hubs B'day,so his present,consider settled!lega....jimat duit cheq.

Hadiah diatas telah pun diserahkan pada B'day boy semalam...sebab tak sabar nak tunggu Jumaat ni,lambat sangatlah!hehehe..

moral of the story:Jangan lah marah kalau kehilangan sesuatu,sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik lagi selepas itu...renung-renungkan....Subhanallah....

Happy 19th Birthday Umar Syazwan...



Selamat Ulang tahun ke 19 Wan,
Walau wan dah takde didunia ni,
tanggal 17 Jun tu akan kami kenang
sampai bila-bila...
tiada lagi ucapan Selamat Panjang Umur wan.
tiada lagi kek ulang tahun wan,
tiada lagi tiupan lilin berserta nyanyian
dan tepukan serta gurauan...
tiada lagi hadiah impian wan,
tiada lagi pelukan serta ciuman
dari kami insan kesayangan wan...
yang tinggal hanya kenangan,
buat lakaran sepanjang zaman,
mana mungkin kami lupa tarikh itu wan,

..................................................................
namun,
hadiah untuk wan tetap
tidak kami lupa,persis saban tahun juga,
tapi yang ini lebih istimewa,
bacaan yasin serta tahlil untuk wan disana
hadiah paling berharga buat wan saat ini
kami kira,jua bila-bila....


Tenang disana adikku
nantikan kami dipintu syurga...
itu doaku............


Along
170609

2 Umar cutting their sharing cake,Umar Syazwan was 16 then,while Umar Syurafa our cousin was 5...Sekarang ni hanya tinggal sorang Umar jer....

Friday, June 12, 2009

bila lah nak dpt baby lagi ye?

Hari tu,gi tengok baby Izyan ni,cucu jiran depan umah mak,cucu orang pun jadilah,asalkan baby...ermm..bestnya bau baby...
Kalau boleh nak pinjam jer baby ni bawak balik umah,tapi takkanlah kan?baby ni pun anak sulung gak,mesti mak dia tengah sayang sangat...

Baby I yang sorang ni dah tua...dah nak masuk 12 tahun.........tapi masih takde rezeki nak dapat baby lagi,mintak2 sebelum tempoh "matang",dapatlah at least sorang lagi ye?kalau tak,tumpang baby orang jer lar nampaknya....:(
Bukan apa,nak sangat bagi adik kat budak ni,sebab geram...apa kehendak dia semua papa dia tunaikan,less than 24 hours pulak tu,dan sebab senang sangat dapat barang2 tu,dia macam tak appriciate,selalu hilangkan barang2 tu...terbaru ,baru kejap ni dia hilangkan his new hp (yg berusia less than 24 hours !)kat KLCC masa gi Petrosains dengan makcik dan cousins dia tadi.Waaaaaaaaaaaaaaaa!!!!Insiden ilang HP kali ketiga..........sakit hati dan geram,hingga tak pasal2 I shouted my heart out kat dia tru my sister phone tadi....sakit tekak aku!
phewww...now dah OK,tapi rasa nyesal lak marah dia tadi....anak..oh anak....

Thursday, June 11, 2009

cerita teman lama


Sehari dua ni,aku dapat bertemu kembali dengan teman-teman sekolah dulu,di dunia maya ini.Kelakar lah pulak,bila tengok ramai teman-teman dah berubah sahsiah diri,yang lelaki ,harus kalau jumpa pun tak berapa kenal.Yang perempuan,InsyaAllah No problem Punyo!

Alhamdulillah,kerana punya visual memory yang reliable setakat ini,aku masih mengingati semua teman-teman itu,malah menjadi bahan rujuk teman-teman lain yang dah lupa,akulah yang akan "describe"kan,that this guy budak kelas mana,idaman malaya ke tak masa sekolah dulu,pandai ke tak?kaki melaram ke tak?and macam-macam lagilah...hehehe...

Nyata,sahsiah diri semasa disekolah tak 100 % membawa mereka semua sama seperti hari ini,tapi menurut pandanganku 70% menepati cara pembawakan mereka tika disekolah dulu.Teritama dari segi karier mereka.Hehehe..

Budak lelaki paling comel disekolah kami,masih lagi membujang saat ini,bekerja pula nun jauh dinegara orang,Budak paling comot(dulu ok?)yang selalu menjadi usikan teman-teman bukan saja turn up jadi sweet guy,tapi dah berkahwin dengan Spanish lady lagi!hehehe.AS yang jadi igauan ramai pelajar perempuan dulu kerana ke"cute"an dan kepintarannya,end up jadi biasa-biasa saja,tidak pula memilih bidang profesional sebagai kerjaya.Yelah kan rezeki masing-masing....Tapi,aku suka sekali melihat mereka berjaya dengan cara mereka.

Begitulah kita,kejayaan hari ini,bukan beerti kita berjaya esok hari...Paling utama Kehidupan diSANA yang kekal abadi....

Wednesday, June 10, 2009

Kasih dari Allah


Apalagi yang kita inginkan?

Ku merindu....

Kukira,makin lama,
makin dapat kuubat kesedihan ini,
namun kemana saja aku pergi,
bayanganyalah yang mengekori,
lantas menitis lagi air jernih ini,
namun tidak kulupa.
setiap kali wajahnya hadir,
setiap kali itulah
aku mendoakannya,
bersedekah ayat suci untuknya.

Wan,
Memang along merelakan pemergian wan,
namun kenangan dan apa yang wan tinggalkan,
seringkali buat hati ini tersentuh hiba,
apatah lagi membaca catatan pilu nukilan
teman-teman kesayangan wan,
along tau wan sangat disayangi,
apatah lagi,kami ini,
insan yang bersama wan sejak wan
lahir kedunia ini,

Wan,
hujung minggu lepas,
kami adakan majlis bacaan yasin dirumah,
sangka kami,pasti kurang tetamu yang datang,
memandangkan cuti umum pada hari itu,
dan kenduri pula hampir disetiap lorong rumah kita,

namun rezeki selalu berpihak pada wan,
tetamu jauh dan dekat memenuhi ruang khemah
dan rumah kita wan...
bermula dari solat mahgrib yang diimamkan oleh
Ust.Mari kawan sekolah Wan dulu,
hinggalah bacaan Yasin dan diakhiri oleh solat Isyak
kemudian disambung tahlil arwah oleh jemaah masjid
teman-teman ayah...
Syukur Wan...............

Wan tau,
teman-teman wan di Yayasan Sgor dulu pun hadir wan,
baru kini,along berpeluang bertemu mereka,
walau dah lama wan tak berhubung dengan mereka
dan mereka juga dah sambung belajar didaerah yang berbeza
namun untuk wan,mereka sudi datang,
pada mereka,along dah berpesan,
agar jangan diputuskan hubungan ini,

Malam itu juga,setelah majlis berakhir,
kami ambik kesempatan berkenalan dengan
semua teman-teman wan yang hadir,
ramai sekali wan....
nyata,wan disayangi,
dan kami semua,mampu tersenyum tika itu,
tak lupa,along abadikan potret mereka,
buat kenang-kenangan,biar mereka kekal
diingatan.....

Wan,
malam bacaan Yasin tu,yana asik menangis,
along tahu dia sedih sangat dengan pemergian wan,
who don't?
along simpati dengannya,
namun apa daya kami wan?
kami tak bisa buat wan kembali,
yang tinggal hanyalah cebisan memori yang wan tinggalkan,
yang kerap kami hayati bila bersama,
baik bersama mak,ayah,bangah serta semua,
macam tak percaya wan dah tiada.....

Syafira dah kembali ke kampus wan,
Tak lama lagi dengarnya dia akan berpindah rumah,
kemudian menyambung pelajaran jauh kenegara orang,
maknanya makin sunyilah hidup along ni wan,
bertambah kurang lah insan yang bakal meneman along kepusara wan,
Yana....dia jauh wan,
tapi along tau mereka semua sentiasa mendoakan wan...
dan along bersyukur kerana dapat mengenali insan-insan ini
walau setelah wan pergi...
mereka semua,tetap along sayangi.

hmmm...
beratnya dugaan,
saratnya kenangan,
punah segala angan.
meroboh semua impian,
Semuanya kehendak tuhan,
Yang Mengetahui segalanya
Yang Lebih Menyayangi umatnya
Yang Mahu memberi pelangi
setelah datangnya guruh dan petir,
Kita yang seolah tak mengerti
semua ini....
Tuhan,Ya Rabbul Izzati,
Pencipta sekian Alam Semesta,
Ampuni Hambamu ini,
Berilah Nur dihati kami,
Moga kami dapat mencapai
Rahmatmu...
Amin Ya Rabbil A'lamin..

RS
100609 Skrg baru along tahu,maksud gambar yang wan lukiskan ni....S compiled this....You are so artistic Wan...proud of you..RIP...Al-Fatihah...
10.15am

Thursday, June 4, 2009

Peace of Mind



Let not your hearts be troubled! PEACE OF MIND
If you were to ask your neighbor,"What would give you peace of mind?" he might tell you,"A vacation in Bermuda!" or"An extra hundred grand would give me peace!", or"A new Ferrari would make me content!"
But going places – and getting stuff – is usually a temporary solution ... Peace of mind rarely comes from getting more stuff.Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff!Peace of mind starts with being grateful for what we have right now.
GRATITUDE is POWER.When we are thankful for what we have - for the friends we have, and for the things we've got, we attract more good people and good things!People who always complain about what they DON'T HAVE, stay stuck.
Complainers attract more things to complain about! It is a law of life. It's hard to explain, but you can observe it around you. We get more of what we dwell upon. That's why all the spiritual masters have taught the same lesson ... "Start by being thankful. Be happy with what you have now, and more will come your way."
It's practical advice.Every time you say a silent "thank you" you become more peaceful – and more power.
erm....

Wednesday, June 3, 2009

Happy Birthday Mak..

Mak,
hari ni 3 June,
hari ulangtahun mak yang ke 57,
malam tadi lagi kita semua dah raikan mak,
sebab hari ni,
abangah mungkin tak dapat
datang umah mak,
dia kena pergi hospital sambung treatment,


semoga mak gembira dengan kejutan kami
malam tadi,
kita sambut dirumah saja,
tak macam biasa,


sebab,semua maklum dengan perasaan
mak dan kami semua tika ini,
yang penting,kami tetap nak raikan mak,
tanda kami amat menyayangi mak,
dan tak kan pernah melupakan hari-hari penting
dalam hidup mak,


mak,
masa sessi bergambar dengan anak-anak mak semalam,
mak tau tak,kami semua cuba untuk tersenyum,
pura-pura kuat?
bila mak cakap,dah kurang sorang.....
tupun abangah kuatkan bangun jugak untuk
bergambar bersama,biar tak nampak
kekurangan itu



begitulah kan mak,
kalau Al-Khaliq nak mengambil milikNya,
kita cuma meminjamnya,
apa jua,didunia ini sementara,sifatnya,


mak,
Di hari lahir mak ni,
kami doakan,agar mak sihat selalu,
jangan fikir yang bukan-bukan ye,
mak kena selalu tenang,
kalau tak,sakit jantung mak bila-bila
boleh menyerang,


tentang kami,mak jangan risau,
kami berjanji akan jaga mak dan ayah
walau apa terjadi,InsyaAllah,
Kami takkan lupa mendokan mak
setiap solat kami...


mak,
mak jangan lah cakap lagi
tentang siapa akan pergi dulu dengan ayah,
bila kaki mak dengan ayah dah sama-sama bengkak,
kepiluan kami dengan kepulangan dikwan pun
belum lagi terubat...
jangan ye mak ye...


Selamat sejahtera mak,
Semoga mak dibawah rahmat Allah selalu
sentiasa gembira dengan anak-anak mak
yang selalu mengambil berat ini
kami semua saaaayanngggg mak....
kami bangga jadi anak mak.............


Selamat Ulangtahun mak

along dan adik-adik

03-06-09



mak ,tika memotong kek ulangtahun ke 57 nya ,semalam bersama kami semua...mak tersenyum gembira membuka hadiah disambutan hari lahirnya yang ke 55,semua anak cucunya turut serta kali ini,cukup korum!Hari lahir mak ,terakhir bersama arwah dikwan 2 tahun lepas,tahun lepas dikwan dah ke Matrix...

Monday, June 1, 2009

Jaya supermarket,collapse?

Pada semua yang pernah berada di sekitar PJ ,especially pada tahun 80an,mesti tahu akan kewujudan Jaya Supermarket ni kan?Tempat nostalgia dulu-dulu,Yelah masa tu mana ada banyak shopping mall macam sekarang ni,Jaya supermarket yang menempatkan Cold storage supermarket yang menjual barang dapur dari negeri omputeh yang susah nak carik ditempat-tempat lain.


Masa datang sini few months back,terkejut tengok JS dah dikosongkan,untuk kerja-kerja full renovation,sempat I snap gambar building tu,konon nak tunjuk kat kakja,keadaan tempat "nostalgic" dia dolu2...lepas sehari kesehari nak masukkan dalam blog ni,but the last thing I know last week,JS ni dah pun runtuh menyembah bumi...OMG!Astagfirullahaldzim...banyak nyawa turut terkorban...tragis sekali pengkahiran JS ni.Dengar khabar masih ramai lagi mangsa yang belum ditemui.May they can survive....

nilah JS yang dah ditutup untuk kerja-kerjaa pengubahsuaian tu....Kakja,ni pulak depan Mc D SS14,kalau kakja ingat,depan ni dulu kilang2 jer...sekarang dah berubah rupa...

Banyak rezeki bukan beerti Allah redha...

Kita kerap menyangka, apabila kita kaya, rezeki melimpah ruah, hidup senang, itu tandanya Allah sayang kepada kita. Kita juga selalu berkata apabila kita miskin, rezeki sempit, hidup susah, itu tandanya Allah murka kepada kita. Adakah benar begitu?
Jawabnya; TIDAK! Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 15; Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Ayat tersebut menunjukkan sikap sebahagian manusia yang menjadikan kekayaan sebagai kayu pengukur bahawa Allah redha kepadanya. Sedangkan hakikatnya dia menjadi sombong dengan kekayaannya itu.

Dalam Surah yang sama, ayat 16, bermaksud; Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Ayat ini pula menceritakan bagaimana pandangan manusia yang keliru dengan menyangka bahawa Allah telah menghinanya hanya semata-mata dengan ujian kesempitan rezeki. Ya, mereka rasa terhina, terutama apabila kawan-kawan datang dengan memandu kereta berjenama besar, kita pula memandu kereta yang ekzosnya terpaksa diikat dengan tali “rafia”. Aaahh.. manusia memang keliru dengan pandangannya sendiri. Jika benar pandangan ini, bermakna Qarun yang kaya itu adalah hamba Allah yang soleh, manakala Nabi Musa yang miskin itu adalah termasuk dalam golongan yang dihina oleh Allah. Jika tepat pandangan ini, maka Muhammad SAW adalah dimurkai Allah, manakala Abu Lahab adalah kekasih Allah. Betapa songsangnya kesimpulan ini.

Selepas itu, pada ayat ke 17, Allah menjelaskan dengan maksudnya; Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya). Sebenarnya inilah yang banyak berlaku, terutamanya dalam kes pembahagian harta pesaka. Adik beradik si mati akan berebut-rebut harta pesaka yang ditinggalkan oleh si mati yang ketiadaan anak lelaki. Tetapi, yang menghairankan kita ialah harta pesaka mereka berebut tetapi nafkah anak-anak perempuan yang yatim itu tidak dipedulikan, malah lebih memalukan mereka sanggup berkata; “Alaa.. mak dia ada.” Sejak bila pula orang perempuan wajib menafkahi anak-anak mereka?

Surah Al-Baqarah ayat 216, bermaksud; Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Ayat ini menjadi penenang kita, bahawa ada perkara yang kita tidak menyukainya tetapi kemudiannya terbukti, sangat berfaedah kemudiannya, begitulah sebaliknya. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, sapulah air matamu, ukirkan senyuman, binalah semangat dan ingat, Allah sentiasa bersamamu dan Dia Maha Adil.
Sekian.

Nasihat buat diriku.....sumber dari email yang diterima....

berkongsi rasa ....