Assalammualaikum w.b.t Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW. ...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'(Sayalah tu...semoga Allah beri peluang pada saya untuk merubah sikap....,saya akui,saya kurang sabar..)
Yang ini pulak...Cara Masyarakat Jepun mengelak penyakit (H1N1).Sejak penularan virus ini.HQ saya di Tokyo telah bagi list barang2 kesihatan yang wajib kami beli,jika barangan tersebut tiada dipasaran Malaysia,mereka akan mengirimnya dari sana.weh...ingat KL ni koman sangat kah?....sebab mereka terkejut semua senarai barangan yang diarah beli,dapat kami cari didalam satu farmasi saja.Elok gak,masa ni lah nak pakai brg2 penjagaan kesihatan yang mahal2 ni,the N95 mask itself dah cost us about RM6 per piece...hehehe...kalau sakit jugak?Itulah ketentuanNYA....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berkongsi rasa ....
-
-
Thursday, January 11 - Where do one begin when one wants to write about the dearest thing in one's life? There may be so many ways to do so but when is wrought in emotional turmo...6 years ago
-
Kembali Bertemu - Mencari Pokemon atau Pokemon Go bukanlah sebab saya lama menyepi daripada dunia maya yang amat saya senangi ini. Salam mesra. Lebih 3 tahun saya menyepi d...8 years ago
-
-
-
-
Peganganku - "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah...13 years ago
-
Save The Best For Last - Salam, First of all, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. I hope it is not too late for me to wish. Hrmmm, what a roller-coaster ride it has been for me for a...15 years ago
-
-
-
-
7 comments:
hi mama....
amboi.. ada org say hi kat mama dia kat sini plak..
kja suka n3 ni, Nda..
hi shaheez,welcome to my humble blog,
Tak blh la mama citer pasal shaheez lagi camnih....*lol*
Kakja,
Dia dah mai dah kakja,tak blh kutuk dia lagi la nampaknya...hehe
Tq kakja,ni entry pengubat rindu jer...takde mood lah skrg ni kak ja...tak tau pasai apa...
Salam Mama,
Oops! Sorry, terikut shaheez pula :)
rs, terima kasih kerana entri ini. Kebetulan - saja untuk pengetahuan rs dan sahabat lain di sini - sis Dalila (raden galoh - link ada kat Neverland) ada berita yang kurang menyenangkan. Kanser payu dara nya kini telah merebak ke hati.
Eh, kebetulah juga, jemput semula ke blog Painting Pictures den. Baaaanyak warna hijau kek sana :)
Salam CA,
T.kasih atas maklumat ni,nanti saya dtg menjengok isi Raden Galoh yang kuat semangat tuh,anad I'll pay u a visit too..kejap ya!
a good n3...boleh tambah ilmu...;-)
salam ..sakit dan sihat itu ketentuanNya..kita hanya berusaha
Post a Comment