Friday, January 9, 2009

Al-Fatihah buat sahabatku....

Hari ini,aku kehilangan seorang teman lagi,teman kedua yang pergi meninggalkan aku didunia ini dalam tempoh setahun aku berblogging.Aku tidak mahu mengucap kata kesal kerana tidak menziarahi mereka disaat mereka nazak di Hospital,walau aku tahu keadaan mereka.Aku tahu alasan sibuk sanagat"klise' untuk aku katakan,namun...entahlah...

Aku kini,kehilangan teman penghibur yang selalu emailnya memenuhi dan mewarnai mail boxku,emailnya semua berbau nada lucu dan terkadang peringatan buat aku yang alpa ini,Pun,mamat sedikit tidak pernah bercerita perihal penyakitnya,walau tika bergelar pelajar dulu,kami tahu yang mamat menyimpan penderitaan penyakit yang amat perit,Patutla mamat masih membujang hingga kini....

Mamat....aka Mohd Nazrey Yatni,moga kau tenang disana.Kami temanmu takkan pernah melupakanmu,apatah lagi mendoakanmu.....Rehatlah mamat,Kami tahu ,terlalu sengsara kau menahan derita sepanjang hidupmu,Kau insan mulia Mat,Kau budak baik,Kami semua Sayang kamu.....Kamu tak pernah menyakiti atau menggangu kami (girls).Kami akan selalu ingat Mamat yang menghiburkan dan tenang kala berbicara....

Selamat Jalan Mamat.....
Al-Fatihah ini untukmu......

10 comments:

SaDi said...

takziah... al-fatihah

kak ja said...

Al fatihah utk aruah.. Adat di dunia, Nda.. Dlm bersahabat, one has to see the other one go.. Kalau bukan kita yg tengok dia pergi, dia yg tengok kita pergi.. Cuma kekdg it happens pd masa yg kita belum bersedia utk tengok dia pergi..

rerama salju said...

Tq Sadi...Al-Fatihah buat nya...

Ya kakja,
Hidup didunia ni hanya sementara,dan kita semua tak tau bila ajal akan datang.....masanya pasti tiba......

mazddaud said...

semoga roh aruah ditempatkan bersama mereka yg beriman....al-fatihah.

Anonymous said...

aku redha dgn pemergian aruah Nazri, sahabat yg pernah menceriakan dunia kampus kita dahulu.

Semoga rohnya bersemadi dgn tenang dan didalam golongan orang yg beriman.

Al fatehah.

rerama salju said...

Maz,
Kita yg sihat ni,tak tau bila pulakkan?

AZiah,
lepas sorang....sorang teman kita pergi meninggalkan kita...Alfatihah buat mereka...

cakapaje said...

Salam rs,

Semoga ruh arwah Mohd Nazrey Yatni ditempatkan bersama mereka yang beriman, AlFatihah.

rerama salju said...

Salam CA,
Tq.....kita bakal menyusul kan?

azizi said...

hmm, prayer for him. he needs that. al-fatihah.

amoi said...

al-fatihah...ni Mamat kat kolej N9 tu kah?

berkongsi rasa ....