Selamat Ulang tahun ke 19 Wan,
Walau wan dah takde didunia ni,
tanggal 17 Jun tu akan kami kenang
sampai bila-bila...
tiada lagi ucapan Selamat Panjang Umur wan.
tiada lagi kek ulang tahun wan,
tiada lagi tiupan lilin berserta nyanyian
dan tepukan serta gurauan...
tiada lagi hadiah impian wan,
tiada lagi pelukan serta ciuman
dari kami insan kesayangan wan...
yang tinggal hanya kenangan,
buat lakaran sepanjang zaman,
mana mungkin kami lupa tarikh itu wan,
..................................................................
namun,
hadiah untuk wan tetap
tidak kami lupa,persis saban tahun juga,
tapi yang ini lebih istimewa,
bacaan yasin serta tahlil untuk wan disana
hadiah paling berharga buat wan saat ini
kami kira,jua bila-bila....
Tenang disana adikku
nantikan kami dipintu syurga...
itu doaku............
Along
170609
2 Umar cutting their sharing cake,Umar Syazwan was 16 then,while Umar Syurafa our cousin was 5...Sekarang ni hanya tinggal sorang Umar jer....
5 comments:
Alfatihan utk Dik Wan.
rest in peace dik.
salam,
alfatihah dik wan...semoga roh dikwan aman di sana...
nda,
tabahkan hati.... sama-sama kita semua panjatkan doa buat arwah ya.
TQ For your Doa Pinky...
Salam Edelweiss,
I makin OK skrg...Terima Kasih kerana berkongsi rasa dengan saya selama ini...
Alfatihah utk Dikwan..
Dan Nda akan terus strong, kan?
Kakja,
InsyaALlah berkat Doa semua,kami sekeluarga makin kuat menghadapi kehilangannya...cuma biasalah kadang2 bila teringatkannya...
Tapi satu I ingatkan diri I,that kalau dia tak pergi,I yg akan pergi,dan dunia ini semua sementara...tiada yg kekal...
Post a Comment